Uqasha Senrose: Pelakon wanita Malaysia

Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose (lahir 6 Julai 1992) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan kakak kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau mula terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013) dan kemudiannya sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi.

Uqasha Senrose
Uqasha Senrose: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Uqasha di acara Anugerah Skrin 2015
Kelahiran
Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen

(1992-07-06) 6 Julai 1992 (umur 31)
Nama lainUqasha, Qasha
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian1.66 m (5 ka ​5 38 in)
PasanganKamal Adli (k. 2021)
Ibu bapa
  • Nik Sen Mat Rifin (Bapa)
  • Rosmizai Mohd Noor (Ibu)
Saudara
  • Nelissa Senrose (Kakak Kandung)
  • Nelydia Senrose (Adik Kandung)
  • Raysha Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Danitra Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Qirana Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Arjuna Rizrose (Adik Kandung Seibu)
  • Ramada Manrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Oktovia Manrose (Sepupu Belah Ibu)
  • Aprena Manrose (Sepupu Belah Ibu)
KeluargaRosnah Mohd Noor (Ibu Saudara)

Kehidupan awal

Uqasha Senrose dilahirkan pada Isnin, 6 Julai 1992 Masihi bersamaan 5 Muharram 1413 Hijrah di Kota Bahru, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Salah seorang daripada adik beliau juga seorang pelakon iaitu Nelydia Senrose dan bekas juara Dewi Remaja 2014/2015 iaitu Raysha Rizrose. Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau pernah bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia selama setahun setengah.

Kerjaya

Uqasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 menerusi filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, diadaptasi dari komik dalam talian dengan judul sama, ketika itu beliau dikreditkan menerusi nama sebenar Zaris Uqasha.

Tiga tahun kemudian, iaitu pada 2013, Uqasha membintangi filem sulungnya, Paku Pontianak arahan Ismail “Bob” Hasim di mana beliau memegang watak utama sebagai Melati, bersama Pekin Ibrahim. Juga pada tahun sama, beliau memegang watak Rania dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! lakonan Izzue Islam dan Tiz Zaqyah.

Uqasha kemudiannya berlakon di samping Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem Bencinta arahan Eyra Rahman. Beliau membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Ombak Rindu yang dipentaskan pada 22 April hingga 1 Mei 2016; Uqasha memegang watak sebagai Izzah yang sebelum ini dilakonkan oleh Maya Karin dalam filem dengan judul sama yang dikeluarkan pada 2011.

Beliau muncul bersama Hafidz Roshdi dalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anjell dan kemudiannya memegang watak sebagai Puteri Emallyn dalam Hero Seorang Cinderella lakonan Fazura dan Fattah Amin. Uqasha merupakan salah seorang pelakon utama drama adaptasi novel Rahsia Hati Perempuan; memegang watak sebagai Arissa.

Bekerja di bawah arahan pengarah filem terkenal, Mamat Khalid, Uqasha bersama Zul Ariffin menjayakan peranan utama bersama Datuk Awie dalam filem Hantu Kak Limah; beliau memegang watak Puteri Bunian bernama Eton yang bercinta dengan Husin.

Uqasha menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada Februari 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Ben Amir, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.Beliau digandingkan bersama Zizan Razak dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, ia turut dibintangi oleh Nadiyah Shahab.

Kehidupan peribadi

Kehidupan peribadi Uqasha banyak diperkatakan oleh media kerana sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan lelaki, malah terdapat segelintir pihak beranggapan beliau sering bertukar-tukar teman lelaki. Uqasha sebelum ini dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad. Beliau sebelum ini pernah bercinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, namun hubungan mereka berakhir di pertengahan jalan. Pada 8 Disember 2017, Uqasha diancam oleh seorang pengikut Instagram beliau, yang ingin meminta gambar bogelnya.

Pada 8 Mei 2018, Uqasha telah ditahan oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung penemuan 53 pil Eramin 5 di dalam beg tangan Chanel miliknya. Beliau turut mengesahkan keputusan ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya disahkan negatif dan dibebaskan dengan ikat jamin. Uqasha turut mendakwa beliau disabotaj.Pada awal 12 Ogos 2018, Uqasha mendedahkan dakwaan kes dadah ke atasnya telah selesai dan beliau tidak lagi di bawah pemerhatian polis.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lukisan Hati Nurliana Filem bebas; dikreditkan sebagai Zaris Uqasha
2013 Paku Pontianak Melati Filem pertama
Bencinta Lia
2018 Hantu Kak Limah Zaiton/Puteri Bunian
2023 Sumpahan Jerunei Bee

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012-2013 Setia Hujung Nyawa Natie TV3 Drama pertama
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Rania
Tok Abah Yana Astro Oasis
2014 Ratu Shuhada Shuhada / Bawang Putih TV1
Tanah Kubur (Musim 10) Aishah Astro Oasis Episod: "Topeng Solehah"
Kalau Itu Jodoh Kita Lutfa Shirin Mawar TV AlHijrah
2015 Babyana Yana TV2
Dan Hati Pun Berkata Adira
Qarin Dhiya TV1
Sayap Jibril Sarah Astro Oasis Episod: "Perampas Itu Mencuri"
Pengembaraan Jason Murad Atie TV9
Strawberi & Karipap (Musim 2) Emma Astro Ceria
2016 Tundukkan Playboy Itu Nurin Areesa TV3
2017 Syurgaku Tak Sempurna Fariena HyppTV
Kerana Anisa Laili TV3
Hero Seorang Cinderella Puteri Emallyn Astro Ria
Khabar Dari Casablanca Nadia TV2
Perempuan Paling Bahagia Maya Astro Oasis
Dia Segala-galanya Suraya TV1
Duda Pujaan Dara Tengku Rahayu Astro Ria Penampilan khas
2018 Rahsia Hati Perempuan Arissa
2019 Spanar Jaya X Syasya TV3 Sitkom
Setelah Terlafaznya Akad Nawal Astro Ria
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis Salsabila
2020 Perempuan Tanpa Dosa Lily Shazrina
2021 Rindu Awak Separuh Nyawa Kasih Maisara
Kampung Kolestrol Kiambang TV9 Penampilan khas
The Hotel Dr. Firhani Astro Ria
The Hotel 2: Jiwa Yang Kau Puja
2022 Setelah Terlafaznya Akad 2 Nawal
2023 Akira Khan Akira Khan
Isteri Halal Eyra
Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP
Jangan Lupa Janji Raihana Astro Ria

