Sejarah Malaysia: Aspek sejarah

Dalam konteks sejarah Malaysia (سجاره مليسيا), walaupun nama Malaysia merupakan sebuah konsep moden yang baru diciptakan pada separuh kedua abad ke-20, Malaysia kontemporari tetap menganggap keseluruhan sejarah Tanah Melayu dan Borneo, merangkumi ribuan tahun yang lalu termasuk zaman prasejarah, sebagai sejarahnya tersendiri.

Catatan awal Barat mengenai negara ini bermula sejak orang-orang Yunani seperti Cladius Ptolemy menamakan semenanjung yang terdapat di negara ini sebagai Semenanjung Emas (kini digelar Semenanjung Malaysia) atau "Golden Khorsenese" di dalam buku Geographia yang ditulisnya pada sekitar 150 M. Agama Hindu dan Buddha dari India dan China masing-masing mendominasi sejarah awal negara ini dan mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera, Indonesia, yang mempunyai pengaruh yang meluas di seluruh Sumatera sendiri, Jawa, Indonesia, Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian besar Borneo dari abad ke-7 hingga ke-17.

Walaupun kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku seawal abad ke-10, agama tersebut mula mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14. Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan kebangkitan kesultanan-kesultanan, yang paling menonjol ialah Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Brunei. Islam sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap orang Melayu.

Pada tahun 1511, Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis yang merupakan kuasa penjajah Eropah pertama yang mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kemudian, Melaka ditawan oleh Belanda pada tahun 1641. Akhirnya, British yang asalnya menubuhkan pangkalannya di Jesselton, Kuching, Pulau Pinang dan Singapura, memperoleh hegemoni mereka di seluruh wilayah Tanah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Perjanjian tersebut menetapkan sempadan antara Tanah Melayu British dan Hindia Timur Belanda (yang menjadi Indonesia). Kemudian, Perjanjian Inggeris-Siam 1909 pula menetapkan sempadan antara Tanah Melayu British dan Siam (yang menjadi Thailand). Fasa keempat pengaruh asing ialah kemasukan buruh-buruh dari negara China dan India untuk memenuhi keperluan ekonomi kolonial yang dicipta oleh British di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.

Pencerobohan Jepun ketika Perang Dunia Kedua mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu setelah pentadbiran British di Singapura menyerah kalah secara rasmi terhadap Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak dari tahun 1942 hingga 1945 memekarkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas dikalahkan oleh pihak Pihak Berikat, Malayan Union ditubuhkan pada tahun 1946 oleh pentadbiran British. Ekoran daripada penentangan oleh orang Melayu, yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), penubuhan itu disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai sebuah protektorat hingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menentang British dan ketegangan ini menyebabkan pengisytiharan darurat selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960. Tindak balas ketenteraan yang serius terhadap pemberontakan komunis sepanjang tempoh darurat serta Rundingan Baling pada tahun 1955 membawa kepada kemerdekaan di Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang dicapai secara diplomatik melalui rundingan dengan British. Tunku Abdul Rahman menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ketika itu. Pada tahun 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman tentera gerila komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan di antara Tanah Melayu dengan Thailand.

Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia ditubuhkan berikutan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Bagaimanapun, pada bulan Ogos 1965, Singapura telah disingkirkan daripada persekutuan dan menjadi sebuah negara merdeka yang berasingan. Konfrontasi dengan Indonesia turut berlaku pada awal 1960-an berikutan pembetukan Malaysia. Rusuhan kaum pada tahun 1969 iaitu Peristiwa 13 Mei membawa kepada pelaksanaan darurat, penggantungan parlimen, penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) serta pembentukan Rukun Negara oleh MAGERAN pada tahun 1970 yang menjadi ideologi kebangsaan bagi mendorong perpaduan dalam kalangan rakyat. Dasar Ekonomi Baru juga telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang digunakan hingga tahun 1991 bagi membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Ketika pemerintahan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, berlaku pertumbuhan ekonomi dan urbanisasi yang pesat di negara ini mulai zaman 1980-an. Ekonomi berubah daripada berasaskan pertanian kepada berasaskan pembuatan dan perindustrian. Di bawah pemerintahan beliau, dasar ekonomi sebelumnya telah digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional (NDP) dari tahun 1991 hingga 2000. Krisis kewangan Asia lewat 1990-an memberi kesan kepada negara, hampir menyebabkan pasaran mata wang, saham dan hartanah negara jatuh; namun, kemudiannya pulih.

