Farid Kamil: Pelakon, pengarah dan penulis Malaysia

Farid Kamil bin Zahari (lahir 5 Mei 1981) ialah seorang pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia dan merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.

Farid Kamil
Farid Kamil: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Farid semasa sesi pratonton filem Hantu Gangster.
Kelahiran
Farid Kamil bin Zahari

(1981-05-05) 5 Mei 1981 (umur 42)
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Ijazah Sarjana Muda Pengarahan Filem
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1999–kini
Ketinggian1.84 m (6 ka ​ 38 in)
PasanganDiana Danielle (k. 2012)
Anak-anak2
Ibu bapaDato' Dr. Zahari Che Dan (bapa)
Datin Sharifah Bardah Syed Abdilllah (ibu)
SaudaraFadzil Zahari (adik)
Yana Samsudin (adik ipar)

Memulakan kerjaya profesional dalam bidang lakonan pada 2003, beliau meraih kemasyhuran bagi peranan persembahan lakonannya dalam beberapa filem pecah panggung termasuk filem komedi Jutawan Fakir (2003); seram Tujuh Perhentian (2004) dan Potret Mistik (2005); aksi Remp-It (2006), Anak Halal (2007) dan Evolusi KL Drift (2008); drama romantik I'm Not Single (2008) dan siri filem Lagenda Budak Setan (2010–2014) serta cereka sains Apokalips X (2014). Kredit filemnya yang lain termasuk Kala Malam Bulan Mengambang (2008), Aku Masih Dara (2010), Hantu Gangster (2012), Love, Supermoon (2015) J Revolusi dan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Farid memulakan kerjaya pengarahannya pada 2009 menerusi filem V3: Samseng Jalanan yang ditayangkan pada 2010.

Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007 dan sebagai Kasyah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama di Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan. Beliau merupakan antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima anugerah tertinggi daripada Yang di-Pertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara. Beliau berkahwin dengan pelakon Diana Danielle pada 2012 dan dikurniakan dua cahayamata.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Farid Kamil bin Zahari pada 5 Mei 1981 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu bapanya, Dato' Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah. Beliau mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam.

Beliau merupakan anak sulung dari 5 orang adik-beradik. Adiknya, Fadzil Bahri juga seorang pelakon. Tiga lagi adik beliau ialah Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah yang masing-masing berkecimpung dalam bidang kedoktoran dan perubatan.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengarahan Filem dari UiTM.

Kerjaya

1999–2007: Bidang peragaan ke layar perak

Farid mula menceburi bidang peragaan di majalah-majalah fesyen serta pentas catwalk sejak 1999. Dengan ketinggian 184cm dan berat 75kg; Farid menceburi bidang peragaan untuk menampung pengajiannnya. Antara iklan komersial terawal yang pernah dijayakan beliau ialah Dunhill, Pringles dan TM Net.

Beliau berkelulusan dalam bidang Seni Persembahan daripada Universiti Teknologi MARA. Bakat seni beliau dicungkil oleh pengarah prolifik Abdul Razak Mohaideen menerusi watak kecil dalam filem Mistik di samping Cico Harahap, Lisdawati dan Uji Rashid; lantaran sebelum filem tersebut Farid pernah menjadi pelakon tambahan dalam siri TV, Fakulti arahan Razak pada tahun 2000. Farid diberi peluang memegang watak adik kepada aktres Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol. Farid bertuah kerana mendapat didikan seni lakon daripada pelakon ternama Ahmad Yatim sekaligus memberi sedikit impak artistik dalam hasil seni lakon beliau biarpun sering muncul dalam filem-filem komersial arahan Razak.

Pada tahun 2004, populariti beliau melonjak naik apabila kerap muncul dalam filem lakonan Erra, serta bergandingan bersama penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza untuk kempen iklan komersil Hotlink. Iklan komersil itu berjaya meletakkan Farid sebagai salah seorang aktor dan peragawan muda yang digemari ramai.

Farid juga lebih cenderung berlakon di bawah arahan A. Razak sehinggalah beliau mencuba keluar daripada kepompong Razak melalui filem Remp-It arahan Ahmad Idham. Beliau juga diberi peluang oleh penerbit terkenal, David Teo untuk menjadi penulis lakonlayar untuk filem tersebut.

