London: Ibu negara dan bandar raya terbesar United Kingdom

London (IPA: /ˈlʌndən/ ( dengar)) ialah ibu kota England dan United Kingdom, dan juga kawasan metropolitan yang terbesar di United Kingdom.

London yang terletak dekat Sungai Thames menjadi sebuah petempatan utama selama lebih dua ribu tahun, dengan sejarahnya yang bermula dengan penubuhannya oleh kerajaan Rom yang memanggilnya Londinium. Teras purba London, iaitu Bandaraya London, masih banyak mengekalkan sempadan Zaman Pertengahannya yang seluas sebatu persegi. Semenjak selewat abad ke-19, nama London turut memaksudkan kota raya yang dibangunkan di keliling teras tersebut. Sebahagian besar bandar gabungan ini membentuk kawasan London dan kawasan pentadbiran London Raya yang ditadbir oleh Datuk Bandar London dan Dewan Undangan London.

London
لوندون
Dari kiri atas: Bandaraya London, Jambatan Tower dan Mata London, Istana Westminster
Dari kiri atas: Bandaraya London, Jambatan Tower dan Mata London, Istana Westminster
Kawasan London di United Kingdom
Kawasan London di United Kingdom
Negara berdaulatUnited Kingdom
NegeriEngland
KawasanLondon
Kaunti istiadatBandaraya London dan London Raya
DaerahBandaraya dan 32 daerah perbandaran
Diduduki oleh Romsebagai Londinium, sekitar 43 M
Ibu pejabatDewan Bandaraya
Pentadbiran
 • Lembaga setempatLembaga London Raya
 • Dewan undangan setempatDewan Undangan London
 • Datuk Bandar LondonSadiq Khan
 • Parlimen UK
 - Dewan Undangan London
 - Parlimen Eropah
74 kawasan
14 kawasan
Kawasan London
Keluasan
 • London1,570 km2 (607 batu persegi)
Aras
24 m (79 ft)
Penduduk
 (anggaran Julai 2010)
 • London7,825,200
 • Kepadatan4,978/km2 (12,892/batu persegi)
 • Bandar
8,278,251
 • Metro
13,945,000
Zon waktuUTC±0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Kod-kod kawasan020, 01322, 01689, 01708, 01737, 01895, 01923, 01959, 01992
Laman sesawanglondon.gov.uk

London ialah sebuah bandaraya global peneraju yang cemerlang dalam bidang seni, perdagangan, pendidikan, hiburan, fesyen, kewangan, kesihatan, media, khidmat profesional, penyelidikan dan pembangunan, pelancongan dan pengangkutan. Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia dan juga mempunyai KDNK bandaraya kelima tertinggi di dunia (dan yang terbesar di Eropah). London pernah disifatkan sebagai ibu kota kebudayaan sedunia. Ia dikunjungi oleh pelancong yang 'paling antarabangsa' di dunia dan London Heathrow ialah salah sebuah lapangan terbang yang paling sibuk dengan penumpang antarabangsa.Dengan 43 buah universiti, London merupakan tumpuan institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Eropah. Pada tahun 2012, London menjadi bandaraya pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas moden sebanyak tiga kali.

London didiami oleh penduduk-penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan dan agama, serta bertutur dalam lebih 300 bahasa. Pada Julai 2010, dengan jumlah penduduk rasmi adalah 7,825,200, London Raya merupakan kawasan perbandaran yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah, dan diduduki oleh 12.5% jumlah penduduk seluruh United Kingdom. Kawasan metropolitan London adalah yang terbesar di EU dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sekitar 12 juta hingga 14 juta. London mempunyai jumlah penduduk teramai antara semua bandar di dunia pada tahun 1831 hingga 1925.

Di London terdapat empat Tapak Warisan Dunia, iaitu: Menara London; Kew Gardens; tapak yang merangkumi Istana Westminster, Westminster Abbey, dan Gereja St Margaret; dan petempatan bersejarah Greenwich (di mana Balai Cerap Diraja (Royal Observatory) menandai Meridian Perdana (garis bujur 0°) dan GMT). Antara mercu-mercu tanda lain yang terdapat di London ialah Istana Buckingham, London Eye, Piccadilly Circus, Gereja Besar St Paul, Jambatan Tower, Dataran Trafalgar dan Stadium Wembley. Di London juga terletaknya pelbagai muzium, balai seni, perpustakaan, tempat bersukan dan tempat-tempat kebudayaan yang sebagainya, termasuk Muzium British, National Gallery, Perpustakaan British, Wimbledon dan 40 buah panggung.London Underground ialah rangkaian tren bawah tanah yang tertua di dunia dan kedua terluas (mengekori Metro Shanghai).

