Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Lapangan Terbang di Selangor, Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كوالا لومڤور); (Kuala Lumpur International Airport; singkatan: KLIA) (IATA: KUL, ICAO: WMKK), ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Selangor.

lapangan terbang tersebut merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Kuala Lumpur International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا كوالا لومـڤـور
吉隆坡国际机场
கோலாலம்பூர் சர்வதேச விமான நிலையம்
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur
Menara kawalan KLIA dan sebahagian lapangan terbang
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKhazanah Nasional
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiLembah Klang (Selangor Tengah), Negeri Sembilan dan Melaka
LokasiSepang, Selangor, Malaysia
Dibuka27 Jun 1998; 25 tahun yang lalu (1998-06-27)
Hab untuk
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL70 kaki / 21 m
Koordinat02°44′36″N 101°41′53″E / 2.74333°N 101.69806°E / 2.74333; 101.69806 101°41′53″E / 2.74333°N 101.69806°E / 2.74333; 101.69806
Laman sesawangwww.klia.com.my
Peta
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur is located in Bumi
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
14L/32R 4,019 13,186 Konkrit asfalt
14R/32L 4,000 13,123 Konkrit asfalt
15/33 3,960 12,992 Konkrit asfalt
Statistik (2022)
Penumpang25,377,000 ( 532.6%)
Pergerakan Kargo (tan)660,040 ( 30.7%)
Pergerakan Pesawat198,378 ( 169.3%)
Rujukan: MAHB

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). KLIA juga merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).

Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.

Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara. Lapangan terbang ini terletak di Sepang, Selangor dan ia berdekatan dengan sempadan Negeri Sembilan.

KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

Sejarah

Operasi dan Statistik
Statistik Operasi
Pergerakan penumpang
1998 6,524,405 2003 17,454,564
1999 13,172,635 2004 21,058,572
2000 14,732,876 2005 23,213,926
2001 14,538,831 2006 24,570,385
2002 16,398,230 2007 26,453,379
Pergerakan kargo di dalam tan (tons)
1998 156,641 2003 586,195
1999 417,068 2004 651,747
2000 510,594 2005 653,654
2001 440,864 2006 672,888
2002 527,124 2007 644,100
Pergerakan semua pesawat
1998 64,123 2003 139,590
1999 116,589 2004 164,483
2000 109,925 2005 182,537
2001 113,590 2006 183,869
2002 127,952 2007 193,710
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Kaunter daftar masuk

Pelan pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan sedar bahawa lapangan terbang utama pada waktu itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak akan mampu menampung permintaan apabila bilangan penumpang meningkat pada masa hadapan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Mahathir Mohamad merupakan orang yang paling kuat menyokong pembinaan lapangan terbang ini yang akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia.

Keputusan ini mencetuskan kontroversi. Lokasinya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kuala Lumpur dilihat sebagai tidak menyenangkan di samping kos pembinaan yang meningkat melebihi takrifan awal. Para pengkritik juga mengatakan Subang masih boleh diperbesarkan diwalaupun kerajaan menyatakan sebaliknya. Dalam masa yang sama, kerja-kerja di Subang diteruskan semasa pembinaan KLIA. Terminal 3, terbaru di Subang dibuka pada Disember 1993 dan Terminal 2 telah diubahsuai pada 1995, hanya tiga tahun sebelum pembukaan KLIA.

Dengan tapak pembinaan seluas 100 km2, tapak pembinaan KLIA merupakan antara yang terbesar di dunia. Ia dibina di atas tanah pertanian dan tidak memerlukan pengambilan tanah kepunyaan persendirian. Plan Master KLIA adalah termasuk pembinaan lima landasan terbang, dua terminal penumpang dan dua terminal satelit bagi setiap terminal dalam tiga fasa. Fasa Pertama pembinaan termasuk pembinaan satu terminal utama diikuti dengan satu terminal satelit yang mampu menampung sebanyak 25 juta penumpang setiap tahun dan dua landasan terbang yang berfungsi sepenuhnya. Dibawah perlaksanaan Fasa Pertama, sebanyak 60 pintu penerbangan, 20 tapak pesawat tanpa pintu dengan 80 tapak pesawat, 4 hangar penyelengaraan dan 4 stesen bomba akan dibina. Perlaksanaan Fasa Kedua dan Ketiga merupakan projek pembesaran lapangan terbang sedia ada untuk menampung bilangan penumpang yang akan meningkat. Akhirnya, lapangan terbang ini akan mampu menampung sebanyak 100 juta penumpang setiap tahun apabila keseluruhan projek telah siap.

Dengan tenaga 25,000 orang buruh bekerja 24 jam sehari, lapangan terbang ini telah siap dibina selama empat setengah tahun. Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998, seminggu lebih awal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong tetapi semua penerbangan dipindahkan dari Subang tiga hari kemudiannya pada 30 Jun 1998. Penerbangan domestik yang pertama tiba di KLIA adalah Malaysia Airlines MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi dan penerbangan antarabangsa pertama tiba di KLIA juga merupakan penerbangan Malaysia Airlines MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi.

