Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris (Jawi: ‏بهاس ايڠݢريس‎code: ms is deprecated ‎; bahasa Inggeris: Englishcode: en is deprecated ) ialah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan Kanada, dan bekas koloni British yang lain.

Ia juga ialah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang dahulunya di bawah pemerintahan British.

Bahasa Inggeris
English
Sebutan/ˈɪŋɡlɪʃ/
Kawasan(lihat bawah)
Penutur bahasa
360 juta orang penutur (cited 2010)
L2: 375 juta dan 750 juta penutur EFL
abjad Inggeris (Skrip Latin)
Status rasmi
Bahasa rasmi di
54 negara
27 entiti tidak berdaulat
Bangsa-bangsa Bersatu
Kesatuan Eropah
Negara-Negara Komanwel
Majlis Eropah
IOC
NATO
NAFTA
OAS
OECD
OIC
PIF
UKUSA Agreement
Kod bahasa
ISO 639-1en
ISO 639-2eng
ISO 639-3eng
Linguasphere52-ABA
Bahasa Inggeris
  Negara di mana bahasa Inggeris bahasa ibunda majoriti penduduk
  Negara di mana bahasa Inggeris diguna tetapi bukan bahasa majoriti
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Inggeris kini ialah yang keempat (atau kebarangkalian ketiga bergantung kepada sumber) yang paling banyak bahasa asli yang dituturi di seluruh dunia (selepas Cina, Hindi dan secara pertikaian Sepanyol), dengan kira-kira 380 juta penutur. Bahasa Inggeris juga ahli dominan bahasa Jermanik. Ia mempunyai status lingua franca di kebanyakan bahagian di dunia, dianggap berpunca daripada ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh budaya dari Empayar British pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20 dan demikian di Amerika Syarikat dari awal abad ke-20 hingga kini.

Meskipun terdapat banyak pengaruh global daripada penutur Bahasa Inggeris asli di pawagam, pesawat penumpang, penyiaran, sains dan di Internet pada dekad kebelakangan, Bahasa Inggeris sekarang ialah bahasa kedua yang paling banyak dipelajari di dunia walaupun bahasa lain seperti Perancis dan Sepanyol juga mengekalkan kepentingan di dunia.

Kebanyakan pelajar di seluruh dunia digalakkan belajar sekurang-kurangnya sebahagian Bahasa Inggeris, dan pengetahuan kerja dalam Bahasa Inggeris digalakkan dalam banyak bidang dan pekerjaan.

Sejarah

Icon.svg|thumb|kanan|upright|EN (ISO 639-1)]] Bahasa Inggeris merupakan bahasa Anglo-Frisian yang dibawa masuk oleh pendatang Jermanik dari bahagian-bahagian tertentu di negara Jerman. Bahasa Inggeris kuno yang asli itu dipengaruhi dua serangan pendatang baru secara berturut-turut, iaitu penutur bahasa Jermanik cabang Skandinavia yang menjajah beberapa bahagian Britain pada abad ke-8 dan ke-9, disusuli gelombang penjajahan orang Norman yang menutur dalam bahasa yang dekat dengan bahasa Perancis pada abad ke-11.

Menurut Anglo-Saxon Chronicle, sekitar tahun 449, Vortigern, Raja Kepulauan British, menjemput orang Angle untuk membantunya menentang kaum Pict. Sebagai habuannya, kaum Angle disumbangkan tanah di bahagian tenggara. Bantuan selanjutnya terus dicari, maka datangnya kaum-kaum Saxon, Angles, dan Jute. Chronicle pernah menyatakan kemasukan susulan para pendatang yang menubuhkan tujuh buah negara di kepulauan tersebut. Ilmuwan moden menganggap kebanyakan cerita ini sebagai satu legenda dan dimangkini unsur politik.

Pendatang Jermanik ini mendominasi penduduk-penduduk asli yang menutur bahasa Celt, yang tertumpu di Scotland, Wales, Cornwall, dan Ireland. Loghat yang ditutur oleh pendatang tersebut membentuk bahasa yang dinamakan bahasa Inggeris kuno, yang menyerupai beberapa loghat pesisiran pantai di tanah yang kini dikenali sebagai Jerman barat laut dan Belanda. Kemudian, bahasa Inggeris kuat dipengaruhi oleh bahasa Norse, yang ditutur oleh orang Viking yang menduduki timur laut.

