Whitney Houston: Penyanyi, pelakon, model dan penerbit rakaman Amerika Syarikat

Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati berbangsa Amerika Syarikat.

Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records. Antara 657 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 8 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 220 juta album, single dan video ke serata dunia. Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun. Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas.

Whitney Houston
Whitney Houston: Diskografi, Single, Filmografi
Houston pada 1991
Kelahiran
Whitney Elizabeth Houston

(1963-08-09)9 Ogos 1963
Meninggal dunia11 Februari 2012(2012-02-11) (umur 48)
Sebab kematianLemas dalam tab mandi
DikebumikanFairview Cemetery
Westfield, New Jersey, U.S.
PendidikanMount Saint Dominic Academy
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
  • penerbit rakaman
  • penerbit filem
  • model
PasanganBobby Brown
(k. 1992; c. 2007)
Anak-anakBobbi Kristina Brown
Ibu bapaJohn Russell Houston, Jr.
Cissy Houston
Hubungan
  • Gary Garland
    (adik tiri)
  • Dionne Warwick
    (sepupu)
  • Dee Dee Warwick
    (sepupu)
  • Leontyne Price (sepupu)
Kerjaya muzik
Genre
Tahun aktif1977–2012
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
whitneyhouston.com
Tandatangan
Whitney Houston: Diskografi, Single, Filmografi

Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama. Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200. Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video untu "How Will I Know", mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya. Pada tahun 1990 Whitney mengeluarkan album studio ketiganya, I'm Your Baby Tonight.

Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja. Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah. Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records. Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You.

Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.

Diskografi

Album studio

Album runut bunyi (OST)

Album EP

Album CD Single

  • Exhale (1995)
  • You Are Loved (1999)
  • I Didn't Know My Own Strength: The Remixes (2009)
  • I Look to You: The Remixes]] (2009)
  • Million Dollar Bill: The Remixes (2009)

Album kompilasi

  • Whitney: The Greatest Hits (2000)
  • Love, Whitney (2002)
  • Artist Collection: Whitney Houston (2004)
  • The Ultimate Collection (2007)
  • The Essential Whitney Houston (2011)
  • I Will Always Love You: Best of Whitney Houston (2012)

Single

Tahun Lagu Album
1985 "Thinking About You" Whitney Houston
"You Give Good Love"
"All at Once"
"Saving All My Love for You"
"How Will I Know"
1986 "Greatest Love of All"
1987 "I Wanna Dance With Somebody (Who Loves Me) Whitney
"Didn't We Almost Have It"
"So Emotional"
1988 "Where Do Broken Hearts Go"
"Love Will Save the Day"
"I Know Him So Well"
(duet bersama Cissy Houston)
1990 "I'm Your Baby Tonight" I'm Your Baby Tonight
"All the Man I Need"
1991 "Miracle"
"My Name Is Not Susan"
"I Belong to You"
1992 "We Didn't Know"
"I Will Always Love You" The Bodyguard: Original Soundtrack
1993 "I'm Every Woman"
"I Have Nothing"
"Run to You"
"Queen of the Night"
1996 "I Believe In You and Me" The Preacher's Wife: Original Soundtrack
1997 "Step by Step"
"My Heart Is Calling"
1998 "When You Believe"
(duet bersama Mariah Carey)
My Love Is Your Love
"Heartbreak Hotel"
(duet bersama Faith Evans)
1999 "It's Not Right But It's Okay"
"My Love Is Your Love"
"I Learned from the Best"
2002 "Whatchulookinat" Just Whitney
"One of These Days"
2003 "Try It On My Own"
"Love That Man"
2009 "I Look to You" I Look to You
"Million Dollar Bill"

Filmografi

Filem

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan dan Anugerah
1992 The Bodyguard Rachel Marron
(Peranan utama)
Dicalonkan – 1993 MTV Movie Award untuk Best Female Performance
Dicalonkan – 1993 MTV Movie Award untuk Best Breakthrough Performance
Dicalonkan – 1993 MTV Movie Award untuk Best On-Screen Duo bersama Kevin Costner
Dicalonkan – Anugerah Raspberi Emas 1992 untuk Pelakon Terburuk
1995 Waiting to Exhale Savannah Jackson
(Peranan utama)
Dicalonkan – 1996 NAACP Image Award for Outstanding Actress in a Motion Picture
1996 The Preacher's Wife Julia Biggs
(Peranan utama)
Menang – 1997 NAACP Image Award for Outstanding Actress in a Motion Picture
Dicalonkan – 1997 Blockbuster Entertainment Award for Favorite Female Actress(Comedy/Romance)
Dicalonkan – 1997 Kids' Choice Award Favorite Movie Actress
2012 Sparkle Emma
(Peranan utama)
Televisyen
Tahun Tajuk Rangkaian Peranan Catatan
1984 Gimme a Break! NBC Rita "Katie's College" (Musim 3, Episod 20)
1985 Silver Spoons NBC Dirinya sendiri "Head Over Heels" (Musim 4, Episod 1, Tarikh siaran: 15 September 1985)
Beliau mempersembahkan versi edit "Saving All My Love for You," dengan mengubah sedikit seni kata demi memuaskan pihak penapisan.
1997 Rodgers & Hammerstein's Cinderella ABC Fairy Godmother Dibuat untuk televisyen sebagai kebangkitan semula Wonderful World of Disney di rangkaian ABC milik Disney.
2002 Boston Public Fox Dirinya sendiri Beliau mempersembahkan "Try it On My Own" dari album Just Whitney.
Penerbitan
Tahun Tajuk Pengarah Catatan dan Anugerah
1997 Rodgers & Hammerstein's Cinderella Robert Iscove Penerbit eksekutif
Dicalonkan – Anugerah Emmy 1998 untuk Rancangan Istimewa Aneka Ragam, Muzik atau Komedi Cemerlang
Dicalonkan – 1998 NAACP Image Award untuk Filem Televisyen/Minisiri Cemerlang
2001 The Princess Diaries Garry Marshall Penerbit
Menang – 2002 Young Artist Award untuk Filem Cetera Keluarga Terbaik – Komedi
Dicalonkan –2002 Broadcast Film Critics Association Award untuk Filem Keluarga Terbaik (Lakonan Hidup)
Dicalonkan – 2002 Anugerah Phoenix Film Critics Society untuk Filem Keluarga Terbaik
Dicalonkan – 2002 Teen Choice Award untuk Film – Choice Movie, Comedy
2003 The Cheetah Girls Oz Scott Penerbit
2004 The Princess Diaries 2: Royal Engagement Garry Marshall Penerbit
2006 The Cheetah Girls 2: When in Spain Kenny Ortega Penerbit eksekutif bersama

Jelajah

    Jelajah dunia
  • The Greatest Love World Tour (1986)
  • Moment of Truth World Tour (1987–88)
  • I'm Your Baby Tonight World Tour (1991)
  • The Bodyguard World Tour (1993–94)
  • My Love Is Your Love World Tour (1999)
  • Nothing But Love World Tour (2010)
    Jelajah serantau
  • Feels So Right Tour (1990)
  • Pacific Rim Tour (1997)
  • The European Tour (1998)
  • Soul Divas Tour (2004)
    Konsert televisyen
  • Nelson Mandela 70th Birthday Tribute 1988
  • Welcome Home Heroes with Whitney Houston 1991
  • The Concert for a New South Africa 1994
  • Classic Whitney Live from Washington, D.C. 1997

Rujukan