Azzim Zahid

Azzim Zahid Azim (lahir 29 Januari 1997) atau lebih dikenali sebagai Meri merupakan pengasas kepada baju melayu jenama Bulan Bintang.

Meri
Kelahiran
Azzim Zahid Azim

(1997-01-29) 29 Januari 1997 (umur 27)
WarganegaraMalaysia
Nama lainMeri
KerakyatanMalaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Komunikasi massa
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanUsahawan
Terkenal keranaPengasas Bulan Bintang

Latar belakang

Meri dilahirkan pada 29 Januari 1997, di Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan. Beliau merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk Azim seorang pesara kerajaan dan Datin pesara pengetua sekolah. Beliau juga merupakan adik bongsu kepada pengasas Hausboom, Azri Zahir atau lebih dikenali sebagai John Lemon.

Meri mendapat pendidikan awal di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Kuala Lumpur dan telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan meraih perolehan A dalam kesemua subjek.

Bulan Bintang

Jenama Bulan Bintang telah dibina olehnya sejak berusia 19 tahun pada tahun 2016 dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman yang terhasil dari menjual baju T semasa zaman persekolahan

Pada diawal pembabitan jenama Bulan Bintang mereka hanya fokus kepada pakaian kurta dan mereka jadikan Luqman Podolski sebagai seorang model kurta pada tahun 2016. Kini mereka mampu membayar selebriti termuka seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sebelum Sharnaaz menarik diri

Tahun 2023 adalah tahun yang terbaik buat Bulan Bintang apabila pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Bulan Bintang berjaya tersenarai dalam The Malaysia Book of Records. Dengan bajet sebanyak RM2 juta, mereka berjaya mengadakan pertunjukan fesyen pada Februari 2023 yang diberikan nama 'Takes The Sky' dengan menggunakan 350 unit dron, paling banyak dalam sejarah Malaysia.

Selang sebulan kemudian pada 4 Mac 2023, Bulan Bintang berjaya mengadakan satu konsert mega bertemakan muzik Islamik kontemporari dengan menampilkan beberapa artis terkemuka dari dalam dan luar negara antara yang terlibat seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato' M. Nasir, Salammusik. Raihan feat Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir dan penyanyi luar negara Sabyan dan penyanyi lagu dakwah dari Indonesia iaitu Opick.

Reference

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Astro MalaysiaMelayuSunan DrajatKapal terbangMelur Untuk Firdaus (musim 2)Sikorsky S-61A-4 NuriNatasya MahyanFasha SandhaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaKhulafa al-RasyidinMuhammad bin Idris al-SyafiiAprena ManroseMay (kugiran)Jasmine Suraya ChinKata ganti nama (bahasa Melayu)SusukLelaki ItuLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia2024 di MalaysiaGol & Gincu (filem)Kerajaan Persekutuan MalaysiaPerikatan NasionalNik Abdul Aziz Nik MatUniversiti MalayaHun HaqeemKumpulan Rock MalaysiaSlot MegaDramaBahasa CinaSharifah HusnaMakkahPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaSultan PerakFadillah YusofRinggitLeftenan KomanderUjian dadahSepak takrawAsmidarHari Raya AidiladhaAbdul Razak HusseinDoa IftitahNaqiu BoboyMajlis Raja-RajaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuWan Azizah Wan IsmailSejarah MalaysiaA FamosaErma FatimaSejarah MelakaSurah Al-InsyirahSurah al-BaqarahPitt HanifShiqin KamalPembahagian kuasaTarian ZapinThe GadysSarah SuhairiAbang Long FadilDe FamLaskar Udara KananPerang BadarSyerifAdnan bin SaidiFilem Malaysia tahun 2024Sistem pembiakan perempuanSunan AmpelJabatan Perangkaan MalaysiaSingkatan kataBella AstillahSultanah Nur Diana Petra AbdullahEPahangInsya-AllahKuala LumpurMenteri Pertahanan MalaysiaRicheese FactorySenarai Surah Al-Quran🡆 More