Buah Keras: Spesies tumbuhan

Kemiri (Jawi: ‏کميري‎code: ms is deprecated ‎), buah keras (Jawi: بواه كراس‎), atau nama saintifiknya Aleurites moluccana ialah salah satu spesies tumbuhan dalam keluarga Euphorbiaceae.

Kemiri
Buah keras
Buah Keras: Peristilahan, Botani, Kegunaan
Dedaun, bunga dan kekeras
buah pokok kemiri
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Euphorbiaceae
Genus:
Aleurites
Spesies:
A. moluccana
Nama binomial
Aleurites moluccana
(L.) Willd., 1805

Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama. Tumbuhan ini tersebar sejauh kepulauan Pasifik melalui perkenalan orang-orang Austronesia yang berlayar ke pulau-pulau ini.

Peristilahan

Nama kemiri didapati di Sumatera dan Semenanjung Malaysia merupakan turunan akar Proto-Austronesia *kamiri yang turut sewarisan dalam bahasa-bahasa serumpun termasuk:

Nama buah keras pula didapati dalam dialek dituturkan di Kepulauan Riau serta terserap di Sumatera Barat (melalui buah kareh dalam bahasa Minangkabau) dan pulau Nias.

Botani

Buah Keras: Peristilahan, Botani, Kegunaan 
Sebiji buah kemiri.
Buah Keras: Peristilahan, Botani, Kegunaan 
Jambak bunga-bunga kecil kemiri.

Pokok kemiri tumbuh sederhana sehingga boleh mencapai setinggi 40 meter dengan dahan-dahan yang merampak. Daun-daunnya sederhana dan berbentuk telur ringkas, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-25 sentimeter dengan lebar 5-12 sm dengan warna yang hijau pucat. Keseluruhan daun muda dan ranting dilitupi bulu-bulu halus.

Buah yang dihasilkan dari pokok kemiri berupa suatu buah kekeras bulat, dengan diameter sebanyak 4-6 sentimeter; rasa dan tekstur buah kemiri lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"). Bijinya mempunyai kulit yang keras dengan isirong lembut dan kaya berminyak; sebanyak 60–66% minyak dapat diperoleh dari isirong sebiji kekeras ini.

Kegunaan

Makanan

Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan serata kepulauan Melayu Nusantara. Isi kekeras dapat dijadikan pembuka selera, ditumbuk bersama sambal belacan mahupun dimasak dalam kari. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.

Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii.

Perubatan

Banyak bahagian buah kemiri telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli. Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut. Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap manakala di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor.

Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit manakala di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disenteri. Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea. Seduhan kulit kayu diminum untuk merawat sakit disenteri.

Kegunaan lain

Kandungan minyak dalam isirong buah kemiri banyak dimanfaatkan sejak dahulukala: masyarakat di Tonga menggunakan buah keras (tuitui) masak yang ditumbuk lumat (tukilamulamu) dan dipergunakan sebagai sabun atau syampu. Masyarakat Hawaii menggunakan biji-biji kemiri (kukui) pada batang pelepah kelapa yang dibakar sebagai jamung sehingga boleh dijadikan sukat mengukur masa - setiap biji buah keras dibakar habis setiap lebih kurang 15 minit; masyarakat Sulawesi Selatan turut mempunyai kegunaan sama.

Masyarakat orang Dusun di Sabah, pulau Borneo menggunakan buah kemiri sebagai bahan membuat cacahan.

Minyak buah keras atau kemiri dicatatkan sebagai antara minyak pelarut yang digunakan dalam mendapatkan warna daripada bahan semulajadi untuk tujuan mewarnakan kain. Sehingga hari inipun, pokok-pokok kemiri giat ditanam mendapatkan minyak yang boleh diusahakan dalam pembuatan cat, lilin dan varnis. Setiap pokok boleh menghasilkan 30–80 kilogram buah keras, dengan buah keras menghasilkan 15 - 20% minyak dari segi berat. Kebanyakan minyak digunakan dalam negeri dan tidak didagangkan di pasaran antarabangsa.

Mitos

Di Hawaii, Pokok Buah Keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan. Pokok ini dianggap sebagai bentuk tubuh Kamapua'a, dewa babi. Salah satu legenda menceritakan tentang seorang wanita yang walaupun mencuba dengan sedaya upayanya untuk menyenangkan hati suami, selalu dipukul olehnya. Akhirnya, suami wanita itu membunuh dan mengebumikannya di bawah sebatang pokok buah keras. Sebagai seorang wanita yang baik hati dan adil, beliau diberikan hidup baru, sedangkan suaminya akhirnya dibunuh.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Buah Keras PeristilahanBuah Keras BotaniBuah Keras KegunaanBuah Keras MitosBuah Keras RujukanBuah Keras Pautan luarBuah Keras

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

One Cent ThiefAlor SetarI.D.Senarai sistem badan manusiaMohamad SabuDewan Bahasa dan PustakaSharifah AiniBukit AmanKata sendi (bahasa Melayu)Mohd Noor Helmy Abdul HalemHidroterapiGayatri Su-Lin PillaiJean Retno AryaniKristianDaun salamBuaya katakZaman air batuSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraMenteri Pendidikan MalaysiaMedia sosialKesultanan Johor-RiauMarissa YasminSalasilah keturunan Nabi MuhammadMohd Ghazali Che MatPasukan bola sepak kebangsaan IraqHassanal BolkiahChempaka Emalin PahaminUniversiti Utara MalaysiaNasionalismeHari Raya AidiladhaBani IsraelFrekuensi radio di SelangorNabi Muhammad SAWMalang Si PuteriBryan DomaniSenarai peribahasa (A–M)KL Special ForceFardu AinSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Darjah kebesaran MelayuAzhar SulaimanMerdeka 118Sijil Pelajaran MalaysiaAkut (perubatan)Seri KembanganRemangKonfrontasi Indonesia–MalaysiaSistem sarafKhalid Mohamad JiwaSlot LestaryAzan dan iqamatKelapa sawitSofia JaneNur FazuraSepahtu Reunion Al-RayaArcaSijil Tinggi Agama MalaysiaKerana Dia SukaJ RevolusiHutan hujan Semenanjung MalaysiaTanda dan gejalaRaghad Waleed AlkurdiIntan NajuwaPerang Dunia KeduaIsmail Mohamed SaidKL Gangster 2Natasha WilonaHisteriaMetamfetaminaRozita Che WanNadhir NasarNasi kandarPerang BadarEmiriah Arab BersatuSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaJohor BahruJamrah🡆 More