Sejarah

Toponimi

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Nama London mungkin berasal dari Sungai Thames

Asal-usul nama London belum dipastikan. Nama itu merupakan satu nama yang kuno sekali dan boleh ditemui dalam sumber-sumber yang berasal dari seawal abad ke-2. Ia tercatat sekitar tahun 121 sebagai Londinium yang diberi oleh penguasa Rom. Cubaan penjelasan yang terawal tentang perihal ini, tetapi kini diabaikan, dipercayai diusulkan oleh Geoffrey dari Monmouth dalam Historia Regum Britanniae, yang mana nama London berasal daripada seorang Raja Lud yang kononnya menakluki kota ini lalu menamainya Kaerlud.

Sejak tahun 1899, adalah diterima umum bahawa nama London berasal daripada bahasa Celt dan berertitempat milik orang bernama *Londinos; akan tetapi, penjelasan ini sudah pun ditolak. Pada tahun 1998, Richard Coates mengutarakan penjelasan 1998 bahawa ia berasal daripada satu perkataan bahasa Eropah Lama pra-Celt iaitu *(p)lowonida yang bererti 'sungai yang terlalu luas untuk diharungi'. Beliau berhujah bahawa inilah nama yang diberikan kepada sebahagian Sungai Thames yang beralir melalui London; daripada ini, petempatan ini mendapat nama Celtnya, iaitu *Lowonidonjon.

Sehingga tahun 1889, nama "London" hanya memaksudkan Bandaraya London, tetapi semenjak itu ia turut memaksudkan Kaunti London dan kini London Raya.

Prasejarah dan kepurbaan

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Pada tahun 1300, Bandaraya London masih terlingkung dalam tembok binaan Rom.

Walaupun terdapat bukti petempatan Briton yang bertaburan di kawasan London, namun petempatan utama yang sulung diasaskan oleh Rom pada tahun 43 M. Petempatan ini bertahan selama 17 tahun sahaja hingga tahun 61, apabila puak Iceni pimpinan Ratu Boudica merempuh dan meranapkan kota itu. Kemudian, kota London dibina semula dengan perancangan yang bersungguh-sungguh, dan akhirnya mekar dan mengganti Colchester sebagai ibu kota wilayah Britannia jajahan Rom pada tahun 100. Di kemuncaknya pada abad ke-2, London jajahan Rom ini didiami kira-kira 60,000 orang. Menjelang abad ke-7, kaum Anglo-Saxon mendirikan petempatan baru yang dipanggil Lundenwic yang terletak kira-kira satu batu (2 km) ke hulu sungai dari kota Rom yang lama itu, di sekitar tapak yang kini diduduki Covent Garden.

Adalah mungkin bahawa pernah wujudnya sebuah pelabuhan perikanan dan perdagangan di muara Sungai Fleet. Kegiatan perdagangan di tempat ini berkembang hingga kota ini ditawan oleh Viking dan dipaksa berpindah ke arah timur di tapak Londinium demi memanfaatkan tembok-temboknya sebagai perlindungan. Ancaman Viking berterusan hingga tahun 886 apabila Alfred yang Agung menawan semula London dan berdamai dengan ketua Denmark, Guthrum. Kota Saxon asal di Lundenwic diberi nama Ealdwic ("kota lama"); nama itu kekal hingga masa kini sebagai Aldwych yang terletak di Bandaraya Westminster.

Dua penemuan terbaru menunjukkan bahawa London mungkin lebih lama daripada yang disangka sebelum ini. Pada tahun 1999, saki-baki jambatan Zaman Gangsa ditemui di pesisir bawah di utara Jambatan Vauxhall. Jambatan ini sama ada menyeberangi sungai Thames, atau menuju ke sebuah pulau (yang lesap) di tengah sungai itu. Hasil dendrologi menentukan bahawa bahan-bahan jambatan itu berasal dari tahun 1500 SM.