Farid hanya berlakon di bawah Metrowealth Movies Production sehingga 2006, sebelum kini seringkali muncul dalam filem terbitan studio Tayangan Unggul. Pun begitu, Metrowealth juga memberi peluang kepada Farid untuk bergelar pengarah, serta muncul dalam filem-filem terbitan mereka. Farid hanya dua kali muncul dalam filem dan siri TV terbitan Grand Brilliance menerusi filem kerjasama Skop Productions - Evolusi KL Drift, serta sebelum itu menerusi drama kerjasama Malaysia - Indonesia - Begitulah Cinta pada 2005.

2008–2010: Kejayaan awal dan kemenangan anugerah

Pada 2008, Farid menerima pencalonan untuk kategori Aktor Terbaik menerusi lakonan berkesannya sebagai anak jalanan dalam filem Anak Halal arahan Osman Ali. Pada 18 Februari 2009, sumbangan dan pencapaian beliau dalam bidang lakonan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia apabila dipilih untuk menerima anugerah tertinggi Anugerah Seni Negara untuk piala Anugerah Bakat Muda Seni Lakon; Osman turut menerima piala bagi kategori Anugerah Bakat Muda Perfileman.

Pada 2009 juga, Farid bersama pasangan serasinya, Lisa Surihani ditawarkan oleh Astro untuk menjadi Wajah Eksklusif Astro Megadrama selama setahun. Untuk tempoh itu, Farid hanya akan muncul dalam drama siaran Astro sahaja. Artis sedia ada yang telah menjadi Wajah Eksklusif Astro adalah primadona filem Melayu, Erra Fazira dan pelakon Singapura, Aaron Aziz.

Pada tahun 2010, filem pertama arahan Farid yang pernah disekat tayangannya, V3: Samseng Jalanan menemui penonton pada 8 Mac 2010, diikuti oleh filem Evolusi KL Drift 2 lakonannya yang ditayangkan pada 25 Mac. Filem ini mencatat kutipan pecah panggung dan kritikan positif daripada pengkritik. Selain itu, Farid muncul dalam 2 buah filem romantik bergandingan bersama Lisa iaitu filem Semerah Cinta Stilleto dan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan (LBS) arahan Sharad Sharan. Kedua-dua filem ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung, malahan filem LBS mencipta sejarah menjadi filem romantis pertama meraih kutipan RM3 juta pada minggu pertama tayangan.

Menerusi watak Kasyah Khairuddin dalam filem tersebut, beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan. Sejak menceburi bidang lakonan ketika berusia 22 tahun, Farid kini telahpun menghiasi hampir 30 buah filem biarpun masih belum mencecah usia 30 tahun. Beliau kini menjadi pelakon lelaki paling disebut-sebut di Malaysia.

2011–2013: Filem ketiga dan projek seterusnya

Pada tahun 2011, Farid menerima pencalonan bagi kategori Lakonlayar Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 menerusi filem kedua arahannya, Kongsi yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Fizo Omar dan Puteri Mardiana. Dalam filem ini, Farid tidak berlakon, sebaliknya membuat penampilan istimewa sebagai ASP Khamis. Kongsi ditayangkan pada 12 Mei 2011 merupakan kejayaan komersial, dengan mencatat kutipan sebanyak RM 1.1 juta semasa hari pertama tayangannya. Bagaimanapun tidak lama selepas filem ini ditayangkan, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) memfailkan aduan mengenai filem tersebut yang didapati menggunakan perkataan sulit pertubuhan itu seperti "Abang Long" dan "Ayahanda", turut sama terlibat dalam isu ini ialah filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Farid kemudianya muncul dalam satu-satunya filem lakonannya bagi tahun 2011 ialah 3, 2, 1 Cinta arahan Azhari Zain, bersama Diana Amir dan Pierre Andre, seterusnya muncul dalam drama Wasiat di Astro Ria yang turut dibintangi oleh Sara Ali dan Beto Kusyairy. Selain itu, beliau bergandingan bersama Intan Ladyana dalam telefilem Apa Dah Jadi? yang disiarkan di Astro Prima.

