Ernie Zakri: Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Nur Ernie Shahirah Zakri (lahir 23 November 1985) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Beliau merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009. Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32. Selain itu, beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Ernie Zakri
Ernie Zakri: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Ernie pada 2020.
Kelahiran
Nur Ernie Shahirah binti Zakri

(1985-11-23) 23 November 1985 (umur 38)
PendidikanIjazah Muzik
Pusat pendidikan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • guru vokal
PasanganSyamel (k. 2021)
Anak-anak1
IbuRafiaah Mohamed
BapaZakri Ahmad
SaudaraZiana Zain (ibu saudara)
Anuar Zain (bapa saudara)
Kerjaya muzik
GenreBalada, Pop & R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Tomok, Syamel

Kehidupan awal

Ernie Zakri dilahirkan pada 23 Jun 1992 di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan di SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur, kemudian memperoleh ijazah Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam. Beliau juga memegang Ijazah Muzik di Universiti Malaya (UM). Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada dua penyanyi tersohor negara, Ziana Zain dan Anuar Zain. Bapa Ernie, Zakri Ahmad merupakan pemain dram kumpulan Kilat.

Kerjaya

Setelah menjuarai pertandingan Bintang RTM 2009, kerjaya Ernie sebagai penyanyi tanah air seolah senyap buat seketika walaupun setelah beliau menerbitkan album berjudul "Sinaran" pada tahun 2011. Nama Ernie menjadi popular menerusi program Duo Star dengan gandingan Syamel.

Selain fokus dalam mengusahakan kerjayanya sebagai penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Sehingga kini, kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik termasuklah juga daripada rakan artis yang pernah mengikuti kelas vokalnya. Antara rakan artis yang juga merupakan pelajar beliau termasuklah Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite. Pada tahun 2015, Ernie muncul dengan single "Takkan Pudar" hasil ciptaan Akir dari kumpulan Hyper Act, ia menjadi lagu tema drama "Hati Perempuan" di TV3.

Ernie juga telah diberi kepercayaan dalam menjadi pelatih dan guru vokal untuk peserta program Big Stage 2018 anjuran Astro. Ernie pernah berlakon dalam satu telefilem istimewa Aidilfitri di samping Tomok.

Berikutan kejayaan kerjasama mereka, duo ini mengeluarkan single duet kedua mereka, "Takkan Terlerai" pada April 2019. Beliau juga terpilih untuk meminjamkan suara Bawang Merah dan Bawang Putih dalam filem animasi, "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal". Ernie memulakan kerjaya lakonan menerusi drama "Suri Katriana" yang disiarkan di Astro Prima. Pada November 2019, singlenya "Ku Bersuara" terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.

Pada Julai 2020, Ernie melancarkan single terbaharunya, "Boneka". Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya. Ini menjadi muzik video pertamanya di mana beliau mula memakai hijab.

Pada Disember, Ernie dan Syamel menubuhkan kafe Setable yang beroperasi di Danau Kota. Pada Mac 2021, Ernie berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 dengan membawa lagu Gundah yang ditulis dan dihasilkan oleh Ernie sendiri bersama Sharon Paul dan Ernie memenangi Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2020, beliau mula bertudung selepas mengumumkan penampilan terbaharunya di Instagram. Pada 16 Ogos 2020, beliau bertunang dengan rakan penyanyi, Syamel dan berkahwin pada 26 Mac 2021.

