Niezam Zaidi: Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Niezam Mohd Zaidi (lahir 26 Oktober 1992) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Niezam Zaidi
Kelahiran
Mohd Niezam bin Mohd Zaidi

(1992-10-26) 26 Oktober 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian179 cm (5 ft 10)

Kehidupan peribadi

Niezam dilahirkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan dan dibesarkan di Kampung Seri Manjoi. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Dalam temuramah bersama mStar Online pada 2014, Niezam mendedahkan dirinya masih terlalu jauh untuk berada pada kedudukan sama dengan pelakon Farid Kamil.

Kerjaya

Bakat Niezam Zaidi dalam bidang lakonan dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo, yang yakin Niezam mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan, beliau merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama dengan Mikail Andre, Adibah Yunus, Wawa Zainal dan Shima Anuar.

Drama pertama lakonan Niezam ialah Diari Platun yang mengisahkan tentang kehidupan pasukan askar Wataniah, yang memulakan siaran di Astro Prima pada 16 September 2012. Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada 2012 menerusi filem aksi arahan Hashim Rejab, Budak Pailang yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Pada 21 Februari 2013, Nizam meneruskan kerjasamanya bersama Hashim dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu yang menggandingkannya bersama Intan Ladyana, ia mengisahkan tentang Zainal, seorang lelaki yang merasa tertekan dan tidak berpuas hati dengan kehidupan perkahwinannya sekarang, berfikir kembali kepada masa lalu ketika dia seorang pelajar nakal yang jatuh cinta dengan Azura.

Beliau berlakon di samping Atikah Suhaime, Bella Dally dan Intan Ladyana dalam siri drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre yang bersiaran di TV3.

Beliau juga muncul bersama Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Mikail Andre dalam filem dokumentari seram Highland Tower arahan Pierre Andre yang berdasarkan dari tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.

Niezam berlakon di samping Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson dalam siri drama romantik Mencintaimu. Beliau meninggalkan Metrowealth pada Mac 2015 dan bekerja secara bebas dengan syarikat penerbitan lain, Niezam berkata: "Kebanyakkan filem-filem saya dari MIG jadi saya tak ada masa untuk berlakon dengan produksi lain. Itu antara sebab saya keluar dari MIG."

Beliau muncul bersama Shenthy Feliziana dalam filem Mat Moto arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 24 Disember 2015.

inap desa di Kuala Kangsar

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Budak Pailang Rodi Filem pertama
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Zainal
Dua Kalimah Muhamad
99 Kali Rindu Boy
Longkai Eddie
Highland Tower Niezam
2014 Kelibat Azhari
2015 Gudang Kubur Zahari
Jalan Puncak Alam Hanif
Mat Moto Zamri
Hantu Bungkus Ikat Tepi Eddy
2016 Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa Pemanggil
2019 Sangkar Jai
Geran Asan
2020 M4M4 Remy
2021 J2: J Retribusi Pengawai Kanan
2022 Rompak Mr G
Kan Cheong Saiful
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Mejar Saifullah Azman / Cypher
Seratus Penampilan khas
Remp-It 2 Spark
2023 Pukul Mersing Agus
2024 Sahul Bhai Pos-produksi
The Original Gangster Azam Pos-produksi
2025 Reeza Pos-produksi
TBA Geran 2 Asan Dalam perancangan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Diari Platun Amir Astro Prima Drama pertama
Bini-Bini Perkasa Eddie TV3
Takdir Qismah Ray
2013 Diandra Luqman
Dia Suamiku Astro Prima
Dewi Lasak Akil Rahmad TV3
2015 Mencintaimu Helmi
2016 Rumi & Jawi Salahuddin Ayubbi Astro Prima
Inikah Cinta Muammar TV3
Ainur Mardhiyah Keifli TV9
2017 Namaku Bedah Sood
Gempur Wira Leftenan Aiman TV1
2019 Cindai Haniff TV3
2021 Sitik Tok Shon
Malaysian Ghost Stories Rem Astro Ria Episod: “Pulangkan Jari Aku”
2022 Luka Di Hati Diya Remy TV1
2023 Segenap Takdir Azlan TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Misteri Bulan Madu Iman Unifi TV
Kem Cuci Tangan (Kecut) Niezam
Jangan Ambil Nyawa Aku Fikri
Gugurl Propa Sheriff
2015 Jodoh Memamg Tak Pergi Ke Mana Sofian aka Pian
2016 Last Kopek DVD
Rajuk Azmil TV9
Bedah Motor Ameer
Menantuku Rock Awie Rock Astro Ria
2017 Beringin Daniel Astro Citra
Bukan Cinta Biasa Wazir TV2
Kembalikan Syawalku Astro Citra
2019 Saka Zain Jusoh
2020 Cik Petir Putrajaya TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 Studio Drama Sangat Pencalon TV3

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2013 Anugerah Blokbuster ke-2 Hero Baru Terhebat Budak Pailang Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Niezam Zaidi Kehidupan peribadiNiezam Zaidi KerjayaNiezam Zaidi FilemografiNiezam Zaidi Anugerah dan pencalonanNiezam Zaidi RujukanNiezam Zaidi Pautan luarNiezam Zaidi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Halim RadziYusof HaslamSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiTunku Abdul RahmanSelangorKhalid bin al-WalidSuntikanSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukFunanJangkitanBatu Bersurat TerengganuTaufik HidayatKimpalanPenunggang AgamaSurah Al-InsyirahAbang Long Fadil 3Suruhanjaya Syarikat MalaysiaKesan rumah hijauEyka FarhanaFrekuensi radio di PerakFrekuensi radio di TerengganuSultan PerakIsmail Mohamed SaidNombor perdanaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahUmie AidaZUS CoffeeLaman UtamaAkta Dadah Berbahaya 1952M. NasirTaman Negara MalaysiaPertubuhan Keselamatan SosialOrang Melayu IndonesiaUmar bin Al-KhattabBangladeshShah RezzaPiala ThomasLencana pangkat TLDMSherry AlhadadMuhammad al-FatihPronoLembuMilo (minuman)Unifi TVInfrastrukturTunku Ismail ibni Sultan IbrahimHari WesakNadia AqilahSungai BulohKuala LumpurKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerjanjian Inggeris-Belanda 1824AirPenjajahan Jepun di Tanah MelayuAzhar IdrusSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaKhawarijIpohHun HaqeemRendangElla (penyanyi)Amyra RosliAgama BuddhaRukun solatPulau PinangNazim OthmanAllahSistem pembiakan perempuanAnna JoblingPenjodoh bilangan bahasa MelayuNatasha WilonaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Rahsia (filem 2023)Imam MahdiShaheizy SamRinggitTakdir Itu Milik AkuFahmi Fadzil🡆 More