Pembukaan lapangan terbang ini diikuti pelbagai masalah. Sistem pembahagian tapak pesawat dan jeti penghubung terganggu, kesesakan berlaku dalam setiap bahagian lapangan terbang, dan pengurusan bagasi juga terganggu dengan penumpang yang kehilangan bagasi terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk bagasi mereka. Kebanyakan masalah ini berjaya diselesaikan, namun sistem bagasi terus menghadapi masalah demi masalah dan kini ia diletakkan sebagai tender untuk mencari pengurusan baru pada 2007.

Lapangan terbang ini juga terpaksa menghadapi krisis kewangan Asia Timur, penyakit SARS dan wabak selsema burung yang memberi impak negatif terhadap trafik penumpang di Malaysia. Pertumbuhan trafik adalah negatif semasa krisis kewangan tersebut kerana kebanyakan syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi di KLIA seperti All Nippon Airways, British Airways, Lufthansa, dan Northwest Airlines terpaksa menghentikan operasi setelah mengalami kerugian. Fasa Pertama lapangan terbang ini mensasarkan bilangan penumpang sebanyak 25 juta setahun tetapi pada tahun pertama operasi KLIA, bilangan penumpang hanya mencecah 13.2 juta penumpang. Walau bagaimanapun, trafik penumpang akhirnya meningkat kepada 21.1 juta penumpang pada tahun 2004 dan 23.2 juta penumpang pada tahun 2005 - walaupun masih tidak mencapai sasaran 25 juta penumpang bagi tahun 2003.

Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ).

Nama Kuala Lumpur International Airport juga merupakan nama alternatif terdahulu bagi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) di Subang.

Pelan pembinaan

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Pelan induk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum kemasukan LCCT

Dibawah Pelan Master Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, satu landasan terbang baru dan satu terminal satelit baru akan dibina untuk membolehkan lapangan terbang ini menampung trafik penumpang yang akan meningkat. Fasa Kedua pembinaan dijangka akan membolehkan trafik penumpang mencapai 35 juta penumpang setahun pada tahun 2008 bersama pembinaan terminal satelit baru. Untuk Fasa Ketiga pembinaan (2008 dan seterusnya), lapangan terbang ini akan diperbesarkan untuk menampung sebanyak 45 juta penumpang setiap tahun pada 2012 dan 100 juta penumpang setahun pada tahun 2020. Akhirnya, tapak lapangan terbang ini akan mampu menampung pembinaan infrastuktur yang boleh menampung 100 juta penumpang setahun, 4 landasan terbang dan dua terminal mega yang dihubungkan dengan terminal satelit masing-masing pada tahun 2020. Kawasan berdekatan dengan lapangan terbang akan dimajukan dengan pembinaan kemudahan riadah untuk penumpang yang keletihan, padang golf, taman tema, pusat membeli-belah, hotel dan taman rimba air. Litar Antarabangsa Sepang yang merupakan arena perlumbaan Formula 1, Grand Prix A1, Super GT, Indy Racing League dan MotoGP juga berdekatan dengan KLIA. Terdapat permohonan untuk pembinaan monorel ke litar ini dan pelan pembinaan dijangka siap pada April 2008.

Pada November 2006, kerajaan Malaysia telah meluluskan projek pembinaan rel yang akan menghubungkan bangunan terminal utama kepada Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). Pembinaan dijadualkan bermula pada tahun 2007. Namun begitu tiada butir-butir terperinci berkenaan syarikat yang akan menjalankan projek tersebut dan tidak diketahui sama ada rel ini akan dihubungkan dengan perkhidmatan rel laju sedia ada, KLIA Ekspres.

Dengan kenaikan jumlah trafik penumpang yang menggunakan Terminal Penerbangan Tambang Murah(LCCT), Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), syarikat yang menguruskan KLIA telah meluluskan pembesaran LCCT bermula pada awal 2007 untuk menampung trafik penumpang yang meningkat setelah LCCT yang sedia ada hampir mencapai kapasiti penuhnya. Pembesaran LCCT juga sebagai menunjukkan sokongan kepada syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh pertama di Malaysia, AirAsia X kerana pembesaran ini akan membolehkan pesawat wide-body yang digunakan AirAsia X untuk beroperasi di LCCT. Namun begitu LCCT merupakan penyelesaian jangka pendek dan MAHB telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membina Terminal Penerbangan Tambang Murah baru yang kekal antara bangunan terminal utama dan Terminal Satelit A untuk menggantikan LCCT sedia ada.

Projek naik taraf A380

Pihak pengurusan Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Malaysia Airports Holding Berhad telah membelanjakan sebanyak RM135 juta (kira-kira juta) untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan di KLIA untuk menerima pesawat Airbus A380. Kerja-kerja menaik taraf bermula pada 3 April 2006 dan dijangka siap pada 28 Mei 2007. Antara kerja-kerja yang berkenaan adalah meluaskan bahu bagi kedua-dua landasan terbang sebanyak 15 meter dan juga laluan taxi pesawat, pembinaan jeti penghubung tambahan pada tiga balai berlepas iaitu C17, C27 dan C37 dan menaik taraf aras mezzanine bagi penumpang dek atas untuk pesawat tersebut di balas berlepas.

