Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: Lapangan Terbang di Bayan Lepas dan Pulau Pinang, Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (IATA: PEN, ICAO: WMKP), ialah sebuah Lapangan Terbang Antarabangsa di Malaysia, yang terletak di Pulau Pinang.

lapangan terbang tersebut terletak di Bayan Lepas, iaitu 16 km dari George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Bagi menampung jumlah penumpang yang kian meningkat, Malaysia Airport akan membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini termasuk membina satu tempat meletak pesawat dan 32 kaunter pendaftaran baru yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2008. Pada tahun lepas, LTAPP mengendalikan 3.1 juta penumpang.Kini LTAPP menjadi hub bagi syarikat penerbangan tambang murah FireFly bermula April 2007.

Penang International Airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
槟城国际机场
பினாங்கு சர்வதேச விமான நிலையம்
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Bangunan terminal
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
Hak milikKhazanah Nasional
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiPulau Pinang, Kedah dan Perak (Perak Utara), Malaysia
LokasiBayan Lepas, Barat Daya, 11900 Pulau Pinang, Malaysia
Hab untuk
Bandar tumpuan untukMalaysia Airlines
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL11 kaki / 3 m
Koordinat05°17′49.7″N 100°16′36.71″E / 5.297139°N 100.2768639°E / 5.297139; 100.2768639 100°16′36.71″E / 5.297139°N 100.2768639°E / 5.297139; 100.2768639
Laman sesawanghttps://penangairport.com/
Peta
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang is located in Bumi
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
04/22 3,354 11,004 Asfalt
Statistik (2020)
Penumpang1,826,121 ( 78.1%)
Pengangkutan udara (tan)137,685 ( 1.4%)
Pergerakan Pesawat30,433 ( 62.2%)

Sejarah

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Bangunan terminal 
Lokasi LTA Pulau Pinang

Pada tahun 1935, Lapangan Terbang Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya berikutan pendaratan sebuah kapal terbang dari Syarikat Penerbangan Imperial, 'Arethusa' di lapangan terbang ini. Upacara pendaratan ini telah disaksikan oleh sebahagian besar penduduk-penduduk Pulau Pinang, termasuk Residen Councillor Pulau Pinang.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Bangunan terminal 
Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang

Lapangan terbang ini adalah berbentuk bulat, panjang garis lintangnya ialah 1,000 ela dan dikelilingi oleh tembok setinggi 4 kaki untuk menghalang banjir disebabkan air pasang. Pendaratan kapal terbang ini telah dilakukan di atas dua landasan, satu daripadanya landasan tar sepanjang 930 ela dan lebar 60 ela, satu lagi landasannya ialah sepanjang 800 ela dan lebarnya 200 ela dibina di atas tanah yang ditanam rumput.

Di samping itu lapangan terbang ini mengandungi beberapa bangunan antaranya sebuah terminal yang dibina di Bangunan Kawalan, sebuah kelab dan dua buah 'Hanger' yang diperbuat daripada besi waja. Dengan pembukaan lapangan terbang ini, ia merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan di Malaysia. Ia telah memberi perkhidmatan penerbangan tempatan antara Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, di samping perkhidmatan pendaratan penerbangan di antara Eropah dengan negara-negara Asia Tenggara dan Australia.

Sejarah (Versi Lain)

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Bangunan terminal 
Aerial view of Penang International Airport.

Lapangan terbang itu, yang kemudiannya dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, telah siap pada tahun 1935, apabila Pulau Pinang adalah sebahagian daripada jajahan mahkota British Negeri Selat.

Pada tahun 1970-an, pembesaran besar lapangan terbang telah dijalankan, di mana bangunan terminal seni bina Minangkabau dibina dan landasan dilanjutkan untuk menampung Boeing 747, pesawat jet penumpang terbesar. Setelah selesai kerja-kerja pembesaran pada tahun 1979, lapangan terbang itu dinamakan semula sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada Disember 2019, MAHB mengumumkan pelan pembesaran lapangan terbang bernilai RM800 juta, dengan kerja-kerja 4 fasa bermula pada Mac 2020 dan akan disiapkan menjelang 2024. Ini akan meningkatkan kapasiti lapangan terbang daripada 6.5 juta penumpang setiap tahun, kepada 12 juta setahun . Ini berbanding dengan bilangan penumpang sebenar sebanyak 9.5 juta. Bagaimanapun, pada Mei 2020, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata rancangan pembesaran lapangan terbang itu mungkin antara enam bulan hingga setahun disebabkan oleh COVID-19.

