Tayangan Unggul

Tayangan Unggul Sdn.

Bhd. (secara rasmi disingkat sebagai TU) ialah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia yang dimiliki oleh Astro Malaysia Holdings Berhad. Ia ditubuhkan pada November 1996 sebagai sebuah unit hiburan, kemudian berkembang sebagai studio filem dan diketuai oleh Gayatri Su-Lin Pillai yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif. Merupakan salah satu studio filem utama di Malaysia, bersama-sama dengan Astro Shaw, Grand Brilliance, Skop Productions dan Metrowealth Pictures, Tayangan Unggul telah menerbitkan banyak filem-filem yang berpendapatan tinggi sepanjang zaman, dan melayakkan mereka menerima pelbagai anugerah.

Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriFilem
Ditubuhkan1996; 28 tahun yang lalu (1996)
Dibubarkan2019; 5 tahun yang lalu (2019)
NasibDigabungkan dengan Astro Shaw
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingGayatri Su-Lin Pillai (Penerbit Eksekutif)
Syarikat indukAstro Malaysia Holdings Berhad
Tapak web
IMDB: co0007147 Facebook: tayanganunggul Twitter: TayanganUnggul Instagram: tayanganunggul Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

Ditubuhkan pada November 1996 sebagai unit hiburan Astro Ria, Tayangan Unggul berperanan untuk menerajui bidang penerbitan dan pengedaran filem. Sebagai anak syarikat Astro All Asia Networks plc (dikenali sebagai Astro Malaysia Holdings Berhad), Tayangan Unggul mempunyai misi menjadi penerbitan filem dengan jaminan kualiti dan menjana pulangan yang baik dalam membantu perkembangan industri perfileman Malaysia.

Bagi merealisasikan objektif syarikat, Tayangan Unggul memegang 3 objektif utama dalam pengeluaran dan penerbitan filem, iaitu mengenbangkan genre filem dalam memenuhi citarasa dan kehendak khalayak penonton arus perdana; mementingkan gandingan pengarah, artis dan tenaga kerja baru dan lama untuk mewujudkan pelapis dalam industri masa hadapan; dan menjalin kerjasama dan sokongan dengan para karyawan, agensi kerajaan serta luar negara bagi tujuan memartabatkan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.

Dalam usahanya untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, TUSB telah mewujudkan Panel Penasihat yang terdiri daripada mereka yang profesional dan dihormati dalam industri perfileman tanahair. TUSB juga akan meningkatkan lagi penerbitan filem dan berharap akan dapat membantu industri perfileman tanahair untuk lebih berkembang dan berdaya saing. TUSB juga mengutamakan pencarian sumber kreatif dan rakan kongsi baru di tanahair, juga di luar negara.

Sehingga kini, TUSB telah menerbitkan 24 buah filem dengan kerjasama 12 orang pengarah iaitu Along Kamaludin, Rashid Sibir, Zulkifli M. Osman, Aziz M. Osman, Bade Hj. Azmi, Afdlin Shauki, Mamat Khalid, Osman Ali, James Lee, Saw Teong Hin, Kabir Bhatia dan Azmi Hatta. Sebanyak 18 filem telah ditayangkan termasuk Sara, Idola, Laila Isabella, KL menJERIT, Diari Romeo, Bintang Hati, Trauma, Berlari Ke Langit, Cinta Luar Biasa, Gangster, KL menJERIT 1, Baik Punya Cilok, Man Laksa, Puaka Tebing Biru, Syaitan, Zombi Kampung Pisang, Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Apa Kata Hati, Histeria, Malaikat Maut, Setem, Papadom dan Duhai Si Pari-pari.

Dari jumlah 12 filem yang telah ditayangkan di pawagam sejak 2001, 7 daripadanya telah mencapai kutipan pecah panggung dengan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM20,790,039.00. Pada tahun 2005, 3 filem iaitu Gangster (RM2.9 juta), KL menJERIT 1 (RM2.3 juta) dan Baik Punya Cilok (RM2.7 juta) yang ditayangkan dipawagam telah mencapai kutipan pecah panggung dengan penjualan 350,000 keping tiket telah mendapat penghargaan dari pihak FINAS sebagai ‘Penerbit – Jumlah Kutipan Tertinggi Filem 2005’.

TUSB sentiasa berusaha untuk mengetengahkan dan menggunakan bakat-bakat baru dan tenaga kerja kreatif dalam setiap projek filem. Ini adalah satu usaha berterusan bagi setiap penerbitan filem. TUSB juga mempunyai perancangan untuk menaja biasiswa untuk bakat-bakat muda dalam bidang filem.

Filemografi

Filem terbitan

Televisyen

Teater

  • Teater Baik Punya Cilok

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tayangan Unggul SejarahTayangan Unggul FilemografiTayangan Unggul Lihat jugaTayangan Unggul RujukanTayangan Unggul Pautan luarTayangan UnggulAstro Malaysia HoldingsAstro ShawGayatri Su-Lin PillaiGrand BrillianceMalaysiaMetrowealth PicturesSkop Productions

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pegawai WaranKlangTeknologiProton Holdings BerhadAbang Long FadilSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiNora DanishEmpayar UthmaniyahHadisLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaSenarai raja-raja MelayuDadahAngkatan Tentera MalaysiaMajlis Amanah RakyatSenarai gunung berapi di IndonesiaPahamin RajabSenarai peribahasa (A–M)Liga Super MalaysiaAliff AzizBahasa InggerisPertubuhan Keselamatan SosialErma FatimaBintang RTMIntan NajuwaGoogle ScholarBaju MelayuJabatan Akauntan NegaraUpin & IpinBeto KusyairySheikh Muszaphar ShukorTakwim HijrahMasyarakat majmukJabatan Kemajuan MasyarakatAhmad Samsuri MokhtarAnwar IbrahimSurah al-BaqarahDollaFahmi FadzilSaiful ApekPemancutan maniTerengganuRazarudin HusainJohor BahruSujud sahwiMuhammad al-FatihGanjaBola jaringRukun NegaraAffendy StephensPasukan Kadet Bersatu MalaysiaSarimah IbrahimAkta Dadah Berbahaya 1952Peribahasa MelayuBabiEllie SuriatySenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukSifat-sifat AllahHantu Kak Limah Balik RumahOrang Cina MalaysiaLembah KlangAzlan ManKata adjektifGajahQistina KhaledHarumanisHantu rayaAisha RetnoEurocopter FennecSophia AlbarakbahBugisSunan AmpelRevolusi PerindustrianAngel (penyanyi)PerlisSekali Lagi Cinta KembaliAstro MalaysiaBella DallyKartina AyoobKedah🡆 More