Pada tahun 2012, filem ketiga arahannya, Pe3 menemui penonton di pawagam, Farid sendiri turut berlakon dalam filem arahannya ini dengan memegang watak utama sebagai Megat, diikuti oleh tiga filem lakonannya — 3 Temujanji arahan Azhari Zain sebagai penampilan kameo, serta dua filem sebagai pelakon utama — Lagenda Budak Setan 2: Katerina arahan Sharad Sharan dan Hantu Gangster arahan penyanyi kontroversi, Namewee yang terkenal menerusi lagu Negarakuku. Pada tahun berikutnya (2013), beliau membintangi hanya dua filem — Bencinta dan Dampak.

Beliau dilaporkan telah terjatuh ketika sedang menunggang motosikal mini Kawasaki KSR 10 di sebuah litar di Subang Jaya dan mengalami kecederaan di bahu kiri beliau. Farid telah menjalani satu pembedahan kecil pada Sabtu lalu dan menafikan yang bahunya patah selain keadaannya kini stabil dan dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

2014–kini: Apokalips X, Lagenda Budak Setan 3 dan kembali ke kerusi pengarah

Filem pertama lakonan Farid pada 2014 ialah filem aksi fantasi cereka sains arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April. Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai X, ketua kumpulan Puak Merah Putih, ia diikuti oleh filem Anak Jantan. Farid kembali menjayakan watak lakonannya sebagai Kasyah dalam trilogi ketiga dan terakhir filem Lagenda Budak Setan, Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada 11 September.

Beliau bergandingan bersama Nadiya Nisaa dalam filem komedi romantik terbitan Grand Brilliance dan Primeworks Studios, Love, Supermoon yang ditayangkan pada 22 Oktober 2015. Dalam filem arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini, beliau memegang watak sebagai Razak. Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Razak lakonan beliau dan Triz (Nadiya) selama 20 tahun yang penuh dengan suka duka.

Pada Januari 2016, Farid dilaporkan akan kembali menduduki kerusi pengarah selepas kali terakhir muncul menerusi filem ketiga arahannya, Pe3 yang ditayangkan pada 2012. Selain itu, beliau membintangi drama bertajuk Qanun 99 bergandingan bersama Yana Samsudin, drama ini bersiaran di Astro Oasis pada 5 Februari 2016.

Projek terbaru Farid ialah bersama pelakon Zul Ariffin menerusi filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid, Tombiruo: Penunggu Rimba arahan Nasir Jani yang ditayangkan pada 12 Oktober 2017.

Pada 15 Januari 2018, Farid membawakan peranan utama sebagai Tengku Ryan Ameer menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu arahan Along Kamaluddin yang diadaptasi daripada novel 2010 dengan judul sama karya Siti Rosmzah. Beliau digandingkan bersama Nelydia Senrose dan pendatang baharu, Nadiyah Shahab.

Pada 18 Februari 2018, Farid muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Melodi yang dihoskan oleh Ajak Shiro dan Janna Nick yang mana beliau menceritakan tentang peristiwa pada Januari.

Farid tidak berlakon sepanjang 2019 kerana beliau dihukum penjara. Pada tahun 2020, beliau berlakon bersama Lisa Surihani dalam drama Pelindung Seorang Puteri, yang diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Mia Kiff, di mana beliau memegang watak sebagai Saiful. Ini merupakan projek penyatuan semula Farid dan Lisa dalam tempoh 10 tahun sejak V3 Samseng Jalanan dan Lagenda Budak Setan yang kedua-duanya dikeluarkan pada 2010.

Beliau digandingkan bersama Mimi Lana menerusi drama Masih Ada Rindu untuk slot Akasia TV3, yang mana beliau memegang dua watak, iaitu Hadi dan Hakim.

Kehidupan peribadi

Perhubungan

Ketika mula menceburkan diri dalam bidang seni, Farid mempunyai hubungan istimewa bersama bekas pelakon Irma Hasmie. Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2004 dan akibat ketidaksefahaman, mereka berpisah pada tahun 2008. Pelakon Fasha Sandha dikaitkan sebagai punca perpisahan pasangan ini.

