Hafidz Roshdi

Muhammad Hafidz Roshdi (lahir 13 November 1994) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia yang kurang upaya.

Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/12. Beliau terkenal menerusi peranan lakonannya di televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di TV3.

Hafidz Roshdi
Kelahiran
Muhammad Hafidz bin Roshdi

(1994-11-13) 13 November 1994 (umur 29)
Pusat pendidikan
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian5 ft 8 in (1.73 m)
Pasangan
  • Nurul Shuhada Mat Shukri (k. 2016; c. 2023)
  • Athira Yuhada (k. 2023)
Anak-anak2

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 13 November 1994 di Shah Alam, Selangor, dan merupakan anak sulung dari empat beradik. Hafidz mempunyai dua adik lelaki, Hakeem dan Hasif serta seorang adik perempuan, Aliyah Rohana. Beliau merupakan lulusan di Management & Science University (MSU), seterusnya menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Kerjaya

Hafidz memulakan kerjaya hiburan dengan menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama Saharul Ridzwan, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam. Penyertaannya di dalam pertandingan ini menjadikan Hafidz sebagai peserta termuda dalam Hero Remaja 2011/12.

Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2014), memegang watak sebagai Edry. Drama ini turut dibintangi oleh Cristina Suzzanne, Ardell Aryana dan Hairul Azreen. Hafidz mula menerima perhatian umum menerusi gandingannya bersama Uqasha Senrose menerusi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu, memegang watak sebagai Harraz Naufal.

Selepas Tundukkan Playboy Itu, beliau muncul pula menerusi drama Mr. Donat Karamel yang menggandingkan beliau bersama penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz, diadaptasi dari novel dengan judul sama nukilan Hanny Esandra; Hafidz memegang watak Faiq Faiqal.

Hafidz menjayakan peranan utama sebagai Fareeq dalam Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa untuk siaran di Slot MegaDrama Astro Ria. Beliau berlakon dengan adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN yang dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Ini merupakan kali pertama Hafidz berlakon dalam drama sepanjang 100 episod yang turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Ben Amir dan Atikah Suhaime.

Menjelang 2019, Hafidz bakal menyusun atur strategi untuk menubuhkan syarikat produksi miliknya sendiri dan bakal menduduki kerusi pengarah satu hari nanti. Filem pertama Hafidz ialah filem seram Pusaka arahan Razaisyam Rashid, yang juga menggandingkan pasangan kekasih, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, Sweet Qismina dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini ditayangkan pada 31 Oktober 2019, bertepatan dengan Halloween.

Kontroversi

Isu curangi isteri

Sekitar penghujung Januari 2023, tular dilaman media sosial mengenai satu rencana bertajuk "Mesej Lucah Kekasih Kantoikan Pelakon" yang diterbitkan oleh akhbar Harian Metro.Menerusi isi kandungan artikel tersebut, terdapat pembayang-pembayang yang diberikan dan kesemuanya menjurus kepada Hafidz. Susulan daripada tularnya cerita sensasi itu, laman sosial Instagram milik Hafidz dibanjiri oleh komen-komen daripada netizen. Hampir seminggu berlalu, Hafidz tampil membuat kenyataan dalam program gosip sensasi Melodi TV3 yang disiarkan pada 5 Februari 2023 dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan isteri mempunyai masalah dalam rumahtangga serta meminta isteri agar berdiam diri sahaja. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menafikan bahawa pelakon yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada kekasih ialah dirinya.Namun pada minggu berikutnya, isteri Hafidz iaitu Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu telah memuatnaik tiga hantaran dilaman media sosial Instagram miliknya dengan mendedahkan perkara sebenar bahawa rumahtangga mereka sebenarnya sudah lama berantakan gara-gara orang ketiga.Tidak lama selepas itu muncul pula nama "Athira Yuhada" yang dikatakan menjadi punca keretakkan rumahtangga Hafidz-Shuhada dan ianya telah didedahkan oleh seorang kenalan Shuhada dilaman media sosial Facebook. Susulan daripada kejadian itu, Athira Yuhada bertindak menyahaktif kesemua laman media sosial manakala Hafidz pula langsung tidak memberi apa-apa kenyataan dan pengakuan yang jelas mengenai isu ini.

