Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim: Lapangan Terbang di Alor Setar dan Kedah, Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (IATA: AOR, ICAO: WMKA), ialah sebuah Lapangan Terbang Domestik di Malaysia, yang terletak di Kedah.

lapangan terbang tersebut terletak di Alor Setar, bandar raya di Kedah, Malaysia. Lapangan terbang ini ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Sultan Abdul Halim Airport

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
لاڤـڠـن تربڠ سلطان عبدول حاليم
苏丹阿卜杜勒哈利姆机场
சுல்தான் அப்துல் ஹலிம் விமான நிலையம்
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim: Terminal, Pengangkutan sambungan darat, Penerbangan bersama destinasi
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam dan Ketenteraan
Hak milikKhazanah Nasional Berhad
PengendaliMalaysia Airports
DestinasiAlor Setar, Kedah, Malaysia
LokasiKepala Batas, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Zon masaMST (UTC+08:00)
Ketinggian AMSL15 kaki / 5 m
Koordinat06°11′40″N 100°24′03″E / 6.19444°N 100.40083°E / 6.19444; 100.40083 100°24′03″E / 6.19444°N 100.40083°E / 6.19444; 100.40083
Laman sesawangwww.malaysiaairports.com.my/index.php/domestic/sultan-abdul-halim-airport
Peta
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim is located in Bumi
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (Bumi)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
04/22 2,745 9,006 Asfalt
Statistik (2018)
Penumpang817,253 ( 1.9%)
Pengangkutan udara (tan)845 ( 72.7%)
Pergerakan Pesawat44,989 ( 2.8%)
Rujukan: laman sesawang rasmi
Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim terletak 13 km dari bandar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Lapangan Terbang ini berkeupayaan untuk menerima operasi pesawat Airbus A330,A320,B737 serta saiz pesawat seumpamanya . Landasannya dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mangendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang. Tahun 2011 peningkatan kepada 407,717 penumpang dan 19,261 kendalian pesawat. Bangunan terminal mempunyai dua tingkat dimana tingkat bawah untuk ruang Ketibaan dan tingkat atas untuk Perlepasan. Terdapat dua jejambat pesawat "aerobridge" iaitu Gate 1 dan Gate 2. Ianya hanya digunakan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pesawat B737 tetapi penerbangan tambang murah airasia pesawat A320 menggunakan tangga merah beroda buatan sendiri. Pengguna harus berhati-hati semasa menggunakan tangga ini terutamanya kanak-kanak,warga OKU dan warga tua.

Pengkalan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia juga terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama.

Terminal

Terminal baharu Lapangan Terbang Alor Setar sedia beroperasi pada 5 Mei 2006.

Alamat :-

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim,
  • 06550 Alor Setar, Kedah,
  • MALAYSIA.
  • Tel: +604 714 2994
  • Fax: +604 714 5345

Pengangkutan sambungan darat

Lapangan terbang Alor Setar berdekatan stesen kereta api Anak Bukit dalam masa 5 hingga 8 minit dengan teksi.

Stesen Kereta Api

Stesen ini disambungkan ke bandar dan pekan utama di Kedah dan Perlis seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Kangar, Arau dan Padang Besar.

AirAsia mempunyai van berulang dari lapangan terbang ke Hat Yai, Thailand.

Teksi

- Teksi Lapangan Terbang serta teksi PERTEK Alor Setar.

Bas

- Perkhidmatan bas awam di SHABAB perdana

Penerbangan bersama destinasi

Pentadbiran di Lapangan Terbang, Syarikat Penerbangan menguruskan daftar masuk dan bagasi penumpang serta kargo, Kendalian Keselamatan Terminal , Bomba dan pasarana diuruskan oleh Malaysia Airports Sdn Berhad, Kawalan Traffik Udara dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Maklumat Cuaca diuruskan Jabatan Meteorologi Malaysia

Penumpang

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim: Terminal, Pengangkutan sambungan darat, Penerbangan bersama destinasi 
Syarikat Penerbangan Firefly dengan liveri Kedah FA di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
PenerbanganDestinasiRujukan
AirAsia Johor Bahru, Kuala Lumpur–Antarabangsa
Batik Air Malaysia Kuala Lumpur-Subang (Bermula 25 Mei 2023)
Firefly Kuala Lumpur–Subang
Malaysia Airlines Kuala Lumpur–Antarabangsa

Statistik

Statistik Operasi
Tahun Kendalian Penumpang Kendalian Pesawat Kendalian Kargo per tan Kendalian Kargo per Kg.
2003 353,778 18,318 17
2004 346,502 14,784 67
2005 323,669 17,632 118
2006 292,549 18,495 111
2007 291,006 20,277 55 54,921
2008 307,564 17,705 41 41,193
2009 421,314 24,031 34 33,592
2010 400,997 24,031 34 34,052
2011 407,717 19,261 46 46,391
2012 433,644 18,006 123
2013 535,073 15,752 126
2014 660,264 17,365 230
2015 719,029 18,368 389

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim TerminalLapangan Terbang Sultan Abdul Halim Pengangkutan sambungan daratLapangan Terbang Sultan Abdul Halim Penerbangan bersama destinasiLapangan Terbang Sultan Abdul Halim StatistikLapangan Terbang Sultan Abdul Halim RujukanLapangan Terbang Sultan Abdul Halim Pautan luarLapangan Terbang Sultan Abdul HalimAlor SetarKedahKod lapangan terbang IATAKod lapangan terbang ICAOMalaysiaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Astro RiaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaMamat KhalidKerajaan Bani UmaiyahOktovia ManroseGen1esRazarudin HusainSenarai pelakon lelaki MalaysiaRentapHun HaqeemNusantaraSurah At-TaubahCerita Rakyat MalaysiaHubungan seksSejarah MelakaLaluan Shah AlamSunan MuriaGayatri Su-Lin PillaiPerang Dunia PertamaMuhammad bin Idris al-SyafiiSurah al-FatihahZarina ZainuddinSharifah ShahirahSarah SuhairiSunan DrajatAzhar IdrusAisha RetnoFilem Malaysia tahun 2024SyiahAndai Itu TakdirnyaPak Ketipak KetipungPukimakNafiez ZaidiSurah al-BaqarahSolat Sunat NikahPerkahwinan menurut IslamParti Rakyat India MalaysiaAngeline TanDaun terupNajis dalam IslamAdiraTentera Darat MalaysiaRukun IslamKhadijah binti KhuwailidMasjid Sri SendayanPulau PangkorSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahKota DamansaraFrekuensi radio di SelangorAsmidarFarali KhanSolat sunatUpin & IpinHassanal BolkiahGabenor Bank Negara MalaysiaSophia LianaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Mia KhalifaAtikah SuhaimeOne Cent ThiefJasmine Suraya ChinEjen AliBella DallyPenunggang Agama 2Carles PuigdemontCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahDewan Negeri SelangorKristianSenarai Kementerian di MalaysiaShin Tae-yongAshraf SinclairMustaqim BahadonRacun RihannaWikipediaMuhyiddin Yassin🡆 More