Shiha Zikir: Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia

Nurshiha Mohd Zikir (Jawi: نورشيحا محمد ذکر; lahir 2 November 1987) ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio wanita Malaysia.

Shiha berhijrah ke Kuala Lumpur dan mula bergiat aktif dalam bidang muzik secara serius. Ada yang menyatakan bahawa wajah beliau seiras dengan penyanyi terkenal Indonesia, Dato' Sri Rossa.

Shiha Zikir
Kelahiran
Nurshiha binti Mohd Zikir

(1987-11-02) 2 November 1987 (umur 36)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • pengacara
  • penyampai radio
Tahun aktif2005–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, balada, dangdut
InstrumenVokal
Syarikat rakaman

Biarpun perjalan seni Shiha berjalan agak perlahan, namun bintangnya menyerlah, terutamanya di Indonesia. Beliau merupakan salah seorang peserta rancangan realiti Akademi Fantasia dan Mentor yang bukan sahaja masih mampu bertahan tetapi berjaya melebarkan sayap ke pasaran luar.

Kerjaya

Shiha mula menyanyi secara serius setelah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2005 selepas memperoleh SPM. "Saya mahu menimba ilmu dan pengalaman dari Mentor saya, Datuk Sharifah Aini agar boleh melangkah ke tahap yang lebih tinggi."

Pada tahun 2011, beliau terpilih sebagai protege Mentor musim ke-5. Kemunculan ini merupakan kali kedua Shiha muncul dalam program realiti hiburan Malaysia. Kali pertama beliau ialah pada 2005 apabila beliau terpilih antara 20 peserta akhir Akademi Fantasia musim ke-3 terbitan Astro.

Namun di peringkat pendahuluan, Shiha yang menyanyikan lagu Shania Twain, "I'm Gonna Getcha Good" merupakan antara 8 peserta tersingkir termasuk Mawi dan Marsha Milan. Hanya 12 orang peserta dipilih sebagai finalis.

Dalam konsert pertama, terdapat kejutan apabila pengetua yang ketika itu berusia 18 tahun, terpilih antara 20 peserta akhir. Datuk M. Nasir mengumumkan bahawa ada AF masuk, lalu Shiha antara 8 peserta malam itu yang menyanyi untuk kali kedua.

Beliau melancarkan EP sulungnya, Shiha pada 18 Julai 2012 di bawah Monkey Bone.

Shiha merupakan salah seorang peserta yang mewakili Malaysia dalam Dangdut Academy Asia 2015 yang diikuti oleh tiga negara lainnya iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei. Nama Shiha semakin bersinar di Indonesia. Bakatnya semakin terserlah dan sering diundang mengadakan persembahan di Indonesia.

Pada Julai 2019, Shiha ialah salah seorang peserta dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna. Beliau merakamkan semula lagu "Pilihlah Aku" nyanyian asal penyanyi Indonesia, Krisdayanti.

Beliau ialah salah seorang peserta rancangan TV realiti muzikal Astro Ria, Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh Sophia Liana dan Arja Lee.

Pada tahun 2020, Shiha melancarkan single terbarunya, "AEWO" menampilkan duet bersama Noki dari kumpulan K-Clique. Melengkapkan portfolio kerjaya seninya, Shiha menjadi penyampai radio di stesen radio Era.

Beliau menjadi pelakon utama bersama Syazwan Zulkifly dalam Ada Apa Dengan Saka yang bersiaran di TV9 dengan melakonkan watak sebagai Aina.

Kehidupan peribadi

Shiha dilahirkan dan dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau mempunyai hobi termasuk bermain boling atau pergi karaoke di waktu luang.

Diskografi

EP

Tajuk Butiran album
Shiha
Single
Tajuk Tahun
"Jagakan Dia" 2017
"Makrifat Cinta" 2018
"Seperti Novel Cinta"
"Pipiyama" 2019
"Pilihlah Aku" 2020
"AEWO"
"Irama" 2021
"Kalam" 2023
"Makin Sinar"
"Angan" (duet bersama Ben Ladin)
"This & That" 2024

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Hantu Bonceng 2.0 Ayu Filem pertama
Hantu Ke Lima Oya / Soraya
2022 Remp-It 2 Youtuber 1

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Gerak Khas (Musim 11) Rita TV2 Episod: "Kaki Buli"
Jas Episod: "Geng Ragut"
2010 Gerak Khas (Musim 12) Lily Episod: "Mangsa"
2011 Bujang Sepah Lalalitamplom Astro Prima
2012 Metro Skuad (Musim 1) Zita TV2 Episod: "Asid"
2013 Terukir Di Bintang Jee TV3
2015 Gerak Khas (Musim 15) Zara TV2 Episod: "Murtad"
Abang Sado Kau Ado Sofea TV3
2016 Tak Beli Tak Cinta
2021 Madam E-Wallet Nad
Perisik Cinta Tak Diundang Medina Mikayla
2022 Ada Apa Dengan Saka Aina TV9
2023 My Name is Lola Sofia TV3
Melastik Ke Hatimu 2 Hanis