Setelah beberapa hari cerita sensasi mengenai kemelut rumahtangga Hafidz-Shuhada menjadi bualan hangat rakyat Malaysia, akhirnya Athira Yuhada aktif semula dilaman media sosial dan memuatnaik hantaran permohonan maaf secara terbuka di Instagram kepada Shuhada dan juga kedua-dua anak Hafidz bersama Shuhada iaitu Humairah dan Umar sekaligus mengakui mempunyai hubungan sulit bersama Hafidz selama 9 tahun. Selain itu, Athira juga mengatakan bahawa pada ketika itu Hafidz mempunyai masalah kesihatan mental dan ianya membuatkan Athira berasa simpati lalu membuat keputusan untuk berhubung dengannya bagi memberi sokongan yang diperlukan oleh pelakon itu. Athira juga turut menegaskan bahawa kini hubungan sulit antara beliau dan Hafidz sudah lama berakhir.

Tanggal 22 Februari 2023 bersamaan dengan hari Rabu, Hafidz telah melafazkan cerai Talak Satu terhadap isterinya Shuhada menerusi panggilan telefon dihadapan ahli keluarga masing-masing dan perkara ini disahkan sendiri oleh adik Shuhada iaitu Sofia Shukri ketika dihubungi oleh wartawan dari portal hiburan Mstar. Tambahannya lagi, Shuhada kini berada di Perlis manakala Hafidz pula berada di Shah Alam. Shuhada memfailkan perceraiannya terhadap Hafidz di mahkamah di Kuala Lumpur pada 1 Mac yang juga merupakan tarikh lahirnya.

Pada 16 Mac 2023, beliau didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu selepas dipercayai menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Kehidupan peribadi

Hafidz dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 November 2015. Mereka telah berkenalan selama 3 tahun ketika sama-sama menuntut di Management & Science University (MSU) di tempat lahirnya.

Selain itu, beliau pernah dilanda kontroversi apabila dikaitkan dengan gosip rakan pelakonnya, Uqasha Senrose. Beliau telah sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang pertama yang diberi nama Humairah yang dilahirkan pada 9 September 2017. Pada 9 September 2020, Hafidz menimang anak lelaki bernama Umar sebagai cahaya mata keduanya. Kedua-dua anak beliau berkongsi hari kelahiran. Pada 22 Februari 2023, Hafidz dan juga isterinya Shuhada telah mencapai kata sepakat untuk berpisah.

Pada 16 Disember 2023, Hafidz mengesahkan bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam tadi dengan sekali lafaz.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Makrifat Cinta Dirinya sendiri Kameo dalam majalah, tidak dikreditkan
2019 Pusaka Luqman memegang watak pegawai polis
2022 Juang Pegawai Perubatan 2