Sejarah (Versi Lain)

Latar Belakang

Majlis pecah tanah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah berlangsung pada 1 Jun 1993 apabila kerajaan di bawah Mahathir Mohamad memutuskan bahawa lapangan terbang Kuala Lumpur sedia ada, yang dahulu dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak dapat menangani permintaan masa hadapan. Pembinaan lapangan terbang itu dilakukan terutamanya oleh beberapa syarikat pembinaan milik kerajaan serta Ekovest Berhad – diterajui oleh Tan Sri Datuk Lim Kang Hoo. Ia diwujudkan sebagai sebahagian daripada Koridor Raya Multimedia, pelan pembangunan besar untuk Malaysia. Ketua arkitek yang mereka bentuk terminal lapangan terbang baharu ialah arkitek Jepun Kisho Kurokawa.

Selepas KLIA siap, bangunan Terminal 1 Lapangan Terbang Subang telah dirobohkan. Malaysia Airports bersetuju untuk membangunkan semula Terminal 3 yang tinggal untuk mewujudkan lapangan terbang pakar untuk pesawat turboprop dan sewa yang dikelilingi oleh kawasan kediaman dan taman perniagaan. Kod lapangan terbang IATA KUL telah dipindahkan dari Lapangan Terbang Subang, yang pada masa ini hanya mengendalikan pesawat turboprop, penerbangan am dan pesawat tentera.

Tapak semasa

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
KLIA main entrance from the side

Tapak lapangan terbang merangkumi 100 kilometer persegi (39 bt2) 2, bekas tanah pertanian dan merupakan salah satu tapak lapangan terbang terbesar di dunia. Pelan pembangunan tiga fasa yang bercita-cita tinggi menjangkakan KLIA mempunyai tiga landasan dan dua terminal setiap satu dengan dua terminal satelit. Fasa Satu melibatkan pembinaan terminal utama dan satu terminal satelit, memberikan kapasiti 25 juta penumpang, dan dua landasan perkhidmatan penuh. Lapangan terbang Fasa Satu mempunyai enam puluh jeti perhubungan, dua puluh tempat letak kereta terpencil dengan lapan puluh tempat letak pesawat, empat hangar penyelenggaraan dan balai bomba. Fasa Kedua, direka untuk meningkatkan kapasiti kepada 35 juta penumpang setahun, sebahagian besarnya telah lengkap. Fasa Tiga dijangka meningkatkan kapasiti kepada 100 juta penumpang setahun.

pembukaan besar-besaran

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah dirasmikan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong yang kesepuluh, Tuanku Ja'afar dari Negeri Sembilan, pada 27 Jun 1998 jam 20:30 MST. Ketibaan domestik pertama ialah Malaysia Airlines penerbangan MH1263 dari Kuantan pada 07:10 MST. Ketibaan antarabangsa pertama ialah penerbangan Malaysia Airlines MH188 dari Malé pada 07:30 MST. Pelepasan domestik pertama ialah penerbangan Malaysia Airlines MH1432 ke Langkawi pada 07:20 MST; pelepasan antarabangsa pertama ialah penerbangan Malaysia Airlines MH84 ke Beijing pada 09:00 MST.

Perasmian

Perasmian lapangan terbang itu ditandai dengan pelbagai masalah. Sistem peruntukan jambatan udara dan teluk rosak, dengan barisan beratur di seluruh lapangan terbang dan pengendalian bagasi rosak. Beg telah hilang, dan terdapat menunggu lebih lima hingga tujuh jam. Kebanyakan isu ini telah diselesaikan akhirnya, walaupun sistem pengendalian bagasi telah dibelenggu masalah sehingga ia disediakan untuk tender penggantian lengkap pada tahun 2007.

Lapangan terbang mengalami pengurangan trafik yang sangat teruk dengan pengurangan umum dalam aktiviti ekonomi yang disebabkan oleh wabak krisis kewangan Asia 1997, SARS, selesema burung (selesema burung), krisis kewangan 2007–2008, pandemi selesema babi 2009 dan pandemi COVID-19. Lapangan terbang ini juga sebahagian besarnya dibayangi oleh Lapangan Terbang Changi yang lebih terkenal di peringkat antarabangsa yang terletak kira-kira 300 kilometer (190 bt) ke selatan di Singapura, terutamanya berkaitan penerbangan sambungan oleh pelbagai syarikat penerbangan atau Rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di bahagian selatan negara (cth. Johor) lebih gemar melancong melalui Changi daripada di KLIA.

Tahun pertama pembukaan serta-merta menyaksikan pengurangan bilangan penumpang kerana beberapa syarikat penerbangan, termasuk All Nippon Airways (disambung semula pada 1 September 2015), British Airways (dipulihkan pada 28 Mei 2015 hingga 28 Mac 2021), Lufthansa (disambung semula antara 28 Mac 2004 hingga 28 Februari 2016) dan Northwest Airlines, menamatkan perkhidmatan mereka yang merugikan ke KLIA. Tahun penuh pertama KLIA beroperasi pada 1999, dalam manifestasi Fasa Satu (kapasiti 25 juta penumpang setahun), menyaksikan hanya 13.2 juta penumpang. Jumlah penumpang akhirnya meningkat kepada 21.1 juta pada 2004 dan 47 juta pada 2013 — walaupun kurang daripada anggaran asalnya 25 juta penumpang setahun menjelang 2003.

Operasi dan infrastruktur

KLIA memperlihatkan satu jumlah ciri-ciri reka bentuk moden yang membantu dalam operasi efektif di lapangan terbang.