Selama 300 tahun setelah penaklukan Norman pada 1066, raja-raja dan bangsawan Norman cuma bertutur dalam bahasa Anglo-Norman. Sebilangan besar perkataan Norman diasimilasi dalam bahasa Inggeris kuno, mengukuhkan evolusi bahasa Inggeris melalui beberapa abad, maka terbentuknya bahasa Inggeris pertengahan.

Pada abad ke-15, bahasa Inggeris pertengahan dibentuk semula melalui Peralihan Vokal Besar-besaran yang melibatkan loghat London yang dijadikan bahasa baku bagi kegunaan pentadbiran kerajaan, dan pemiawaian hasil pencetakan (dari segi ejaan perkataan). Penggunaan Bahasa Inggeris Moden boleh dijejaki ke zaman William Shakespeare.

Klasifikasi dan bahasa berkaitan

Bahasa Inggeris tergolong kepada sub-rumpun barat daripada rumpun Jermanik yang mana ia sendiri ialah rumpun daripada keluarga daripada bahasa Indo-Eropah.

Pertanyaan mengenai saudara hidup terdekat Bahasa Inggeris masih dalam perbincangan. Selain daripada Inggeris-dileksikan bahasa kreol seperti Tok Pisin, Scotland - yang mana kebanyakannya dituturkan utamanya di Scotland dan bahagian Utara Ireland - ialah aneka Jermanik paling dekat bersekutu dengan Inggeris. Seperti Inggeris, Scot yang unggulnya turun daripada Inggeris Kuno juga dikenali sebagai Anglo-Saxon. Saudara terdekat Inggeris selepasnya ialah Frisia, yang dituturkan di Belanda dan Barat Laut Jerman. Antara Bahasa Jermanik Barat yang masih hidup termasuk Jerman sendiri, Jerman Rendah, Belanda dan Afrikaans. Bahasa Jermanik Utara dari Scandinavia adalah kurang dekat berkaitan dengan Inggeris berbanding bahasa Jermanik Barat.

Banyak kata Perancis juga difahami oleh penutur Inggeris (meskipun sebutan selalunya berbeza) dilantarkan Inggeris menyerap banyak kosa kata daripada Perancis, melalui Norman selepas Penaklukan Norman dan terus daripada Perancis pada abad berikutnya. Lantarannya, banyak kongsi daripada kosa kata Inggeris biasanya hampir dengan Perancis, dengan beberapa perbezaan ejaan kecil (penghujungan kata, penggunaan ejaan lama Perancis, sbg.), baik juga kadangkala pencapahan dalam makna.

Fonologi

Fonetik dan fonologi bahasa Inggeris adalah berbeza daripada satu dialek ke dialek yang lain, biasanya tanpa mengganggu komunikasi bersama. Variasi fonologi mempengaruhi inventori fonem (bunyi pertuturan yang membezakan makna), dan variasi fonetik terdiri daripada perbezaan sebutan fonem. Gambaran keseluruhan ini menerangkan sebutan piawai dari United Kingdom dan Amerika Syarikat: Received Pronunciation (RP) dan General American (GA).

Consonant phonemes
Dwibibir Gigi Gusi Belakang
gusi
Lelangit Velar Glotis
Sengauan m n ŋ
Hentian p b t d k ɡ
Letusan
Geseran f v θ ð s z ʃ ʒ h
Aproksiman l ɹ* j w

Tatabahasa

Tatabahasa Inggeris menunjukkan pentasrifan yang minimal berbanding dengan kebanyakan bahasa Indo-Eropah lain. Contohnya, Inggeris Moden, tidak seperti bahasa-bahasa Jerman atau Belanda bahkanjuga bahasa-bahasa Romawi Moden, kekurangan tatabahasa jantina dan persetujuan adjektif. Kes bertanda hampir hilang daripada bahasa dan utamanya masih hidup dalam kata ganti nama. Pencorakan daripada kata kerja kuat (cth: tutur/ditutur/tuturan) lawan lemah diwarisi daripada bahasa Jermanik telah menurun dalam kepentingan dan peninggalan daripada tasrifan (seperti tanda plural) telah menjadi lebih sederhana.