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Baby Ana Milik Siapa? Edry TV3 Drama pertama
2015 Tabir Zulaikha Johan
Wadi Cikgu Hanafi
Kau Aku Kita Fakhrul Syeen
Aku Pilih Kamu Rizman
Ya Solihin Solihin TV2
Tanah Kubur (Musim 14) Muhammad Astro Oasis Episod: "Jihad Samurah bin Jundur"
2016 Tundukkan Playboy Itu Harraz Naufal TV3
Hajah Heathrow Kembali Razali
Mr. Donat Karamel Faiq Faiqal
2017 Seharum Mawar Farhan Hakimi TV1
Baitul Rahmat Ustaz Safuan
Kias Ramadhan Faiz/Boy TV3 Episod: "Sepatu Saiz 10"
Kisah Dari Mekah Imran Astro Oasis Episod: "Aku Jumpa Siapa?"
Raisha Fuad TV3
Red Velvet Fareeq Astro Ria
2018 Papa Nak Menantu Azrin Aidil TV3
Kelip-Kelip Di Kota London Syed Syaufiq
Doa Ku Mohon Aiman
Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung Ahmad Rosli
Cinta Tiada Ganti Nazrim Astro Prima
Solat: Dekatkan Kami DenganMu Fauzi TV3 Episod 4 bersama Elvina Mohamad dan Izzue Islam
Jawatankuasa Kampung Kalut Remy Episod: "Mencari Rezeki"
Raisha 2 Fuad
Kan Kukejar Cinta Kamu Huzail Astro Ria
2019 Cinta Tanpa Henti Saiful TV3
Calon Menantu Tuan Rumah Adam TV Okey
2020 Camelia Dr Azman TV3
Manuskrip Cinta Dr. Rian Akasyah TV1
Dia Bidadari Dari Syurga Raff TV Okey
2021 Rahimah Tanpa Rahim Adli TV3
Melastik Ke Hatimu Naim Johari TV3
Perisik Cinta Tak Diundang Firas
Bujang Tampan Selamber (BTS) Razak TV9 sitkom komedi
Dia Isteriku Helmi TV AlHijrah
2022 Harith Fayyadh Harith TV3
Bisik Bisik Gelora Wari
Ku Punya Hati Ben
Kau vs Aku Emir Sooka
Wanita Milik Tuan Putra Asmara TV3
Jesnita Aidil Astro Prima
Aku Seorang Perempuan Hakim Ali TV9
2023 Melastik Ke Hatimu 2 Naim Johari TV3
TBA Raisha 3 Fuad TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Anak Ikan Hafidz Astro Prima
2015 Perangkap Perkahwinan Fitri
Hajah Heathrow Razali TV3
2016 Ayah Mentuaku Hakimi TV9
Kau Aku Kita Raya Fakhrul Syeen TV3
Sabotaj Syarul TV1
2017 Jalan Balik Surau Maman TV3
Bawa Aku Ke Syurga Nizam TV9
2018 Kembalikan Sinarnya Ustaz Zahir TV3
2019 Viral Alam Maya Hazmin
Siti Selfie Jamal TV2
2020 Ara Taufiq TV3
2021 Bukan Cinta Biasa Hafiz TV2
Najiha Ridzwan
2022 Tanggang Langgang TV3
Manja Jumpa Siput Kamal TV1

Teater

Tahun Tajuk Watak
2016 Lela Manja Raja Muda Tengku Dewa

Web drama

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2018 KOPI: Kopi Julia Ikram Tonton

Iklan

Tahun Tajuk Catatan
2015 Petronas Raya Sampai Hati bersama Beto Kusyairy
2016 Syukur Selalu F&N bersama Janna Nick

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Jangan Gelak Tetamu jemputan TV3 Episod 12 (23 Disember)
2016 Hot TV TV9
Melodi TV3 bersama Dayana Roza
Ketuk Ketuk Ramadhan (Musim 9): Episod 10 TV1
Perang Bibir Peserta TV9
Bonda Bonding Dirinya sendiri Astro Prima bersama ibu tersayang.
Ye Ke?! Artis jemputan TV3 bersama Adira, Michael Ang, Didie Alias, Zamarul Hisham dan Lisdawati
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Penyampai trofi bersama Idris Khan dan Azrel Ismail
2017 Melodi Tetamu jemputan bersama Mira Filzah
Nona Artis jemputan Segmen 'Dapur Bonda' (6 Ogos 2017) bersama Chef Fikri
Pop TV TV9 bersama Khai Bahar, Wani Kayrie, Fiza Sabjahan dan Sweet Qismina.
Hot TV Artis jemputan
Melodi Pengacara undangan TV3 menggantikan Awal Ashaari sebagai pengacara bersama dengan AG (15 Oktober)
CCTV Tetamu jemputan Astro Ria bersama Amira Othman
Kau Rasa? Dirinya sendiri Astro Warna bersama Ruhainies dan Puteri Balqis
2018 Fan Fanatik Peserta Astro Ria Episod 9 (3 Januari 2018)
Drop The Beat ntv7 bersama Saharul Ridzwan, Elly Mazlein dan Balqis Mentor.
#ExpeRIAnce2018: Projek Theme Park Dirinya sendiri Astro Ria Episod 10 (8 Mei 2018).
Mentor Otai Juri awam TV3 25 Mac 2018
Malaysia Hari Ini Tetamu jemputan bersama Hanna Aqeela (11 April 2018)
Kata Serasi ntv7 bersama isteri dengan Azad Jasmin dan Eira Syazira.
Balik Kampung Bersama Pensonic: Episod 1 TV3
Resepi Memikat Isteri 2 Dirinya sendiri Astro Ria bersama isteri (Episod 11: 6 Jun 2018).
Romantika (Musim 8) bersama isteri (6 Jun 2018)
CCTV Tetamu jemputan bersama Syamim Farid (30 Julai 2018)
#BawangLive bersama Aedy Ashraf, Nelydia Senrose dan Syamim Farid (2 Ogos 2018)
2019 Aroma Tradisi TV3 Episod 6
The Sherry Show Artis jemputan bersama Waris, Wak Doyok dan Erra Fazira (21 Julai 2019)
Bawang Live! Astro Ria bersama Fauziah Ahmad Daud dan Sweet Qismina untuk mempromosikan filem seram, Pusaka (30 September 2019)
MeleTOP bersama Mimi Lana, Sweet Qismina dan Syafiq Kyle untuk memprosokan filem seram, Pusaka (29 Oktober 2019)
2020 Studio Drama Sangat TV3 bersama Diana Danielle, Saharul Ridzwan, Aidil Aziz, Lisdawati dan Nur Qistina Raisah untuk mempromosikan drama Camelia (1/2/2020)
Masak Apa Tu? bersama isteri, Nurul Shuhadah (12.10.2020) - episod 12

