Raysha Rizrose: Pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia

Farza Naquraisha Mohd Fariz atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose (lahir 22 Jun 1996) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau meraih kemasyhuran setelah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015. Raysha ialah adik kandung seibu pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose. Beliau terkenal dengan menjayakan peranan utama dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin (2017), Zahir Tak Terucap (2018), Dia Menantu Rahsia (2019) dan Ryan Aralyn (2020).

Raysha Rizrose
Raysha Rizrose: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Raysha ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Mei 2015.
Kelahiran
Farza Naquraisha binti Mohd Fariz

(1996-06-22) 22 Jun 1996 (umur 27)
Nama lainRaysha Rizrose
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikanSekolah Kebangsaan Taman Muda
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
PasanganNabil Jeffri (k. 2023)
IbuRosmizai Mohd Noor
BapaMuhammad Fariz Arshad
SaudaraNelissa Senrose (Kakak kandung seibu)
Uqasha Senrose (kakak kandung seibu)
Nelydia Senrose (kakak kandung seibu)
Danitra Rizrose (adik)
Qirana Rizrose (adik)
Arjuna Rizrose (adik)
Ramada Manrose (sepupu belah ibu)
Oktovia Manrose (sepupu belah ibu)
Aprena Manrose (sepupu belah ibu)
KeluargaRosnah Mohd Noor (ibu saudara)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Farza Naquraisha binti Mohd Fariz pada Sabtu, 22 Jun 1996 Masihi bersamaan 5 Safar 1417 Hijrah di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak keempat daripada tujuh beradik. Bapa beliau, Mohd Fariz Iskandar berdarah campuran Melayu dan Cina-Indonesia dan ibunya, Rosmizai Mohd Noor berketurunan Siam. Rosmizai ialah adik kepada pelakon veteran Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Sewaktu zaman persekolahannya di SMK Pandan Indah, beliau pernah bergiat aktif dalam pertandingan pidato dan debat. Kakak beliau—Uqasha dan Nelydia Senrose juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Kerjaya

Kerjaya Raysha bermula pada 2011 menerusi watak Mimi dalam drama Paksu Man di TV AlHijrah, yang merupakan kemunculan sulung beliau yang ketika itu baru berusia 15 tahun.

Empat tahun kemudian, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 20 peserta Dewi Remaja 2014/15 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, dan Mawar Rashid. Ini menjadikan beliau sebagai pemenang termuda pertandingan itu. Selain itu, beliau juga menyandang gelaran Dewi Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan sama.

Namanya mula dikenali umum menerusi watak Yuhanis lakonannya dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin lakonan bersama Azrel Ismail dan Idris Khan yang bersiaran di Slot Akasia TV3. Pada November 2016, Raysha mengumumkan tidak lagi berada di bawah pengurusan Astro selepas hampir setahun.

Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus; memegang watak sebagai Fikha. Raysha dipilih semasa menghadiri sesi ujibakat yang diadakan oleh Astro Shaw seminggu sebelum dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja. Raysha menjayakan peranan utama sebagai Aishah dalam siri drama Zahir Tak Terucap di TV3. Beliau juga digandingkan bersama Aiman Hakim Ridza dalam telefilem Apa Dah Jadi di TV2.

Raysha muncul bersama Hefny Sahad dalam drama online Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018.

Beliau berlakon bersama Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan dalam drama adaptasi novel Dia Menantu Rahsia sebagai Melissa, yang bersiaran di TV3 dari 29 Januari hingga 7 Mac 2019.

Raysha bakal tampil dengan sebuah lagu baru untuk runut bunyi filem Seandainya Kau Ada di mana beliau merupakan salah seorang pelakon utamanya bersama Fendy Bakry dan Ruhainies Farehah. Beliau muncul dalam drama Ryan Aralyn lakonan bersama Zul Ariffin yang bersiaran di TV3 dari 25 September 2020 sehingga 3 November 2020.

Pada tahun 2021, beliau memegang watak sebagai Jasmine dalam drama Terlerai Noktah, seterusnya membintangi filem Hantu Ke Lima sebagai Auni Qaisara Putri. Pada tahun 2022, beliau berlakon bersama Elizabeth Tan, Ikmal Amry dan Alicia Amin dalam drama seram Ex Aku Pontianak yang mana beliau melakonkan watak sebagai Suraya, seorang penjejak pontianak yang memiliki kuasa istimewa boleh menghapuskan makhluk halus itu.

Raysha kemudian muncul dalam drama Bisik Bisik Gelora yang menggandingkan beliau bersama Redza Rosli. Menerusi drama ini, beliau melakonkan watak sebagai Banin Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda.

