Shah Rezza: Pelakon Lelaki Malaysia

Yang Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja Dato’ Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah (lahir Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah; 26 Januari 1961) atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau meraih kemasyhuran dalam kerjaya lakonan pada tahun 1980-an, dan terkenal dengan filem termasuk Ali Setan (1985), Marah-Marah Sayang (1987) dan Kolej 56 (1989).

Raja Shah Rezza
Yang Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja
Tengku Sri Kelana D'Raja
TempohApril 2022 - kini
Pelantikan12 November 2022
Didahului olehRaja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah
KeputeraanRaja Shah Zurin bin Raja Aman Shah
(1961-01-26) 26 Januari 1961 (umur 63)
Nama penuh
Dato' Sri Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah
Nama diraja
Dato' Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah
KerabatKesultanan Perak Kesultanan Kelantan
AgamaIslam
PekerjaanPelakon
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Pengkarya berkait

Kemunculan beliau dalam bidang lakonan, sezaman dengan Sabree Fadzil, Ridzuan Hashim, Mustapha Kamal, Liza Abdullah, Ogy Ahmad Daud dan Raja Noor Baizura.

Kehidupan awal

Beliau diputerakan pada 26 Januari 1961 dan merupakan anakanda bongsu daripada dua orang adik-beradik.

Kerjaya

Shah Rezza memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 14 tahun pada 1970-an.

Beliau kemudian memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1981 menerusi filem Mangsa. Hanya pada 1985, beliau mula dikenali menerusi filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Kemudian beliau muncul bersama Dato' M. Nasir dan Pyan Habib menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada 1986. Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan hiburan sukaramai iaitu Muzik Muzik terbitan TV3 bersama Habibah Yusof pada tahun 1986.

Beliau muncul dalam rancangan hiburan RTM iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini bergandingan dengan antara lainnya Uji Rashid dan Ahmad Fauzee. Dalam tahun 1987, beliau muncul dalam tiga filem—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung dan Jejaka Perasan. Beliau paling dikenali menerusi filem Kolej 56 arahan dan lakonan Ahmad Fauzee dan dibintangi bersama Salwa Abdul Rahman.

Pada tahun 1997, beliau melangkah ke bidang muzik sebagai penerbit album kompilasi berjudul Pedoman, yang menampilkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan oleh Nassier Wahab, Ebby Saiful, Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.

Shah Rezza mengembangkan kepintaran perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Nusantara Gems, yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Sejak 2006, beliau telah menganjurkan Festival Fesyen Islam Antarabangsa tahunan, bagi meraikan fesyen tradisional dan moden, dan gabungannya dengan tema Islam.

Beliau menerbitkan album berjudul Pedoman 2 pada 2013, mengandungi lagu yang dicipta dan ditulis oleh Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslaw, S. Atan dan Akbar Nawab.

Shah Rezza memegang watak sebagai Dato’ Azizan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.

Selain kerjaya lakonannya, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan bernama Maharani D’Rimba Cafe dan Maison Raja Rezza yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Shah Rezza juga merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Sultan Kelantan (YSK).

Kehidupan peribadi

Dato' Sri Shah Rezza berasal dari Kerabat Diraja Perak dan dibesarkan oleh keluarga bonda tirinya, YBM Dato' Hajah Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra di Kelantan. Beliau merupakan sepupu kepada KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ayahanda beliau, YM Tengku Sri Kelana D'Raja Kolonel (B) Dato' Raja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah meninggal dunia pada 26 Januari 2018.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1981 Mangsa Filem pertama
1985 Ali Setan Jali
1986 Kembara Seniman Jalanan Fareez
Ali Setan 2 Jali
Balik Kampung Razak
Jejaka Perasan Agus
1987 Marah-Marah Sayang Rosdin
1988 Antara Dua Hati Joe
1989 Kolej 56 Tengku Kamil
1990 Hati Bukan Kristal Zain
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Pembesar Istana III
2021 J2: J Retribusi Majid

