Jajahan Tanah Merah

Tanah Merah merupakan satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan.

Jajahan Tanah Merah terletak di bahagian tengah negeri Kelantan dan berkeluasan 884 kilometer persegi. Pusat pentadbiran jajahan Tanah Merah terletak di Bandar Tanah Merah.

Tanah Merah
Bendera Tanah Merah
Lokasi Daerah Tanah Merah di Kelantan
Lokasi Daerah Tanah Merah di Kelantan
Jajahan Tanah Merah is located in Bumi
Jajahan Tanah Merah
Jajahan Tanah Merah (Bumi)
Koordinat: 5°48′N 102°04′E / 5.800°N 102.067°E / 5.800; 102.067 102°04′E / 5.800°N 102.067°E / 5.800; 102.067
NegaraJajahan Tanah Merah Malaysia
NegeriJajahan Tanah Merah Kelantan
Pentadbiran
 • Yang diPertua Majlis Daerah Tanah MerahTuan Haji Mohd Anis bin Hussein
Keluasan
 • Jumlah884.14 km2 (341.37 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah150,766
 • Kepadatan170/km2 (440/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
17500
Kod kawasan09
Laman sesawangMajlis Daerah Tanah Merah

Sejarah

Pada 2 Februari 1955, Tanah Merah telah diisytiharkan sebagai sebuah jajahan penuh. Pada tahun 1982, daerah Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Jajahan Tanah Merah apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaik taraf sebagai jajahan penuh pada tahun 1986.

Geografi

Jajahan Tanah Merah terletak di bahagian tengah negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Pasir Mas di utara, Machang di timur, Kuala Krai di tenggara dan Jeli di barat daya. Jajahan Tanah Merah juga bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat laut. Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723 m) terletak di sebelah barat.

Pecahan pentadbiran

Jajahan Tanah Merah ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Tanah Merah. Jajahan Tanah Merah dibahagikan kepada tiga daerah dan 14 mukim;

Jajahan Tanah Merah 
Peta jajahan Tanah Merah

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199194,611—    
2000101,509+7.3%
2010115,949+14.2%
2020150,766+30.0%
Sumber:

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Tanah Merah ialah seramai 150,766 orang dengan kepadatan penduduk 170 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di jajahan Tanah Merah berbangsa Melayu, seramai 140,469 orang.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 140,469
Bumiputera lain 308
Cina 4,697
India 375
Lain-lain 671
Bukan warganegara - 4,246
Jumlah 150,766

Agama

Di jajahan Tanah Merah, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 95 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Tanah Merah. Terdapat sebanyak 50 buah sekolah di jajahan ini;

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 33
Sekolah Jenis Kebangsaan 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 11
Sekolah Menengah Agama 4
Kolej Vokasional 1

Jajahan Tanah Merah juga mempunyai 12 buah balai polis, sebuah hospital daerah, lima klinik kesihatan dan sembilan klinik desa di sekitar jajahan.

Pengangkutan

Perhubungan di jajahan Tanah Merah dibantu dengan rangkaian jalan raya yang merangkumi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Perkhidmatan kereta api juga disediakan di beberapa stesen kereta api di sekitar jajahan, terutamanya di Stesen keretapi Tanah Merah yang menghubungkan Jajahan Tanah Merah dengan destinasi utama di sekitar Pantai Timur.

Rujukan

Pautan Luar

Tags:

Jajahan Tanah Merah SejarahJajahan Tanah Merah GeografiJajahan Tanah Merah Pecahan pentadbiranJajahan Tanah Merah DemografiJajahan Tanah Merah KemudahanJajahan Tanah Merah RujukanJajahan Tanah Merah Pautan LuarJajahan Tanah MerahBandar Tanah MerahKelantan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dini SchatzmannDidi AstillahHari Raya AidiladhaSekolah Kluster KecemerlanganEAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamRujukan kehormatRicheese FactorySekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanIntan LadyanaSherry AlhadadOrang Cina MalaysiaPasir GudangAiman Hakim RidzaBukan Kahwin PaksaAwieSarimah IbrahimPerodua VivaEtikaRemy IshakOrang Melayu IndonesiaCibaiJabatan Akauntan NegaraMegat SharizalLaskar MudaFrekuensi radio di MelakaLapangan Terbang Sungai BesiTakdir Itu Milik AkuSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaUmar bin Al-KhattabAl-QuranFarid KamilPelesitSarawakPosisi seksualChacha MaembongKota BharuBatikKerana Dia SukaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaBank Negara MalaysiaMalang Si PuteriGabenor Bank Negara MalaysiaPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalArena LieyaUjian dadahSenarai gunung di MalaysiaHemoroidAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaProton PerdanaYasmin NapperSikorsky S-61A-4 NuriCabang dan mazhab IslamNur (drama)Johor Darul Ta'zim F.C.Senarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan TebobonPilihan raya negeri Selangor 2023Universiti Teknologi MARANabiSiti MuslihaJasmine Suraya ChinBaju MelayuYassin YahyaUthman bin AffanNabi Isa a.s.Muhammad bin Idris al-Syafii7 Hari Mencintaiku (musim 3)Mega Movie (Slot TV3)Qistina RaisahZahirah MacWilsonKelantanOne Cent ThiefSlot TiaraFrekuensi radio di PahangMasya-AllahNombor perdanaIntan Najuwa🡆 More