Lembaga Lebuhraya Malaysia

Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) ialah sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen Akta 231( 1980 ). LLM bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menyelia dan mengawasi projek - projek lebuh raya tol di Malaysia sebagaimana yang tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Lembaga Lebuhraya Malaysia
Logo LLM

Peranan dan Aktiviti

Tujuan

Tujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 1980 adalah untuk merancang, merekabentuk, membina dan menyenggara lebuh raya tol di seluruh Semenanjung Malaysia.

Lebuhraya tol yang pertama yang telah dirancang, direkabentuk, dibina dan disenggara di bawah pengawasan LLM ialah Lebuhraya Utara Selatan. Jajaran lebuh raya ini telah disiapkan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dimasa itu. Tarikh-tarikh pembukaan bagi bahagian-bahagian jajaran berkenaan adalah seperti di jadual.

Ekoran dari dasar penswastaan kerajaan, Lebuhraya berkenaan dan lain-lain lebuh raya selepas itu telah diswastakan.

Pada bulan Mac 1988 perjanjian konsesi penswastaan Lebuhraya Tol Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang telah di tandatangani, iaitu penswastaan projek infrastruktur yang terbesar yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, untuk membina baki Lebuhraya Tol Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Perjajian ini adalah untuk selama 30 tahun mulai 1 Jun 1988 dan penyerahan sepenuhnya operasi tol bagi bahagian-bahagian lebuh raya yang telah siap dibuat dalam bulan Disember 1988.

Peranan Yang Dilaksanakan Oleh LLM Selepas Penswastaan Lebuhraya

LLM memainkan peranan penting dalam mengesan, mengawal, menyelaras dan memberi khidmat nasihat kepada syarikat - syarikat konsesi dalam urusan operasi dan penyenggaraan lebuh raya bagi pihak kerajaan. Bagi Semua lebuh raya yang sedang beroperasi aspek penyenggaraan adalah amat penting. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua lebuh raya tersebut selamat dan selesa. Kerja - kerja penyenggaraan dan pengawasan dibuat melalui Pejabat - Pejabat Wilayah LLM.

Alamat

Ibu pejabat

Ibu Pejabat,

Wisma Lebuhraya,

Lembaga Lebuhraya Malaysia,

KM 6 Jalan Serdang - Kajang

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-87373000 / 87383000 (10 talian)

Fax:603-87373555

e-mail : [email protected]

(u/p: Pengarah Pentadbiran)

Cawangan

  • Pejabat Wilayah Utara,

Lembaga Lebuhraya Malaysia,

Jambatan Pulau Pinang,

Batu 7, Jalan Sultan Azlan Shah,

Pulau Pinang

Tel : 04-6577911 , 04-6576292

Fax : 04-6572872

  • Pejabat Cawangan Wilayah Utara,

Lembaga Lebuhraya Malaysia,

Jalan Sultan Azlan Shah Utara,

31400 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-5479220 , 05-5479230

Fax : 05-579206

  • Pejabat Wilayah Tengah,

Lembaga Lebuhraya Malaysia,

KM 6, Jalan Serdang - Kajang,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-87366211 , 03-87366213

Fax : 03-87333749

  • Pejabat Wilayah Selatan,

Lembaga Lebuhraya Malaysia,

Pejabat Penyenggaraan Senai,

81400 Senai,

Johor Darul Takzim

Tel : 07-5991735

Fax : 07-5996418

  • Pejabat Wilayah Timur,

Lembaga Lebuhraya Malaysia,

Persimpangan Bertingkat Kuantan - LPT,

26050 Kuantan,

Pahang Darul Makmur

Tel : 09-5612121

Fax : 09-5612302

Pautan luar

Laman web rasmi Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine

Tags:

Lembaga Lebuhraya Malaysia Peranan dan AktivitiLembaga Lebuhraya Malaysia AlamatLembaga Lebuhraya Malaysia Pautan luarLembaga Lebuhraya MalaysiaLebuhrayaMalaysiaTol

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Mustapha KamalSyiahJ RevolusiGersang (kumpulan muzik)Sepahtu Reunion LiveKasih Iris LeonaGayatri Su-Lin PillaiDewan Negara MalaysiaYasmin NapperBaba dan NyonyaPangkat tenteraInsya-AllahM. NasirHantu Kak Limah Balik RumahMandi wajibMyKadKaum-kaum di MalaysiaXPDCUmar bin Al-KhattabProton SatriaMy Lovely DriverPerodua KancilBismillahEmpayar UthmaniyahPerempuan Itu (drama)Nasi lemakChacha MaembongSerembanPenanggalanRaysha RizroseAbdul Taib MahmudMediaTekKesan perubahan iklimPuteri KhareezaSarafSarah SuhairiQistina RaisahFuckKata kerja tak transitifZahirah MacWilsonSex and the CityLaskar KananSyafiq KyleKanun KeseksaanDuerra MitildaUniversiti MalayaSenarai Yang di-Pertuan AgongQistina KhaledPerkhidmatan awam di MalaysiaGooglePerikatan NasionalSejarah MelakaKedahRukun solatZUS CoffeeThe GadysAerofonNur FazuraBuah pelagaTV3Dasar Ekonomi BaruIpohPerpustakaan Nasional Republik IndonesiaPeristiwa Kampung MedanLiga Super Malaysia 2024–25Bintara MudaPulau RedangBunga rayaBatu PahatCongkakHaidRamli M. S.Tauhid RububiyahIntan LadyanaPendidikan di IndonesiaSeri KembanganSenarai peribahasa (A–M)Muhammad bin Idris al-Syafii🡆 More