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Memori Cinta Suraya Hakim Astro Prima
Tuan Anas Mikael Pak Hamid Astro Ria
2016 Lara Aishah Farouq Astro Prima
Isteri Tuan Ihsan Dr Amin Astro Ria
2017 Dendam Aurora Feroz Astro Prima
Mr. London Miss Langkawi Encik Azman Mediacorp Suria
2018 Cinta Tiada Ganti Dato' Azizan Astro Prima
Alamatnya Cinta Tuan Herman Astro Ria
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Hatta Astro Prima
2020 Biar Mereka Cemburu Tengku Alaudin Astro Ria
Dua Takdir Cinta Yusof Astro Prima
2021 Hati Yang Dikhianati Doktor Aman/Akhmal Mansur
Ayat-Ayat Halal Pak Ali TV2
Suara Hati Haji Johari Astro Prima
Shah Alam 40000 Datuk Sri Yahya TV3
2022 Bila Hati Memilih Dia Ayah Adra
Bisik Bisik Gelora Hamid
Cinta Buat Dara Harun
Dia Yang Ku Jadikan Suami Dato Adham Astro Ria
Terima Kasih Cinta Tan Sri Rashid TV3
Kerana Cinta Itu Ada Encik Nazri
2023 Bukan Cinta Sempurna Tuan Budi Astro Ria
Luruhnya Bunga Cinta Tan Sri Izzam TV3
2024 Jendela Hati Dato Lutfi Viu
Luruhnya Bunga Cinta 2 Tan Sri Izzam TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1988 Harimau Miau-Miau Amran TV1
2015 Cinta Qasidah Engku Zunur Astro Ria
2017 Siapa Dia Sebenarnya TV3
2024 Kau Takdirkan Bersama Raya Pak Leman

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1987 Mekar Sejambak TV1
Hiburan Minggu Ini

Diskografi

Tajuk Maklumat album
Pedoman
Pedoman 2

Gelaran dan penghargaan

Gelaran hormat bagi
Raja Shah Zurin
Gaya panggilan Yang Mulia
Gaya pertuturan Yang Mulia
Gaya pilihan Tengku

Pada bulan April 2022, Dato’ Sri Shah Rezza telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Sri Kelana D’Raja oleh sepupunya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dengan gelaran Yang Mulia Dato' Sri Raja Rezza Shah bin Raja Aman Shah, Tengku Sri Kelana D'Raja.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Shah Rezza Kehidupan awalShah Rezza KerjayaShah Rezza Kehidupan peribadiShah Rezza FilemografiShah Rezza DiskografiShah Rezza Gelaran dan penghargaanShah Rezza RujukanShah Rezza Pautan luarShah RezzaAli SetanKolej 56Marah-Marah SayangRujukan kehormatSri Sultan Ahmad Shah Pahang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KongkekPuteri BalqisKhunsaSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimHari Kebangsaan MalaysiaNadia BrianHantu Kak Limah Balik RumahPerodua KelisaNazim OthmanFrekuensi radio di PerakSenarai saluran AstroPasukan bola sepak kebangsaan KuwaitMegat SharizalSalamiah Mohd NorSyatilla MelvinTabbyPeraturan bola jaringR.A. KartiniSenarai bank di MalaysiaBatu Bersurat TerengganuPulau TiomanHasmiza binti OthmanPak Ketipak KetipungPerang Dunia KeduaNabi Isa a.s.Surah al-BaqarahHaron DinSultan Mizan Zainal AbidinPenjodoh bilangan bahasa MelayuYasmin NapperMona FandeyEmelda RosmilaPembahagian kuasaAbdul Hadi AwangMahmud Ali BashahKota BharuAzhar SulaimanNabi Yusuf a.s.Aliff Syukri KamarzamanPahamin RajabSherry AlhadadBaju MelayuWanita SyurgaPiala ThomasLan Pet PetSiti HariesaTalbis IblisAl Nassr FCTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahIdolaAmir AhnafBaksoAbdul Kadir Sheikh FadzirAiman Hakim RidzaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaKesultanan Melayu MelakaRedza RosliFalsafah Pendidikan MalaysiaMamat KhalidTuanku Ja’afarBahasa JawaSejarah MalaysiaI.D.Rukun ImanKerajaan Bani UmaiyahAparteidSenarai Yang di-Pertuan AgongSepupuDarjah kebesaran MelayuAnita SarawakEmpayar UthmaniyahPiala Asia B-23 AFC 2024Onn JaafarPulau RedangFunanKedahTatabahasa bahasa MelayuHulu LangatLaman Utama🡆 More