Filem Bencinta

Bencinta merupakan sebuah filem aksi romantik Malaysia 2013 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures.

Filem lakonan Farid Kamil dan Nora Danish ini ditayangkan pada 26 September 2013. Filem ini merupakan pembuatan semula filem Amerika yang bertajuk Enough lakonan Jennifer Lopez.

Bencinta
PengarahEyra Rahman
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
26 September 2013
Masa tayangan
114 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

Fathia, seorang gadis yang lemah lembut dan ceria. Bekerja di sebuah restoran sebagai pembantu chef. Suatu hari terjadi pertengkaran di restorannya dan Faizal menjadi hero bilamana dia menyelamatkan keadaan. Setelah kejadian itu, hubungan Fathia dan Faizal menjadi rapat dan akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan, Tiara. Faizal yang baik dan penyayang berubah setelah 5 tahun usia perkahwinan mereka. Faizal berpoya-poya dengan perempuan lain di belakang Fathia. Apabila rahsianya terbongkar, Fathia di belasah semahu-mahunya. Tidak tahan dengan sikap dan perangai Faizal, Fathia melarikan diri bersama anaknya, Tiara ke Pulau Langkawi. Fathia meminta pertolongan dari kawan lamanya, Shah. Shah yang masih menyimpan perasaan terhadap Fathia sudi membantu.

Malangnya Faizal dan orang-orangnya dapat mengesan di mana Fathia dan Tiara berada. Akibatnya Fathia terpaksa melarikan diri lagi dan keluar dari pulau itu. Dia dah tak tahan lagi melarikan diri jadi dengan bantuan kawannya, Remy, Fathia nekad belajar ilmu mempertahankan diri. Dia tidak mahu melarikan diri lagi. Dia mahu berdepan dengan Faizal. Dia mahu Faizal tahu yang dirinya bukan boneka yang senang-senang di perlakukan seperti binatang. Bukan mudah untuk Fathia menguasai ilmu mempertahankan diri itu. Namun dengan semangat yang kental, jiwanya menjadi kuat dan tepu. Akhirnya dia berjaya menguasainya dan mencapai apa yang diingininya.

Fathia meminta Lia menjaga Tiara dan menelifon polis tepat pukul 10 malam. Dan meminta Lia menjaga Tiara sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya malam itu. Akhirnya Fathia bersemuka dengan Faizal di rumah mereka. Faizal yang memang dipenuhi dengan amarahnya mahu membelasah Fathia tetapi Fathia telah bersedia. Terjadi pergaduhan antara mereka. Fathia yang dipenuhi rasa dendam dan marah telah membelasah Faizal tanpa rasa belas kasihan sama seperti Faizal lakukan pada dirinya. Akhirnya, Faizal terbaring dengan dipenuhi kaca apabila Fathia menendangnya dan Faizal telah merempuh pintu kaca. Tangannya patah terkulai.

Sayup-sayup terdengar siren polis. Fathia mendekati Faizal dan meminta maaf di atas perbuatannya. Faizal jugak meminta maaf di atas sikap barannya dan membuatkan Fathia sengsara. Untuk terakhir kalinya, Fathia mencium tangan Faizal. Setahun sudah berlalu, Fathia kini bahagia bersama suaminya, Shah. Kebaikan dan keperihatinan Shah membuka hatinya untuk menerima Shah dalam hidupnya. Tiara juga dapat menerima Shah sebagai ayahnya. Fathia kini mengandungkan anak keduanya bersama Shah. Mereka hidup bahagia hingga ke akhirnya.

Pelakon

Penerbitan

Penggambaran filem dijalankan di Langkawi, Kedah. Bencinta merupakan filem kedua lakonan bersama Farid Kamil dan Nora Danish selepas Cuti-Cuti Cinta (2010).

Ulasan kritis

Nurezzatul Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mengulas bahawa Bencinta ialah "...naskhah sebegini pernah dipertonton kepada umum (kisah penderaan rumah tangga) namun, Eyra (Rahman) membuat sedikit kelainan apabila memaparkan kisah wanita yang tabah berhadapan dengan suami panas baran."

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Filem Bencinta SinopsisFilem Bencinta PelakonFilem Bencinta PenerbitanFilem Bencinta Ulasan kritisFilem Bencinta RujukanFilem Bencinta Pautan luarFilem BencintaEyra RahmanFarid KamilMetrowealth PicturesNora Danish

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Amir AhnafSeri KembanganZizi KiranaAliff AzizKhaidhirah Abu ZaharFrekuensi radio di JohorBahasa-bahasa RomawiJumaat AgungSepahtu Reunion LiveSejarah al-QuranCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahKelapaAmelia HendersonKuswadinataAisyah Abu BakarKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaUmmi NazeeraRuhainiesNabi Ya'akub a.s.Al-hamdu lillahi rabbil 'alaminBaju kurungFrekuensi radio di PahangSimpulan bahasaSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaKota BharuEnglandKristianKhunsaPolis Diraja MalaysiaSerembanPasukan bola sepak kebangsaan YamanBaju MelayuBumiputeraPersekutuan Pengakap MalaysiaJalan SalibBendera MalaysiaUjian dadahAnak BapakJohorBatuk kokolSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarRoti johnCuti umum di MalaysiaArif AimanSingapuraTuanku MuhrizSumber primerAlyssa DezekManatiKesultanan Johor-RiauSophia LianaKuala LumpurTracie SinidolLembah BujangPantang larang MelayuDewi SandraHamidah WahabJohor BahruCristiano RonaldoBrazilBrisbaneSultan Muhammad VMontevideoAmazon (syarikat)Pandemik COVID-19 di MalaysiaJibrailHukum Kanun MelakaGeografi IndonesiaAnna JoblingRiz AminLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaPenanda wacanaLencana pangkat TLDMKedah TuaAhmad Zahid HamidiPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Shaheizy SamLimau nipisSayu Yang Syukur🡆 More