Wan Azizah Wan Ismail: Ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Seri Dr.

Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail (Jawi: وان عزيزه بنت وان اسماعيل; lahir 3 Disember 1952) merupakan ahli politik dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia dan juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hingga tahun 2020 dan kini merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak , selepas senarai Kabinet telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan politik tertinggi di Malaysia. Di peringkat parti, beliau ialah Presiden Pakatan Harapan.


Wan Azizah Wan Ismail

DPPN (Pulau Pinang)
وان عزيزه بنت وان اسماعيل
Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik
Pasangan Perdana Menteri Malaysia ke-10
Memegang jawatan
24 November 2022
Didahului olehDatin Seri Muhaini Zainal Abidin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P124 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Kamarudin Jaffar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P100 Pandan, Selangor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Rafizi Ramli
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Rafizi Ramli
Majoriti52,543 (2018)
Presiden
Pakatan Harapan
Memegang jawatan
22 September 2015
Timbalan
PengerusiAnwar Ibrahim (2020-)
Mahathir Mohamad
(2017-2020)
Pengerusi
Majlis Penasihat
Parti Keadilan Rakyat
Memegang jawatan
17 November 2018
TimbalanBelum dilantik
Didahului olehJawatan diwujudkan
MajoritiMenang tanpa bertanding
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
RajaWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Kelantan Sultan Muhammad V
Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Mahathir Mohamad
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Ahmad Zahid Hamidi
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Ismail Sabri Yaakob
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
TimbalanWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Hannah Yeoh Tseow Suan
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Rohani Abdul Karim
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Rina Mohd Harun
Presiden Parti Keadilan Rakyat
Dalam jawatan
4 April 1999 – 2008
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim
Dalam jawatan
2015 – 16 November 2018
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Dalam jawatan
18 Mei 2015 – 10 Mei 2018
RajaWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Kelantan Sultan Muhammad V
Perdana MenteriWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Mohd Najib bin Abdul Razak
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Anwar Ibrahim
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Ahmad Zahid Hamidi
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 31 Julai 2008
RajaWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Abdullah bin Ahmad Badawi
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Lim Kit Siang
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Anwar Ibrahim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang
Dalam jawatan
8 Mei 2015 – 10 Mei 2018
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Anwar Ibrahim
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Nurul Izzah Anwar
Majoriti8,841 (2015)
Dalam jawatan
29 November 1999 – 28 Ogos 2008
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Anwar Ibrahim
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Anwar Ibrahim
Majoriti9,077 (1999)
590 (2004)
13,388 (2008)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N25 Kajang
Dalam jawatan
7 April 2014 – 10 Mei 2018
Didahului olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Lee Chin Cheh
Digantikan olehWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Hee Loy Sian
Majoriti5,379 (2014)
Butiran peribadi
Lahir (1952-12-03) 3 Disember 1952 (umur 71)
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau,Tanah Jajahan Singapura (kini Republik Singapura)
Parti politikWan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Parti Keadilan Nasional (1999-2003)
Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik PKR (2003-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Alternatif (1999-2008)
Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Pakatan Rakyat (2008-2016)
Wan Azizah Wan Ismail: Kehidupan awal, Keluarga, Kerjaya politik Pakatan Hadapan (2016-kini)
PasanganDato Seri Anwar Ibrahim (k. 1980)
Anak-anakNurul Izzah Anwar
Nurul Hana Anwar
Nurul Nuha Anwar
Mohd Ihsan Anwar
Nurul Iman Anwar
Nurul Ilham Anwar
IbuDatin Mariah Khamis
BapaDato' Dr. Wan Ismail Wan Mahmood
KediamanBukit Segambut]
Alma materRoyal College of Surgeon, Ireland
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor Perubatan
KabinetKabinet Malaysia 2018
AnugerahSenarai

Wan Azizah sebelum ini juga pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1999 hingga 2008 dan merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dari Mac 2008 hingga 31 Julai 2008, dan kemudiannya dari Mei 2015 hingga Mei 2018, sebelum beliau mengosongkan kedua-dua jawatan tersebut mempercepatkan kepulangan suaminya Anwar Ibrahim ke pejabat politik.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura, yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaya (kini Semenanjung Malaysia). Yang Amat Berhormat Dato' Seri (Datin Seri DiRaja) Dr. Wan Azizah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Nicholas Convent, Alor Setar. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang doktor perubatan. Di universiti, beliau menerima anugerah Pingat Emas MacNoughton-Jones.

Sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau menjadi seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Beliau telah berhenti daripada kerjayanya pada 1993 apabila suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Keluarga

Beliau (sewaktu berumur 23 tahun) berkahwin dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim (sewaktu berumur 28 tahun) dan bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur. Sejak 1973 lagi, perkenalan mereka menerusi sekeping gambar Anwar yang ketika itu telah menjadi Presiden ABIM. Pertemuan diatur oleh sahabat mereka pada 1979, ketika Revolusi Iran sedang memuncak. Pertemuan pertama mereka di kantin HBKL dan berakhir di jinjang pelamin pada 26 Februari 1980. Mulanya tidak begitu direstui oleh bapanya Wan Ismail tetapi selepas mendapat anak pertama, hubungan kekeluargaan semakin akrab.

Bapanya, Dato’ Dr. Wan Ismail Wan Mahmood berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Bapanya menjadi pegawai kerajaan selama 30 tahun dan terakhir di Majlis Keselamatan Negara dengan tumpuan kepada pengganas komunis. Wan Ismail berkahwin dengan Datin Mariah Khamis seorang suri rumah sepenuh masa dan keturunan Peranakan Cina dari datuk sebelah bapanya. Keluarga Wan Ismail berasal dari Kampung Laut, Pasir Mas, Kelantan.

Beliau merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Adik lelakinya ialah profesor di USM. Adik perempuannya pula bekerja sebagai jurugambar di Bernama. Seterusnya, adik perempuan bongsunya menjadi peguam di Kuala Lumpur. Ketika ibu bapanya berhijrah ke London, Azizah diserahkan sementara kepada pakciknya Che Rus Tahir dan Wan Asma Wan Mahmood di Alor Setar. Bapa angkatnya bekerja sebagai Merinyu Kesihatan bagi Kedah/Perlis dan mendedahkannya kepada kesihatan awam.

Anak mereka, Nurul Izzah Anwar telah berkahwin dengan Raja Shahrir semasa Anwar masih meringkuk di Penjara Sungai Buloh. Ketika itu, Anwar memakai nombor baju bernombor 28/98. Selepas merayu, Anwar dbenarkan keluar daripada penjara untuk menjadi wali anaknya. Perkara yang sama berlaku apabila Ihsan berkahwin dengan Syaheedah. Anwar telah dibebaskan pada 2 September 2004 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerjaya politik

Parti Keadilan Nasional

Selepas suaminya, Datuk Seri Anwar dipecat dan ditahan pada 20 September 1998. Datin Seri Wan Azizah membantu menubuhkan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) pada 4 April 1999 dan memegang jawatan sebagai presidennya.

Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2008, beliau dilantik oleh partinya sebagai Penasihat Umum (de facto) sehingga tahun 2015.

Ahli Parlimen

Beliau menyertai pilihan raya pertama bagi kerusi parlimen Permatang Pauh dalam tahun 1999, yang mana beliau telah menang menewaskan Dato' Seri Ibrahim Saad dengan satu majoriti 9077 undi. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihan raya seterusnya dalam tahun 2004 dengan majoriti kecil selepas beberapa kali kiraan semula. Beliau menewaskan Ustaz Firdaus.

Pada 8 Mac 2008, Wan Azizah sekali lagi menentang Ustaz Firdaus sekali lagi beliau mempertahankan kerusi Permatang Pauh mewakili Parti KeADILan Rakyat, selaku parti komponen Pakatan Rakyat, yang juga disertai oleh PAS dan DAP. Beliau juga ialah mantan Ketua Pembangkang Malaysia.

Beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang pauh pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pada 1 April 2015, Anwar disabitkan bersalah diatas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan telah dihukum penjara selama 5 tahun. Ini memyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. SPR telah menetapkan 7 Mei 2015 sebagai hari pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015. Pada 8 Mei 2015, Wan Azizah berjaya memenangi kerusi tersebut dan beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu dengan majoriti 8,841 undi menewaskan calon dari BN, Shabudin Yahya dan dua orang calon bebas (kedua-duanya hilang deposit).

Pilihan raya Mac 2008

Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 dengan majoriti 13,388. Beliau disokong oleh semua parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengetuai pembangkang di rumah parlimen, Dewan Rakyat.

Dengan pengumuman awam oleh Anwar Ibrahim berhubung hasratnya untuk kembali ke politik aktif walaupun di sisi undang-undang dihalang daripada berbuat demikian, Wan Azizah menunjukkan kesediaannya untuk mengosongkan kedudukan presiden parti jika beliau dipilih. Bagaimanapun, beliau juga telah menyatakan bahawa dia bercadang untuk mempertahankan kerusi Parlimennya untuk Permatang Pauh. Beliau meletak jawatan kerusi parlimennya untuk Permatang Pauh pada 31 Julai 2008, untuk memberi laluan kepada suaminya, yang memenangi pilihan raya kecilnya pada 26 Ogos 2008 dengan majoriti besar.

Gelaran kehormat

Wan Azizah diberi penghormatan sempena hari ulang tahun rasmi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 12 Julai 2008 apabila beliau dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri, suatu perintah pangkat kedua di negeri ini. Anugerah itu membawa gelaran Datuk Seri.

Ijazah Kehormat

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan bersempena Istiadat Konvokesyen UNISELkali ke-17 2023 pada 9 September 2023 yang disampaikan oleh Canselor UNISEL, Raja Tan Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj di UNISEL Kampus Bestari Jaya.[1]

Krisis politik Selangor 2014

Pada 9 Mac 2014, PKR telah mengumumkan beliau sebagai calon baharu untuk pilihan raya kecil Kajang. Perkara ini adalah berikutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas suaminya, Anwar Ibrahim. Suaminya disabitkan atas kesalahan meliwat, sekali gus telah menyebabkan hilangnya kelayakan sebagai calon DUN kawasan tersebut. Selepas memenanginya, beliau dicalonkan partinya sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2015

Pilihan raya kecil telah diadakan untuk kerusi Dewan Rakyat bagi Permatang Pauh pada 7 Mei 2015, selepas suami Wan Azizah Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan daripada memegang kerusi tersebut setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat dalam perbicaraan kontroversi. Wan Azizah bertanding bagi kerusi itu menentang tiga calon lain, mengekalkannya untuk PR dengan majoriti 8,841 undian.

Pilihan raya 2018

Pada pilihan raya 2018, Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Ia merupakan sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Mahathir untuk berkhidmat sebagai interim jika dipilih, meminta pengampunan untuk Anwar dan membuka jalan baginya untuk mengambil alih. Ada pula yang membuat spekulasi bahawa Wan Azizah yang akan memberi laluan kepada suaminya.

Pengguguran sebagai Timbalan Perdana Menteri

Pada 24 Februari 2020, Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan dan menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah menerima peletakan jawatan tersebut tetapi melantik semula beliau sebagai Perdana Menteri Interim. Baginda telah berkenan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Tun Dr Mahathir. Perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri. Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran, merangkumi Timbalan Perdana Menteri, para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik, adalah terhenti pada tarikh peletakan jawatan.