Kehidupan peribadi

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian pada Mei 2015, Raysha mendedahkan alasan beliau untuk tidak menyambung pelajaran demi menyertai Dewi Remaja: "Saya sepatutnya sambung belajar bulan depan tetapi dengan kemenangan ini saya perlu menangguh seketika apa yang dirancang. Saya mahu timba pengalaman dalam dunia seni terlebih dahulu. Insya-Allah lima tahun lagi, saya akan memenuhi impian untuk menuntut dalam bidang undang-undang,". Raysha turut mendedahkan amat mengagumi Lisa Surihani dan menyifatkannya sebagai seorang yang "minimalis".

Sejak 2013, beliau menjalin hubungan dengan pelumba kereta F3 negara, Nabil Jeffri. Pada 22 Februari 2023, beliau selamat diijabkabulkan dengan Nabil dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan itu berlangsung pada jam 8.52 malam di Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, pada majlis tertutup di sebuah hotel.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2016 Dukun Doktor Dani Fikha Filem pertama
2021 Seandainya Kau Ada Nur Syahirah
Hantu Ke Lima Auni Qaisara Putri
TBA Roxana Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Pak Su Man Mimi TV AlHijrah Penampilan drama TV pertama
2017 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Yuhanis TV3
Apa Dah Jadi Alana TV2
Misi Laksa dan Laksam Mek Su TV3
2018 Zahir Tak Terucap Aishah
Cintaku di Bumi Izmir Sharifah Suzan Sevgi Hypp Sensasi
2019 Dia Menantu Rahsia Melissa TV3
2019–2020 Cindai Yasmin
2020 Ryan Aralyn Aralyn
2021 Terlerai Noktah Jasmine
2022 Ex Aku Pontianak Suraya Astro Ria
Bisik Bisik Gelora Banin Arumi TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Isteriku Miss Sally Sherry TV1 Telefilem pertama
Batas Nik La TV2
2017 Apa Dah Jadi Alana TV1
2018 Jodoh Tak Salah Alamat Diana / Rabiatul Adawiyah TV3
Simpang Sejenak Suri
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya Yuhanis
Mr. Smiley Moon TV2
Pendosa Ingin Ke Syurga Juanita TV3
2023 Bisik-Bisik Gelora Raya Banin Arumi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014–2015 Dewi Remaja Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1 Tetamu jemputan

Diskografi

Tahun Tajuk
2014 "Sampai Mati"
2019 "Cinta Luar Biasa"
2021 "Cinta Sejati"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2014 Dewi Remaja 2014/15 Dirinya sendiri Juara
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pasangan Serasi Drama (bersama Idris Khan) Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Neelofa
Dewi Remaja
2014/2015
Diikuti oleh:
Haneesya Hanee
(ditarik balik)

Tags:

Raysha Rizrose Kehidupan awalRaysha Rizrose KerjayaRaysha Rizrose Kehidupan peribadiRaysha Rizrose FilemografiRaysha Rizrose DiskografiRaysha Rizrose Anugerah dan pencalonanRaysha Rizrose RujukanRaysha Rizrose Pautan luarRaysha RizroseDewi RemajaDia Menantu RahsiaNelydia SenrosePinggan Tak Retak, Nasi Tak DinginRyan AralynUqasha SenroseZahir Tak Terucap

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KuantanMatlamat Pembangunan MampanParsiPeristiwa 13 MeiPerodua KelisaSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah@Khairy JamaluddinElla (penyanyi)TengkolokBatu PahatHadha min fadhle RabbiTentera Laut Diraja MalaysiaLiga Super Malaysia 2024–25Seks oralProton WiraHarimauKlangSiti NurhalizaKitab suci IslamBaby ShimaKuala TerengganuPerang AhzabSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaBryan DomaniKelayakan Piala Asia B-23 AFC 2024A. Samad SaidSenario (kumpulan muzik)AsmidarTentera Darat MalaysiaSyiahNajib RazakMustaqim BahadonBukit TaburWohnenPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Bank Negara MalaysiaBajauAC MizalKhunsa (siri TV)Frekuensi radio di SelangorSenarai mukim di PerakSerpihan SayangSultan Muhammad VKetua Polis Negara MalaysiaChempaka Emalin PahaminPembentukan MalaysiaNabi Isa a.s.Razarudin HusainPencemaran udaraSarimah IbrahimGangga NegaraPantang larang MelayuChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorEyka FarhanaJohor BahruSekolah Berasrama PenuhNazim OthmanAbdullah bin Ahmad BadawiPasukan bola sepak kebangsaan UzbekistanPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaSurah al-BaqarahPuteri Gunung LedangKerenggaBumiputeraSeri KembanganBunga kertasXPDCSyasyaPulau RedangPerceraian dalam IslamCabang dan mazhab IslamReen RahimRangka manusiaNabi Nuh a.s.Baba Ismail Sepanjang🡆 More