Web drama

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2019 Ombak Rindu The Series Hazirah Iflix
Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Cinta Sesungguhnya" Sabhi Saddi feat Marsha
2017 "Pejamkan Mata" Malique feat Dayang Nurfaizah

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Arman Siti TV3
2014 Hitam Zaleha
Oops Terlebih Pulak Thia TV9
Sedalam Mana Cinta Zalia TV3
2015 7 Petola Cinta Ainul TV9
Bila Hati Berbunga TVi
Mat Despatch Raya Sakan TV2
Wang atau Cinta TV9
Cik Puan Bibik Che Ta (Rozita) TV1
Sesumpah Ramadan TV3
Lelaki-Lelaki Dalam Hidupnya Zaharah TV1
Tok Samad Siti TV9
Orang Gaji Pontianak Zaleha Astro Ria
Ally Akashah Karmila TV9
2016 Jam Aju Tanpa Jarum TV2
3 Hari 7 Likur TV1
Awe Keno Nikoh Mek Tie
2017 Hanya Kau Yang Satu Arlisa HyppTV
Ilham Astro Citra
2018 Pok Ya Cong Codei Aina
Esok Untuk Kita Zalia ntv7
Kampung Kuala Lambat Jamilah Astro Citra
Andai Ku Cinta Lagi Marissa TV2
Dipulangkan Kasihnya Juwita TV2
2019 Hantu Don Ayu TV3
Saya Jual Ye Bang Rosalinda Ahmad Astro First Eksklusif
Boyfriend Aku Dari Neraka Risya Astro Citra
2021 Pengantin Dari Neraka Elly Surtinah

Teater

Tahun Tajuk Watak Tarikh pementasan
2016 Ombak Rindu Izzah / Suri 22 April - 1 Mei 2016

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Super Spontan 2014 Artis Jemputan Astro Warna
2015 Super Spontan All Stars Peserta Kumpulan Kungfu Kipidap
Spontan Boboi & Kengkawan
Sepahtu Reunion Sofia Artis Jemputan: Episod "Rewang"
2016 Ketuk Ketuk Ramadhan Dirinya sendiri TV1 Artis jemputan
2017 Sepahtu Reunion Live Cikgu Nana Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Suci Dalam Debu"
2023 Tiara Artis Jemputan: Episod "Kasih Dua Darjat"
2022 Sepahtu Reunion Live Tour Linda Artis Jemputan: Episod "Tanpamu Tapan"
The House: Kamal & Uqasha Dirinya sendiri Astro Ria Bersama suaminya, Kamal Adli

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Artis Trending Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Kamal Adli) Setelah Terlafaznya Akad Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Kamal Adli) Perempuan Tanpa Dosa Menang
2022 Anugerah Seri Angkasa Pelakon Wanita Drama TV Terbaik Rindu Awak Separuh Nyawa Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Uqasha Senrose, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Uqasha Senrose Kehidupan awalUqasha Senrose KerjayaUqasha Senrose Kehidupan peribadiUqasha Senrose FilemografiUqasha Senrose Anugerah dan pencalonanUqasha Senrose CatatanUqasha Senrose RujukanUqasha Senrose Pautan luarUqasha SenroseHafidz RoshdiNelydia SenrosePaku PontianakRaysha RizroseTundukkan Playboy Itu (drama)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Surah al-BaqarahSultan JohorPilihan raya umum Malaysia 2022Lee Kee HiongPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948SyiahLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSharifah ShahirahAhmad Zahid HamidiPegawai Waran IIHukuman mati di MalaysiaPremier SarawakHemoroidDoa IftitahLaskar Udara KananSikorsky S-61A-4 NuriDaerah LangkawiJanna NickUmar bin Al-KhattabTunku Aminah Maimunah IskandariahNur FazuraSultan Muhammad VSophia AlbarakbahHantu rayaKomputerIkmal AmryPerang Dunia PertamaSarafSlot SamarindaBatu CavesSultan SelangorMuhammad bin Idris al-SyafiiFardu KifayahSenarai raja-raja MelayuAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaTeknologi maklumat dan komunikasiKementerian Komunikasi MalaysiaTentera Udara Diraja MalaysiaR.A. KartiniJabatan Kastam Diraja MalaysiaKerajaan MataramHaqimi Azim RosliBadmintonSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukAmelia HendersonBuah pelagaNabi Muhammad SAWAlor SetarSarah SuhairiPiala Asia B-23 AFCMelakaAisha RetnoYusof HaslamKodi RasheedKhalid Mohamad JiwaSekali Lagi Cinta KembaliNombor perdanaKedahPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaAeril ZafrelArmizan Mohd AliSolatAbang Long Fadil 3GajahJam 12 jamTanda-tanda KiamatNabi Isa a.s.Rukun IslamSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSiksa NerakaPerceraian dalam IslamGenting HighlandsSenarai pelakon lelaki MalaysiaHalim RadziNadhir NasarBabiJangan Menangis Cinta (drama)🡆 More