Pada 5 April 2020, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata bahawa semua penerbangan antarabangsa ke Pulau Pinang telah dihentikan, walaupun penerbangan domestik diteruskan.

Naik Taraf Lapangan Terbang

pada laman berita tempatan Malaysia, Berita Harian, ada diumumkan bahawa LTA Pulau Pinang, dan LT Sultan Abdul Aziz Shah (LT Subang), akan dinaik taraf, yang akan diterajui oleh pihak Malaysia Airports MAHB dan Cadangan pembesaran yang akan diterajui oleh MAHB ini dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan RM7 bilion.

Dalam usaha naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telahpun meneruskan perbincangan pematuhan isu-isu teknikal projek membabitkan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa tersebut, dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata,

perbincangan itu boleh dijalankan serentak dengan usaha ke arah pelaksanaan projek berkenaan yang dijangka tidak mengambil masa lama

.

Bangunan terminal

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Bangunan terminal 
Penerbangan Terus Penang-Taipei dengan Xiaman Airlines

Antara kemudahan yang disediakan dalam bangunan terminal, kafe, kedai bebas cukai, kaunter tiket & Pejabat penerbangan seperti MAS, Firefly,AirAsia, Jatayu Airlines, China Airlines dan Singapore Airlines. Antara kemudahan lain :

  • Kaunter Daftar Masuk (32)
  • 14 Pintu Berlepas
  • 8 Titi Udara
  • 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
  • 808 lot letak kereta
  • Travel Agensi
  • Kaunter Penerangan
  • Ruang Istirahat VIP
  • Mesin ATM
  • Pertukaran Wang Asing
  • Penempahan Hotel
  • Khidmat teksi
  • Kuarantin haiwan

Kompleks kargo

LTAPP mempunyai 2 kompleks kargo, dimana kompleks utama digunakan oleh MAS Cargo sebagai pusat operasi. Pada tahun 2006 LTAPP telah mengendalikan sebanyak 225,957,020 metrik tan kargo

Kemudahan di Kompleks Kargo:

  • Gudang 270,000m² (2,906,255sq ft)
  • 7 x 747 Freighter Lot
  • Zon Transit
  • Zon Perdagangan Bebas
  • Baikpulih Pesawat
  • Pengimbas X-RAY
  • Pusat Courier Laju

Syarikat Penerbangan dan destinasi

Penumpang

PenerbanganDestinasiRujukan
AirAsia Denpasar/Bali (Laluan ini belum dimulakan semula), Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Kong, Jakarta Soekarno-Hatta, Johor Bahru, Kota Kinabalu , Kuala Lumpur-Antarabangsa, Kuching , Langkawi, Medan, Phnom Penh, Singapura
Batik Air Banda Aceh, Jakarta Soekarno-Hatta
Batik Air Malaysia Kuala Lumpur-Antarabangsa, Kuala Lumpur–Subang, Melaka
Berjaya Air Kuala Lumpur–Subang
Cathay Pacific Hong Kong
China Airlines Taipei–Taoyuan
China Eastern Airlines Shanghai-Pudong (Bermula 24 Julai 2024)
China Southern Airlines Guangzhou
Citilink Medan
EVA Air Taipei–Taoyuan (Laluan ini sudah tidak beroperasi)
Firefly Banda Aceh, Bangkok-Don Mueang (Ditamatkan 30 April 2024), Bangkok-Suvarnabhumi (Bermula 1 Mei 2024), Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur–Subang, Kuantan (Bermula 31 Mac 2024), Kuching, Langkawi, Medan, Phuket, Singapura
flydubai Dubai-Antarabangsa, Langkawi
Indonesia AirAsia Jakarta Soekarno-Hatta, Medan, Surabaya
Jetstar Asia Airways Singapura
Juneyao Air Shanghai-Pudong (Bermula 31 Mei 2024)
Lion Air Medan
Malaysia Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa, Singapura (Destinasi ini belum dimulakan semula)
MYAirline Kuala Lumpur-Antarabangsa
Qatar Airways Doha, Phuket
Scoot Singapura
Singapore Airlines Singapura
Starlux Airlines Taipei–Taoyuan
Thai AirAsia Bangkok–Don Mueang
Thai Lion Air Bangkok-Don Mueang
Thai Smile Bangkok–Suvarnabhumi
Xiamen Air Xiamen (Bermula 28 September 2023)

