Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Al-Sagoff (Jawi: سيد صديق بن سيد عبدالرحمن ٱلسَّقَّاف lahir 6 Disember 1992) merupakan Ahli Politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) di Muar sejak Mei 2018.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah penjagaan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari Julai 2018 sehinggalah kejatuhan Pentadbiran PH pada Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Pengasas Malaysia United Democratic Alliance (MUDA) dan telah berkhidmat sebagai Presiden pertama MUDA sejak penubuhannya pada September 2020. Beliau juga merupakan Ahli Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga bekas parti komponen daripada gabungan PH dan berkhidmat sebagai Ketua Pemuda pertama BERSATU dari penubuhan pada 2016 hingga penyingkiran daripada parti itu yang berlaku pada Mei 2020.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff

سيد صادق بن سيد عبدالرحمن ٱلسَّقَّاف
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi
Syed Saddiq Al-Sagoff sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 2018 di pejabatnya
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P146 Muar, Johor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Razali Ibrahim
Presiden
Ikatan Demokratik Malaysia
Dalam jawatan
23 Disember 2021 – 9 November 2023
TimbalanAmira Aisya Abdul Aziz
Digantikan olehAmira Aisya Abdul Aziz (Pemangku)
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia
Dalam jawatan
14 Januari 2017 – 28 Mei 2020
TimbalanMohd Aizad Roslan
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan olehMohd Aizad Roslan ( - Ogos 2020)
Wan Ahmad Fayhsal (Ogos 2020 - kini)
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
Raja(1) Sultan Muhammad V
(2) Sultan Abdullah
Perdana MenteriSyed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Mahathir Mohamad
TimbalanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Steven Sim Chee Keong
Didahului olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Khairy Jamaluddin
Digantikan olehSyed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ketua Pemuda
Pakatan Harapan
Dalam jawatan
13 Disember 2018 – 24 Februari 2020
Didahului olehNik Nazmi Nik Ahmad
Digantikan olehAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Butiran peribadi
LahirSyed Saddiq bin
Syed Abdul Rahman

(1992-12-06) 6 Disember 1992 (umur 31)
Pulai, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Parti politikSyed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi BERSATU (2016-2020)
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi MUDA (2021-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya politik, Kontroversi Pakatan Harapan (2016 - 2023)
IbuSharifah Mahani binti
Syed Abdul Aziz
BapaSyed Abdul Rahman bin Syed Abdullah
Al-Sagoff
HubunganSharifah Amani
Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff (kakak)
Syed Salleh
Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff (abang)
Syed Abdullah
Syed Abdul Rahman
Al-Sagoff (abang)
PendidikanMaktab Tentera Diraja
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmisyedsaddiq.my

Kehidupan awal dan pendidikan

Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1992 di Pulai, Johor Bahru, Johor dan anak terakhir daripada 4 adik beradik, tiga lelaki dan seorang perempuan. Bapanya pula seorang pekerja buruh binaan warga Singapura . seterusnya Ibu kepada beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris kedua ibu bapanya bekerja keras menyara keluarga mereka. pembelajaran pertama beliau ialah di peringkat Maktab Tentera Diraja ini sebelum beliau melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semasa ini beliau menuntut di UIAM, dan beliau aktif dalam aktiviti debat serta telah bertanding dalam satu pertandingan debat peringkat Asia dan telah berjaya menjadi Juara Debat Asia. Disebabkan kemenangan itu beliau telah dikenali ramai dalam komuniti berdebat selepas menangi pelbangai anugerah kategori dalam berdebat.

Pada September 2017, beliau telah menolak tawaran biasiswa yang bernilai kira-kira RM400,000 untuk melanjutkan pengajian di Universiti Oxford, England bagi trus aktif dalam bidang politik. Setahun kemudian, selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada usia 25 tahun, Syed Saddiq sekali lagi melepaskan tawaran biasiswa yang lain, kali ini beliau juga telah menolak tawaran Biasiswa Chevening bagi meneruskan Sarjana dalam Dasar Awam di Universiti Oxford.

Pada April 2021, beliau berjaya menamatkan pelajaran di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura dalam Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service Programme.

Kerjaya politik

Permulaan dalam BERSATU

Beliau pada waktu itu adalah sebagai graduan undang-undang dan telah terkenal pada 2016 setelah beliau dengan 24 orang belia lain, dipanggil sebagai gerakan Change Led by the Young Generation (Challenger), menolak kenyataan pada zaman kepimpinan Najib Razak tentang skandal 1Malaysia Development Berhad.

Saddiq merupakan ketua kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU. Sejak penubuhan pada September 2016, beliau menjadi salah seorang orang-orang besar serta jurucakap bagi parti tersebut dan dianggap sebangai salah seorang ahli pengasas parti tersebut, dan berkuasa dalam majlis BERSATU.

PRU14 dan Menteri Belia dan Sukan

Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen. Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018,(PRU14) dan telah menerima kerusi parlimen di Muar dan dipilih ke Parlimen. Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, seterusnya dilantik sebangai Menteri Belia yang termuda pada tahun 2018 sejak merdeka dalam jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam kerajaan baharu PH.