Vokal

Profil vokal

Ernie Zakri memiliki jenis suara Lyrical Soprano iaitu suara yang berada di kawasan julat vokal yang tinggi hingga ke not (E6) . Beliau sering meraih pujian kerana penggunaan teknik vokal yang sihat dan seimbang. Beliau juga mampu menyanyikan not-not tinggi didampingi getaran vibrato yang stabil seperti yang didemonstrasikan dalam lagu "My All". Tidak kurang daripada itu beliau mahir memanipulasikan variasi dinamik dalam nyanyian. Oleh itu, beliau mendapat jolokan "Ariana Grande Malaysia" di kalangan netizen. Beliau juga mahir dalam nyanyian klasikal opera seperti dalam lagu Malaysia Prihatin, Ernie Zakri merupakan penyanyi asal lagu ini yang mana ia menjadi lagu tema Hari Kebangsaan yang Ke-63. Beliau juga sering menyanyikan lagu-lagu klasikal opera yang terkenal seperti Phantom Of The Opera. Beliau juga digelar sebagai "Queen of Headvoice Malaysia".

  • Jenis suara: Lyrical Soprano
  • Julat vokal: (D3 - C6 - F6 - C#7)
  • Julat vokal yang disokong: (F3 - F5 - C#6)


  • Not-not tinggi:

C#6 (Headvoice) - Ku Bersuara | #AJL34

F5 (Heady Mix) - Gundah | #AJL35

C6 (Headvoice) - Aku Cinta | #AJL32

A5 (Heady Mix) - Ikut Rentakku

E6 (Headvoice) - Jangan Marah

Maklumat Terkini Tentang Vokal

Ernie Zakri (sustain) not Bb6 dalam wisel (register).

Beliau juga mempunyai not kegemaran tersendiri yang mana ia sering dinyanyikan tanpa mengira teknik belting mahupun sekadar permainan headvoice. Not G5 , tetap menjadi pilihan untuk ditonjolkan dalam setiap lagu yang beliau nyanyikan.

Kolaborasi

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berkolaborasi dengan ramai artis Malaysia, namun lebih dikenali menerusi gandingannya bersama Syamel.[perlu rujukan]

Gandingan terbaharu beliau adalah bersama Hafiz Suip.[perlu rujukan] dengan lagu duet Berakhirlah Pencarianku.

Diskografi

Album studio

Tajuk Butiran album
Sinaran
Aura

Single

Tahun Lagu Album
2011 "Mahu Ingin Bercinta" Sinaran
"Rindu Bukan Teman"
2012 "Khalimah Janji" Single
2015 "Takkan Pudar"
"Ini Yang Ku Mahu"
2016 "Jangan Marah"
2018 "Misteri"
"Ku Bersuara"
2019 "Buai Laju-laju"
"Sinar Mata Hati" OST Drama "Suri Katriana"
2020 "Gundah" Single
"Boneka"
2022 "Korban"
"Astana"
2023 "Suasana Hari Raya"
"Jemput Raya"
"Sirna" OST Sumpahan Jerunei
"The Best" Single
"Masing-Masing"

Lagu duet

Tahun Lagu Album Catatan
2017 "Aku Cinta"

(duet bersama Syamel)

Single 2017 Pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-32
2019 "Takkan Terlerai"

(duet bersama Syamel)

Single 2019 OST Filem Jebat
"Seru Hari Lebaran"

(duet bersama Syamel)

Single 2019
2021 "Goodbye Hello"

(duet bersama Syamel)

Single 2021 Lagu Yang Dicipta Sempena Perkahwinan Mereka
"Berakhirlah Pencarianku"

(duet bersama Hafiz Suip)

Single 2021 Lagu Duet Pertama Mereka
2022 "Hal Hebat"

(duet bersama Govinda)

Single 2022
2023 "Ayuh"

(bersama Malique, Kmy Kmo dan Aman RA)

Single 2023 Lagu Berkumpulan Pertama Ernie, OST Polis EVO 3
"Sampai Tua"

(duet bersama Syamel)

Single 2023

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Bawang Merah & Bawang Putih Suara & Filem Pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Suri Katriana Suri Astro Prima Drama lakonan pertama beliau
2021 Kalau Dah Berbini Siti Astro Warna Lakonan Bersama Suami Beliau

Sitkom

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 J.K.K (Musim ke-5) Mira TV3 Penampilan khas
  • Episod 7: "Kampung Contoh"