Pada tahun 2009, Farid dan heroin serasinya Lisa Surihani dikatakan mempunyai hubungan istimewa. Namun kedua-duanya menafikan hubungan mereka. Hanya pada penghujung tahun sama teka teki siapa kekasih Farid hampir terjawab apabila pendedahan mengenai hubungan intim Farid bersama pelakon sampingannya dalam filem Evolusi KL Drift, Diana Danielle mula menghiasi halaman depan akhbar. Pasangan ini tidak menafikan atau mengiyakan, namun mereka berdua memilih untuk tidak terlalu terdedah kepada media, malah hubungan Farid dengan ibu Diana, Norsiah Ramli, juga dikatakan dingin. Pasangan ini berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak—Muhammad dan Nur Aurora.

Kisah hidup Farid ketika di awal pembabitan dalam bidang seni sehingga sudah bergelar suami dan bapa, masih menjadi perhatian sehingga kini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai kontroversi bukan bererti figura terkenal ini bertindak menyembunyikan diri sebaliknya beliau terus bertahan dalam industri ini. Malah, Farid juga antara selebriti yang cukup disenangi media kerana tidak mudah meleting berhadapan sebarang isu yang melanda. Hubungan Farid dan Diana berakhir apabila terjadi perselisihan faham antara kedua pihak, menyebabkan mereka secara sah berpisah pada 10 Ogos 2023. Pada 31 Ogos 2023, Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri.

Pengalaman sebagai Mat Rempit

Mengimbas kembali kisah lampaunya, Farid mendedahkan rahsianya yang beliau juga pernah menjadi mat rempit di zaman sekolah menengah. Bersyukur kerana tidak ada perkara-perkara bahaya yang berlaku kepada dirinya, Farid menyesal dengan kegiatan yang dilakukannya bersama rakan-rakan ketika itu. Sewaktu belajar dalam bidang Seni Persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Farid membuat kajian mengenai kehidupan seorang mat rempit sebelum memuatkan kisah golongan tersebut dalam dua filemnya iaitu Remp-It dan V3 Samseng Jalanan. Dalam temuramah bersama mStar Online pada Mei 2011, beliau berkata:

"Saya nampak banyak perkara negatif apabila menjadi seorang mat rempit. Ia banyak merugikan. Itu pun saya sedar bila dah dewasa. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan yang menimpa diri seperti kebanyakan teman saya. Bila saya membuat kajian, barulah saya faham bahawa golongan mat rempit termasuklah saya dahulu mempunyai ideologi yang tersendiri."

Serangan dan tuduhan dadah

Pada 11 Januari 2018, Farid ditahan polis akibat serangan ke atas pegawai polis dan beberapa orang awam di balai polis Kota Damansara. Beliau didakwa menampar seorang pegawai ketika beliau berada di balai polis Kota Damansara untuk buat laporan kemalangan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya, Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu yang mengatakan ia sedang disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana melakukan kesalahan di balai polis dan serangan. Ujian kencing lebih lanjut mengesahkan beliau positif ganja. Beliau telah ditahan reman selama 4 hari sehingga 15 Januari. Pada 16 Januari, beliau dibebaskan dengan ikat jamin, namun beliau ditahan sekali lagi, kali ini didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam.

Berikutan penahanannya, akaun Instagram beliau telah dihujani dengan pelbagai komen dari warganet.

Pada 25 Januari, Farid mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis THC (delta-9 tetra hydrocannabinol) ke dalam badannya. Pada 9 Mac, beliau didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas tuduhan membuat laporan polis palsu.

Beliau terpaksa menangguhkan pembedahan lutut yang sepatutnya dijalankan pada Mei 2018. Keputusan itu diambil selepas mengambil kira faktor proses pemulihan selepas pembedahan yang mengambil masa selama enam bulan. Dalam satu temuramah, beliau berkata: "Tempoh itu sekali gus akan menjejaskan kerjaya seni dan jadual saya selain mengambil kira kes mahkamah yang sedang berlangsung,".

