Hefny Sahad: Pengacara dan pelakon Malaysia

Mohamed Hefny Sahad (lahir 20 Ogos 1987) merupakan seorang pengacara dan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau ialah naib juara pertandingan pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran, On Air di Astro Ria. Sejak 15 Julai 2019, beliau merupakan salah seorang penyampai radio di Sinar

Hefny Sahad
Kelahiran
Mohamed Hefny bin Sahad

(1987-08-20) 20 Ogos 1987 (umur 36)
PekerjaanPengacara, pelakon, penyampai radio
Tahun aktif2012–kini
Majikan
Terkenal keranaNaib Juara On Air

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Mohamed Hefny bin Sahad pada 20 Ogos 1987 di Maran, Pahang dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya penyiaran, Hefny terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dengan bekerja di beberapa syarikat insurans dan bank tempatan.

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hafizul Kamal dan CK Faizal, di mana beliau merupakan naib juara. Hefny merupakan salah seorang daripada 11 pengacara dan wartawan pelapis Astro di bawah bimbingan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Pada tahun 2013, beliau berpasangan bersama Hafizul dalam rancangan Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Dato' Aaron Aziz, yang mana mereka merupakan naib juara di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang bergelar juara. Hefny membuat penampilan layar kaca pertamanya menerusi drama Benci vs. Cinta yang dibintangi oleh Nora Danish dan pelakon Indonesia, Randy Pangalila.

Hefny muncul dalam pementasan teater Pak Pandir Yo! yang merupakan penampilan pentas pertamanya. Beliau digandingkan bersama pelakon Amyra Rosli mengacarakan rancangan Muzik-Muzik di TV3 selama satu musim.

Bermula 9 Mac 2018, Hefny merupakan salah seorang dari 8 pengacara yang mengacarakan rancangan bual bicara terbaru terbitan TV3, Borak Kopitiam. Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan.

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson dan Cristina Suzanne dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Farid.

Hefny muncul bersama Raysha Rizrose dalam drama Cintaku di Bumi Izmir yang bersiaran di Unifi TV pada Ogos 2018, memegang watak sebagai Aidid.

Kehidupan peribadi

Hefny sebelum ini dilaporkan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nad Zainal. Selain itu, beliau juga sebelum ini pernah dilamun cinta dengan pelakon kontroversi, Uqasha Senrose, namun berpisah kerana tiada hubungan persefahaman, tetapi masih berkawan.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Operasi X Ali Mat Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Benci Vs Cinta Hefny Astro Ria Drama pertama
Jodoh Bob
2014 Syurga Tanpa Cinta Izwan TV1
Maaf Jika Aku Tak Sempurna Haris TV3
Kristal Maya Shah
2015 M.A.I.D Haikal Astro Ria
3 Campur 2 Izzue Astro Ceria
2016 Awak Sangat Nakal Habib Astro Ria
2017 Di Sebalik Wajah Fared HyppTV
2017–2018 Dia Hafiz Muda TV3
2018 Melankolia Izwan
Nafas Farid ntv7
Cintaku di Bumi Izmir Aidid Unifi TV

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2023 Sepahtu Rewang Kampung Kenangan Astro Warna

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2012 On Air Naib Juara Astro Ria
2013 Propaganza (Musim 2) Pengacara
Fear Factor Malaysia Peserta bersama Hafizul Kamal
Festival Filem Malaysia ke-25 Pengacara mengacara bersama Elfira Loy
Diari AF2013
2015 Sejarah Tingkatan 5 TV Pendidikan
2015–2016 hlive Astro Ria
2016 Pernah Makan Tak?
Pop TV TV9 mengacara bersama Nana Mahazan
2017 Muzik Muzik TV3 mengacara bersama Amyra Rosli
2018 Salam Dunia Astro Oasis
2018–2021 Borak Kopitiam TV3

Teater

Tahun Tajuk
2015 Pak Pandir Yo!

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
15 Julai 2019 – kini Duo Sinar Sinar

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Hefny Sahad Kehidupan awalHefny Sahad KerjayaHefny Sahad Kehidupan peribadiHefny Sahad FilemografiHefny Sahad RadiografiHefny Sahad Anugerah dan pencalonanHefny Sahad RujukanHefny Sahad Pautan luarHefny SahadAstro RiaSinar (stesen radio)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ayu RaudhahTrisha OoiPembukaan Kota MekahMinal 'Aidin wal-FaizinRiena DianaErma FatimaProton SatriaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarRuhainiesMasya-AllahFrekuensi radio di PerakSenarai universiti di MalaysiaAhli Sunah WaljamaahBahasa Melayu BruneiKhalid Mohamad JiwaKabung17 PuasaNur (drama)Sultan Iskandar ibni Sultan IsmailPuteri BalqisFrekuensi radio di KedahEyka FarhanaAdi PutraNabi Sulaiman a.s.Jenayah kolar putihOktovia ManroseRedza RosliMy Lovely DriverSenarai negara mengikut keluasanAdat resam kahwin MelayuSrivijayaRukun NegaraSemenyihAnak Perjanjian Syaitan 2Fadhlina SidekPilihan raya umum Malaysia 2022Suku BidayuhProton Holdings BerhadNik Abdul Aziz Nik MatSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahImbuhan kata nama (bahasa Melayu)MajapahitPiala Dunia FIFA 2010RaihanWarna Warni AidilfitriA FamosaAmira OthmanAmpangKerajaan Persekutuan MalaysiaKelapa sawitAmin IdrisSharnaaz Ahmad16 PuasaBani IsraelSonu SoodWikipediaTengku Zafrul Abdul AzizSelangorTentera Darat MalaysiaAeril ZafrelBendaharaJam 24 jamSenarai Surah Al-QuranProton WajaHun HaqeemMetamfetaminaParameswaraMuftiFadhli MasootLondonElizabeth TanPerkahwinan menurut IslamGeografi JohorAndai Itu TakdirnyaRujukan kehormatSunan Gunung JatiAnwar IbrahimNabi Musa a.s.Gantang🡆 More