Usaha Undi18

Saddiq yang telah dilantik sebangai Menteri Belia dan Sukan itu telah mengambil tindakan dan mendesak agar direndahkan lagi umur belia yang dibenarkan untuk mengundi di Malaysia dari umur semasa 21 tahun menjadi 18 tahun, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dan digelar sebagai satu usaha "Undi18". Beliau berpendapat bahawa pendedahan politik dalam golongan muda di Malaysia adalah amat diperlukan. Beliau membentangkan rang undang-undang (RUU) di Parlimen pada Julai 2019 bagi meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan penurunan itu, tetapi ditarik balik atas sebab yang tertentu. Pada 16 Julai, Dewan Rakyat telah sebulat suara meluluskan RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang telah dibentangkan semula, termasuk kelayakan bertanding dalam pilihan raya pada usia 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada November 2021. Akhirnyam pindaan perlembagaan ini diwartakan dan dinyatakan bahawa pindaan Undi18 akan berkuat kuasa pada 15 Disember seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pemecatan dari BERSATU dan penubuhan MUDA

Pada 28 Mei 2020, Syed Saddiq bersama empat orang ahli BERSATU yang lain telah digugurkan keahlian masing-masing kerana keengganan duduk di bangku kerajaan, dan malah duduk di bangku pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei. Berikutan pemecatannya dari Bersatu, Mahathir dan ahli parlimen yang dipimpin olehnya telah membentuk sebuah parti baru, yang dinamakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). Syed Saddiq mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baru yang tidak berpaksikan kaum, melibatkan kaum muda dan bukannya bergabung. Beliau telah menubuhkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) secara rasmi pada 17 September 2020 dan rasmi di daftar 23 December 2021.

Kontroversi

Komen yang lantang diberi

Isu ini terjadi pada September 2015 dimana saddiq memuat naik caption tentang beliau akan "mengajar" Nurul Hidayah, iaitu anak perempuan pada bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang telah mengkritik peserta yang terlibat dalam operasi demonstrasi Bersih 4.0. Saddiq mengaku bahawa dia telah menyokong Najib Razak, tetapi dia mengatakan Najib telah memalukan nama Malaysia kerana skandal 1MDB. Pada 2018 beliau lagi sekali telah mencetuskan isu Ketuanan Melayu dengan menyebut istilah daripada frasa yang tidak bermakna itu. Kenyataan ini menimbulkan respon banyak pihak, Beliau juga mempertahankan 4 ahli akademik yang didakwa mengenai isu statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) majlis Raja-Raja menegaskan mereka punya tindakan adalah sebahangian kebebasan akademik yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam meraikan demokrasi itu melibatkan perbezaan pendapat di Malaysia.[perlu rujukan]

Pelantikan Numan Afifi

Pada Julai 2019, Syed Saddiq mencetuskan perdebatan apabila melantik aktivis LGBT negara, Numan Afifi sebagai pegawai khas kementerian, dan digelarnya sebagai "pegawai akhbar" sementaranya, lalu mencetuskan tentangan dalam kalangan masyarakat konservatif negara yang melihatnya sebagai cubaan normalisasi LGBT di Malaysia. Sejurus selepas itu, Numan meletak jawatan, dengan berkata bahawa ia berikutan desakan "ejen propaganda pembangkang" yang membuatnya mustahil menjalankan amanah yang diberi. Sementara itu, para komuniti dan pendukung LGBT tempatan menyesal akan peletakan jawatan itu, dan disifatkan mereka sebagai satu bentuk penindasan terhadap pihak LGBT.

Pelantikan Numan Afifi juga menyebabkan persoalan berkenaan tanggapan dan dasar kerajaan Pakatan Harapan secara keseluruhan terhadap LGBT di Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan menyatakan bahawa komuniti LGBT perlu diberi hak asasi manusia lazim (seperti yang tertakluk kepada manusia secara am), tetapi perlu patuh kepada norma dan perundangan setempat.

Hubungan dengan Tunku Ismail Idris

Pada 2019, Beliau menafikan berada dalam "perang terbuka" dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim Ismail. Beliau memberi respons di Twitter-nya kepada Tunku Ismail, bahawa terdapat beberapa pihak telah dianggap sebagai "perisytiharan perang".

Komen tuduhan kekejaman polis

Pada Mei 2021, beliau disiasat oleh pihak polis Malaysia berkenaan video yang disiarkannya di TikTok. Dalam video ini, beliau menuntut keadilan untuk mendiang A. Ganapathy yang meninggal dunia dalam tahanan polis. Dalam video itu, Saddiq mengambil kes tersebut dalam hujahnya berkenaan keganasan polis di Malaysia, dan menuntut keadilan terhadapnya serta menuntut penubuhan badan pemeriksaan bebas terhadap etika kepolisan.