Beliau dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019, atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) diletakkan di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mendapati beliau bersalah memiliki dadah. Pada 21 Jun 2019, Farid diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Januari 2018.

Pada 5 Januari 2022, beliau tidak dibenarkan mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan untuk merayu sabitan dan denda berjumlah RM5,500 bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Mistik Jeffrey Filem pertama
Cinta Kolestrol Saiful
Jutawan Fakir Pengurus Pejabat
2004 Kuliah Cinta Amirul
Hingga Hujung Nyawa Shawn
7 Perhentian Amirul
Tangkai Jering Norman Hakim
2005 Potret Mistik Zack
Cinta Fotokopi Zahid
Lady Boss Izwan Dato’ Zikri
Anak Mami Kembali Farid
2006 Main-Main Cinta Beego
Remp-It Madi Juga sebagai penulis
2007 Chermin Yusof
Anak Halal Indera Putera Hisham
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Jongkidin
Evolusi KL Drift Sham
Apa Kata Hati Aidil Fitri
I'm Not Single Adam Ghani
2009 Papadom Hisham Hashim
Lembing Awang Pulang Ke Dayang Awang Di samping Siti Elizad, Zul Huzaimy & Uji Rashid
Duhai Si Pari-pari Pemilik Kereta Sport
2010 V3 Samseng Jalanan Ahmad Asrudy @ Rudy Juga sebagai pengarah, penulis dan lakon layar
Evolusi KL Drift 2 Sham
Semerah Cinta Stilleto Sulaiman Toyol aka Leman Toyol aka Leto
Lagenda Budak Setan Kasya
Cuti-Cuti Cinta Omar Rudy
Estet Farid
Aku Masih Dara Zachery
2011 Kongsi Ketua Polis Sebagai pengarah, penulis dan lakon layar
3,2,1 Cinta Nazril
2012 3 Temujanji Farid Penampilan khas
Hantu Gangster Ewan
Pe3 Megat Sebagai pengarah, penulis dan lakon layar
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Kasya
2013 Dampak Giran
Bencinta Faizal
Kolumpo Dirinya sendiri Penampilan khas
2014 Apokalips X X
Pengantin Malam Razif
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Kasya
Anak Jantan Darin
Kaki Kitai Inspektor Farid
2015 Abang Lejen Ajim
Hantu Bungkus Ikat Tepi Farid Penampilan khas
Love, Supermoon Razak Abu Bakar
2016 Langit Cinta Budiman
2017 J Revolusi Andra
Tombiruo: Penunggu Rimba Amiruddin
Pinjamkan Hatiku Dr. Hasnan
2022 Remp-It 2 Madi Sebagai pengarah dan penerbit
2023 Sumpahan Syaitan Sam
Anwar: The Untold Story Dato Seri Anwar Ibrahim
2024 Telaga Suriram Pos-produksi
Gold Pos-produksi
TBA Baran Pra-produksi

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Lu’lu Syauqi Astro Ria Telefilem pertama
Mata Di Jiwa Jeffrey
2011 7 Lagu Farhan Astro Citra
2012 Apa Dah Jadi? Astro Prima
2014 Misteri Bulan Madu Farid Hypp Sensasi
Sayang Awak Sangat-sangat Iman
Kem Cuci Tangan (KeCuT) Joe
Tolong Aku Nak Puasa! Amir Astro Ria
2015 Hantu Raya Tumpang Beraya Ikram Juga sebagai pengarah
2016 Sedikit Waktu Farid
Segi Tiga
2017 Syukur Syawal Syukur TV3
2018 Hilang Akal Adam Astro Citra
2020 Puyah & Putat Putat
2021 Diam Tanda Setuju
Zombie Jarum Vaksin Farid
2022 Sakanak Azmi TV3
Tersimpang Ke Alam Bunian Duan Astro Citra