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Sutun 2 Astro Ria
2013 Rantai Kunci Reban Ayam Tasha TV1
2019 Dari Jauh Emi TV3
2020 Validasi Nina
Matilah Nak Pontianak Matilah Astro Citra
2021 Matilah Nak Kembali Matilah
Live! Dari Kafe Kak Kona Kak Kona TV3
2022 Kami Blackpinky Jannah Awesome TV
2023 Cik Diva Balik Kampung Dibah TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Akademi Fantasia (musim 3) Peserta Astro Ria
2011 Mentor (musim 5) TV3
2014 Jalan-Jalan Cari Makan Pengacara
2015 Kaki Bola TV9
D'Academy Asia Indonesia (Musim 1) Peserta Indosiar
2019 Big Stage (musim 2) Artis jemputan Astro Ria
Muzikal Lawak Superstar (Musim 1) Peserta Astro Warna Kumpulan Voices
2020 Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) Popie TV3 Episod: "Cinta Buta"
2021 Ceria Popstar (musim 5) Pengacara Astro Ceria mengacara bersama Danial Zaini
Luar Biasa Astro Prima bersama Norman Hakim
The Masked Singer Malaysia Reunion 2021 Peserta/Artis Jemputan Astro Warna Sebagai topeng Cik Musang
2022 Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) Peserta Kumpulan Cili
Terpaling Juara Pengacara TV3 mengacara bersama Haziq Hussni
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis
Mic ON! Selebriti Pengacara Awesome TV mengacara bersama Jaa Suzuran
I Can See Your Voice Malaysia (musim 6) TV3 mengacara bersama Izzue Islam
2024 Melodi Pengacara Jemputan

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
2021–2022 Rancak Sabtu ERA & Carta Era 40 Era

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021 InterContinental Music Awards Best Of Asian "AEWO" Menang
Asia Model Star Awards 2021 Malaysia Model Star Award Dirinya sendiri Menang
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Finalis Top 12 AEWO (Shiha Zikir & Noki K-Clique) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021 Grup/Duo MeleTOP Era "AEWO" (Shiha Zikir & Noki K-Clique) Menang
Bintang Filem MeleTOP Hantu Bonceng 2.0 Menang
Artis Versatil MeleTOP Dirinya sendiri Menang
Artis Top Top MeleTOP (Wanita) Menang
Lagu MeleTOP "AEWO" (Shiha Zikir & Noki K-Clique) Menang
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Persembahan Terbaik Dirinya sendiri Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Shiha Zikir KerjayaShiha Zikir Kehidupan peribadiShiha Zikir DiskografiShiha Zikir FilemografiShiha Zikir RadiografiShiha Zikir Anugerah dan pencalonanShiha Zikir RujukanShiha Zikir Pautan luarShiha ZikirKuala LumpurRossaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

HemoroidJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahTracie SinidolSekolah Berasrama PenuhMisteri DilailaSijil Pelajaran MalaysiaKesultanan Johor-RiauAgama di MalaysiaAbdul Rahim Mohd NoorBumiputeraAstro MalaysiaPuchong, SelangorPeribahasa MelayuOrang India MalaysiaUmie AidaPerkhidmatan awam di MalaysiaBanjaran TitiwangsaDaerah LangkawiPenanggalanPasukan Gerakan AmPerodua KelisaA. Rahman HassanLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurIndonesiaMata anginChempaka Emalin PahaminCongkakRukun NegaraIsmail Mohamed SaidPerpaduanSistem SuriaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAngkatan Tentera MalaysiaOrang Melayu MalaysiaSenarai pelakon lelaki MalaysiaGunung QafKetua Polis Negara MalaysiaIbanHang TuahKetupatKerana Dia SukaMetamfetaminaErry PutraGas rumah hijauParti Islam Se-MalaysiaNatasha WilonaBeto KusyairyCinta Buat DaraPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSunan MuriaMy Lovely DriverMegat SharizalSyerifKuala LumpurHidroterapiHassan MaricanBuah kerasBatu PahatJabatan Kastam Diraja MalaysiaPerjanjian HudaibiyahIstinjakDoa IftitahPerang AhzabPerodua KancilHael HusainiBaju tradisional MelayuKetua Menteri MelakaIslam di MalaysiaProton WiraJabatan Akauntan NegaraAhli Sunah WaljamaahAlif SatarPiala FA InggerisPerodua MyViPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPemerintahan berajaPerang Dunia PertamaRevolusi PerindustrianBade Hj. Azmi🡆 More