Sistem Lebuh Raya Malaysia

Sistem Lebuh Raya Malaysia adalah sebuah rangkaian lebuh raya capaian terkawal di Semenanjung Malaysia.

Panjang keseluruhan lebuh raya di Malaysia setakat tahun 2006 ialah 1,471.6 kilometer (914.4 batu). Pembinaan lebuh raya ini adalah berdasarkan konsesi syarikat swasta yang diawasi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Sistem Lebuh Raya Ekspres Malaysia
Sistem Lebuh Raya Malaysia Sistem Lebuh Raya Malaysia
Simbol dan penanda lebuh raya Malaysia
Sistem Lebuh Raya Malaysia
Peta daripada rangkaian lebuh raya Malaysia seperti pada tahun 2008
Maklumat sistem
Diselenggara oleh syarikat konsesi masing-masing; nombor dan penghalaan diberikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Panjang:1,821 km (1,130 bt)
Dibina pada:1980
Nama lebuhraya
LebuhrayaLebuhraya nn (E nn)
Hubungan sistem
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Sistem Lebuh Raya Malaysia
Lebuhraya Utara-Selatan

Sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya Asia

Sistem lebuh raya Malaysia diiktiraf sebagai antara sistem lebuh raya terbaik di Asia selepas Jepun dan China. Sehubungan dengan itu, beberapa batang lebuh raya utama di Malaysia telah tersenarai sebagai sebahagian daripada laluan Rangkaian Lebuh Raya Asia. 2 laluan Lebuh Raya Asia yang melalui Malaysia ialah Laluan Sistem Lebuh Raya Malaysia  AH2 dan Sistem Lebuh Raya Malaysia  AH18.

Bahagian laluan Sistem Lebuh Raya Malaysia  AH18 yang melalui Malaysia secara keseluruhannya terdiri daripada Laluan Persekutuan Sistem Lebuh Raya Malaysia ; manakala laluan Sistem Lebuh Raya Malaysia  AH2 yang melalui Malaysia terdiri daripada lebuh raya berikut:-

Piawaian lebuh raya

Proses perancangan, pembinaan, pengurusan serta penggunaan lebuh raya ekspres di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Kebanyakan lebuh raya ekspres bertol dibina berpandukan piawaian jalan raya luar bandar JKR R6 (kawalan masuk penuh dengan had laju maksimum 110 km/j). Lebar minimum sebuah lorong bagi lebuh raya ekspres di bawah pengawasan Lembaga Lebuhraya Malaysia ialah 3.65 m. Bagi lebuh raya bukan ekspres yang dibiayai oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri seperti Lebuhraya Persekutuan, lebuh raya tersebut tertakluk kepada piawaian JKR R5 (kawalan masuk penuh atau separa dengan had laju maksimum 90 km/j). Sebagaimana lebuh raya berkelajuan tinggi di negara lain, lebuh raya ekspres di Malaysia terdiri daripada jalan raya kembar dengan bilangan lorong minima 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) dan dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya. Lebuh raya ekspres dikenakan kawalan masuk penuh, bermaksud keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui persimpangan bertingkat sahaja.

Sebelum pertengahan 1990-an, tiada sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres di Malaysia. Namum demikian, setelah semakin banyak lebuh raya yang dibina di Malaysia, maka kerajaan telah membentuk satu sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres. Kod laluan bagi lebuh raya ekspres bermula dengan huruf E diikuti nombor laluan serta dilabelkan di dalam logo heksagon berwarna kuning, misalnya Sistem Lebuh Raya Malaysia  bagi Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara. Warna latar belakang bagi papan tanda lebuh raya ekspres di Malaysia adalah hijau.

Kutipan tol

Semua lebuh raya di Malaysia mengamalkan dua sistem pembayaran tol iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup. Kadar tol di sistem terbuka adalah tetap dan hanya melibatkan bayaran ditetapkan di plaza tol sahaja manakala dalam sistem tertutup pula bayaran dikira mengikut jarak perjalanan; pengguna mengambil tiket tol di plaza tol masuk dan membayar tol di plaza tol keluar.