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2001 Fakulti TV2
2004 Begitulah Cinta Andy TV3
2008 Takdir Yang Terindah Juffri TV1
Enigma Adam TV3
2009 Tiga Janda Ammar Astro Prima
Cinta Tikar Sejadah Hazrey Hussein Astro Oasis
Mertua vs Menantu (Musim 2) Astro Prima
2010 Lagenda Budak Setan: The Series Kasyah
Korban 44 Bah Raden Astro Citra
2011 Wasiat Syaqir Agus Raizal Astro Prima
2013 Jodoh Itu Milik Kita Aariz Danial Astro Mustika HD
2016 Qanun 99 Khalil Astro Oasis
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Tengku Ryan Ameer Astro Ria
2020 Pelindung Seorang Puteri Saiful/Epul
2021 Masih Ada Rindu Hadi/Hakim TV3
2022 Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti JJ Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2020 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Demdam Damak dan Deli"
Episod: "Pelesit Kota"
2022 Sepahtu Reunion Live Al-Raya Episod: "Misteri Kem"

Teater

Tahun Tajuk Watak Terbitan Catatan
2003 Dimana Bulan Selalu Retak Falel Anjung Seri Production Karya asal A Samad Said

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2004 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Harapan Lelaki Kuliah Cinta Tercalon
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-18 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2006 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-19 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Lelaki Terbaik Anak Halal Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kala Malam Bulan Mengambang Tercalon
Anugerah Skrin 2008 Pelakon Lelaki Terbaik Anak Halal Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Seni Negara ke-8 Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara Menang
2010 Anugerah Shout! Anugerah Hot Guy Tercalon
Anugerah Best On Screen Couple (bersama Lisa Surihani) Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Lelaki Terbaik Lagenda Budak Setan Tercalon
Pengarah Harapan V3: Samseng Jalanan Tercalon
Pengarah Terbaik Tercalon
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Lakonlayar Terbaik Kongsi Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Ahirine Ahirudin) Remp-It 2 Tercalon

Penghargaan

Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Dato Aaron Aziz telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Dato' sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.. Walau bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang memaklumkan bahawa darjah kebesaran DIMP yang dikurniaan kepada beliau telah ditarik balik oleh Sultan Pahang berkuatkuasa 1 Februari 2021.

    Penghargaan Malaysia
  • Farid Kamil: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Pahang
    • Farid Kamil: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Darjah Indera Mahkota Pahang - Dato' (ditarik balik 1 Februari 2021)

Rujukan

Tags:

Farid Kamil Kehidupan awalFarid Kamil KerjayaFarid Kamil Kehidupan peribadiFarid Kamil FilemografiFarid Kamil Anugerah dan pencalonanFarid Kamil PenghargaanFarid Kamil RujukanFarid Kamil Pautan luarFarid KamilFadzil Zahari

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rozie OthmanPersekutuan Pengakap MalaysiaKomunikasiJabatan Perangkaan MalaysiaKuantanPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuInisiatifPolitik balas budiHadisRemy IshakYasmin AhmadPerkhidmatan awam di MalaysiaParameswaraSenarai bank di MalaysiaHari Raya AidilfitriSabrina AliAhmad Zahid HamidiPeraturan bola jaringAndai Itu TakdirnyaNegeri SembilanMusa HassanAstro MalaysiaUniversiti MalayaNabi Yusuf a.s.PutrajayaMokhtar DahariNur FazuraKebudayaan MalaysiaMedia sosialSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanSunan Gunung JatiKementerian Pertahanan MalaysiaSejarah MalaysiaJam 24 jamDaerah di SabahMohd Ghazali Che MatPasukan Gerakan AmAbang Long FadilPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaHarimau MudaSurah al-FatihahSaifuddin Nasution IsmailPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaSarimah AhmadMyKadKerajaan SalakanagaraSenarai Yang di-Pertuan AgongKata sendi (bahasa Melayu)DollaPasukan Khas LautKolej Islam Sultan Alam ShahHadha min fadhle RabbiKata kerja tak transitifMuhammad Haziq Bin NadzliBendera ThailandAmelia HendersonJabatan Peguam Negara MalaysiaPekanbaruNombor perdanaEurocopter FennecArmizan Mohd AliMs PuiyiFrekuensi radio di JohorKementerian Kesihatan MalaysiaFrekuensi radio di KedahJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaBaba dan NyonyaKetumKemalangan helikopter Lumut 2024Si TanggangPukimakHari Kebangsaan MalaysiaSenarai sistem badan manusiaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Akut (perubatan)🡆 More