One Cent Thief

One Cent Thief (Pencuri Satu Sen) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 yang dicipta dan ditulis oleh Alfie Palermo selaku 'showrunner' dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain serta dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Sofia Jane dan Amerul Affendi.

Siri ini diinspirasikan daripada laporan berita peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada 1990-an atas kejayaan mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan tanpa dapat dikesan sehingga menjadi jutawan. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di empat saluran Astro bermula 8 Oktober sehingga 26 November 2022. NME telah menyenaraikan One Cent Thief sebagai salah satu daripada 10 rancangan TV terbaik Asia bagi tahun 2022.

One Cent Thief
Genre
PenciptaAlfie Palermo
Dibangunkan oleh
Alfie Palermo
Ditulis olehAlfie Palermo
PengarahAriff Zulkarnain
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Encryption"
Lagu penutup"Punca" oleh Lil J dan Putera Muhammad (episod akhir)
PenggubahIrena Taib
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Penerbit
  • Zurina Ramli
  • Alfie Palermo
  • Natasha Azlan
PenyuntingSafwan Salleh
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
SinematografiTan Teck Zee
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal8 Oktober 2022 (2022-10-08) – 26 November 2022 (2022-11-26)

Sinopsis

Mengisahkan tentang Iman Shah, seorang pekerja bank di Bintang Bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang bapanya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem keselamatan Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.

Pelakon

One Cent Thief 
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah.
    Penampilan kameo

Episod

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"The Root of All Evil"8 Oktober 2022 (2022-10-08)
Iman Shah, seorang juruwang di Bintang Bank, terdesak untuk mencari wang apabila keluarganya ditimpa kesusahan.
2"In the Belly of the Beast"15 Oktober 2022 (2022-10-15)
Iman terpaksa mencari jalan untuk menutup kesalahannya apabila polis menyerbu tempat kerjanya.
3"Every Thought a Prayer"22 Oktober 2022 (2022-10-22)
Devan dan konco-konconya menceroboh rumah Iman untuk mendapatkan rahsia di sebalik kekayaan Iman.
4"The Baby and The Thief"29 Oktober 2022 (2022-10-29)
Iman terpaksa ke jalanan untuk menyelamatkan abahnya.
5"Destroyer of Worlds"5 November 2022 (2022-11-05)
Iman kini terhutang budi dengan Ibu Zara, seorang penjenayah besar di ibukota.
6"What Money Can't Buy"12 November 2022 (2022-11-12)
Iman mula mengecapi kekayaan buat pertama kali dalam hidupnya, namun abahnya semakin risau.
7"Sacrifice"19 November 2022 (2022-11-19)

Iman terpaksa mencari jalan untuk melepaskan diri daripada Ibu Zara, namun sudah terlambatkah untuknya?.

Catatan: Episod ini ditujukan dalam ingatan kepada penyelia protokol penggambaran drama ini, Fikry Lawrance yang meninggal dunia semasa penggambaran dijalankan.
8"Digital Karma"26 November 2022 (2022-11-26)
Kini digelar 'One Cent Thief', Iman kini diburu pihak berkuasa. Adakah Iman berjaya mencari jalan keluar?

Penerbitan

One Cent Thief diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1990 dan menampilkan kelainan berbanding naskhah lain kerana membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.

Ia merupakan hasil ciptaan serta ditulis oleh Alfie Palermo yang turut berkhidmat sebagai 'showrunner', pencipta dan penulis untuk siri Dukun Diva. Alfie berkata mengenai drama ini:

"Idea menghasilkan drama premium ini tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua."

Drama ini kembali menggandingkan Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas 6 tahun sejak kali pertama berlakon bersama menerusi drama Married Tapi Benci (2016). Ahli perniagaan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, Nazir Razak membuat penampilan kameo.

Siaran

One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro Shuang Xing dan PRIMEtime dengan tayangan serentak pada Sabtu jam 9 malam bermula 8 Oktober 2022. Episod seterusnya disiarkan pada hari yang sama jam 11 malam.

Bagi mempromosikan siri ini, sebuah saluran TV khas telah diwujudkan, iaitu One Cent Thief Pop-Up Channel yang bersiaran di Astro saluran 100 bermula 23 November sehingga 4 Disember 2022 yang mana kesemua 8 episod dan 4 kandungan eksklusif boleh ditonton di saluran ini.

Pada Jun 2023, siri ini kembali dalam saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro QJ & Astro Premier.

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article One Cent Thief, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

One Cent Thief SinopsisOne Cent Thief PelakonOne Cent Thief EpisodOne Cent Thief PenerbitanOne Cent Thief SiaranOne Cent Thief CatatanOne Cent Thief RujukanOne Cent Thief Pautan luarOne Cent ThiefAkaun bankAmerul AffendiAstro (televisyen satelit)Azira ShafinazFabian LooFaizal HusseinNMERinggitShowrunnerSofia JaneSyafiq Kyle

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Raja berperlembagaanGas rumah hijauSyasyaRinggitNasi kerabuSenarai saluran AstroSerembanRita RudainiKuala LumpurDaerah di MalaysiaKelantanYang di-Pertuan AgongKhadijah binti KhuwailidAlor SetarPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaEyka FarhanaSiksa KuburHemoroidBendera MalaysiaR.A. KartiniPerodua MyViSarimah IbrahimKuala Kubu BharuKhalid Mohamad JiwaIntan NajuwaKata adjektifMikroorganismaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaIbanAmir AhnafNafiez ZaidiAliff AzizAlhamdulillahAwieElla (penyanyi)Perodua KancilKomunikasiAyat kursiBungaJabatan Kastam Diraja MalaysiaPersekutuan Pengakap MalaysiaVirusFadillah YusofBryan DomaniSolat Sunat RawatibRindu Kasih 2Sunan MuriaShah Rukh KhanTakwim HijrahJudiHari Raya AidilfitriErra FaziraAnna JoblingUmar bin Al-KhattabSumpahan JeruneiHubungan seksNora DanishPeriuk keraJohor BahruTakdir Itu Milik AkuZaman air batuPrivate BodyguardFrekuensi radio di SelangorBahasa MaduraBugisJabatan Kemajuan MasyarakatSenarai negara berdaulatAllahNegeri-Negeri SelatBaju tradisional MelayuMia Sara ShaukiAmerika SyarikatManchester United F.C.KedahNasi lemakAn-Nuayman bin AmrJenis darahPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948🡆 More