Galeri

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia
Tahun Perlembagaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 Permatang Pauh Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan) 23,820 61.77% Ibrahim Saad (UMNO) 14,743 38.23% 39,210 9,077 78.95%
2004 Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 21,737 50.47% Pirdaus Ismail (UMNO) 21,147 49.1% 43,734 590 80.93%
2008 Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 30,338 64.1% Pirdaus Ismail (UMNO) 16,950 35.81% 47,442 13,388 81.17%
2015 Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 30,316 57.09% Suhaimi Sabudin (UMNO) 21,475 40.44% 53,102 8,841 74.53%
2018 Pandan Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 64,733 75.47 % Leong Kok Wee (MCA) 12,190 14.21% 85,774 52,543 %
Mohamed Sukri Omar (PAS) 8,336 9.72%
Jenice Lee Ying Ha (PRM) 442 0.52%
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz (BEBAS) 73 0.08%
Dewan Undangan Negeri Selangor
Tahun Perlembagaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2014 Kajang Wan Azizah Wan Ismail (PKR) 16,741 59.6% Chew Mei Fun (MCA) 11,362 40.4% 28,314 5,379 72%

Anugerah

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Jawatan parti politik
Didahului oleh
Jawatan digugurkan
Presiden Parti Keadilan Rakyat
1999–kini
Pemegang jawatan kini
Pemimpin Pakatan Rakyat
2008
Diikuti oleh:
Anwar Ibrahim
Kerusi dewan
Didahului oleh
Anwar Ibrahim
Ahli Dewan Rakyat
untuk Permatang Pauh

1999–2008
Diikuti oleh:
Anwar Ibrahim
Ahli Dewan Rakyat
untuk Permatang Pauh

2015–2018
Diikuti oleh:
Nurul Izzah Anwar
Didahului oleh
Rafizi Ramli
Ahli Dewan Rakyat
untuk Pandan

2018–kini
Diikuti oleh:
Penyandang
Jawatan politik
Didahului oleh
Lim Kit Siang
Ketua Pembangkang
2008
Diikuti oleh:
Anwar Ibrahim
Didahului oleh
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
2015–2018
Diikuti oleh:
Ahmad Zahid Hamidi

Tags:

Wan Azizah Wan Ismail Kehidupan awalWan Azizah Wan Ismail KeluargaWan Azizah Wan Ismail Kerjaya politikWan Azizah Wan Ismail GaleriWan Azizah Wan Ismail Keputusan pilihan rayaWan Azizah Wan Ismail AnugerahWan Azizah Wan Ismail Lihat jugaWan Azizah Wan Ismail RujukanWan Azizah Wan Ismail Pautan luarWan Azizah Wan IsmailAhli ParlimenDarjah kebesaran MelayuDoktorMahathir MohamadMalaysiaPakatan HarapanParti Keadilan RakyatTimbalan Perdana MenteriTulisan JawiWan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ikan bayanP. RamleeReen RahimKongsi RayaMata anginLayang Layang PerkahwinanPerjanjian HudaibiyahMimi ErnidaRinggitTauratGangga NegaraKucingSekolah Kluster KecemerlanganFalsafahAmelia HendersonTahunSerangan Iran ke atas Israel 2024Hadha min fadhle RabbiZarina ZainoordinPuteri KhareezaSi TanggangNasi lemakAyamSabahKhalid bin al-WalidDaiyan TrishaFrekuensi radio di JohorSenarai Yang di-Pertuan AgongHadas besarGrup Gerak KhasPasukan bola sepak kebangsaan JepunAzzim ZahidPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17SukanJalaluddin HassanRevolusi AmerikaProton Holdings BerhadPutri JannahKota BharuSanjna SuriTayamumTulisan JawiEyka FarhanaDayang NurfaizahArmizan Mohd AliPerang BadarRobert Kuok Hock NienKaum-kaum di MalaysiaIman TroyeAzhar IdrusKasih Iris LeonaMisbun SidekLee Chong WeiLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaSenarai Sultan Empayar UthmaniyahAdellea SofeaSarimah IbrahimSenarai saluran AstroCampaBaju MelayuKesejahteraanSepahtu Reunion LiveWings (kumpulan muzik Malaysia)Fikry IbrahimEmma MaembongHukum madPuteri BalqisTerlanjur Cinta (drama web)Remy IshakTalbis IblisPolio18 Puasa di Kampong PisangSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSultanah Nur ZahirahNasrizal NgasriYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanGambir SarawakZul AriffinFrekuensi radio di Negeri Sembilan🡆 More