Komunikasi Massa

Teori Khalayak mewakili penciptaan dan penghantaran perutusan homogenus (setara-homogeneous) kepada penonton heterogenus (yang pelbagai ) dan meluas melalui media massa.

Teori Khalayak mengkaji kegunaan dan kesan media kepada orang ramai berlainan dengan kajian interaksi manusia dalam konteks perhubungan yang lain.

Di Amerika Syarikat, banyak jabatan kewartawanan di universiti berkembang menjadi sekolah atau kolej komunikasi massa atau "kewartawanan dan komunikasi massa," sebagai dibayangkan dalam nama dua pertubuhan akademik utama. Tambahan kepada belajar kemahiran praktik kewartawanan, perhubungan awam atau pengiklanan, pelajar juga boleh mengkhusus dalam "komunikasi massa" atau "penyelidikan komunikasi umum." Yang terakhir sering kecenderungan kepada pengajian kedoktoran dalam sekolah seperti itu, tidak kira khusus penyelidikan pelajar adalah mengenai amalan kewartawanan, sejarah, undang-undang atau kesan media. Struktur jabatan kolej sebegitu mungkin mengasingkan penyelidikan dan pengajian dalam aspek profesional atau teknikal bagi penerbitan akhbar dan majalah, radio, televisyen, dan filem. Penyelidikan komunikasi umum turut merangkumi institusi media dan pemprosesan, seperti penyebaran maklumat, dan kesan media, seperti pujukan atau manipulasi pendapat umum.

Dengan peningkatan peranan Internet dalam penghantaran maklumat, pengajian komunikasi khalayak semakin menumpu kepada pengabungan penerbitan, penyiaran dan komunikasi digital.

Jurusan akademik komunikasi massa dari segi sejarah berbeza dengan kajian media dan program kajian komunikasi dengan asas jabatan teater, perfilemman atau ucapan, dan dengan lebih minat dalam "kualitatif," teori tafsiran, pendekatan kritikal atau kebudayaan bagi pengajian komunikasi. Sebaliknya, kebanyakan program komunikasi massa dari segi sejarah condong terhadap analisis empirik dan penyelidikan kuantitatif -- daripada analisis kandungan statistik mesej media sehingga kepada kajian tinjauan, pengundian pendapat umum, dan penyelidikan ujikaji (experimental research).

Minat dalam "Media Baru" dan "Komunikasi menerusi Komputer - Computer Mediated Communication" meningkat lebih pantas berbanding yang boleh diserap oleh institusi pendidikan. Setakat ini, kelas dan program ijazah tradisional tidak mampu menampung paradigma baru anjakan dalam teknologi komunikasi. Walaupun piwaian kebangsaan bagi kajian media interaktif telah dilaksanakan semenjak pertengahan sembilan puluhan, tugasan jurusan (course work) dalan bidang ini berbeza dengan nyata antara universiti dengan universiti yang lain.

Graduan program Komunikasi Khalayak bertugas dalam pelbagai bidang dalam media berita dan penerbitan traditional, pengiklanan, perhubungan awam dan institut penyelidikan.

Program-program seumpama ini diiktiraf oleh Badan Pengiktirafan Pendidikan dalam Kewartawanan dan Komunikasi Khalayak (Accrediting Council on Education in Journalism and Mass Communication)

Theori

  • Teori Mengatur Agenda (Agenda-Setting)
  • Teori Memupuk (Cultivation theory)
  • Teori Imperial Budaya (Cultural Imperialism theory)
  • Teori Pengagihan (Diffusion theory)
  • Teori Pendekatan Fungsi kepada Komunikasi Khalayak (Functional Approach to Mass Communication)
  • Teori Pendekatan Aksi Manusia (Human Action Approach theory)
  • Pergantungan Media (Media Dependency)
  • Penyamaan Media (Media Equation)
  • Teori Berasaskan Peraturan (Rules-Based theory)
  • Teori Pilin Senyap (Spiral of Silence theory)
  • Teori Penentuan Teknologi (Technological Determinism theory)
  • Teori Kegunaan dan Puas Hati (Uses and Gratifications theory)

\Pelajar boleh memilih aliran dari Filem dan Television, Internet dan Pemberita (Journalism) antaranya dan membolehkan pelajar berfikir, mengkaji, dan kemudiannya bekerja merentasi lebih satu bidang dalam dunia perhubungan media dan korporate yang berkembang dengan pantas.

Sesetengah kerjaya profesional yang membabitkan komunikasi khalayak.

  • Journalism
  • Filem dan Television
  • Hubungan Awam
  • Penulisan Kreatif dan Profesional
  • Kajian Internet
  • Kajian Media
  • Penyiaran
  • Komunikasi Multimedia
  • Pengiklanan
  • Penulisan Skrip
  • Screenplay
  • Penyunting
  • Copywriting
  • Kerjaya Komunikasi Khalayak

Selain itu mereka boleh mencebur dalam mass media atau dalam agensi kerajaan dan swasta, yang terbabit dengan pengurusan media, perancangan, dan promosi. Disebabkan kursus komunikasi khalayak merangkumi bidang kemahiran dan kepakaran yang luas, digabung dengan pengetahuan pratikal, mereka mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang bertukar dengan pantas.

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

MyKadSenarai Yang di-Pertuan AgongShah IskandarPerubahan iklimNombor dalam budaya CinaSlot AkasiaSenarai peribahasa (A–M)Sharifah ShahirahPolitik balas budiTimbalan Perdana Menteri MalaysiaMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahLencana pangkat TLDMAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamJepunMalaysiaKelurSejarah al-QuranEjaRujukan kehormatJamal AbdillahSolat hajatCuti umum di MalaysiaKamikaze (kugiran)Kedah TuaSiti NurhalizaZiana ZainRukun solatSekolah Menengah Kebangsaan TebobonJohor BahruSyafiq KylePutrajayaBahasa MelayuFaizal HusseinMustapha KamalPrabowo SubiantoWan RajaSungai BulohMelitha SidabutarSiti MuslihaLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanKhairulamingMahathir MohamadDaiyan TrishaFirdaus GhufranAdi PutraSarimah AhmadAzhar IdrusRukun NegaraPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024RomantisismeProfesionalismeSejarah MelakaGunung JeraiPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaTracie SinidolShahrulezad MohameddinGenting HighlandsNabi Yusuf a.s.Peraturan bola jaringPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaSingapuraMunafikJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahSabahAmyra RosliWings (kumpulan muzik Malaysia)Rejimen Askar Melayu DiRajaBuletin UtamaHemoroidBukit Tinggi, PahangJam 12 jamHari Raya AidiladhaSrivijayaPang Sock TaoNina IskandarAsia TenggaraSarimah IbrahimAziz M. OsmanJabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia🡆 More