Pada tahun 2010, sebuah tapak binaan kayu yang besar dari seawal 4500 SM, turut ditemui di pesisir bawah Thames, di selatan Jambatan Vauxhall. Fungsi binaan Zaman Mesolitik ini tidak diketahui, tetapi liputannya tidak kurang 50m x 10m, dan terdapat tiang-tiang setinggi 30 cm yang kelihatan ketika air surut. Kedua-dua binaan ini terletak di Tebing Selatan, di suatu titik persilangan semula jadi di mana Sungai Effra mengalir ke dalam Sungai Thames, dan 4 km ke hulu sungai dari Kota London Rom. Tenaga yang diperlukan untuk membina binaan-binaan ini membayangkan perdagangan, kestabilan dan bilangan masyarakat setempat sekurang-kurangnya 100 orang.

Zaman Pertengahan

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Kepungan Lancaster terhadap London pada 1471 diserang oleh serangan tangkas York.

Setelah jatuhnya pemerintahan Rom pada awal abad ke-5, kota London menjadi terbiar. Namun demikian, mulai abad ke-6, sebuah petempatan Anglo-Saxon yang dikenali sebagai Lundenwic berkembang di sebelah barat kota Rom lama itu, di tempat yang kini dikenali sebagai Covent Garden dan the Strand, dan diduduki sekitar 10–12,000 orang. Pada abad ke-9, London diserang bertubi-tubi oleh puak Viking sehingga kota itu terpaksa dipindahkan balik ke kota Londinium zaman Rom itu untuk menggunakan tembok-temboknya sebagai perlindungan. Ekoran penyatuan semula England pada abad ke-10, London yang sudah pun menjadi bandaraya terbesar dan pusat perdagangan terpenting di negara itu turut bangkit sebagai pusat politik yang penting, biarpun masih bersaing dengan Winchester iaitu pusat tradisional kerajaan Wessex.

Pad abad ke-11, Raja Edward sang Pengaku menubuhkan semula dan membina Westminster Abbey dan Westminster, sebuah kawasan kediaman diraja yang terletak tidak jauh ke hulu sungai dari London. Semenjak itu, Westminster beransur-ansur mengambil alih peranan Bandaraya London sebagai pusat perniagaan dan pemerintahan negara.

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Westminster Abbey ialah sebuah Tapak Warisan Dunia dan salah sebuah bangunan yang tertua dan paling penting di London (Canaletto, 1749 M)

Ekoran kemenangan baginda dalam Pertemuran Hastings, William, Adipati Normandy, dimahkotakan sebagai Raja England di Westminster Abbey yang baru siap dibina pada Hari Natal 1066. William membina Menara London, iaitu yang pertama daripada sebilangan besar kubu-kubu Norman di England yang dibina dengan batu-batan, di sudut tenggara kota untuk menakut-nakutkan penduduk asal. Pada tahun 1097, William II memulakan pembinaan Dewan Westminster dekat dengan Abbey itu. Dewan itu menjadi asas kepada Istana Westminster yang baru.

Sewaktu abad ke-12, institusi-insitusi kerajaan pusat yang sebelum ini sentiasa mengiringi kerabat diraja yang berpindah-randah ke merata negara, menjadi semakin besar dan canggih dan juga tertumpu di satu tempat, iaitu Westminster pada kebiasaannya, namun perbendaharaan diraja yang berpindah dari Winchester pula menetap di Menara London. Sementara Bandaraya Westminster berkembang menjadi ibu kota yang sejati dari segi pentadbiran, namun kota jirannya iaitu Bandaraya London kekal sebagai bandaraya terbesar dan pusat perdagangan utama di England yang berkembang mekar di bawah pentadbiran yang tersendiri, iaitu Perbadanan London. Pada tahun 1100, jumlah penduduknya sekitar 18,000 orang; menjelang tahun 1300, jumlah itu meningkat kepada 100,000 orang.

Malapetaka Maut Hitam melanda London pada pertengahan abad ke-14, menyebabkan jumlah penduduknya susut sebanyak satu pertiga. London merupakan tumpuan Pemberontakan Petani pada tahun 1381.

Zaman moden awal

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Kebakaran Besar London meranapkan sebahagian besar kota pada tahun 1666.

