Ben Amir: Pelakon lelaki Malaysia

Muhammad Ben Amir Sabaruddin (Jawi: محمد بن أمير بن صبرالدين; lahir 13 Mei 1990) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia.

Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012. Rambut beliau panjang. Antara drama lakonan beliau ialah Playboy Itu Suami Aku (2013), Suri Hati Mr. Pilot (2016), Cinta Tiada Ganti (2018) dan Sweet Dreams (2019).

Ben Amir
Ben Amir: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Ben Amir semasa sesi Meet & Greet drama Sweet Dreams pada 2019.
Kelahiran
Muhammad Amir bin Sabaruddin

(1990-05-13) 13 Mei 1990 (umur 33)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian1.82 m (6 ka 0 in)

Kehidupan awal

Ben dilahirkan pada 13 Mei 1990 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Beliau menerima pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.

Kerjaya

Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Selepas Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan membintangi drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuagannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku, melakonkan watak Sam. Kerjaya filem Ben bermula pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Kejayaan beliau hadir pada 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.

Dari 1 Januari sehingga 24 Februari 2018, Ben memegang watak sebagai Kamal dalam drama Sejadah Untuk Dia arahan Rahila Ali dengan idea asal oleh Syamsul Yusof terbitan Skop Productions. Ia turut dibintangi oleh Adi Putra, Rashidi Ishak, Noorkhiriah, Tania Hudson dan Wawa Zainal.

Dari 10 Julai hingga 26 November 2018, beliau digandingkan bersama Aedy Ashraf dan Nelydia Senrose dalam drama adaptasi telenovela Filipina Cinta Tiada Ganti; memegang watak sebagai Khairil. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.

Ben menjadi salah seorang dari pelakon yang terlibat dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari hingga 27 April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham (pelakon asal Spanar Jaya), sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy. Beliau memegang watak Zaki, bapa tunggal dan ‘Chief Foreman’ di bengkel Spanar Jaya.

Pada Ogos 2019, Ben telah mendapat tawaran melakonkan watak Qash Adam dalam Sweet Dreams arahan Michael Ang yang bersiaran di Astro Ria, lakonan bersama Mira Filzah. Drama ini turut dibintangi oleh Sean Lee, Datin Nina Juren, Yuna Rahim, Nasz Sally, Yusuf Bahrin, PU Azman, Didi Astillah dan Roy Azman.

Beliau juga menjadi duta Astro untuk slot Ramadhan 2020 bersama Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hael Husaini, Ernie Zakri, Chubby dan Shiha Zikir.

Kehidupan peribadi

Ben ialah seorang yang pemalu. Dalam tahun 2020, beliau menjadi perhatian umum kerana memilki wajah seiras ahli politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain itu, beliau juga dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon, Uqasha Senrose. Namun begitu, Ben Amir menafikan dakwaan mereka adalah kekasih dengan menyatakan mereka hanyalah kawan biasa. Sehingga kini, tiada petunjuk bahawa mereka masih berhubung.

Ben menjalani perintah berkurung selepas kembalinya dari sesi penggambaraan untuk drama baru di Scotland bersama beberapa krew dan pelakon termasuk Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19. Namun begitu beliau telah didapati negatif selepas pulang awal ke Malaysia pada 23 Mac 2020.

Filemografi

Kunci
Ben Amir: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Romeo Kota Inspektor Ben Filem pertama
2020 Aku, Bunga Shakir Filem televisyen
2023 Polis EVO 3 Orang Kanan Gaya Penampilan khas
2024 Rebel Ben Amir: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Luka Pos-produksi
Legasi Wira Merah Ben Amir: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Amir Pos-produksi
TBA Kod Musketeer Ben Amir: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Gibbs Pos-produksi
Perisik Ben Amir: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Fira Ayuni Budin TV3
Playboy Itu Suami Aku Sam
2014 Merah Bukan Jambu TV1
Cinta Ilahi Amir TV3
2015 Dunia Generasi Baru Zuhal TV9
Dan Hati Pun Berkata Adam TV2
Asam Pedas Untuk Dia Ashriq TV3
Suami Sebelah Rumah Dr. Ziyad
2016 Cinta Hati Abah Fikri
Mariam Alisa Farhan
Menantu Ting Tong Mikhail
Bagaikan Kelip-Kelip Ashreeq TV9
Suri Hati Mr. Pilot Muslim Astro Ria
2017 Semusim Rindu Ikhman Ajmal Astro Prima
Jojie Gigil Adam TV3
2018 Sejadah Untuk Dia Kamal Astro Oasis
Air Mata Di Bumi Matador Iskandar TV2
Inai Yang Hilang Razif ntv7
Cinta Tiada Ganti Khairil Astro Prima
Dua The Series Daniel Astro Gempak
2019 Spanar Jaya X Zaki TV3
Encik Iman Ekspres Engku Riyad Astro Ria
Aku Bukan Geisha Aidil TV2
Sweet Dreams Qash Adam Astro Ria
Lara Syakila Fahim TV2
2020 Chandelier Kaef Astro Ria
Kasih Seorang Pejuang Ku Sahak (waktu muda) TV1
Sang Pewaris Megat Dali (Kudin)/Megat Ameer TV3
2021 Diva Popular Syazwan Awesome TV
Anak Sena Cikgu Amir TV3
Tikam Nik Johan (NJ) Astro Ria
Diva Popular 2 Syazwan Awesome TV
2022 Tetuan Ang & Rahimin Rahimin Astro Ria
Honey-Moon Ilham TV3
2023 One Million Dollar Voice Muhammad Ali Astro Ria
Jangan Lupa Janji Ikmal Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Amin TV2
Abang Long vs Kak Long Inspektor Azwan TV3
2014 Ini Harta Haji Nana Yang Punya Subhan
Bulanku Di Hentian Andi TV2
Hajah Bakhiliah Iman TV9
Kemaafan Terindah Hafiz TVi
2015 Cinta Qasidah Sufian Astro Ria
Cupcake Mama Danial
Dalam Pelukan Ramadhan Annas
Jalan Taubat Malik TV3
Kek Batik Cheese Leleh Danny TV9
2016 Jangan Ambil Botol Itu Ketua Pengemis
Mama Sado Abang Sado
Cinta Tiga Rasa Mukhriz
Alien Janda Baik Suhardi Astro Citra
2017 Calon Menantu Bapak Irfan Syah HyppTV
2018 Miss Sakura Hadi TV2
Bulan Bintang Dan Sayang Amir ntv7
One Last Raya Bersama Ahmad Lais
Personal Shopper Hijazi Astro Ria
2019 Penaklukan Syaitan Khairul Astro Citra
2020 Racun Suami Jahanam Rizal
2021 Ibu Belum Mati Cikgu Rashidi