Terminal

Kompleks Terminal Penumpang (PTC) telah direkabentuk untuk membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam bangunan dan meneranginya secara semulajadi. Justeru, jumlah panel kaca dipasang pada bumbung bangunan ini amat besar dan terdapat ruang-ruang antara unit bumbung yang membolehkan cahaya matahari ditapis masuk ke dalam bangunan. Kompleks ini terdiri dari 3 bangunan - Bangunan Terminal Utama, Bangunan Satelit dan Balai Berlepas. Selain dari sebuah hotel yang mempunyai 80 bilik di Bangunan Satelit, terdapat juga hotel 5 bintang Pan Pacific KLIA yang mempunyai 450 bilik terletak lima minit perjalanan dari Bangunan Terminal Utama yang dihubungkan dengan laluan berbumbung. Perkhidmatan kenderaan buggy yang kerap dan percuma juga disediakan untuk pergi ke hotel tersebut. Pusat-pusat membeli-belah juga berada di dalam satu kawasan seluas 85,000 meter persegi.

Bangunan terminal utama dan balai berlepas

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Bangunan Terminal Utama
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Pesawat Boeing 737 AirAsia dan Malaysia Airlines di Balai Berlepas

Bangunan Terminal Utama terletak di antara kedua-dua landasan terbang. Bangunan ini terdiri dari 39 unit bumbung persegi untuk membolehkan bangunan ini diperbesarkan di masa hadapan. Terdapat sebanyak 216 kaunter daftar masuk, diatur dalam 6 barisan, dan dilabel menggunakan abjad A sehingga M (tidak termasuk I). Perkhidmatan daftar masuk multi juga disediakan untuk para penumpang yang tiba, berlepas atau transit. Terdapat 61 dan 69 kaunter imigresen masing-masing untuk penumpang yang berlepas dan penumpang yang tiba, 16 kaunter pemindahan, 32 kaunter kastam dan juga 12 tali penghubung bagasi (10 untuk penumpang antarabangsa dan 2 untuk penumpang domestik). Pada 12 Februari 2007, Malaysia Airports memperkenalkan kios daftar masuk sendiri bersepadu untuk para penumpang. Syarikat penerbangan yang pertama sekali menggunakan sistem ini adalah KLM. Sebanyak 24 kios tambahan akan dipasang kemudian oleh pengendali lapangan terbang.

Balai berlepas merupakan bangunan berbentuk segi empat tepat yang bersambung dengan Bangunan Terminal Utama berfungsi sebagai terminal berlepas dan ketibaan untuk penerbangan domestik. Pada masa kini, Malaysia Airlines menggunakan terminal ini untuk penerbangan-penerbangan domestik. Tetapi bangunan ini tidak lagi digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan tambang murah (AirAsia pernah menggunakan terminal ini sebelum pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT). Di bahagian utara, terminal ini hanya mampu mengendalikan pesawat narrow-body (Boeing 737, Airbus A320). Sebaliknya, terminal ini dapat mengendalikan pesawat sebesar Boeing 747 di bahagian selatan. Oleh kerana bangunan ini terlalu panjang, banyak travelator dipasang dalam balai ini untuk membantu pergerakan para penumpang.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam Balai berlepas termasuk mesin ATM, pusat kecergasan, bilik sembahyang, bilik merokok, perkhidmatan kesihatan, ruang menunggu syarikat penerbangan, ruang pameran khas mengenai sejarah KLIA, kaunter maklumat dan kios maklumat elektronik. Malaysia Airports Holding Berhad memperoleh 65% daripada keuntungannya setiap tahun melalui sumber-sumebr selain penerbangan, dengan 35% keuntungan melalui sewa tapak perniagaan dan sebahagian kecil daripada hasil jualan. Terdapat pelan permohonan untuk menambah luas dan meningkatkan penggunaan tapak niaga di Bangunan Terminal Utama dan Balai Berlepas, tetapi cadangan ini telah ditangguhkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

Terminal satelit A

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Terminal Satelit A

Bagunan seluas 143,404 meter persegi ini mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa di KLIA. Para penumpang harus menggunakan Aerotren untuk pergi ke bangunan ini dari Bangunan Terminal Utama. Terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij di sini. Antara jenama-jenama tersebut adalah Burberry, Dunhill, Mont Blanc, dan Mango yang membuka butik lapangan terbang pertamanya di benua Asia. Minuman alkohol dan minyak wangi adalah sangat popular dan menyumbang kepada lebih separuh daripada hasil jualan diikuti dengan jam tangan dan produk tembakau. Lebih-lebih lagi, Terminal Satelit A juga memuatkan Notel Transit Airside dan beberapa ruang menunggu syarikat-syarikat penerbangan seperti Dynasty Lounge untuk China Airlines, Golden Lounge untuk penumpang antarabangsa Malaysia Airlines dan Silver Kris Lounge untuk Singapore Airlines.

Di bawah pelan peningkatan penggunaan ruang perniagaan Malaysia Airports Berhad, penggunaan ruang perniagaan di Bangunan Satelit A akan dimaksimumkan untuk meningkatkan keuntungan yang diperoleh daripada sewa tapak perniagaan dan peratusan hasil jualan daripada 35% kepada 50% menjelang tahun 2010. Selepas proses pembaharuan selesai, sebuah Jungle Boardwalk yang pertama di dunia akan siap dibina dan aras mezzanine yang lebih besar untuk menampung kedai-kedai makanan dan galeri pemantauan.