Pada masa yang sama setelah pentasrifan dikurangkan kepentingannya dalam Inggeris, bahasa ini telah dikukuhkan melalui kebergantungan kepada aspek lebih unggul seperti kata kerja modal dan kata perintah untuk menyampaikan maklumat tatabahasa. Kata kerja bantuan digunakan untuk menanda pembinaan seperti soalan, negatif, suara pasif dan bentuk kata kerja progresif.

Demografi

Kini, terdapat 1.4 bilion orang yang menggunakan pelbagai loghat bahasa Inggeris setiap hari. Sekitar 400 juta orang menutur bahasa ini sebagai bahasa ibunda, manakala lebih kurang 800 juta orang yang menjadikannya bahasa kedua. Bahasa Inggeris luas digunakan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Kedudukan bahasa Inggeris masa kini dibandingkan dengan bahasa Latin pada zaman silam. Bahasa Inggeris dijadikan peralatan penting untuk pengembara muda yang menjelajah antara benua masa kini, tidak kira sama ada ditutur oleh mereka sebagai bahasa ibunda atau tidak.

Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa ketiga terbesar dunia dari segi jumlah penutur asli, selepas Bahasa Cina dan Bahasa Sepanyol. Namun, Bahasa Inggeris barang kali merupakan bahasa kedua paling umum dunia setelah menggabungkan kadar penutur asli dan penutur sekunder, walau bagaimanapun perkara ini bergantung pada perbezaan kriteria klasifikasi antara "bahasa" dan "dialek").

Pakar bahasa David Crystal telah menganggarkan bilangan pengguna bahasa Inggeris bukan-asli telah mencecah bilangan pengguna asli dengan kadar 3 kali ganda.

Negara-negara yang mempunyai bilangan penutur asli bahasa Inggeris yang tertinggi adalah seperti berikut: Amerika Syarikat (215 million), United Kingdom (61 juta), Kanada (18.2 juta), Australia (15.5 juta), Nigeria (4 juta), Ireland (3.8 juta), Afrika Selatan (3.7 juta), dan New Zealand (3.6 juta) Bancian 2006.

Jumlah penutur mengikut negara

Bahasa Inggeris 
Pembahagian penutur asli bahasa Inggeris dalam dunia barat mengikut negara (Crystal 1997)
Negara % Penduduk Penutur Jumlah Penduduk Jumlah Penutur Penutur asli Penutur bahasa kedua Sumber
1 Bahasa Inggeris  Amerika Syarikat 95.81% 262,375,152 251,388,301 215,423,557 35,964,744 Bancian 2000 Amerika Syarikat
2 Bahasa Inggeris  India 23.18% 1,100,000,000 232,000,000 226,449 86,125,221 (Bahasa kedua) 38,993,066 (Bahasa Ketiga)
3 Bahasa Inggeris  Nigeria 53.34% 148,093,000 79,000,000 4,000,000 >75,000,000
4 Bahasa Inggeris  United Kingdom 97.74% 60,975,000 59,600,000 58,100,000 1,500,000
5 Bahasa Inggeris  Filipina 55.46% 97,000,000 49,800,000 3,427,000 46,373,000
6 Bahasa Inggeris  Jerman 56% 82,191,000 46,000,000 272,504 46,000,000
7 Bahasa Inggeris  Kanada 85.18% 33,355,400 25,246,220 17,694,830 7,551,390
8 Bahasa Inggeris  Perancis 36% 64,473,140 23,000,000 23,000,000
9 Bahasa Inggeris  Pakistan 10.97% 164,157,000 18,000,000 18,000,000
10 Bahasa Inggeris  Australia 97.03% 21,394,309 17,357,833 15,013,965 2,343,868