Sejak tahun 1973, gabungan Barisan Nasional telah memerintah Malaysia sehingga kekalahannya dalam pilihan raya umum Malaysia 2018 kepada gabungan Pakatan Harapan (PH). Pada awal tahun 2020, Malaysia mengalami kemelut politik yang mengakibatkan kejatuhan pentadbiran PH dan pembentukan gabungan Perikatan Nasional (PN). Pada tempoh yang sama, Malaysia turut dibelenggu pandemik COVID-19 yang membawa kesan kesihatan, ekonomi, sosial dan politik yang serius kepada negara tersebut. Pilihan raya umum Malaysia 2022 menyaksikan situasi parlimen tergantung yang pertama dalam sejarah negara dan Anwar Ibrahim, seorang reformis lama, menjadi perdana menteri Malaysia pada 24 November 2022 untuk memerintah kerajaan campuran.

Prasejarah ڤراسجاره

Sejarah Malaysia: Prasejarah ڤراسجاره, Zaman penjajahan زمان ڤنجاجهن, Penubuhan Malaysia ڤنوبوهن مليسيا 
Lukisan prasejarah di Gua Tambun, Perak
Sejarah Malaysia: Prasejarah ڤراسجاره, Zaman penjajahan زمان ڤنجاجهن, Penubuhan Malaysia ڤنوبوهن مليسيا 
Penemuan tengkorak yang dianggarkan berusia sekitar 40,000 tahun di Gua Niah di Sarawak, telah dikenal pasti sebagai bukti terawal bagi penempatan manusia di Borneo Malaysia. (foto Disember 1958)
Sejarah Malaysia: Prasejarah ڤراسجاره, Zaman penjajahan زمان ڤنجاجهن, Penubuhan Malaysia ڤنوبوهن مليسيا 
Semenanjung Tanah Melayu, ditunjukkan dalam peta Ptolemy sebagai Semenanjung Emas

Kapak tangan batu dari hominoid awal, mungkin Homo erectus, telah digali di Lenggong. Mereka bermula sejak 1.83 juta tahun, bukti tertua kediaman hominid di Asia Tenggara. Bukti terawal kediaman manusia moden di Malaysia ialah tengkorak berusia 40,000 tahun yang digali dari Gua Niah di Sarawak hari ini, yang digelar "Deep Skull". Ia telah digali dari parit dalam yang ditemui oleh Barbara dan Tom Harrisson (ahli etnologi British) pada 1958. ini juga merupakan tengkorak manusia moden tertua di Asia Tenggara. Tengkorak itu mungkin milik seorang gadis remaja berusia 16 hingga 17 tahun. Penternak pertama melawat Mulut Barat Gua Niah (terletak 110 kilometer (68 mi) barat daya Miri) 40,000 tahun dahulu apabila Borneo dihubungkan dengan tanah besar Asia Tenggara. Landskap di sekitar Gua Niah lebih kering dan terdedah berbanding sekarang. Pada zaman prasejarah, Gua Niah dikelilingi oleh gabungan hutan tertutup dengan belukar, taman, paya, dan sungai. Penternak dapat bertahan di hutan hujan melalui pemburuan, memancing, dan mengumpul moluska dan tumbuhan yang boleh dimakan. Tapak perkuburan Mesolitik dan Neolitik juga telah ditemui di kawasan tersebut. Kawasan sekitar Gua Niah telah ditetapkan sebagai Taman Negara Niah.

