Penunggang Agama 2

Penunggang Agama 2 ialah sebuah filem seram ngeri Malaysia 2021 arahan dan lakon layar oleh Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions Sdn.

Bhd. dan Astro Shaw. Kesinambungan daripada filem bertajuk sama, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin dan Azira Shafinaz yang kembali menjayakan watak masing-masing, dan ditayangkan pada 19 Oktober 2021 di Astro First.

Penunggang Agama 2
PengarahSyafiq Yusof
PenulisNazri M. Annuar
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting oleh
Muzik oleh
  • Extreme Music
  • Ken Hor (muzik tambahan)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
19 Oktober 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1 juta

Sinopsis

Kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. 

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta bersongkok. 

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi. Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda?

Pelakon

Penerbitan

Dalam satu sesi temubual filem Penunggang Agama 2 bersama media, Syafiq berkata beliau berdepan cabaran baharu dalam filem ini apabila menampilkan elemen berlainan agama.

"Untuk Penunggang Agama 2, walaupun ia filem berskala kecil, saya harus tunjukkan kelainan. Jadi, untuk sekuel filem Penunggang Agama ini, saya ketengahkan elemen berlainan agama. Malah, saya belum nampak lagi dalam filem kita. Diakui, ia agak mencabar tapi perlu berhati-hati. Saya minta juga pendapat ustaz dari perspektif Islam. Bagi agama Kristian, saya bercerita situasi jalan cerita dan dapatkan kebenaran paderi di gereja di Cameron Highlands tempat kami menjalani penggambaran,"

Untuk penceritaan dan skrip, Syafiq memutuskan untuk tidak membuat lebih terperinci mengenai agama dan kitab, namun lebih kepada visual. Menurutnya, hanya dua dialog sahaja telah dipotong. Bagi mengelakkan risiko luar jangkaan, Syafiq meminta pandangan pihak agamawan seperti ustaz dan paderi sebelum meneruskan penggambaran.

Zul Ariffin kembali menjayakan watak sebagai Amir, beliau mengakui watak dan tema penunggang agama dalam filem ini wujud dan ramai yang seperti itu dalam kehidupan sekarang. Zul berkata, ramai yang bertemu dengan golongan seperti itu sekurang-kurangnya sekali seminggu. Beliau turut mendedahkan mengalami hipertensi semasa menjalani penggambaran. Tony Eusoff memegang watak sebagai Father Michael, seorang paderi yang bertugas di sebuah gereja di Cameron Highlands, Father Michael.

Keluaran

Penunggang Agama 2 ditayangkan di Astro First pada 19 Oktober 2021. Sebuah klip video acah filem ini, yang memaparkan Ustaz Amir berhadapan dengan satu lagi gangguan makhluk halus telah dikeluarkan di saluran YouTube Astro Shaw pada 30 September 2021. Manakala treler rasmi filem ini dikeluarkan pada 12 Oktober 2021.

Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1 juta dalam tempoh seminggu selepas tayangan perdana rasminya.

Ulasan kritis

Menulis untuk portal Getaran, Helmi Anuar merasakan bahawa Penunggang Agama 2 kelihatan "tidak digarap dengan baik dan dilihat seolah hilang arah".

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Penunggang Agama 2 SinopsisPenunggang Agama 2 PelakonPenunggang Agama 2 PenerbitanPenunggang Agama 2 KeluaranPenunggang Agama 2 Ulasan kritisPenunggang Agama 2 RujukanPenunggang Agama 2 Pautan luarPenunggang Agama 2Astro (televisyen satelit)Astro ShawAzira ShafinazPenunggang AgamaSkop ProductionsSyafiq YusofZul Ariffin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Siksa NerakaFarah AhmadKementerian Kesihatan MalaysiaSurah al-BaqarahTentang Hati DiaBandar TaipingTeknologiKasih Iris LeonaJohorMetamfetaminaMajlis Raja-RajaMohammed Hanif OmarNabi Lut a.s.SingapuraMamat KhalidIman TroyeIsrak dan MikrajMyKadSharnaaz AhmadHari Raya AidilfitriKetua Menteri MelakaBiduanita NegaraSyafiq YusofJudiKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaFrekuensi radio di SelangorSolat Sunat RawatibSijil Tinggi Agama MalaysiaGunung QafMYTV BroadcastingAbdullah bin Ahmad BadawiPasukan bola sepak kebangsaan JordanProton PrevéFarajKKN di Desa Penari (filem)Rangka manusiaMunafik 3IkanBadmintonFuckShah Rukh KhanSenarai Surah Al-QuranDadahUpin & IpinSyiahAiman Hakim RidzaHael HusainiPencemaran airSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahKesumMenara Jam Condong Teluk IntanOne Cent ThiefKetua Polis Negara MalaysiaPerpaduanOrang India MalaysiaSenarai negara mengikut sistem kerajaanBaju kurungKerenggaBandar MaharaniKapitalismeFrekuensi radio di Negeri SembilanIsmail OmarGajahOrang Asli di MalaysiaLencana pangkat TLDMNabi Adam a.s.YouTubeEmpayar UthmaniyahFrekuensi radio di PahangI.D.Afdlin ShaukiVirusPneumoniaManchester United F.C.Sultan Abdul Halim Mu’adzam ShahKhalid Mohamad Jiwa🡆 More