Dazrin bin Kamarudin (lahir 10 Mei 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Klebang, Melaka.
Beliau juga merupakan Juara Fear Factor Malaysia Musim 1 bersama Hairul Azreen. Pada April 2016, beliau ialah antara 10 pelakon yang menyertai program Gempak Superstar.
Dazrin Kamarudin | |
---|---|
دزرين كامارودين | |
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2010–kini |
Ketinggian | 5 ft 11 in (1.8 m) |
Pasangan | Nur Fazulin Razali (k. 2017) |
Dazrin memulakan kerjaya awal beliau sebagai model catwalk sebelum menjadi pelakon. Penampilan pertama dalam kerjayanya sebagai pelakon ialah menerusi watak sampingan dalam telefilem Mencintaimu pada 2010. Diikuti oleh watak pembantu sebagai Ichiro dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir lakonan Scha Al-Yahya.
Kerjaya filem Dazrin bermula pada 2011 menerusi filem dokumentari seram, Seru arahan bersama Pierre Andre dan Woo Ming Jin lakonan Sharnaaz Ahmad, Awal Ashaari, Nisha Dirr, Bella Dally dan Nora Danish.
Pada 2013, beliau bersama pelakon Hairul Azreen menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Dato' Aaron Aziz. Hasilnya, beliau dan Hairul dinobatkan sebagai juara.
Beliau pernah menjadi pengacara rancangan In Trend di TV2 dan Planet Joget di TV1.[perlu rujukan] Dazrin muncul bersama Farid Kamil dalam filem aksi fantasi Apokalips X arahan Mamat Khalid, beliau kembali bekerja di bawah arahan Mamat menerusi filem Lebuhraya Ke Neraka yang ditayangkan pada April 2017.
Dazrin merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan tersingkir di konsert minggu kedua. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:
Minggu: | 1 (10/Apr) | 2 (17/Apr) | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kedudukan | Peserta | Keputusan | ||||||
10 | Dazrin | Kekal | Tersingkir |
Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik (seorang kakak dan seorang adik perempuan) dan berdarah kacukan Melayu dan Cina. Pada 6 Mei 2016, Dazrin telah menamatkan zaman bujang beliau dengan Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi bernama Nur Fazulin Razali atau Zulin berusia 33 tahun ketika itu. Pasangan ini telah berkenalan hampir dua tahun lalu. Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din dengan mas kahwin RM500 dengan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya pada majlis yang berlangsung kira-kira pukul 12 tengah hari. Kedua-dua pengantin memakai persalinan warna `Rose Golden’ dengan hantaran sebanyak tujuh dulang bagi pihak pengantin perempuan dan berbalas sembilan oleh keluarga pengantin lelaki. Majlis itu turut disaksikan kira-kira 200 tetamu terdiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai selain rakan artis.
Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Amyra Rosli (kini berkahwin dengan Amar Baharin).
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Seru | Budi | Filem pertama |
2014 | Apokalips X | Chin Long | |
2017 | Lebuhraya Ke Neraka | Dazrin | |
2019 | XX Ray III | Rosman | |
TBA | Mahathir: The Journey | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Memberku Hawa | Ezral | TV3 | Drama pertama |
Bicara Hati | Faizal | Astro Prima | ||
Adam & Hawa | Johan | Astro Mustika HD | ||
2013 | Jodoh | Azlan | Astro Ria | |
Cinta Pandang Kedua | Zairul Hasmat | TV9 | ||
Dia Suamiku | Johari | Astro Prima | ||
Tanah Kubur (Musim 9) | Musa | Astro Oasis | Episod: "Semabuk Arak" | |
2014 | Syurga Di Wajahmu | Engku Lokman | TV1 | |
Miranda | Ammar | TV3 | ||
Cerita Cinta Kita | Dr Khairudin | |||
Dosa Seorang Suami | Airisz | |||
2015 | Cinta Yang Tertinggal | Firdaus | TVi | |
Keluarga Karaoke | Noh | Astro Mustika HD | ||
Quddus | Quddus / Rayyan | TV2 | ||
Hantu Kampung Manggis | Safar | TV1 | ||
Bukan Isteri Sempurna | Danish Arham/Daniel Arman | TV3 | ||
Kasih Jasmin | Zahim | TV1 | ||
Keluarga Pontimau | Rayyan | TV3 | ||
2016 | Love You Mr. Arang | Haziq | ||
Singgahsana Cinta | Tengku Naufal | TV1 | ||
2017 | Jangan Ikut Aku | Hantu Kimchi | TV3 | |
My Darling, Inspektor Daniel | Danish | Astro Ria | ||
2019 | Gerak Khas (Musim 19) | Zakuan | TV2 | Episod: "Samar" |
Mike | Episod: "Pancaroba" | |||
2020 | Leon Zalika | Fuad | TV Okey | |
2021 | Gerak Khas (Musim 20) | Korporal Jasni | TV3 | Pelakon undangan |
2022 | Kuasa | Arman | Astro Citra | |
Gerak Khas Undercover (Musim 2) | Musa | TV3 | ||
Guard Komando | Seman | TV9 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Geisha Melayu Terakhir | Ichiro | Astro Ria | Telefilem pertama |
2012 | Setahun Setengah Mencari Cinta | Ruzair | Astro Warna | |
Mencintaimu | Zakir | TV3 | ||
2013 | Nur Aidilfitri | Shazril | TV AlHijrah | |
Chef Jelita | Aliff | TV9 | ||
2014 | 30 Hari Cinta | Fendy | TVi | |
Suami Muda | Alif | TV2 | ||
Takkan Melupakanmu | Yazid | TV3 | ||
Penantian | Kamarul | |||
2015 | Apabila Adam & Hawa Bertemu Salleh | Adam | TV2 | |
2016 | Saksi | Inspektor Rizal | ||
2017 | Menantu Material | Hypp Sensasi | ||
Licin | Joe | TV1 | ||
Dunia Kecilku | Yusri | |||
2018 | Gerak Khas Raya | Zakuan | TV2 | Episod: "Sarah" |
2020 | Gadis Vroom Vroom | Ray |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Artis Baru Lelaki Popular | — | Tercalon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Dazrin Kamarudin, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.