Sistem pembayaran tol secara elektronik juga diterima di semua plaza tol di Malaysia. Tiga sistem pembayaran tol elektronik diguna pakai di Malaysia iaitu SmartTAG, Touch 'n Go dan RFID

Lazimnya, motosikal dikecualikan daripada bayaran tol di Malaysia, tetapi bayaran tol bagi pengguna motosikal dikenakan di Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

Senarai

Lebuh raya

  1. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) termasuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)
  2. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan)
  3. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Laluan Kedua Malaysia-Singapura (MSSC/LINKEDUA)
  4. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Shah Alam (SAE/KESAS)
  5. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (NSECL/ELITE)
  6. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA) (sebahagian Laluan Persekutuan Sistem Lebuh Raya Malaysia )
  7. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) (sebahagian Laluan Persekutuan Sistem Lebuh Raya Malaysia )
  8. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Sungai Besi (SBE/BESRAYA)
  9. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
  10. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  11. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)
  12. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  13. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL)
  14. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  15. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Jalan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) (sebahagian Laluan Persekutuan Sistem Lebuh Raya Malaysia )
  16. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Kajang SILK
  17. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE)
  18. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Maju (Kuala Lumpur-Putrajaya) (MEX)
  19. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS)
  20. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  21. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Sprint (Kerinchi Link, Damansara Link dan Penchala Link) (SPRINT)
  22. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Jambatan Tun Salahuddin
  23. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  24. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  25. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) (Dalam pembinaan)
  26. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB)
  27. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  28. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Grand Sepadu)
  29. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH)
  30. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) (Dalam Pembinaan)
  31. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE)
  32. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  33. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  34. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL/Lebuh Raya Salak dan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
  35. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Terowong SMART (SMART)
  36. Sistem Lebuh Raya Malaysia : Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE)

Lain-lain

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sistem Lebuh Raya Malaysia Sebahagian daripada Rangkaian Lebuh Raya AsiaSistem Lebuh Raya Malaysia Piawaian lebuh rayaSistem Lebuh Raya Malaysia Kutipan tolSistem Lebuh Raya Malaysia SenaraiSistem Lebuh Raya Malaysia RujukanSistem Lebuh Raya Malaysia Pautan luarSistem Lebuh Raya MalaysiaKilometerLebuh raya capaian terkawalLembaga Lebuhraya MalaysiaSemenanjung Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pulau PangkorUpin & IpinLemangRukun solatKuala TerengganuBahasa MaduraPeristiwa Kampung MedanHantu Kak Limah Balik RumahYassin YahyaKesan rumah hijauPerikatan NasionalMia KhalifaShah RezzaAb Rauf YusohSabronzoCik ManggisPangkat tenteraKecerdasan buatanSeri KembanganTayamumGunung JeraiBuah kerasYasmin NapperTanda-tanda KiamatPeraturan bola jaringNicol Ann DavidNur (drama)Frekuensi radio di TerengganuSunan MuriaClaude FennerProfesionalismeJanna NickJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaAlhamdulillahIdahShah IskandarDaiyan TrishaProton PerdanaBruce GilleyLabuanBatikTunku Aminah Maimunah IskandariahSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahMerdeka 118Tom (penyanyi)Erry PutraSarimah IbrahimPelesitLiberalismeSenarai saluran Astro NJOINelydia SenroseZarina ZainuddinKementerian Pendidikan MalaysiaKongkekMelakaTentera Darat MalaysiaHantu Kak LimahIsmail Sabri YaakobProton ExoraGoogleSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahJohor Darul Ta'zim F.C.Sri Pahang FCUniversiti Putra MalaysiaJohor BahruSlot SamarindaSharifah AmaniLee Kee HiongPameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa LangkawiPetaling JayaLengkuasHun HaqeemSuhaimi IbrahimKL Gangster 2Harris Alif🡆 More