Bekas terminal penerbangan tambang murah

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Terminal Penerbangan Tambang Murah KLIA

Kawasan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) seluas 36,000 meter persegi (390,000 ka2) ini yang kini tidak beropersai telah dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006 untuk menampung bilangan pengguna penerbangan tambang murah yang semakin meningkat, terutamanya penumpang syarikat penerbangan Malaysia "tanpa bawaan", AirAsia. Terminal itu direka dan dibina mengikut keperluan penerbangan tambang murah (LCC), dengan kemudahan terminal terhad. Seperti yang diminta oleh syarikat penerbangan kos rendah, terminal tidak menyediakan jambatan udara, tidak ada kemudahan pemindahan, kemudahan kereta api, dan kemudahan lain yang disediakan di terminal sepenuhnya. LCCT terletak di dalam Zon Sokongan Udara, dan sejak itu berhenti beroperasi pada 9 Mei 2014 dan semua penerbangan tambang murah kini beroperasi dari klia2.

KLIA2 (Terminal 2)

KLIA2 (Terminal 2) adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tambang murah di rantau ini dan akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA2 dibuka pada 2 Mei 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei 2014.

Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur

Terminal Udara Bandaraya Kuala Lumpur (KLCAT) adalah terminal maya tambahan KLIA yang menyediakan khidmat daftar masuk. KLCAT menerima pengiktirafan daripada International Air Transport Association (IATA) dan mempunyai kod IATA XKL. Pada masa ini, hanya 4 syarikat penerbangan menawarkan khidmat daftar masuk, Cathay Pacific, Emirates Airline, Malaysia Airlines dan Royal Brunei Airlines. Namun situasi ini tidak akan berpanjangan kerana 10 AirportConnect CUTE (Common Use Terminal Equipment) kepunyaan SITA akan dipasang pada 10 kaunter daftar masuk di KLCAT yang membolehkan semua syarikat penerbangan lain menawarkan perkhidmatan daftar masuk di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Selain daripada khidmat daftar masuk, pengendali terminal maya ini, Express Rail Link Sdn Bhd yang juga mengendalikan KLIA Ekspres bercadang untuk melancarkan perkhidmatan menuntut bagasi bermula Januari 2008 yang membolehkan para penumpang untuk menuntut bagasi mereka dan mengisyhtiharkan barang-barang cukai mereka di KLCAT.

Anugerah dan pengiktirafan

Sejak perasmian KLIA pada 27 Jun 1998, lapangan terbang ini telah mendapat pelbagai anugerah daripada organisasi-organisasi antarabangsa di seluruh dunia seperti Skytrax dan International Air Transport Association (IATA).

Komitmen yang diberikan KLIA dalam mempromosikan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada para penumpangnya menerima pengiktirafan oleh Green Globe. KLIA juga merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menerima sijil Green Globe 21 pada tahun 2004 dan seterusnya. Dengan usaha yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya, lapangan terbang ini telah diiktiraf sebagai antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.

Selain itu, KLIA juga merupakan lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI).

Pengangkutan

Pengangkutan antara terminal

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Stesen aerotren di Bangunan Satelit

Bangunan Terminal Utama dan Terminal Satelit KLIA dihubungkan dengan Aerotren (KLIA Automated People Mover) yang beroperasi dalam kekerapan 3 hingga 5 minit. Tren tiga gerabak tanpa pemandu ini bergerak di atas landasan yang ditinggikan dan juga dibawah laluan teksi pesawat. Perjalanan antara kedua-dua terminal mengambil masa lebih kurang dua minit, dan setiap tren yang boleh memuatkan 250 penumpang dalam satu masa mampu membawa seramai 3,000 penumpang sejam pada kelajuan maksimum 56 km/j (35 mph). Tren ini merupakan satu-satunya pengangkutan untuk penumpang keluar dan masuk dari terminal satelit.

Kereta api

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dihubungkan dengan hab pengangkutan KL Sentral di pusat bandar melalui Express Rail Link (ERL) sepanjang 57 km (35 bt). Terdapat dua stesen ERL di lapangan terbang ini: Stesen ERL KLIA di Bagunan Terminal Utama dan stesen klia2 di Gateway@klia2. Terdapat dua perkhidmatan tren ERL di lapangan terbang ini:

  • KLIA Ekspres: Perkhidmatan khas tren lapangan terbang yang berkhidmat tanpa-henti antara KL Sentral and KLIA. Perjalanan ini mengambil masa 28 minit ke/dari KLIA, dan 33 minit ke/dari klia2 dengan tren berhenti selama dua minit di KLIA. Terminal KLIA Ekspres di KL Sentral kini dikenali sebagai Terminal Udara Bandar KL (KL CAT), yang mempunyai kod IATA sendiri, XKL. KL CAT menawarkan perkhidmatan daftar masuk penerbangan sehingga dua jam sebelum waktu berlepas penerbangan untuk penumpang menggunakan Cathay Pacific, Emirates, Etihad Airways, Malaysia Airlines, Malindo Air dan Royal Brunei Airlines.
  • KLIA Transit: Sebuah perkhidmatan rel komuter yang berhenti di tiga stesen tambahan (Bandar Tasik Selatan, Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi) antara KL Sentral dan KLIA. Perjalan ini mengaambil masa 35 minit ke/dari KLIA dan 39 minit ke/dari klia2. Perkhidmatan daftar masuk tren hanya dilakukan melalui kiosk automatik di stesen KLIA Transit.

