Jabatan Perangkaan Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن ڤراڠكأن مليسيا) merupakan sebuah Jabatan yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertujuan menghasilkan statistik yang berintegriti dan reliable dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan terutamanya oleh Kerajaan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.

Jabatan Perangkaan Malaysia
جابتن ڤراڠكأن مليسيا
Jabatan Perangkaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Jabatan Perangkaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1949; 75 tahun yang lalu (1949)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBlok C6, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62514, Putrajaya.
Kakitangan3,190 (2020)
Belanjawan tahunanMYR 193,488,000
Eksekutif Kerajaan
  • YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia
Agensi induk
Jabatan Perdana Menteri
Dokumen penting
  • Akta Perangkaan 1965
Laman sesawang
www.dosm.gov.my/portal-main/home

Latar belakang

Penubuhan

Jabatan Perangkaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1949 di bawah peruntukan Ordinan Statistik 1949 dan dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu terhad hanya kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang.

Pada tahun 1965, Biro Statistik telah bertukar nama kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Fungsi dan peranan Jabatan seterusnya telah berkembang di mana data/maklumat yang dikumpul semakin meluas merangkumi bidang ekonomi dan juga sosial.

Pada masa yang sama, pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982.

Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan agensi utama kerajaan yang diamanah dan dipertanggungjawab untuk memungut, mentafsir serta menyebar perangkaan yang bertepatan masa dan terkini untuk memantau prestasi ekonomi dan juga pembangunan sosial negara.

Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah diwujudkan.

Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pautan luar

Tags:

Jabatan Perdana Menteri MalaysiaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Teluk IntanTunku Abdul RahmanKetumPeraturan bola jaringNur FathiaUniversiti Teknologi MalaysiaDasar Ekonomi BaruSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahAliff AzizKarbon dioksidaPekanbaruFattah AminSenarai Sultan Empayar UthmaniyahNabila HudaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRahim RazaliRogolTalasemiaSunan AmpelHari Buku SeduniaInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaTakdir Itu Milik AkuBumiLumut, PerakMalayan UnionKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Senarai mukim di PerakPuteri KhareezaPolis EVOAnugerah AidilfitriPosisi seksualAbang Long FadilSkuadronRisteena MunimMalaysiaTabbySenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaOlahragaKetupatSultan SallehuddinAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamGunung RuangSingapuraHawa RizwanaSyarikat swastaBugisMohd Noor Helmy Abdul HalemSyerifUpin & IpinSekolah Dato' Abdul RazakBaju kurungSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSunan Gunung JatiKerana Dia SukaNegarakuBatu PahatBadarawuhi Di Desa PenariTimbalan Perdana Menteri MalaysiaNora DanishAbang Long Fadil 3Sultan PerakSekolah Berasrama PenuhSyariat IslamPronoAyamAdikSenarai pelakon lelaki MalaysiaMohamed Khaled NordinAmir AhnafRiena DianaOrang LampungPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaTakbirKata kerjaSkop ProductionsHelikopter🡆 More