Ketika zaman Tudor, gelombang Reformasi menyebabkan negara beralih ke arah mazhab Protestan, dan sebahagian besar kota London bertukar pemilik daripada pihak gereja kepada persendirian. Merkantilisme semakin berkembang dan wujudnya syarikat-syarikat perdagangan monopoli seperti Syarikat Hindia Timur yang meluaskan kegiatan perdagangan ke rantau Dunia Baru (benua Amerika). London menjadi pelabuhan utama di Laut Utara, dan dipenuhi dengan para penghijrah yang tiba dari merata England dan luar negara. Jumlah penduduk meningkat dari sekitar 50,000 orang pada tahun 1530, hingga sekitar 225,000 orang pada tahun 1605.

Pada abad ke-16, William Shakespeare dan tokoh-tokoh yang sezaman dan seumpama dengan beliau tinggal di London ketika perkembangan seni pementasan berdepan dengan tentangan pihak berkuasa. Menjelang akhir zaman Tudor pada tahun 1603, London masih agak padat. Terdapat satu cubaan membunuh Raja James I di Westminster, menerusi Komplot Serbuk Api pada 5 November 1605. London sekali lagi dilanda wabak penyakit pada awal abad ke-17, dan memuncak dengan Wabak Besar yang meragut seramai 100,000 orang atau satu perlima penduduk pada tahun 1665–1666.

Pada tahun 1666, Kebakaran Besar London tercetus di Pudding Lane di tengah kota London dan dengan cepatnya meranapkan bangunan-bangunan buatan kayu yang memenuhi kota ketika itu. Usaha pembinaan semula memakan masa 10 tahun di bawah penyeliaan Robert Hooke selaku Juruukur London. Pada tahun 1708, binaan teragung Christopher Wren iaitu Gereja Besar St Paul siap dibina. Pada zaman George, terbukanya daerah-daerah baru di sebelah barat seperti Mayfair, sementara pembukaan jambatan-jambatan baru yang menyeberangi Sungai Thames merangsang pembangunan di London Selatan. Di sebelah timur pula, Pelabuhan London meluas ke hilir sungai.

Pada tahun 1762, Rumah Buckingham dibeli oleh George III lalu diperbesar selama 75 tahun yang berikutnya. Pada abad ke-18, London dibelenggui jenayah maka Bow Street Runners ditubuhkan pada tahun 1750 sebagai sebuah pasukan polis yang profesional. Sejumlah lebih 200 kesalahan jenayah dikenakan hukuman mati,tidak terkecuali wanita dan kanak-kanak yang digantung atas kesalahan mencuri secara kecilan. Seramai 74 peratus kanak-kanak yang lahir di London mati sebelum mencecah umur lima tahun. Kedai-kedai kopi menjadi tempat yang paling digemari ramai untuk berbahas-bahas, di samping masyarakat yang makin celik huruf serta perkembangan teknologi mesin cetak yang memperluas penyebaran berita; dan Fleet Street pula menjadi pusat akhbar British.

You find no man, at all intellectual, who is willing to leave London. No, Sir,when a man is tired of London, he is tired of life; for there is in London all that life can afford.

Tidak mungkin ada sesiapa, apatah lagi yang bijak pandai, yang sanggup meninggalkan London. Barang siapa yang serik dengan London, maka ia serik dengan kehidupan; kerana hanya di London terdapat segala nikmat hidup.

Sejarah terkini

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
London diserang bertubi-tubi oleh Jerman Nazi ketika peristiwa "the Blitz" pada Perang Dunia Kedua.

London merupakan bandaraya yang terbesar di dunia pada sekitar 1831 hingga 1925. Keadaan London yang begitu sarat dengan penduduk telah mengundang wabak-wabak penyakit taun yang meragut 14,000 nyawa pada tahun 1848, dan 6,000 orang pada tahun 1866. Masalah kesesakan lalulintas yang semakin menjadi-jadi mencetuskan pembentukan rangkaian rel bandar setempat yang pertama di dunia. Lembaga Kerja Raya Metropolitan (Metropolitan Board of Works) menyelia usaha peluasan prasarana. Pada tahun 1889, lembaga tersebut digantikan oleh Majlis Kaunti London, iaitu pentadbiran seluruh bandar pertama di London yang dpilih oleh orang awam. Ketika Perang Dunia Kedua, serangan oleh Luftwaffe Jerman seperti The Blitz mengorbankan seramai 30,000 orang warga London serta memusnahkan banyak rumah dan bangunan di serata kota tersebut. Tidak lama selepas perang, Sukan Olimpik 1948 diadakan di Stadium Wembley yang asal, biarpun pada ketika bandaraya tersebut masih belum pulih daripada kesan peperangan.

