Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia: Tujuan pertolonngan cemas

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan kemanusiaan sukarela yang bertugas untuk mempromosi nilai kemanusiaan serta menyediakan perkhidmatan dan pendidikan awam dalam pengurusan bencana, serta penjagaan kesihatan dalam masyarakat.

Ia adalah sebahagian daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

Bulan Sabit Merah Malaysia
Malaysian Red Crescent
BSMM
Kerangka
KependekanBSMM Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan untung
FokusBantuan kemanusiaan
Anggota bagiPersekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.redcrescent.org.my
Sejarah
Ditubuhkan1948
Tokoh pentingYTM Tunku Puteri Intan Safinaz
Pengerusi Kebangsaan
Anugerah
Nansen Refugee Award (1977) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatBrickfields Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Kawasan perkhidmatanMalaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

PBSMM beribu pejabat di Kuala Lumpur, beserta 16 pejabat negeri dan lebih daripada 150 cawangan di seluruh negara. PBSMM juga mempunyai kehadiran yang sangat aktif dalam kalangan belia dan dewasa melalui rangkaian unit sukarelawan yang teratur di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Sejarah

Pembentukan pertubuhan

BSMM bermula pada tahun 1948 sebagai salah satu cawangan Palang Merah British di bawah kawasan jajahan British Borneo Utara (kini negeri Malaysia Sabah) dan Sarawak. Pada tahun 1950, Palang Merah Inggeris telah menubuhkan cawangan pertama di Pulau Pinang di Persekutuan Tanah Melayu yang mana ia berkembang pesat di negeri-negeri lain.

Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan tersebut mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Kepimpinan

Datuk Ruby Lee ialah setiausaha agung pertama PBSMM, berkhidmat selama 32 tahun dari 1965 hingga 1996. Setiausaha agung terkini ialah Tuan Haji Hakim Hamzah, yang dilantik sejak bulan Mei 2021.

Orang perahu Vietnam

PBSMM telah dianugerahkan Pingat Nansen oleh UNHCR pada 10 Oktober 1977 kerana peranannya dalam "membantu beribu-ribu pelarian yang tiba di negara mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini akibat konflik di Indo-China".

PBSMM bertanggungjawab menyediakan semua kemudahan untuk penjagaan dan penyelenggaraan orang perahu Vietnam sejak pendaratan pertama 47 pelarian pada 4 Mei 1975 di Pulau Bidong, sebuah pulau kecil di luar pantai timur laut Semenanjung Malaysia. Sejak itu, dalam tempoh berterusan selama 19 tahun lebih daripada 250,000 orang perahu Vietnam telah mendarat di Malaysia. Pada tahun 1994, terdapat 6,500 pelarian ditempatkan di dua kem, terletak di Sungai Besi dan Cheras, beberapa kilometer di luar bandar Kuala Lumpur. Pada Jun 2001, UNHCR dan PBSMM menutup kem pelarian terakhir di Kuala Lumpur, menamatkan kerjasama selama 21 tahun di mana lebih suku juta orang telah menjalani proses transit di Malaysia. Pada Ogos 2005, Doan Van Viet yang berusia 43 tahun menjadi pelarian terakhir yang keluar dari Malaysia untuk kembali ke Vietnam.

Kerja

Dalam Negara

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menyediakan perkhidmatan ambulans 24 jam di seluruh negara dengan lebih 50 buah ambulans di 16 cawangan.


Luar Negara


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia juga bergerak aktif dalam membantu persatuan kebangsaan yang lain terutamanya ketika berlaku bencana besar sejak dari 1970an hingga kini dan diantara bantuan kemanusiaan terbesar yang pernah dihulurkan oleh PBSMM adalah pada 2004 ketika tragedi Gempa dan Tsunami di Banda Aceh dimana PBSMM telah menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dan juga para petugas sukarelawan dari pelbagai kemahiran dan latar belakang seperti perubatan, logistik, mencari dan menyelamat. Selain itu, PBSMM juga turut menghantar pasukan respons dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di:

  1. Gempa bumi Pakistan 2005
  2. Banjir Lumpur Leyte, Filipina 2006
  3. Taufan Milenyo (Durian) Filipina 2007
  4. Taufan Nargis, Myanmar 2008
  5. Gempa bumi Padang 2009
  6. Taufan Feng Shen (Frank) Filipina 2009
  7. Taufan Feng Shen (Frank) Vietnam 2009
  8. Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin 2010
  9. Banjir Besar Sind Pakistan 2010
  10. Gempa Bumi Tohoku, Jepun 2011
  11. Taufan Yolanda, Filipina 2013
  12. Gempa bumi Nepal 2015
  13. Gempa bumi Kota Palu, Sulawesi Tengah Indonesia 2018

Pautan luar

Rujukan

Tags:

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SejarahPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia KerjaPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Pautan luarPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia RujukanPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaPergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Muhyiddin YassinUndang-Undang Laut MelakaTentera Darat MalaysiaCik ManggisKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraFadillah YusofTanah Melayu BritishPosisi seksualParti Islam Se-MalaysiaIntegritiCiri-ciri orang munafikSandakanSalahuddin al-AyyubiPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunAtomPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaAbang Long Fadil 3Tempoh haram puasaSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukNorian MaiPiala Asia B-23 AFCPendidikan di IndonesiaTauhidLee Kee HiongAmerika SyarikatTabbyIman TroyeKetua Menteri MelakaPerodua KancilShah AlamPerodua MyViKobe Jae ChongPukimakUqasha SenroseHutan hujan pergunungan Semenanjung MalaysiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailAhmad Zahid HamidiFuckKadet Remaja Sekolah MalaysiaIslamA. Rahman HassanSultan Muhammad VSenarai saluran Astro NJOISyarikat swastaGas rumah hijauIskandar ChempakaJohor Darul Ta'zim F.C.Tok JanggutPemancutan maniAsmidarHari GawaiBella AstillahLiga Super Malaysia 2024–25KhairulamingArcaTeknologiDarjah kebesaran MelayuShukri YahayaMira FilzahRaja Zarith SofiahFunanSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRozie OthmanRujukan kehormatNabi Sulaiman a.s.Perjanjian HudaibiyahP. RamleeTV3Masjid al-AqsaMelur Untuk FirdausNegeri SembilanKebudayaan MalaysiaNabi Musa a.s.Nabi Lut a.s.Perubahan iklimFrekuensi radio di PerakErma FatimaJenis air untuk bersuci dalam Islam🡆 More