Remp-It 2

Remp-It 2 merupakan filem aksi Malaysia arahan Farid Kamil.

Ia merupakan lanjutan daripada filem Remp-It (2006) arahan Ahmad Idham. Ditayangkan pada 24 November 2022, ia merupakan filem pertama arahan Farid dalam tempoh 10 tahun sejak Pe3 (2012).

Remp-It 2
PengarahFarid Kamil
PenulisFaten Syamimie
Dihasilkan olehFarid Kamil
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting oleh
Syarikat
penerbitan
FKX Film
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
  • 24 November 2022 (2022-11-24) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM2 juta

Sinopsis

Sudah 13 tahun berlalu sejak kejadian yang menimpa Madi (Farid Kamil) dan Spark (Niezam Zaidi). Madi kini bekerja sebagai tenaga pengajar di pusat latihan scrambler yang dimiliki oleh Roy (Ahirine Ahirudin) dan mengendalikan bengkel dengan Macha (Cat Farish). Macha kini bahagia dengan isterinya, Ieka dan anaknya, tetapi ianya tidak lama apabila kemunculan seorang kanak kanak lelaki bernama Muhammad yang mendakwa beliau anak kepada Madi hasil hubungan lampau

Sementara itu Spark masih menaruh dendam terhadap Madi walaupun baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan lalu.

Pelakon

  • Farid Kamil sebagai Madi, bekas pelumba haram dan pengajaran scrambler bengkel Macha
  • Muhammad Kamil sebagai Mad, anak kandung kepada Madi
  • Cat Farish sebagai Macha, kawan baik kepada Madi, Roy dan suami kepada Ieka
  • Ahirine Ahirudin sebagai Roy, kawan kepada Madi dan pemilik akademi scrambler
  • Niezam Zaidi sebagai Spark, musuh lama Madi (menggantikan Zul Huzaimy)
  • Izzue Islam sebagai Dek Wan, orang kanan Spark
  • Farez Ridzwan sebagai Ajak, orang kanan kedua Spark
  • Shiha Zikir sebagai Youtuber 1
  • Chiwan Chilok sebagai Youtuber 2
  • Izzy Reef sebagai Adruce
  • Shahkimin sebagai Shah
  • Rudy GTB sebagai Rudy
  • Gabit Saleh sebagai Gabit
  • Anas Ridzuan sebagai Addy
  • Faizal Hussein sebagai Pit
  • Julia Hana sebagai Ieka, Isteri kepada Macha dan bekas teman wanita Madi
  • Mamak Puteh sebagai Ali

Penerbitan

Kesinambungan filem Remp-It telah diumumkan pada 2019. Farid Kamil dan Zul Huzaimy pada mulanya mahu mengarahkan bersama filem ini, bagaimanapun Zul Huzaimy mengumumkan di akaun Instagram beliau, telah menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 kerana perbezaan kreatif. Zul mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan Remp-It 2 selepas Farid dikatakan mahu menerbitkan filem sendiri dan melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

Zul Huzaimy sebelum ini dilaporkan telah berjumpa dengan Ahmad Idham untuk mengarahkan Remp-It 2.

Penggambaran dijalankan di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor. Antara pelakon yang terlibat ialah Ahirine Ahirudin, Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam dan ramai lagi.

Keluaran

Remp-It 2 pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Mac 2020, namun ditunda akibat pandemik COVID-19.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Remp-It 2 SinopsisRemp-It 2 PelakonRemp-It 2 PenerbitanRemp-It 2 KeluaranRemp-It 2 RujukanRemp-It 2 Pautan luarRemp-It 2Ahmad IdhamFarid KamilPe3Remp-It

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sumbang mahramOrang JawaPiagam MadinahKetupat palasTabbyPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPolemik kedudukan bahasa Melayu di MalaysiaHududRevolusi KeagunganMalaysiaSekolah Berasrama PenuhPutrajayaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaJawatankuasa Hubungan Antara KaumLaksamana ArmadaVAT 69/UTKPerjanjian PangkorWanita SyurgaRespirasi selProton ExoraKL GangsterKuala Kubu BharuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unMinal 'Aidin wal-Faizin10 Briged ParaPerceraian dalam IslamHassan MaricanPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Aaron AzizHisteriaNabi Muhammad SAWKhalid bin al-WalidTengku Permaisuri NorashikinLeftenan KolonelWan RajaPemboleh ubahAstro MalaysiaRiezman KhuzaimiQistina KhaledKL Gangster 2Rozie OthmanLiga Super Malaysia 2024–25Zizan RazakSenarai pelakon lelaki MalaysiaPukimakHari BumiPASKAL (filem)Isteri-isteri Nabi MuhammadSenarai Sultan Empayar UthmaniyahLaskar Udara IJabatan Akauntan NegaraNasrizal NgasriSunan Gunung JatiAzhan RaniPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Lovely RunnerMakam PahlawanPuteri KhareezaPolis EVO 2Eddie HamidProton SatriaBoBoiBoyBangunan Sultan Abdul SamadKanun KeseksaanInisiatifLencana pangkat TLDMKumpulan Wang Simpanan PekerjaDewan Negeri SelangorNasionalismePrivate BodyguardMustafa Kemal AtatürkAndai Itu TakdirnyaEmelda RosmilaKadet Remaja Sekolah MalaysiaHadis MutawatirTunku Ismail ibni Sultan IbrahimPuasa (Islam)Kerana Dia Suka🡆 More