Pada tahun 1951, Festival of Britain diadakan di Tebing Selatan. Fenomena Asbut Besar pada tahun 1952 membawa kepada penggubalan Akta Udara Bersih 1956 yang menamatkan gejala kabus "sup kacang pis" yang menodai nama baik London. Mulai 1940-an, London menjadi tempat tinggal bagi sebilangan besar pendatang yang datang dari pelbagai negara Komanwel seperti Jamaica, India, Bangladesh dan Pakistan. Oleh yang demikian, London menjadi salah sebuah bandaraya yang paling pelbagai budaya di Eropah.

Sejak pertengahan 1960-an, London menjadi pusat kebudayaan belia sedunia yang bercontohkan subbudaya Swinging London yang dikaitkan dengan The King's Road, Chelsea dan Carnaby Street. Peranan London sebagai pengasas trend dibangkitkan semula pada zaman punk. Pada tahun 1965, sempadan politik London diperluas untuk mengambil kira pertumbuhan kawasan bandar, maka terbentuknya sebuah Majlis London Raya yang baru. Sewaktu The Troubles di Ireland Utara, London diancam dengan serangan bom oleh IRA Sementara. Ketidaksamaan sesama kaum diserlahkan oleh rusuhan Brixton 1981. Jumlah penduduk London Raya susut secara beransur-ansur dalam puluhan tahun selepas Perang Dunia Kedua, daripada kemuncak sekitar 8.6 juta pada tahun 1939 kepada sekitar 6.8 juta pada 1980-an. Pelabuhan-pelabuhan utama di London berpindah ke arah hilir sungai di Felixstowe dan Tilbury, dengan kawasan London Docklands yang menjadi tumpuan pertumbuhan semula sebagai projek pembangunan Canary Wharf yang lahir daripada kebangkitan London sebagai sebuah pusat kewangan dunia pada tahun 1980-an.

Perintang Thames siap dibina pada tahun 1980-an untuk melindungi London daripada dilanda air pasang dari Laut Utara. Majlis London Raya dibubarkan pada tahun 1986, maka London menjadi satu-satunya kota raya besar di dunia tanpa pentadbiran pusat. Pada tahun 2000, kerajaan seluruh London dipulihkan dengan pembentukan Lembaga London Raya. Untuk menyambut kedatangan abad ke-21, dibinanya Millennium Dome, London Eye dan Jambatan Millennium. Pada 7 Julai 2005, tiga buah tren London Underground dan sebuah bas dua tingkat dibom akibat serangan pengganas.

Pemerintahan

Kerajaan tempatan

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Kawasan-kawasan kecil yang ditetapkan oleh Lembaga London Raya
London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Lembaga London Raya bertapak di Dewan Bandaraya, Southwark

Pentadbiran London terdiri daripada dua tingkat, iaitu tingkat strategik seluruh bandaraya dan tingkat setempat. Pentadbiran seluruh bandaraya diselaraskan oleh Lembaga London Raya (Greater London Authority, GLA), sementara pentadbiran setempat dilaksanakan oleh 33 buah lembaga yang lebih kecil. GLA terdiri daripada dua komponen yang dipilih umum, iaitu Datuk Bandar London (Mayor) yang memegang kuasa eksekutif, dan Dewan Undangan London (London Assembly) yang meneliti keputusan-keputusan Datuk Bandar serta menerima atau menolak usul belanjawan beliau setiap tahun.

Ibu pejabat GLA ialah Dewan Bandaraya (City Hall) yang terletak di Southwark. Lembaga-lembaga setempat pula merupakan majlis-majlis 32 daerah perbandaran serta Perbadanan Bandaraya London (City of London Corporation). Mereka memikul tanggungjawab bagi kebanyakan perkhidmatan setempat, seperti perancangan tempatan, sekolah, perkhidmatan sosial, jalan raya tempatan dan pengumpulan sampah. Setengah peranan, seperti pengurusan sisa, dibekalkan aturan bersama.