Status bahasa

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di Anguilla, Antigua dan Barbuda, Australia, Bahamas, Barbados, Belize, Bermuda, Wilayah Lautan Hindi British, Kepulauan Virgin British, Canada, Kepulauan Cayman, Dominica, Kepulauan Falkland, Gibraltar, Grenada, Guam, Guernsey, Guyana, Ireland, The Isle of Man, Jamaica, Jersey, Montserrat, Nauru, New Zealand, Kepulauan Pitcairn, Saint Helena, Saint Kitts dan Nevis, Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine, Indonesia, Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan, Trinidad dan Tobago, Kepulauan Turks dan Caicos, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Terdapat beberapa negara yang memperuntukkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tetapi bukan bahasa yang paling kerap digunakan, negara-negara tersebut merangkumi Botswana, Cameroon, Federated States of Micronesia, Fiji, Filipina, Gambia, Ghana, India, Kenya, Kiribati, Lesotho, Liberia, Madagascar, Malta, Kepulauan Marshall, Mauritius, Namibia, Nigeria, Pakistan, Palau, Papua New Guinea, Rwanda, Saint Lucia, Samoa, Seychelles, Sierra Leone, Solomon Islands, Sri Lanka, Sudan, Swaziland, Tanzania, Uganda, Zambia dan Zimbabwe.

Bahasa Inggeris diberikan status setaraf dengan sebelas bahasa rasmi yang lain di negara Afrika Selatan. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di wilayah bergantungan negara Australia (Pulau Norfolk, Pulau Christmas and Pulau Cocos) dan Amerika Syarikat (Samoa, Guam, Kepulauan Marian Utara, Puerto Rico, and the Kepulauan Virgin Amerika), dan koloni mahkota British Hong Kong.

Bahasa Inggeris tidak diberikan status bahasa rasmi di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Walaupun kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak mengakui status rasmi bahasa tersebut, bahasa Inggeris telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi di 30 daripada 50 kerajaan negeri Amerika Syarikat. Di beberapa negara, walaupun tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi, Bahasa Inggeris tetap diakui bahasa penting terutamanya dalam kalangan negara bekas koloni British, seperti Bahrain, Bangladesh, Brunei, Cyprus, Malaysia, and United Arab Emirates. Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di banyak negara, antaranya wilayah Singapura dan Malaysia, bahasa Inggeris diterapkan sebagai mata pelajaran teras dalam sukatan pelajaran negara-negara tersebut.

Sebagai bahasa antarabangsa

Oleh sebab bahasa Inggeris begitu kerap digunakan, bahasa tersebut telah disebut sebagai "bahasa antarabangsa", ataupun lingua franca era pascaglobalisasi. Walaupun bahasa tersebut tidak ditetapkan sebagai bahasa rasmi di banyak negara, bahasa Inggeris merupakan bahasa asing yang paling umum dan sering diajarkan. Beberapa pakar bahasa menggangap bahawa bahasa Inggeris itu tidak lagi milik eksklusif budaya "pengguna Inggeris asli", tetapi hak milik semua penuturnya, selaras dengan dasar demokratisasi bahasa. Bahasa Inggeris akan terus berkembang, pada masa yang sama, terus dipengaruhi pelbagai budaya-budaya lain. Bahasa Inggeris, disebabkan perjanjian antarabangsa, ialah bahasa rasmi untuk komunikasi udara dan maritim.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi untuk pelbagai entiti supranasional dan perbadanan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, Pertubuhan Persidangan Islam, Negara-Negara Komanwel, Kesatuan Afrika, Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan, Pertubuhan Negara-negara Amerika, Majlis Eropah, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Perjanjian UKUSA, Pertubuhan Kepulauan Pasifik dan lain-lain.

Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa asing yang paling umum diajarkan di Kesatuan Eropah yang merangkumi 27 negara, iaitu diajarkan kepada 89% daripada pelajar sekolah rantau tersebut, mendahului bahasa Perancis yang mencatat 32%, majoriti penduduk Kesatuan Eropah berpandangan bahawa Bahasa Inggeris lebih penting daripada bahasa Perancis dalam kalangan bahasa asing, dengan 68% menyokong bahasa Inggeris daripada bahasa Perancis. Dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah yang bukan berbahasa Inggeris, terdapat bilangan besar penduduk yang dapat bertutur dalam bahasa Inggeris — terutamanya: 85% di Sweden, 83% di Denmark, 79% di Belanda, 66% di Luxembourg dan lebih daripada 50% di Finland, Slovenia, Austria, Belgium, dan Germany.