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2009 Bintang RTM Dirinya sendiri TV2 Juara
2016 Duo Star Peserta bersama Syamel Astro Ria
2018 Big Stage (musim 1) Dirinya sendiri Astro Ria Jurulatih Vokal
2019 Mentor Milenia 2019 Dirinya sendiri TV3 Pemenang Naib Juara
2020 Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula Peserta TV3
2021 Shuk Nak Tanya 2 Artis Jemputan Awesome TV
Havoc Nak Raya Artis Jemputan TV3
2022 Sepahtu Reunion Live Astro Warna Episod: "Tolong Jagakan Dia"
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Finalis TV3
Konsert Minggu Ini Dirinya sendiri TV2 Episod: "Syamel dan Ernie"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Juara Lagu ke-32 Vokal Terbaik "Aku Cinta" (bersama Syamel) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Dirinya sendiri (bersama Syamel) Menang
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Terbuka "Ku Bersuara" Finalis
Anugerah MeleTOP Era 2020 Penyanyi MeleTOP - TOP 5 Dirinya sendiri (untuk "Ku Bersuara") Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 Vokal Terbaik Gundah Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Dirinya sendiri Tercalon
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Terbuka Boneka (digantikan oleh Syamel) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2021 Penyanyi Popular Era [Top 5] Dirinya sendiri (untuk "Gundah" & "Boneka") Tercalon
Video Meletop [Top 5] MV Boneka Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-23 Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) Sinar Mata Hati Menang
Lagu Pop Terbaik Goodbye Hello (bersama Syamel) Menang
Lagu Terbaik Goodbye Hello (bersama Syamel) Menang
Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/Berkumpulan) Goodbye Hello & Berakhirlah Pencarianku Tercalon
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Terbuka "Korban" Finalis
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ernie Zakri Kehidupan awalErnie Zakri KerjayaErnie Zakri Kehidupan peribadiErnie Zakri VokalErnie Zakri DiskografiErnie Zakri FilemografiErnie Zakri Anugerah dan pencalonanErnie Zakri CatatanErnie Zakri RujukanErnie Zakri Pautan luarErnie ZakriAnugerah Juara Lagu ke-32Bintang RTMMalaysiaSyamel

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gerakan Aceh MerdekaKeluaran dalam negara kasarSolat hajatSophia AlbarakbahTanda dan gejalaIsrafilSabahHukum madMedia sosialProton SatriaShukri YahayaAngkatan Tentera MalaysiaTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimMohammed Hanif OmarBella AstillahDarjah kebesaran MelayuPerdana Menteri MalaysiaTadau KaamatanLiga Super Malaysia 2024–25Ketua Menteri MelakaSunan MuriaRukun solatBade Hj. AzmiDaerah di MalaysiaSenarai saluran Astro NJOIJanna NickMelitha SidabutarTentang Hati DiaAllahAedy AshrafUniversiti Kuala LumpurPneumoniaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaAbdullah bin Ahmad BadawiMohamad SabuIsrak dan MikrajLemangSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahDaerah di SabahZaman air batuSurah Al-InsyirahUndang-Undang Laut MelakaSenarai gunung berapi di MalaysiaKhunsa (siri TV)Surah al-FatihahShah Rukh KhanLautan DuniaSultanah Nur Diana Petra AbdullahZahirah MacWilsonIslamKesihatanNepenthesOrang BanjarFahmi FadzilAdnan bin SaidiSalahuddin al-AyyubiUniversiti Teknologi MalaysiaHafizh Syahrin AbdullahPulau TiomanOktovia ManroseGunung JeraiSharnaaz AhmadChempaka Emalin PahaminHang TuahBumiSharifah HusnaBahasa ArabIkan bayanPekanbaruJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaMichael (malaikat utama)Sekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakMajlis Raja-RajaPenebangan hutanSejarah IslamTakdir Itu Milik AkuMegat SharizalNatasha Wilona🡆 More