Kerja polis di London Raya, kecuali Bandaraya London, disediakan oleh Angkatan Polis Metropolitan (Metropolitan Police Force) di bawah seliaan Lembaga Polis Metropolitan (Metropolitan Police Authority). Bandaraya London pula ada angkatan polis tersendiri, iaitu Polis Bandaraya London (City of London Police). Polis Pengangkutan British memikul tugas polis di perkhidmatan-perkhidmatan National Rail dan London Underground di ibu kota.

Pasukan Bomba London merupakan perkhidmatan bomba dan penyelamat berkanun di London Raya. Perkhidmatan bomba ketiga terbesar di dunia ini dikelola oleh Lembaga Bomba dan Perancangan Kecemasan (London Fire and Emergency Planning Authority). Perkhidmatan ambulans Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (National Health Service, NHS) dibekalkan oleh Amanah NHS Perkhidmatan Ambulans London (London Ambulance Service (LAS) NHS Trust), iaitu khidmat ambulans kecemasan percuma ketika diguna yang terbesar di dunia. Badan amal London Air Ambulance beroperasi bersama LAS di mana ia diperlukan. Pengawal Pantai Diraja (Her Majesty's Coastguard) dan Institusi Bot Penyelamat Kebangsaan Diraja (Royal National Lifeboat Institution) beroperasi di Sungai Thames.

Pemerintahan negara

London merupakan pusat Kerajaan United Kingdom yang terletak di sekitar Istana Westminster. Kebanyakan jabatan kerajaan terletak dekat dengan Parlimen, terutamanya di sepanjang Whitehall, termasuk kediaman rasmi Perdana Menteri di 10 Downing Street. Parlimen British mendapat gelaran "Induk Segala Parlimen" (Mother of Parliaments) kerana ia dijadikan contoh bagi kebanyakan sistem parlimen yang lain di dunia, apatah lagi Akta-Akta yang digubal di sini turut mewujudkan banyak lagi parlimen lain.

Geografi

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Pandangan angkasawan terhadap London

Skop

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Peta pusat bandaraya London

London Raya merupakan subbahagian pentadbiran tahap tinggi yang merangkumi London. Dahulu, semua petempatan hanya terlingkung dalam Bandaraya London kuno yang kecil iaitu teras London masa kini, tetapi disebabkan pembangunan kawasan bandar, Perbadanan Bandaraya menolak cubaan untuk menggabungkannya dengan kawasan-kawasan pinggirannya. Oleh yang demikian, kawasan yang sebetulnya tergolong dalam "London" adalah berbeza mengikut konteks. 40 peratus London Raya diliputi oleh daerah pos London, di mana semua alamat posnya tertulis 'LONDON'.

Kod kawasan telefon London (020) lebih luas lingkungannya, lebih kurang sebesar London Raya, tetapi terkecuali beberapa daerah pinggiran dan juga terangkum daerah-daerah di luar sempadannya. Kawasan dalam lingkungan lebuh raya pekeliling M25 juga sering dianggap sebagai 'London' yang sebetulnya, apatah lagi sempadan London Raya juga dijajarkan dengan lebuh raya itu di sesetengah tempat.

Status

Dalam lingkungan London, kedua-dua Bandaraya London dan Bandaraya Westminster bertaraf bandaraya, dan kedua-dua Bandaraya London dan kawasan London Raya yang selebihnya merupakan dua kaunti istiadat yang berasingan. Lingkungan masa kini London Raya merangkumi kawasan-kawasan yang pernah menganggotai kaunti-kaunti Middlesex, Kent, Surrey,Essex dan Hertfordshire.Taraf London selaku ibu kota England dan seterusnya United Kingdom tidak pernah dikurniakan atau disahkan secara rasmi secara statut mahupun bertulis.

Kedudukan London sebagai ibu negara de facto terbentuk secara resam perlembagaan yang termaktub dalam perlembagaan tak bertulis UK. Ibu negara England berpindah ke London dari Winchester apabila Istana Westminster berkembang menjadi penempatan tetap kerabat diraja pada abad-abad ke-12 dan ke-13, oleh itu London menjadi pusat pemerintahan negara. Dewasa ini, London Raya ditetapkan sebagai sebuah kawasan di England yang dikenali sebagai London dalam konteks ini.

