Ahirine Ahirudin

Ahirine Ahirudin (lahir 8 Julai 1996) ialah seorang wartawan, pengacara, penulis, pelagak ngeri dan pelakon wanita Malaysia.

Beliau ialah anak kepada pengamal media berpengaruh, Ahirudin Attan.

Ahirine Ahirudin
Kelahiran (1996-07-08) 8 Julai 1996 (umur 27)
Kuala Lumpur
PendidikanIjazah Komunikasi Massa (Kewartawanan)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanWartawan, penulis, pelumba kereta, pelagak ngeri, pelakon, peninju muaythai
Tahun aktif2018–kini
EjenWebTVAsia (2022–kini)
Ketinggian173 cm (5 ka 8 in)
KeluargaAhirudin Attan (bapa)

Kerjaya

Mewarisi bidang kewartawanan daripada bapanya yang juga figura industri media tersohor negara, Ahirudin Attan, Ahirine memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis untuk ruangan 'Cars, Bikes and Trucks' untuk akhbar New Straits Times selama 2 tahun, dari 2014 hingga 2016 semasa beliau menjadi pelajar diploma.

Beliau juga menulis artikel bermaklumat di akaun media sosialnya. Semasa mengikuti ijazah, beliau berkhidmat sebagai hos bersama dan wartawan penyiaran rancangan hiburan Astro Ria, Hlive dan menghabiskan tiga bulan lagi dalam rancangan itu selepas tamat pengajiannya. Ahirine juga menjadi penerbit bersama dua rancangan permainan Astro Ria, Mana Bro? dan The Jangan Show.

Kerjaya lakonan Ahirine bermula pada 2020 apabila beliau ditawarkan membintangi filem Remp-It 2 arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil, dengan memegang watak sebagai Roy, dan filem ini ditayangkan pada November 2022. Beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Jijah dalam filem komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie (2022) yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Menerusi filem ini, beliau digandingkan bersama Hattan, Joey Daud dan Khir Rahman. Beliau turut membintangi filem usahasama Malaysia dan Singapura, What! The Heist arahan Matt Lai, yang mana beliau memegang watak Bangkok.

Ahirine juga terlibat dengan kerja aksi lagak ngeri dalam beberapa projek sinematik tempatan sebelum ini. Antara aksi lagak ngeri yang pernah dijayakannya termasuk siri The Bridge dan Gol & Gincu Vol. 2.

Pada September 2022, Ahirine telah diperkenalkan sebagai bakat baharu di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT) milik WebTVAsia.

Kehidupan peribadi

Ahirine dilahirkan di Alor Gajah, Melaka dan dibesarkan di Puchong, Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 beradik dan mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Bapanya ialah pengamal media dan bekas wartawan, Ahirudin Attan atau Rocky Bru. Beliau merupakan pemegang Ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Di waktu lapangnya, Ahirine meminati sukan lasak dan aktiviti permotoran.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Penunggang basikal Filem pertama; juga sebagai pelakon ganti aksi
2022 Gadis Jolobu The Movie Jijah
Remp-It 2 Roy
2023 What! The Heist Bangkok Filem Malaysia-Singapura
Tebus Ana

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV
2023 Mood Travel On TV Okey

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Couple Filem Popular (bersama Farid Kamil) Remp-It 2 Tercalon
Couple Filem Popular (bersama Dato' Hattan) Gadis Jolobu The Movie Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ahirine Ahirudin KerjayaAhirine Ahirudin Kehidupan peribadiAhirine Ahirudin FilemografiAhirine Ahirudin Anugerah dan pencalonanAhirine Ahirudin RujukanAhirine Ahirudin Pautan luarAhirine AhirudinAhirudin Attan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bintara MudaShahrulezad MohameddinPerjanjian HudaibiyahRukun ImanDarurat Tanah MelayuSungai BulohMierul AimanRadio Televisyen MalaysiaAbby AbadiSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaBahasa ArabKerajaan SalakanagaraIstinjakSunan AmpelBaju tradisional MelayuDaerah LangkawiAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaPengenalan kepada virusKhulafa al-RasyidinWings (kumpulan muzik Malaysia)Pegawai Waran Udara IIOne Cent ThiefNombor perdanaBendera PalestinKota KinabaluSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang SemangPeribahasa MelayuHutan hujan Semenanjung MalaysiaAedy AshrafKL Special ForceOrang BanjarSenarai Surah Al-QuranPembahagian kuasaKamus DewanSenarai pelakon lelaki MalaysiaKementerian Kesihatan MalaysiaKementerian Perhubungan Republik IndonesiaMeerqeenPiagam MadinahIsteri-isteri Nabi MuhammadAbdul Rahim Mohd NoorKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Maktab Rendah Sains MARA ArauPASKAL (filem)Datuk (gelaran)Tanda-tanda KiamatThailandSenarai Yang di-Pertuan AgongLaksamana ArmadaMimi LanaMuhammad Haziq Bin NadzliPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSofia JaneTadau KaamatanMelur Untuk Firdaus (musim 2)Penunggang AgamaSepahtu Reunion LiveKristianSenarai Kementerian di MalaysiaShakira (drama)SusukInspektor kesihatanInisiatifRedza RosliKamilia AfiqahAbdul Taib MahmudArmizan Mohd AliMetodologiAmyra RosliSenarai kaum di MalaysiaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaKerajaan Bani UmaiyahHantu Kak LimahRozie OthmanAkta Dadah Berbahaya 1952Senarai haiwanKucingBulan Bahasa KebangsaanSari Yanti🡆 More