Buku-buku, majalah-majalah, dan surat akhbar bahasa Inggeris dapat dijumpai pada seantero dunia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa paling umum dalam bidang sains, Science Citation Index telah melaporkan bahawa seawal 1997 95% artikel dan rencananya ditulis dalam bahasa Inggeris, hanya separuh daripadanya datang daripada penulis negara berbahasa Inggeris.

Dialek

Para pengkaji dialek berjaya mengenal pasti pelbagai dialek Inggeris yang biasanya tertakluk kepada kepelbagaian yang berbeza antara satu sama lain dari segi pola tatabahasa, kosa kata, dan sebutan di sesebuah kawasan. Gaya sebutan di kawasan tertentu membezakan dialek-dialek berbeza sebagai loghat kawasan. Dialek-dialek utama Inggeris sering dibahagikan oleh ahli bahasa kepada dua kategori yang sangat umum iaitu Bahasa Inggeris British (BrE) dan Bahasa Inggeris Amerika Utara (NAE). Terdapat juga kumpulan utama ketiga jenis Inggeris: Inggeris Hemisfera Selatan; yang paling menonjol ialah versi Australia dan New Zealand.

Rujukan

Pautan luar

Kamus

Bacaan lanjutan

  • Baugh AC and Cable T. A history of the English language (5th ed), Routledge, 2002 (ISBN 0-415-28099-0)
  • Bragg, Melvyn The Adventure of English: The biography of a Language, Arcade Publishing, 2004. ISBN 1-55970-710-0
  • Crystal, David (1997). English as a Global Language, Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-53032-6.
  • Crystal, D. The Cambridge encyclopedia of the English language (2nd ed), Cambridge University Press, 2003 (ISBN 0-521-53033-4)
  • Halliday, MAK. An introduction to functional grammar (2nd ed), London, Edward Arnold, 1994 (ISBN 0-340-55782-6)
  • McArthur, T (ed). The Oxford Companion to the English Language, Oxford University Press, 1992 (ISBN 0-19-214183-X)
  • Robinson, Orrin, "Old English and Its Closest Relatives", Stanford Univ Press, 1992 (ISBN 0-8047-2221-8)

Tags:

Bahasa Inggeris SejarahBahasa Inggeris Klasifikasi dan bahasa berkaitanBahasa Inggeris FonologiBahasa Inggeris TatabahasaBahasa Inggeris DemografiBahasa Inggeris DialekBahasa Inggeris RujukanBahasa Inggeris Pautan luarBahasa Inggeris KamusBahasa Inggeris Bacaan lanjutanBahasa InggerisAmerika SyarikatAustraliaBahasa JermanikBahasa bahasa InggerisKanadaKoloni BritishKomanwelTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BumiputeraSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakEmma MaembongHarumanisPuteri Gunung LedangSkop ProductionsSabri YunusTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimPontianak Harum Sundal Malam IIMenteri Kesihatan MalaysiaIskandar ChempakaGunung JeraiAzira ShafinazMasjid al-AqsaImam MahdiAgama BuddhaKata sendi (bahasa Melayu)Pasukan bola sepak kebangsaan Emiriah Arab BersatuChacha MaembongNILAMYang di-Pertua NegeriSerembanAtmosfera planetMia Sara ShaukiChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorMajlis Raja-RajaHutan hujan AmazonNabi Ibrahim a.s.Nabi Adam a.s.Hafizh Syahrin AbdullahNepenthesSejarah MelakaPekanbaruPiala Asia B-23 AFC 2024Pontianak Harum Sundal MalamGunung KinabaluPenebangan hutanBola sepakP. RamleeSenarai Kementerian di MalaysiaMilo (minuman)Seri KembanganKanun KeseksaanTentera Laut Diraja MalaysiaRosyam NorAiman Hakim RidzaJamrahPendidikan di MalaysiaZodiakDe FamOrang Asli di MalaysiaRujukan kehormatMusang PulutLiga Super MalaysiaKhalid Mohamad JiwaRacun RihannaAwieNegeri SembilanAn-Nuayman bin AmrHinduismeDaun salamFrekuensi radio di JohorNeelofaUjian dadahAl-QuranPerakMenteri Pendidikan MalaysiaKodi RasheedPahangKhairulamingPulau PinangLabuanPASKAL (filem)Keluaran dalam negara kasarAl-ArqamGabenor Bank Negara Malaysia🡆 More