Teksi dan limosin

Perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang disediakan oleh Airport Limo. Perkhidmatan teksi dan limosin ini boleh didapati di kaunter Teksi dan Limosin. Perkhidmatan ini disediakan dari lapangan terbang ke pelbagai destinasi di Lembah Kelang dan seluruh Semenanjung Malaysia. Tambang harus dibayar di kaunter dan jumlah bayaran ditentukan berdasarkan zon destinasi. Caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam dan 6.00 pagi. Para penumpang dinasihatkan melihat Fare Table untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.

Syarikat penerbangan dan destinasi

Penumpang

PenerbanganDestinasiRujukan
Air Arabia Sharjah
Air China Beijing-Capital, Chengdu-Tianfu
Air Macau Makau (Dimulakan semula 10 Januari 2024)
AirAsia Alor Setar, Ahmedabad, Balikpapan, Banda Aceh, Bandar Seri Begawan, Bangkok–Don Mueang, Bengaluru, Bhubaneswar (Bermula 28 Mei 2024), Bintulu, Cebu (Ditamatkan 12 Januari 2024), Chennai, Chiang Mai, Colombo–Bandaranaike, Da Lat, Da Nang, Denpasar/Bali, Dhaka, Guangzhou, Guilin, Hat Yai, Hanoi, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Kong, Hyderabad, Jaipur, Jakarta Soekarno-Hatta, Jieyang, Johor Bahru, Kaohsiung, Kochi, Kertajati-Majalengka, Kolkata, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Krabi, Kuala Terengganu, Kuching, Kunming, Labuan, Langkawi, Makassar, Makau, Malé, Manila, Mataram–Lombok, Medan, Miri, Nanning, Nha Trang, Padang, Pattaya (Bermula 17 Jun 2024), Pekanbaru, Perth , Pulau Pinang, Phnom Penh, Phuket, Phu Quoc, Quanzhou, Sandakan, Shenzhen, Sibu, Siem Reap-Angkor, Sihanoukville, Singapura, Tawau, Tiruchirapalli, Trivandrum , Vientiane (Dimulakan semula 2 Julai 2024), Yangon, Yogyakarta–Antarabangsa
AirAsia X Almaty , Amritsar, Bangkok-Suvarnabhumi, Beijing-Daxing, Busan (Ditamatkan 1 Mei 2024), Changsha (Dimulakan semula 5 Julai 2024), Delhi, Chengdu-Tianfu, Denpasar/Bali, Hangzhou, Jeddah, Melbourne, Osaka–Kansai, Perth, Seoul–Incheon, Shanghai-Pudong, Sydney , Taipei-Taoyuan , Tokyo–Haneda, Tokyo-Narita (Tidak Jadi dimulakan semula), Xi'an
Musiman: Gold Coast , Hong Kong, Kota Kinabalu, Kuching, Sapporo–Chitose
Air Mauritius Port Louis
All Nippon Airways Tokyo–Haneda, Tokyo–Narita
Batik Air Chennai, Jakarta Soekarno-Hatta, Makassar, Medan, Yogyakarta-Antarabangsa
Batik Air Malaysia Adelaide, Amritsar , Auckland, Bandung (destinasi ini belum dimulakan), Bangkok–Don Mueang, Kota Batam , Bengaluru , Colombo-Bandaranaike (Ditamatkan 3 Mac 2024), Brisbane, Chengdu-Tianfu, Da Nang, Delhi , Denpasar/Bali, Dhaka, Dubai-Antarabangsa, Guangzhou, Guilin (Bermula 2 Jun 2024), Hanoi, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Kong, Istanbul Sabiha-Gökçen (Bermula 9 Februari 2024), Jakarta Soekarno-Hatta, Jeddah, Johor Bahru, Kaohsiung (Bermula 7 Februari 2024), Karachi, Kathmandu , Kochi, Kolkata, Kota Kinabalu, Kuching, Kunming (Bermula 8 Februari 2024), Lahore, Langkawi, Malé , Manila, Medan (destinasi ini belum dimulakan), Melbourne, Mumbai , Nagoya-Centrair (Melalui Kaohsiung), Naha, Osaka-Kansai, Pulau Pinang, Perth, Phuket, Seoul-Incheon, Shanghai-Pudong, Sibu (Dimulakan semula 7 Februari 2024), Singapura, Surabaya (destinasi ini belum dimulakan), Sydney, Taipei-Taoyuan, Tashkent, Tawau (Dimulakan semula 8 Februari 2024), Tiruchirapalli (Ditamatkan 31 Mac 2024), Tokyo-Narita, Zhangjiajie (Bermula 9 Februari 2024), Zhengzhou
Musiman: Koror , Nanning , Sapporo-Chitose
