Jajahan Jeli

Jajahan Jeli (Jawi: جلي) merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan.

Jajahan Jeli terletak di barat negeri Kelantan. Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah. Jajahan Jeli juga merupakan jajahan ketiga terbesar di Kelantan.

Jeli
Jajahan Jeli
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiجلي
 • Tulisan Cina日里县
Bendera Jeli
Lokasi Jajahan Jeli di Kelantan
Lokasi Jajahan Jeli di Kelantan
Jajahan Jeli is located in Bumi
Jajahan Jeli
Jajahan Jeli (Bumi)
Koordinat: 5°42′N 101°50′E / 5.700°N 101.833°E / 5.700; 101.833 101°50′E / 5.700°N 101.833°E / 5.700; 101.833
NegaraJajahan Jeli Malaysia
NegeriJajahan Jeli Kelantan
Penubuhan1986
PusatJeli
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Jeli
Pentadbiran
 • Pegawai daerahNik Raisnan Daud
Keluasan
 • Jumlah1,280.21 km2 (494.29 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah54,656
 • Kepadatan43/km2 (110/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
176xx
Kod panggilan+6-09
Plat pendaftaran kenderaanD

Sejarah

Pada mulanya Jeli berada di bawah pentadbiran jajahan Tanah Merah. Pada 1 Julai 1982, Jeli telah diisytiharkan sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1 Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan penuh.

Geografi

Jajahan Jeli terletak di barat negeri Kelantan dan berkeluasan lebih 1,280 kilometer persegi. Jajahan Jeli bersempadan dengan Jajahan Machang di timur, Jajahan Kuala Krai di tenggara, Jajahan Gua Musang di barat daya, negeri Perak di barat dan negara Thailand di utara. 82% kawasan dalam jajahan Jeli mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau, berhutan rimba, dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini secara puratanya berketinggian antara 90 meter – 500 meter dari paras sungai. Jajahan ini terletak diantara lembah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah.

Pecahan pentadbiran

Jajahan Jeli ditadbir satu pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Daerah Jeli dan dibahagikan kepada tiga daerah dan tujuh mukim. Terdapat sebanyak 26 kampung dalam jajahan Jeli.

Jajahan Jeli 
Peta Jajahan Jeli

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199132,720—    
200035,988+10.0%
201039,170+8.8%
202054,656+39.5%
Sumber:

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Jeli ialah seramai 54,656 orang dengan kepadatan penduduk 43 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di Jajahan Jeli berbangsa Melayu, seramai 51,943 orang.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 51,943
Bumiputera lain 920
Cina 142
India 175
Lain-lain 79
Bukan warganegara - 1,397
Jumlah 54,656

Agama

Di jajahan Jeli, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 99 peratus diikuti agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama yang mencatatkan kurang satu peratus.

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Jeli. Terdapat sebanyak 21 buah sekolah di jajahan ini;

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 15
Sekolah Menengah Agama 5
Sekolah Berasrama Penuh 1

Jajahan Jeli juga mempunyai sebuah hospital daerah, tiga klinik kesihatan dan 11 klinik desa di sekitar jajahan Jeli.

Pengangkutan

Jaringan jalan raya yang utama di jajahan Jeli termasuklah Lebuhraya Timur-Barat dan Laluan Persekutuan 66.

Kawasan pelancongan menarik

  • Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat
  • Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
  • Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat
  • Lata Kashmir
  • Lata Janggut, Kuala Long, Jeli
  • Lata Keding Resort(Hadapan UMK Jeli)
  • Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.
  • Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli

Rujukan

Tags:

Jajahan Jeli SejarahJajahan Jeli GeografiJajahan Jeli Pecahan pentadbiranJajahan Jeli DemografiJajahan Jeli KemudahanJajahan Jeli Kawasan pelancongan menarikJajahan Jeli RujukanJajahan JeliAir LanasBatu MelintangJajahanKelantanKuala BalahTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dunia IslamWak DoyokPokok MambuBunga rayaKerajaan Bani UmaiyahPolis EVO 3Sultanah ZanariahPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaAna DahliaIbanShahrulezad MohameddinBella DallySabronzoLagi-Lagi SenarioZizan RazakTentera Darat MalaysiaP. RamleeLatIrma HasmieNur (drama)Kelayakan Piala Asia AFC 2027Wadi AnnuarAisyah Abu BakarKitab suci IslamFadhlina SidekSunan MuriaPasukan Kadet PDRMSudirman (penyanyi)Jabatan dan agensi kerajaan MalaysiaUmar bin Al-KhattabAsnafAzhan RaniBeto KusyairyMuhammad al-FatihMasjid Sri SendayanBaju MelayuSiti HariesaUnited KingdomAnna JoblingFrekuensi radio di JohorOne Cent ThiefAkulah BalqisPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaLaila NasirInflasiEman MananIbu Tiri (filem)Senarai negara mengikut keluasanLiza AbdullahProton WajaLiga Super Malaysia 2024–25SosialPutri ArianiMajlis Raja-RajaPertubuhan Pribumi PerkasaAzzim ZahidKedahMahathir MohamadHun HaqeemGereja KatolikAeril ZafrelRaihanNaim DanielAerofonNabi Ya'akub a.s.Jenayah kolar biruLaura AnnaNabiSurah Al-InsyirahJambatan Pulau PinangKKN di Desa Penari (filem)Kadet Remaja Sekolah MalaysiaSultan Sharafuddin Idris ShahAedy AshrafAnwar IbrahimSenarai sistem badan manusiaSimpulan bahasa🡆 More