Kargo

PenerbanganDestinasi
Cathay Pacific Cargo Hong Kong
China Airlines Cargo Taipei–Taoyuan
DHL Aviation
dioperasikan oleh Syarikat Penerbangan Air Hong Kong
Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Kong
EVA Air Cargo Taipei–Taoyuan
FedEx Express Bangkok–Suvarnabhumi, Guangzhou, Taipei–Taoyuan, Singapura, Bandaraya Ho Chi Minh
My Jet Xpress Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa, Singapura
Korean Air Cargo Seoul–Incheon
UPS Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa
World Cargo Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa

Kumpulan Rujukan

Pengangkutan

Rapid Penang telah menyediakan empat laluan bas ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, menghubungkan lapangan terbang dengan pelbagai bahagian Pulau Pinang.

Laluan Rapid Penang yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang termasuk:

  • 102: Penang International Airport-Penang National Park-Penang International Airport
  • 306: Penang International Airport-Penang General Hospital-Penang International Airport
  • 401: Teluk Kumbar-Pengkalan Weld-Teluk Kumbar
  • 401E: Balik Pulau-Pengkalan Weld-Balik Pulau

Selain itu, setakat Disember 2020, kerajaan negeri sedang merancang projek rel ringan yang akan menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Komtar dengan 27 stesen perantaraan.

Bas

Rapid Penang telah menyediakan empat laluan bas ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, menghubungkan lapangan terbang dengan pelbagai bahagian Pulau Pinang.

Galeri

Rujukan

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang: Sejarah, Sejarah (Versi Lain), Bangunan terminal 
Imej Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Pautan luar


Tags:

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang SejarahLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Sejarah (Versi Lain)Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bangunan terminalLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Kompleks kargoLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Syarikat Penerbangan dan destinasiLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang PengangkutanLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang GaleriLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang RujukanLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Pautan luarLapangan Terbang Antarabangsa Pulau PinangBayan LepasGeorge TownKod lapangan terbang IATAKod lapangan terbang ICAO

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaProton PersonaProton PerdanaIntegritiNafiez ZaidiMalariaShah RezzaHari WesakPerodua KelisaSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanKamal AdliBoBoiBoyLaskar KananPolis Diraja MalaysiaGanjaErma FatimaBandar TaipingPetronasAiman Hakim RidzaRindu Kasih 2Mas Ermieyati SamsudinMarsyal TUDMSunan KalijagaJenis air untuk bersuci dalam IslamKelapa sawitSuhaimi IbrahimJohorFrekuensi radio di SelangorSunan BonangMedia sosialAween IsmailSkop ProductionsLeftenan KomanderChacha MaembongPerdana Menteri MalaysiaSolat jamakLoloqSiti MuslihaPenanggalanSepahtu Reunion LiveKerajaan Bani AbbasiyahArena LieyaSeri KembanganSaifuddin Nasution IsmailA FamosaEtnik MelayuRinggitSyahadahLabuanMinal 'Aidin wal-FaizinMohd Shuhaily Mohd ZainHael HusainiMalaysiaLaskar MudaUjian dadahSri Pahang FCSifat-sifat AllahHadha min fadhle RabbiPrabowo SubiantoAliff AzizJanna NickNicol Ann DavidNegarakuAngeline TanBruneiSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaTaoismeSingapura Dilanggar TodakMajlis Raja-RajaPutri JannahBadarawuhi Di Desa PenariLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaKulitCuti umum di MalaysiaSolat Sunat RawatibUniversiti Utara MalaysiaKata adjektif🡆 More