Biman Bangladesh Airlines Dhaka
British Airways London-Heathrow (Dimulakan semula 10 November 2024)
Cambodia Airways Phnom Penh
Cathay Pacific Hong Kong
Cebu Pacific Manila
China Airlines Taipei–Taoyuan
China Eastern Airlines Beijing-Daxing (Bermula 26 Januari 2024), Hangzhou, Kunming (Bermula 16 Mac 2024), Shanghai-Pudong, Wuhan
China Southern Airlines Changsha, Guangzhou, Shenzhen (Bermula 31 Mac 2024), Zhengzhou
Citilink Jakarta Soekarno-Hatta, Medan, Padang, Pekanbaru
Emirates Airline Dubai–Antarabangsa
Ethiopian Airlines Addis Ababa, Singapura
Etihad Airways Abu Dhabi
EVA Air Taipei–Taoyuan
Fly Baghdad Baghdad
Garuda Indonesia Jakarta Soekarno-Hatta
Himalaya Airlines Kathmandu
IndiGo Chennai
Indonesia AirAsia Bandung, Denpasar/Bali, Jakarta Soekarno-Hatta, Mataram–Lombok, Medan, Surabaya
Iraqi Airways Baghdad (Dimulakan semula 1 Februari 2024)
Japan Airlines Tokyo–Narita
Jetstar Asia Airways Singapura
KLM Amsterdam, Jakarta Soekarno-Hatta
Korean Air Seoul–Incheon
Kuwait Airways Bandar Kuwait
Lanmei Airlines Phnom Penh
Lion Air Surabaya
Loong Air Musiman: Hangzhou
Lucky Air Kunming
Malaysia Airlines Adelaide, Ahmedabad, Alor Setar, Amritsar, Auckland, Bangkok–Suvarnabhumi, Beijing–Daxing, Bengaluru, Bintulu, Chennai, Chiang Mai (Dimulakan semula 15 Ogos 2024), Colombo–Bandaranaike, Da Nang (Bermula 24 September 2024), Delhi, Denpasar/Bali, Dhaka, Doha , Guangzhou, Hanoi, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Kong, Hyderabad, Jakarta Soekarno-Hatta, Jeddah, Johor Bahru, Kathmandu, Kertajati-Majalengka, Kochi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Labuan, Langkawi, London–Heathrow, Malé (Dimulakan semula 1 Ogos 2024), Manila, Medan, Medina, Melbourne , Miri, Mumbai, Osaka–Kansai, Pekanbaru, Pulau Pinang, Perth, Phnom Penh, Phuket, Sandakan, Seoul–Incheon, Shanghai–Pudong, Sibu, Singapura, Surabaya, Sydney, Taipei–Taoyuan, Tashkent (Laluan ini tidak jadi dimulakan), Tawau, Tokyo-Haneda, Tokyo–Narita, Trivandrum, Xiamen, Yangon, Yogyakarta-Antarabangsa
Musiman: Kaohsiung, Sapporo-New Chitose
Piagam: Istanbul–Sabiha Gökçen
MYAirline Bangkok-Don Mueang, Bangkok-Suvarnabhumi, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Miri, Pulau Pinang, Sibu, Tawau
Myanmar Airways International Yangon
Nepal Airlines Kathmandu
Musiman: Siddharthanagar
Oman Air Muscat
Pakistan International Airlines Islamabad, Lahore
Philippine Airlines Manila
Philippines AirAsia Cebu, Manila (Destinasi ini Belum dimulakan semula)
Qatar Airways Doha
Royal Brunei Airlines Bandar Seri Begawan
SalamAir Musiman: Muscat (Bermula 3 Julai 2023)
Saudia Jeddah, Medina, Riyadh
Scoot Singapura
Shanghai Airlines Fuzhou, Hangzhou, Shanghai–Pudong
Shenzhen Airlines Shenzhen
Sichuan Airlines Chengdu-Tianfu (Bermula 31 Mac 2024), Haikou
Singapore Airlines Singapura
Sky Angkor Airlines Phnom Penh (Tidak jadi dimulakan)
Syarikat Penerbangan Spring Nanning
SriLankan Airlines Colombo–Bandaranaike
Starlux Airlines Taipei–Taoyuan
Super Air Jet Kota Mataram, Kota Padang, Pekanbaru, Surabaya
Thai AirAsia Bangkok–Don Mueang, Bangkok-Suvarnabhumi, Hat Yai
Thai Airways International Bangkok–Suvarnabhumi
TransNusa Jakarta Soekarno-Hatta
Turkish Airlines Istanbul
Turkmenistan Airlines Ashgabat
US-Bangla Airlines Dhaka
Uzbekistan Airways Tashkent
VietJet Air Bandaraya Ho Chi Minh
Vietnam Airlines Da Nang, Hanoi, Bandaraya Ho Chi Minh
Xiamen Air Chongqing, Fuzhou, Xiamen

