Lebuh Raya

Istilah lebuh raya (Jawi: ‏لبوه راي‎code: ms is deprecated ‎) merujuk kepada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan beberapa lokasi penting, seperti antara bandar-bandar raya.

Lebuh Raya
Lebuhraya Utara-Selatan E2 berhampiran Ayer Keroh, Melaka.
Lebuh Raya
Lebuh raya luar bandar di Amerika Syarikat.
Lebuh Raya
Lebuhraya A2 di Poland.
Lebuh Raya
Lebuhraya Yat-sen di Taipei, Taiwan.
Lebuh Raya
Lebuhraya Metropolitan di Tokyo, Jepun.

Di negara yang kurang maju ataupun mempunyai jaringan jalan raya yang kurang, istilah "lebuh raya" merujuk kepada laluan jalan raya kebangsaan utama bagi menghubungkan antara dua atau lebih bandar raya utama.

Peristilahan

Komponen "lebuh" ini dipercayai datang daripada perkataan bahasa Minangkabau labuah yang bermaksud "jalan" atau "lorong".

Jenis

Terma lebuh raya boleh jadi berbeza mengikut negara:

Lebuh raya capaian terkawal

Jenis lebuh raya paling umum diketahui. Ia sering berlaluan kembardengan capaian melalui persimpangan bertingkat sahaja.

Lebuh raya ekspres (berkelajuan tinggi)

Sama seperti lebuh raya kereta: istilah lebuh raya ekspres digunakan di beberapa negara seperti Malaysia, Jepun, China, Singapura dll. Di Amerika Syarikat pula, takrifan lebuh raya ekspres mungkin berbeza; di California misalnya sebuah lebuh raya ekspres mungkin terdapat lampu isyarat.

Piawaian lebuh raya berkelajuan tinggi mungkin berbeza antara setiap negara, tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama seperti berikut:-

  • Mempunyai sekurang-kurangnya 4 lorong (2 di setiap arah) yang dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya.
  • Kenderaan hanya boleh keluar masuk di lebuh raya melalui persimpangan bertingkat.
  • Direka untuk pemanduan berkelajuan tinggi.
  • Mempunyai had laju yang tinggi, bergantung kepada sesebuah negara.

Amerika Syarikat mempunyai rangkaian lebuh raya utama yang dikenali sebagai lebuh raya antara negeri yang menghubungkan antara negeri-negeri di Amerika Syarikat dan diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan, manakala di Jerman pula sistem lebuh rayanya dikenali sebagai Autobahn.

Lebuh raya bebas

Lebuh raya berkembar berkelajuan tinggi dengan 2 atau lebih lorong pada setiap hala, keluar masuk melalui persimpangan bertingkat dan selalunya percuma dan tidak dikenakan tol.

Lebuh raya kereta

sama seperti lebuh raya bebas tetapi mungkin dikenakan tol, bergantung kepada negara masing-masing. Istilah lebuh raya kereta selalunya digunakan oleh United Kingdom, negara-negara Eropah serta beberapa negara Komanwel British seperti Pakistan.

Lebuh raya dua lorong

Jalan raya 2 lorong yang dibina mengikut piawaian lebuh raya dan ada persimpangan bertingkat. Lebuh raya 2 lorong boleh dinaiktaraf kepada sebuah lebuh raya ekspres penuh.

Lebuh raya taman

Lebuh raya yang dikelilingi pokok hiasan, ataupun melalui sebuah taman yang besar, ataupun mempunyai pokok-pokok hiasan di sepanjang pembahagi lebuh raya, misalnya Lebuhraya Taman Pantai Timur di Singapura.

Lebuh raya tol

Llebuh raya yang dikenakan tol.

Fakta ringkas

Lebuh Raya 
Simbol lebuh raya di Eropah.

Dunia

  • Lebuh raya antarabangsa terpanjang: Lebuhraya Pan Amerika (Benua Amerika) sepanjang 48,000 km.
  • Lebuh raya kebangsaan terpanjang: Lebuhraya 1 di Australia sepanjang 20,000 km.
  • Lebuh raya kebangsaan terpanjang (titik ke titik): Lebuhraya Trans Kanada sepanjang 7,821 km.
  • Rangkaian lebuh raya kebangsaan terbesar: Amerika Syarikat mempunyai rangkaian lebuh raya sepanjang 6,430,366 km setakat tahun 2005.
  • Lebuh raya paling sibuk: Lebuhraya 401 di Ontario, Kanada.
  • Lebuh raya paling lebar: Lebuhraya Katy (sebahagian Lebuhraya Interstate 10) di Houston, Texas, Amerika Syarikat dengan jumlah sebanyak 26 lorong.

Malaysia

Sistem lebuh raya di Malaysia

Lebuh raya utama di Malaysia iaitu lebuhraya ekspres mempunyai kawalan akses sepenuhnya, persimpangan bertingkat dan sebahagian besarnya bertol. Lebuh raya ekspres menghubungkan ibu negeri utama di Semenanjung Malaysia dan bandaraya utama di Lembah Klang. Semua lebuh raya ekspres diuruskan oleh beberapa syarikat yang menerima konsesi daripada Kerajaan Pusat.

Terdapat juga lebuh raya yang diklasifikasikan sebagai laluan persekutuan yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat melalui Jabatan Kerja Raya, contohnya Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Skudai. Sesetengah lebuh raya persekutuan mempunyai persimpangan lampu isyarat atau bulatan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel Sistem Lebuh Raya Malaysia.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Lebuh Raya PeristilahanLebuh Raya JenisLebuh Raya Fakta ringkasLebuh Raya Sistem lebuh raya di MalaysiaLebuh Raya Lihat jugaLebuh Raya RujukanLebuh Raya Pautan luarLebuh RayaBandar rayaJalan rayaLebuhTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PASKAL (filem)Seri KembanganBajauPerdana Menteri MalaysiaErnie ZakriFrekuensi radio di TerengganuUqasha SenroseBryan DomaniLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTakwim HijrahTengku Permaisuri NorashikinSharnaaz AhmadHasmiza binti OthmanIntegritiCongkakSenarai poskod di MalaysiaSiti NurhalizaAnwar IbrahimZul AriffinSalahuddin al-AyyubiPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaBruce GilleySenarai pelakon lelaki MalaysiaPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiMenteri Pendidikan MalaysiaMas Ermieyati SamsudinMuhammad al-FatihNajib RazakRadio Televisyen MalaysiaFilem Malaysia tahun 2024Buah kerasHulu SelangorKhalid Mohamad JiwaMandi wajibOktovia ManroseGanjaBola tamparPuteri BalqisDaiyan TrishaMuaz ZabirUmar bin Al-KhattabHang TuahKesultanan DemakQarinZakar manusiaSrivijayaAl-ArqamMahathir MohamadKelantan Darul Naim F.C.KedahSuria RecordsKota KinabaluDini SchatzmannRejimen Askar Melayu DiRajaJenis air untuk bersuci dalam IslamKhunsa (siri TV)Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahAmir NafisSolatKadazan-DusunPenanggalanSunan DrajatSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaSawiNasi goreng (Nusantara)Erysha EmyraIsrak dan MikrajMarsyal TUDMSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaJam 12 jamPertubuhan Keselamatan SosialFasismeMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahMuhammad bin Idris al-SyafiiPulau TiomanTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahKebudayaan Malaysia🡆 More