Houston

Houston ialah bandar raya keempat terbesar di Amerika Syarikat dan bandar raya terbesar di negeri Texas.

Mengikut anggaran Bancian Amerika Syarikat pada tahun 2008, bandar raya ini diduduki oleh 2.2 juta orang dalam kawasan seluas 600 batu persegi (1,600 kilometer persegi). Houston ialah pusat pentadbiran Harris County dan pusat ekonomi kawasan metropolitan Houston–Sugar Land–Baytown, iaitu kawasan metropolitan keenam terbesar di A.S. dengan lebih 5.7 juta penduduk.

City of Houston
Bandar Houston
Houston
Bendera City of Houston Bandar Houston
Mohor rasmi City of Houston Bandar Houston
Nama panggilan: Space City
Kedudukan di Harris County, Texas
Kedudukan di Harris County, Texas
NegaraAmerika Syarikat
NegeriTexas
KauntiHarris
Fort Bend
Montgomery
Diperbadankan5 Jun 1837
Pentadbiran
 • Datuk BandarBill White
Keluasan
 • Bandar601.7 batu persegi (1,558 km2)
 • Tanah579.4 batu persegi (1,501 km2)
 • Air22.3 batu persegi (57.7 km2)
Aras
43 ft (13 m)
Penduduk
 (2007)
 • Bandar2,242,193
 • Kepadatan3,828/batu persegi (1,471/km2)
 • Bandar
3,822,509
 • Metro
5,728,143
 • Demonim
Orang Houston
 (ke-4 di A.S., ke-6 A.S.)
Zon waktuUTC-6 (CST)
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Kod kawasan713, 281, 832
Kod FIPS48-35000GR2
GNIS feature ID1380948GR3
Laman sesawanghoustontx.gov

Houston diasaskan pada 30 Ogos 1836 oleh adik-beradik Augustus Chapman Allen dan John Kirby Allen di atas sebidang tanah berhampiran tebing Buffalo Bayou. Bandar raya ini diperbadankan pada 5 Jun 1837, dan dinamakan sempena Presiden Republik Texas ketika itu, iaitu bekas Jeneral Sam Houston yang pernah melibatkan diri sebagai komander dalam Pertempuran San Jacinto, yang berlangsung 25 batu (40 kilometer) di timur tapak bandar raya ini. Industri pelabuhan dan kereta api yang berkembang bersama penemuan minyak pada tahun 1901 telah meningkatkan bilangan penduduknya tanpa henti. Pada pertengahan abad ke-20, Houston menempatkan Pusat Perubatan Texas, iaitu kawasan penumpuan institusi penjagaan kesihatan dan penyelidikan yang terbesar di dunia, dan Pusat Angkasa Lyndon B. Johnson binaan NASA di mana terletaknya Pusat Kawalan Misi.

Dengan taraf bandaraya global beta, ekonomi Houston bertapak kukuh dalam sektor-sektor tenaga, perkilangan, aeronautik, pengangkutan, dan kesihatan di samping menjadi pusat utama pembinaan kelengkapan lapangan minyak; hanya Bandaraya New York yang lebih menempatkan ibu pejabat syarikat Fortune 500 dalam lingkungan batas sempadan kotanya. Port of Houston merupakan pelabuhan yang paling banyak tanan bawaan air antarabangsa dan kedua terbanyak tanan kargo yang diuruskan di Amerika Syarikat. Para penduduknya berbilang keturunan dan agamanya di samping komuniti antarabangsa yang semakin berkembang. Bandaraya ini menempatkan banyak institusi dan pameran kebudayaan yang menarik lebih 7 juta pengunjung setahun ke Houston Museum District. Houston juga berbangga dengan persada seni visual dan persembahan yang kaya di Theater District, tidak lupa juga merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil bandaraya A.S. yang menawarkan syarikat setempat yang beroperasi sepanjang tahun untuk semua seni persembahan utama.

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Tags:

Amerika SyarikatKawasan metropolitan Amerika SyarikatTexas

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Trisha OoiSyasyaPemboleh ubahPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSoffi JikanBaby ShimaBaju MelayuPulau RedangSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaTanda-tanda KiamatDemografi MalaysiaAlam sekitarAerofonSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaPerempuan Itu (drama)Madinah al-MunawwarahPegawai Waran ITuanku Ja’afarHantu dalam masyarakat MelayuNabi Isa a.s.Rukun NegaraProton WiraBahasa CinaAyob Khan Mydin PitchayLaskar KananWings (kumpulan muzik Malaysia)Abang Johari Tun OpengCaturMerdeka 118Fauziah NawiSarimah IbrahimPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Yassin YahyaMy Lovely DriverSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahVaksin tetanusSalomaBadmintonRasuahTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahKuantanMahathir MohamadSenarai peribahasa (A–M)JudiLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaBeto KusyairyJohorPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Ikmal AmryTakdir Itu Milik AkuSepak takrawKelurSenarai negara mengikut sistem kerajaanEurocopter FennecPersekutuan Pengakap MalaysiaSiput babiWilayah PersekutuanMajapahitMohamed Khaled NordinMasya-AllahDewan Undangan Negeri PerlisFil MarsyalBatik Air MalaysiaBatu CavesNik Abdul Aziz Nik MatPasukan Gerakan AmTunku Aminah Maimunah IskandariahMenara Berkembar PetronasBryan DomaniJabatan Perangkaan MalaysiaTakwim HijrahSultan Nazrin Muizzuddin ShahIpohMata anginSophia AlbarakbahUniversiti Teknologi MARAKesultanan DemakJamrahAl Nassr FC🡆 More