Kargo

PenerbanganDestinasi
Cargolux Baku, Chicago–O'Hare, Luxembourg, Singapura, Zhengzhou
China Airlines Cargo Taipei–Taoyuan
FedEx Express Guangzhou, Pulau Pinang
Garuda Cargo Jakarta–Soekarno–Hatta
Korean Air Cargo Pulau Pinang, Seoul–Incheon
My Indo Airlines Jakarta–Soekarno–Hatta
MASkargo Amsterdam, Bangkok–Suvarnabhumi, Bengaluru, Chongqing, Delhi, Dhaka, Guangzhou, Hanoi, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Kong, Jakarta–Soekarno–Hatta, Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Makau, Manila, Mumbai, Pulau Pinang, Shanghai–Pudong, Sydney, Taipei–Taoyuan, Tokyo–Narita
My Jet Xpress Airlines Chennai, Kota Kinabalu, Singapura
Silk Way Airlines Amsterdam, Baku, Frankfurt
Turkish Cargo Bandaraya Ho Chi Minh, Istanbul
UPS Airlines Pulau Pinang, Shenzhen
World Cargo Airlines Bandaraya Ho Chi Minh, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuching, Makau, Miri, Pulau Pinang, Sibu, Tawau

Kumpulan Rujukan

Nota

Galeri Pesawat di KLIA

Galeri Terminal KLIA

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Operasi dan infrastruktur 
Pandangan panorama Bangunan Terminal Utama

Kemalangan dan Insiden

  • Pada 2001, sebuah pesawat Boeing 747 Saudi Arabian Airlines mengalami kerosakan teruk di bahagian depan pesawat setelah termasuk ke dalam parit monsun besar ketika sedang ditarik dari hangar ke pintu penumpang sebelum perjalanan pulang ke Arab Saudi. Tiada kecederaan serius berlaku antara 6 anak kapal pesawat tersebut.
  • 14 Julai 2007 – sebuah jeti penumpang bergerak secara tiba-tiba menyebabkan kerosakan pada pintu masuk sebuah Airbus A330 Malaysia Airlines yang akan berlepas ke Beijing. Jeti penumpang tersebut tidak digunakan pada masa itu, dan tiada kecederaan di kalangan anak kapal dan penumpang.
  • 15 Oktober 2007 – seorang lelaki warganegara Palestin telah menyelinap dan bersembunyi dalam gear pendaratan pesawat untuk penerbangan SQ119 dari KLIA ke Lapangan Terbang Changi, Singapura. Dia kemudiannya dijumpai di Singapura apabila terjatuh setinggi 2.4 meter daripada roda pendaratan selepas pesawat tersebut tiba di Singapura. Walaupun mengharungi udara yang sejuk dan tipis semasa penerbangan, lelaki tersebut masih hidup tetapi telah ditahan di Singapura. Pihak KLIA masih menyiasat bagaimana lelaki ini berjaya melepasi kawalan keselamatan KLIA.
  • 9 April 2008 – Perompak bersenjata menembak enam orang dalam rompakan tiga minit dan melarikan diri bersama wang tunai RM 3.5 juta. Kejadian ini berlaku pada 7.30 pm di pintu 8 apabila dua penukar wang dan dua pengawal keselamatan berjalan ke arah pintu diserbu oleh enam orang dari sebuah kenderaan BMW. Mangsa tercedera teruk tetapi dalam keadaan stabil.
  • 9 Januari 2009 – Suatu kebakaran kecil tercetus di terminal Penerbangan Tambang Rendah, mematikan terminal untuk dua jam dan menundakan 20 penerbangan. Kebakaran tersebut disebabkan oleh percikan kimpalan di kawasan pembinaan terminal tersebut.
  • 3 Mac 2011 – 56 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL ditunda selepas sebuah bom, dipercayai daripada Perang Dunia Kedua, umpai di tapak pembinaan KLIA2.

Rujukan

Lihat juga

  • Kod kongsi destinasi Penerbangan Malaysia

Pautan luar

Tags:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur SejarahLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sejarah (Versi Lain)Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Operasi dan infrastrukturLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur TerminalLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Anugerah dan pengiktirafanLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur PengangkutanLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Syarikat penerbangan dan destinasiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Galeri Pesawat di KLIALapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Galeri Terminal KLIALapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kemalangan dan InsidenLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur RujukanLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lihat jugaLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Pautan luarLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurAsia TenggaraBangkokKod lapangan terbang IATAKod lapangan terbang ICAOKuala LumpurLapangan Terbang Antarabangsa Hong KongLapangan Terbang Changi SingapuraLapangan Terbang SuvarnabhumiLapangan terbangMalaysiaSelangorSepangTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sudirman (penyanyi)Abdul Hadi AwangHukum Kanun MelakaSuntikanMat KilauBandar TaipingEurocopter FennecAsmidarFahmi FadzilKeluaran dalam negara kasarHari BumiPulau TiomanAliff AzizUniversiti MalayaSolat hajatSikorsky S-61A-4 NuriThailandKodi RasheedKasih Iris LeonaSenarai negara mengikut sistem kerajaanPendidikan di IndonesiaSunan DrajatDewan Undangan Negeri PerlisRaghad Waleed AlkurdiKL GangsterMahathir MohamadDewan Negara MalaysiaErysha EmyraLee Chong WeiCibaiElla (penyanyi)Kartina AyoobSyarikat swastaKelupisBendera PalestinIsmail Mohamed SaidPrabowo SubiantoPanglima Angkatan TenteraFauziah NawiFrekuensi radio di TerengganuFauzi NawawiTunku Ismail ibni Sultan IbrahimStadium Nasional Bukit JalilPuyuLGBT dalam IslamSyiahZizan RazakKhairy JamaluddinKlangSerembanNabi Musa a.s.Akta Dadah Berbahaya 1952Universiti Teknologi MalaysiaSejarah MalaysiaPronoJanna NickAli bin Abi TalibKota KinabaluNabi Yusuf a.s.Aman Ramli JaafarAbdul Rahman AyobBatik Air MalaysiaNegarakuKerajaan Bani UmaiyahPeristiwa 13 MeiMerdeka 118Suruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaPerkara yang dilarang dalam IhramSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaSurah al-FatihahA FamosaBintang RTMKata ganti nama (bahasa Melayu)RinggitSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarAstro Shaw🡆 More