Semenyih ialah sebuah bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban.
Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih.
Semenyih Bandar Semenyih | |
---|---|
Bandar | |
Koordinat: 2°57′N 101°51′E / 2.950°N 101.850°E 101°51′E / 2.950°N 101.850°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Hulu Langat |
Mukim | Bandar Semenyih |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak dipatuhi |
Laman sesawang | http://www.mpkj.gov.my |
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.
Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.
Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut:
Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya lama dan lebuh raya. Tidak ada landasan kereta api dan jalan air mahupun landasan kapal terbang. Lapangan terbang terdekat adalah KLIA yang berjarak 60km.
Semenyih terletak pada ketinggian 43 meter dari aras laut.
Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diliputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih. Di sinilah kegiatan ekonomi , perumahan dan pembangunan infrastruktur dilaksanakan.
Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih. Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu, iaitu tahun-tahun sebelum 1965, kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.
Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut:-
Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja. Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat. Pertemuan sungai ini terletak di Jenderam Hilir dan menjadi lokasi Loji Semenyih.
Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah:
Bukit | Tinggi (kaki) |
---|---|
Bukit Arang | 1838 |
Bukit Naning | 1418 |
Bukit Tekala | 783 |
Bukit Pening | 1068 |
Bukit Berak | 331 |
Bukit Ulu Beranang | 2654 |
Bukit Broga | 400 |
Bukit Rambai | 490 |
Bukit Buluh | 421 |
Bukit Tempurung | 401 |
Bukit Payung | 354 |
Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. Air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian, sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang, Kuala Langat dan lain-lain.
Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih. Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius.
Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan
Hutan Lipur Sungai Tekala terletak di mukim Hulu Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Hutan Lipur Sungai Tekala termasuk dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, Selangor.
Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan air yang ditadah, diempang oleh Empangan Semenyih. Airnya disalurkan melalui paip air ke Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semenyih tidak menerima air daripada Empangan Semenyih. Kawasan Semenyih kmendapat bekalan air dari hilir Sungai Semenyih iaitu di Jenderam yang dipanggil Semenyih Intake.
Serta banyak lagi yang lain di Semenyih yang tidak dapat diketahui nama taman perumahan itu.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Semenyih, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.