Aktivisme

Pada 25 Mei 2016, Hafidz bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Janna Nick dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016. Hafidz bersama Janna dan Amar tampil dalam iklan pendek 'Ilmu' yang mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar dalam menjalankan perniagaan baju raya manakala Janna pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan. Amar tidak lokek ilmu untuk membantu Janna melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4
Aktor Pilihan Mr. Donat Karamel Tercalon
Pasangan Serasi Pilihan (bersama Azira Shafinaz) Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Hafidz Roshdi Kehidupan awalHafidz Roshdi KerjayaHafidz Roshdi KontroversiHafidz Roshdi Kehidupan peribadiHafidz Roshdi FilemografiHafidz Roshdi AktivismeHafidz Roshdi Anugerah dan pencalonanHafidz Roshdi RujukanHafidz Roshdi Pautan luarHafidz RoshdiHero RemajaMr. Donat KaramelTV3Tundukkan Playboy Itu (drama)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

InflasiKitab suci IslamSlot LestarySyamim FaridWilayah PersekutuanAdat resam kahwin MelayuIndonesiaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unCabang dan mazhab IslamKata namaLaluan Kelana JayaKodi RasheedMunafik 3Hassanal BolkiahAngkatan Tentera MalaysiaSarafMalaysia MadaniAbu Bakar BasyirNasrizal NgasriRukun NegaraPemerintahan berajaErma FatimaWhatsAppSenarai saluran AstroSharisa HarisAstro MalaysiaProton TiaraUndang-Undang Laut MelakaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Azhan RaniBatu Bersurat TerengganuRevolusi PerancisMYTV BroadcastingKhir RahmanJosiah HoganAzri IskandarKuantanNegeri SembilanJabatan Kastam Diraja Malaysia2024 di MalaysiaPerikatan NasionalQistina RaisahR.A. KartiniAkut (perubatan)Nombor dalam budaya CinaProton WajaBaby ShimaNabila RazaliWohnenHantu dalam masyarakat MelayuFrekuensi radio di MelakaPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPiala FA MalaysiaCyberjayaPuncak AlamMajlis Raja-RajaMona FandeyAzlee JaafarPak Ketipak KetipungTentera Darat MalaysiaRaysha RizrosePolis EVO 2Mandi wajibPetaling JayaTerlanjur Cinta (drama web)Senarai Surah Al-QuranMinal 'Aidin wal-FaizinSabri YunusFrekuensi radio di PerakDoa IftitahNabi Nuh a.s.PronoSabronzoAl-Masih ad-DajjalKesan perubahan iklimBadmintonGunung Qaf🡆 More