Suhu

Suhu ialah ukuran purata tenaga kinetik zarah-zarah di dalam sesuatu bahan, dan ia berkaitan dengan betapa panasnya atau sejuknya sesuatu bahan.

Meniti sejarah, dua konsep serupa telah dikemukakan secara berasingan untuk menjelaskan tentang suhu, iaitu penjelasan secara termodinamik dan penjelasan mikroskopik berdasarkan fizik statistik. Oleh sebab konsep termodinamik adalah suatu ukuran yang bersifat makroskopik sepenuhnya, maka takrifan termodinamik bagi suhu, sebagaimana yang dinyatakan oleh Kelvin, dinyatakan sepenuhnya dalam bentuk pembolehubah empirik dan boleh diukur. Fizik statistik pula memberikan pemahaman yang lebih lanjut tentang termodinamik, iaitu dengan menggambarkan jirim sebagai sekumpulan zarah-zarah dengan bilangan yang banyak, lalu parameter termodinamik (iaitu makroskopik) diterbitkan daripada purata statistik parameter-parameter mikroskopik zarah-zarah tersebut.

Fizik statistik menunjukkan bahawa takrifan termodinamik bagi suhu sebenarnya boleh ditafsirkan sebagai ukuran purata tenaga-tenaga dalam setiap darjah kebebasan zarah-zarah dalam sistem termodinamik. Oleh sebab suhu digambarkan dalam bentuk statistik, sesuatu sistem haruslah mempunyai bilangan zarah yang sangat banyak untuk membolehkan takrifan suhu mempunyai pengertian yang berguna. Bagi bahan pepejal, tenaga ini biasanya didapati menerusi getaran-getaran atom pepejal tersebut daripada kedudukan asalnya. Dalam gas unggul monoatom, tenaga ini terhasil daripada pergerakan translasi zarah-zarah manakala bagi gas-gas bermolekul, pergerakan secara putaran atau getaran juga memberikan salah-satu daripada darjah kebebasan termodinamik.

Suhu merupakan sifat fizikal yang menjadi dasar kepada anggapan lazim panas dan sejuk. Sesuatu benda yang panas pada amnya mempunyai suhu yang tinggi, walaupun suhu bukanlah ukuran terus untuk haba. Suhu adalah satu daripada parameter utama dalam termodinamik. Jika tidak terdapatnya aliran haba di antara dua objek, ini bererti objek-objek tersebut mempunyai suhu yang sama. Haba akan mengalir daripada objek yang mempunyai suhu yang tinggi kepada objek dengan suhu yang rendah. Ini adalah susulan daripada salah satu hukum-hukum termodinamik.

Suhu diukur menggunakan termometer yang ditentukur pada banyak jenis skala suhu. Seantero dunia (kecuali Belize, Burma, Liberia dan Amerika Syarikat) menggunakan skala Celsius dalam kebanyakan pengukuran suhu. Dalam bidang sains pula, seluruh dunia menggunakan skala Celsius untuk mengukur suhu dan skala Kelvin untuk mengukur suhu termodinamik. Di Amerika Syarikat pula, skala Fahrenheit digunakan secara amnya oleh orang ramai untuk tujuan-tujuan biasa (industri, kaji cuaca, dan kerajaan). Dalam bidang-bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat, skala Rankine digunakan terutamanya dalam disiplin-disiplin yang berkaitan dengan termodinamik seperti pembakaran.

Bagi sistem dengan isipadu malar yang berada dalam keseimbangan terma, suhu boleh ditakrifkan secara termodinamik oleh tenaga (E) dan entropi (S), iaitu:

Perbandingan skala-skala suhu

Perbandingan skala-skala suhu

sunting

Huraian Kelvin Celsius Fahrenheit Rankine Delisle Newton Réaumur Rømer
Sifar mutlak 0 −273.15 −459.67 0 559.725 −90.14 −218.52 −135.90
Suhu terendah pada permukaan bumi yang pernah dicatatkan
(Vostok, Antartika - July 21, 1983)
184 −89 −128.2 331.47 283.5 −29.37 −71.2 −39.225
Campuran ais/garam Fahrenheit 255.37 −17.78 0 459.67 176.67 −5.87 −14.22 −1.83
Ais melebur (pada tekanan piawai) 273.15 0 32 491.67 150 0 0 7.5
Suhu purata pada permukaan bumi 288 15 59 518.67 127.5 4.95 12 15.375
Suhu purata badan manusia ¹ 309.95 36.8 98.24 557.91 94.8 12.144 29.44 26.82
Suhu tertinggi pada permukaan bumi yang pernah dicatatkan
(Al 'Aziziyah, Libya - September 13, 1922)
331 58 136.4 596.07 63 19.14 46.4 37.95
Air mendidih (pada tekanan piawai) 373.1339 99.9839 211.97102 671.64102 0 33 80 60
Titanium melebur 1941 1668 3034 3494 −2352 550 1334 883
Permukaan matahari 5800 5526 9980 10440 −8140 1823 4421 2909

Tags:

Tenaga kinetikZarah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TikTokPahangPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSabah F.C. (Malaysia)Senarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukOperasi LalangSenarai saluran Astro NJOIKaum-kaum di MalaysiaPerodua KancilTanda dan gejalaNegeri SembilanSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSurah al-FatihahKanun KeseksaanHospital Sultan Idris Shah SerdangMelitha SidabutarPremier SarawakKata pemeriTunku Aminah Maimunah IskandariahSolat Sunat RawatibWilayah PersekutuanIsa Khan2024 di MalaysiaHot FMDini SchatzmannKasih Iris LeonaPolioTauhid RububiyahHadis MutawatirAstro MalaysiaMalang Si PuteriPrivate BodyguardLaskar Udara KananHarris AlifMajlis Raja-RajaHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMKerajaan KutaiPuyuKhadijah binti KhuwailidPolis EVO 3Gabenor Bank Negara MalaysiaPulau TiomanRukun NegaraSyed Mokhtar Al-BukharyPerlembagaan MalaysiaPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948SabronzoTentang Hati DiaRiena DianaLaskar KananSenarai negara berdaulatPerodua MyViOrang BanjarPerdana Menteri MalaysiaAzhan RaniSejarah MalaysiaSarimah IbrahimPembahagian kuasaNombor telefon di MalaysiaPembimbing Rakan SebayaCapricePolis EVOJabatan Akauntan NegaraAhmad Samsuri MokhtarSyafiq KyleProton Holdings BerhadFrekuensi radio di PahangMatlamat Pembangunan MampanTugu NegaraDadahShah AlamUjian dadahSri Pahang FCKedahKhunsa (siri TV)PenggunaMegat SharizalLaksamana🡆 More