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan Catatan
2017 MeleTOP Tetamu jemputan Astro Ria Bersama Intan Ladyana mempromosikan drama Semusim Rindu
H! Live Special bersama Farez Ridzwan, Aizat Hassan, Jasper Supayah, Dayang Areeda, Hafeez Mikail, Fatin Afeefa, Maisarah Syaf, Tengku Fiella serta Donna Muslim dan Elly Arifin mempromosikan drama Semusim Rindu
2018 Apa Nak Makan Ni? TV3 bersama chef Naem dan Betty Rahmad - episod 1 (19 Mei 2018)
Bawang Live Astro Ria bersama Aedy Ashraf, Emelda Rosmila dan Raja Shahreza mempromosikan drama Cinta Tiada Ganti (22 November 2018)
Hello Switzerland Pengacara TV1
2019 Bawang Live Tetamu jemputan Astro Ria bersama Ruzana Ibrahim, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Issac Iman, Elisya Sandha mempromosikan drama Encik Imam Ekspres (7 Mac 2019)
MeleTOP bersama Fikry Ibrahim, Nelydia Senrose dan Issac Iman mempromosikan drama Encik Imam Ekspres (12 Mac 2019)
Bawang Live bersama Mira Filzah, Datin Nina Juren, Yuna Rahim, Yusuf Bahrin, Michael Ang, Sean Lee dan Nasz Sally mempromosikan drama Sweet Dreams (5 Ogos 2019)
MeleTOP bersama Mira Filzah dan Sean Lee mempromosikan dramaSweet Dreams (6 Ogos 2019)
CCTV bersama Mira Filzah dan Sean Lee mempromosikan Sweet Dreams (22 Ogos 2019)
2020 MeleTOP bersama Yusuf Bahrin,Sean Lee,Fieya Julia sebagai calon-calon Anugerah Meletop Era 2020 dalam kategori yang dipertandingkan.Ben adalah calon untuk kategori Pelakon Meletop (15 Disember 2020)
Malaysia Hari Ini TV3 bersama Amyra Rosli bagi mempromosikan drama terbaru slot Lestary 'Sang Pewaris ' (16 Disember 2020)
2021 1,2, Bakar rancangan masakan yang dihoskan oleh Chef Anis Nabilah. Episod 2 (2019)

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2019 "Racun Hati" Ara Johari

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011/2012 Hero Remaja 2011/2012
Finalis
2019 Konsert Throwbaek 2019 Bintang Baru Nak Up Sweet Dreams Menang
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Pelakon MeleTOP Sweet Dreams Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Gandingan Serasi Drama Popular (online) (bersama Mira Filzah) Sweet Dreams Tercalon
Anugerah Melodi Drama Sangat Stylo Sangat Tercalon
Gempak Most Wanted 2020 Artis Bujang Tergempak Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Pelakon TV Lelaki Popular Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ben Amir Kehidupan awalBen Amir KerjayaBen Amir Kehidupan peribadiBen Amir FilemografiBen Amir Anugerah dan pencalonanBen Amir RujukanBen Amir Pautan luarBen AmirCinta Tiada GantiHero RemajaPlayboy Itu Suami AkuSuri Hati Mr. PilotSweet DreamsTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jam 12 jamBella DallyBendera MalaysiaGangga NegaraPerlembagaan MalaysiaSenario LagiBudak IjatTikTokBuah kerasSenarai buahIbanRita NadiraEmelda RosmilaAlif SatarSyahadahBismillahUnifi TVJulia RaisSharisa HarisAziz HarunCabang dan mazhab IslamKaedah arkeologiNabila HudaBeto KusyairyPrivate BodyguardPulau RedangHantu rayaJanna NickBadmintonPetronasFadhlina SidekOrang India MalaysiaAzhan RaniSenarai poskod di MalaysiaGolongan kata (bahasa Melayu)Jabatan Akauntan NegaraKerajaan Bani UmaiyahZainal Abidin bin AhmadAzizulhasni AwangTengku Zafrul Abdul AzizZaman air batuKitab suci IslamBahasa MaduraTwitterPerodua KancilAzhar MansorSejarah orang Yahudi di MalaysiaGombakSharifah SakinahHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMJangan Menangis Cinta (drama)Nasi lemakAdellea SofeaTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahHaidIsteri-isteri Nabi MuhammadAdat resam kahwin MelayuTrisha OoiMatlamat Pembangunan Mampan 15MurutNoryati TaibOne Cent ThiefOnn JaafarKlangPitt HanifKanun KeseksaanShah AlamUpin & IpinArdell AryanaJoe FlizzowPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaPerodua VivaAiman Hakim RidzaAnwar IbrahimJohor Darul Ta'zim F.C.One Two Jaga🡆 More