Kajian genetik Asia menunjukkan idea bahawa manusia asal di Asia Timur berasal dari Asia Tenggara. Rangka lengkap tertua yang ditemui di Malaysia ialah Orang Perak berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1991. Kumpulan orang asli di semenanjung boleh dibahagikan kepada tiga etnik, Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Penduduk pertama di Semenanjung Tanah Melayu kemungkinan besar adalah orang Negrito. Pemburu Mesolitik ini mungkin nenek moyang Semang, sebuah kumpulan etnik Negrito yang mempunyai sejarah panjang di Semenanjung Tanah Melayu.

Zaman penjajahan زمان ڤنجاجهن

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu lain. Disebabkan oleh perang saudara dan gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thai.

Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) telah berada di bawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum detik itu.

Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru, British mewujudkan Malayan Union. Lantas, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Lihat juga: Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Penubuhan Malaysia ڤنوبوهن مليسيا

Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu/Malaya di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada 5 entiti iaitu

Kesultanan Brunei pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia, akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei dan Sultan Brunei diletakkan di tempat terakhir dalam penggiliran sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk sistem Raja Berperlembagaan serta isu masa depan royalti minyak asli. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia untuk menakluk Malaysia, dan tuntutan yang dibuat oleh Filipina terhadap Sabah.

Pada tahun 1965, Singapura pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan ekonomi daripada kaum Cina pimpinan mendiang Lee Kwan Yew. Dengan itu, Malaysia kekal dengan 3 entiti sahaja sehingga ke hari ini.

Pemimpinan Mahathir Mohamad

Sejarah Malaysia: Prasejarah ڤراسجاره, Zaman penjajahan زمان ڤنجاجهن, Penubuhan Malaysia ڤنوبوهن مليسيا 
Pemandangan Menara Berkembar Petronas dan daerah pusat perniagaan sekitar di Kuala Lumpur, bukti evolusi luar biasa ekonomi Malaysia di bawah peraturan 22 tahun Mahathir Mohamad.

Rujukan رجوكن

Pautan luar ڤاوتن لوار

Tags:

Sejarah Malaysia Prasejarah ڤراسجارهSejarah Malaysia Zaman penjajahan زمان ڤنجاجهنSejarah Malaysia Penubuhan Malaysia ڤنوبوهن مليسياSejarah Malaysia Rujukan رجوكنSejarah Malaysia Pautan luar ڤاوتن لوارSejarah MalaysiaAbad ke-20BorneoMalaysiaSejarahTanah MelayuZaman prasejarah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ella (penyanyi)Universiti Utara MalaysiaNadia AqilahKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Tulisan JawiSheikh Muszaphar ShukorSungai BulohPulau (filem)Takwim HijrahPolis Diraja MalaysiaKelapa sawitLuqman Hakim ShamsudinAaron AzizLohong hitamKesihatanPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSultan Abdul SamadProton ExoraWanita SyurgaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaPetronasEtnik MelayuAnna JoblingLimau purutCuti umum di MalaysiaHemoroidIndiaAiman Hakim RidzaSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimAzira ShafinazRujukan kehormatPenggunaPembentukan MalaysiaAbdul Rahman AhmadKetumTV3Syariat IslamKementerianAyob Khan Mydin PitchaySenarai buahSiti HariesaHari WesakNasi tangasQasrina KarimKata sendi (bahasa Melayu)Kota KinabaluHukum Kanun MelakaP. RamleeSuntikanKata kerja transitifJesus ChristAedy AshrafSenario (kumpulan muzik)Batu PutehRukun ImanBahasa InggerisPerang UhudNasi kandarSejarah MelakaProton WajaSiti Rosmizah SemailTunku Abdul Rahman@One Two JagaAmelia HendersonFattah AminPitt HanifNorish KarmanKeluarga 69Sepahtu Reunion LivePak Ketipak KetipungSkop ProductionsTamrin Abdul GhafarIslam di MalaysiaSharifah SakinahSoffi JikanOzlynn Waty🡆 More