Pada 22 Mei 2021, polis membawa Saddiq ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dikatakan merampas telefonnya serta mengawal akaun Instagram dan Tik Tok-nya setelah diarahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Azman Ahmad Sapri, Saddiq disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Namun begitu, SKMM menafikan mengarahkan pihak polis untuk merampas telefonnya, dan berkata bahawa mereka hanya "bertindak sebagai agensi teknikal dalam membantu siasatan polis". Walaupun ada dakwaan dari Saddiq bahawa ini ialah "tindakan bermotifkan politik yang diatur SKMM", SKMM menyatakan bahawa mereka akan terus "memberikan bantuan dan cadangan teknikal untuk penyiasatan tanpa sebarang agenda tersembunyi termasuk agenda politik".

Sabitan pecah amanah

Pada 22 Julai 2021, Syed Saddiq disabitkan atas dua kesalahan pecah amanah wang milik BERSATU serta dana sumbangan berjumlah RM1.1 juta oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas kedua-dua sabitan, dan dibebaskan dengan jumlah jaminan sebanyak RM330,000 dengan syarat-syarat tambahan.

Setelah itu, berlaku satu lagi pertuduhan yang didakwa iaitu menyeleweng RM120,000.00 dalam wang derma BERSATU yang bertujuan untuk pilihan raya umum pada 2018. Beliau dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan rasuah, pertuduhan itu didakwa dibuat terhadapnya kerana enggan menyokong pentadbiran Perikatan Nasional.

Sekali lagi, beliau didakwa pada Ogos 2021 dengan dua pertuduhan rasuah pengubahan wang haram. Mengikut pertudahan, tertuduh memindakan sejumlah wang sebanyak RM50,000.00 daripada akaun banknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya pada 16 jun 2018 dan juga pada tarikh 19 jun 2018 lagi sekali transit sejumlah wang yang sama di buat.Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Beliau mendakwa Wan Ahmad Fayhsal, ketua pemuda BERSATU, datang ke rumahnya sebelum dituduh dan memujuknya untuk menyertai semula BERSATU dan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.Walaupun Wan Fayhsal mengakui ada pertemuan dengan Syed Saddiq, beliau menegaskan pertemuan itu bukan untuk membuat tawaran atau ugutan kepada Syed Saddiq.


Keputusan pilihan raya

Dewan Rakyat Malaysia
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Keluar mengundi Majoriti Keputusan
2018 P146 Muar, Johor Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM) 22,341 53.09% Razali Ibrahim (UMNO) 15,388 36.57% 42,719 6,953 84.02%
Abdul Aziz Talib (PAS) 4,354 10.34%
2022 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA) 19,961 37.55% Abdullah Husin (PN) 18,616 35.02% 53,158 1,345 77.12%
Mohd Helmy Abd Latiff (BN-UMNO) 14,581 27.43%

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Kehidupan awal dan pendidikanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman Kerjaya politikSyed Saddiq Syed Abdul Rahman KontroversiSyed Saddiq Syed Abdul Rahman Keputusan pilihan rayaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman Lihat jugaSyed Saddiq Syed Abdul Rahman RujukanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman Pautan luarSyed Saddiq Syed Abdul RahmanGelaranIkatan Demokratik MalaysiaKeluarga AlsagoffParti Pribumi Bersatu MalaysiaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ekolokasi haiwanTeknologi hijauSlot MegaDramaHaidMahatma GandhiMustapha KamalAisyah Abu BakarTentera Udara Republik Islam IranRemy IshakKedahFattah AminPandemik COVID-19 di MalaysiaSejarah MelakaDasar Ekonomi BaruSenarai mukim di PerakTunku NadzaruddinIsteri-isteri Nabi MuhammadHukum madMaharaja MeijiProton SagaWings (kumpulan muzik Malaysia)Kadet Remaja Sekolah MalaysiaSurah al-FatihahSenarai buahSabronzoBandar TaipingBadmintonTakdir Itu Milik AkuLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurRujukan kehormatSosialSex Drive (filem)Josiah HoganMuhamad Akmal SalehPeraturan bola jaringWawasan 2020Real Madrid CFErma FatimaSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahPiala Asia B-23 AFC 2024Frekuensi radio di PahangPersatuan Negara-negara Asia TenggaraAmir AhnafTulisan JawiGua NiahBahasa ArabAparteidPiagam MadinahP. RamleeKumpulan Wang Simpanan PekerjaPerodua AxiaHarimauSepahtu Reunion Al-RayaHari Raya AidiladhaAzizulhasni AwangSenarai haiwanHalim RadziSejarah bahasa MelayuDe FamWilayah PersekutuanTentera Laut Diraja MalaysiaBatu Bersurat TerengganuNombor perdanaPutri JannahSultan Nazrin Muizzuddin ShahNombor dalam budaya CinaAli bin Abi TalibAzhar IdrusParameswaraSifat-sifat AllahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaKelawar BuasParti Islam Se-MalaysiaJohor BahruKetupatCCTV (filem)Muhammad al-FatihNusantara🡆 More