Topografi

London Raya meliputi kawasan seluas 1,583 kilometer persegi (611 bt2) yang diduduki 7,172,036 orang penduduk pada tahun 2001 dengan kepadatan 4,542 inhabitants per kilometer persegi (11,760/sq mi). Lingkungan lebih luas yang dipanggil Kawasan Metropolitan London (London Metropolitan Region atau London Metropolitan Agglomeration) pula meliputi kawasan seluas 8,382 kilometer persegi (3,236 bt2) dengan 12,653,500 orang penduduk dan kepadatan1,510 inhabitants per kilometer persegi (3,900/sq mi). Ciri muka bumi utama di kota London moden ialah Sungai Thames, sebatang sungai yang boleh dilayari kapal dan merentasi kota dari barat daya ke timur. Lembah Thames ialah sebidang dataran banjir yang dikelilingi oleh bukit-bukau beralun landai yang merangkumi Bukit Parlimen, Bukit Addington, dan Bukit Primrose. Sungai Thames dahulu lebih luas dan lebih cetek dengan kawasan rawa yang luas; ketika air pasang, pesisirnya mencecah lima kali lebarnya masa kini.

Sejak zaman Victoria, sungai Thames menjalani proses penambakan yang menyeluruh, sehingga kebanyakan cawang-cawangnya di London kini mengalir di bawah tanah. Oleh sebab air Sungai Thames berpasang surut, London terdedah kepada banjir. Ancaman banjir itu semakin menjadi-jadi sepanjang zaman disebabkan oleh takat air pasang yang beransur-ansur meningkat yang disebabkan oleh tanah Britain yang 'menyenget' secara perlahan (ke arah atas di utara dan ke arah bawah di selatan) kesan pantulan pascaglasier.

Pada tahun 1974, bermulanya kerja pembinaan Perintang Thames selama sedekad di sepanjang Sungai Thames di Woolwich untuk menangani ancaman ini. Sungguhpun perintang tersebut diharapkan berjalan seperti yang diharapkan sehingga kira-kira tahun 2070, namun rancangan untuk memperbesar perintang itu sudah pun dibincangkan.

Iklim

Carta iklim untuk London
JFMAMJJOSOND
 
 
55
 
8
2
 
 
41
 
8
2
 
 
42
 
11
4
 
 
44
 
14
6
 
 
49
 
19
9
 
 
45
 
21
12
 
 
45
 
24
14
 
 
50
 
23
14
 
 
49
 
20
11
 
 
69
 
16
8
 
 
59
 
11
5
 
 
55
 
8
3
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
2.2
 
47
36
 
 
1.6
 
47
36
 
 
1.6
 
53
39
 
 
1.7
 
58
42
 
 
1.9
 
65
48
 
 
1.8
 
70
54
 
 
1.8
 
76
58
 
 
1.9
 
74
57
 
 
1.9
 
68
53
 
 
2.7
 
60
47
 
 
2.3
 
52
41
 
 
2.2
 
47
37
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

London mengalami iklim kelautan sederhana yang serupa dengan kebanyakan kawasan selatan Britain. Biarpun dikenali ramai sebagai kota yang sering dilimpahi hujan, namun yang menariknya, London kurang menerima kerpasan setahun berbanding Rome pada 834 mm (32.8 in), mahupun Bordeaux pada 923 mm (36.3 in). Musim sejuk di situ pada umumnya agak dingin hingga terbentuknya ibun di kawasan pinggir bandar pada purata dua kali seminggu pada bulan November hingga March. Salji biasanya turun sekitar 4 atau 5 kali seminggu pada bulan Disember hingga Februari. Jarang sekali salji turun pada bulan Mac dan April tetapi demikianlah setiap 2–3 tahun. Suhu musim sejuk jarang turun ke bawah paras −4 °C (24.8 °F) mahupun mencecah 14 °C (57.2 °F). Musim panasnya pada umumnya hangat, adakalanya terik, dengan haba yang didatangkan oleh kesan pulau haba bandar yang menyebabkan pusat bandaraya London mampu mencapai 5°C (9°F) lebih panas daripada pinggir bandar. Suhu purata musim panas London adalah 24 °C (75.2 °F). Secara purata, terdapat 7 hari setahun yang melebihi 30 °C (86.0 °F) dan 2 hari setahun yang melebiji 32 °C (89.6 °F). Suhu 26°C (80°F) biasanya terjadi sekali seminggu mulai pertengahan bulan Jun hingga akhir bulan Ogos.

Data iklim untuk London (Greenwich)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 14.0
(57.2)
16.0
(60.8)
21.0
(69.8)
26.9
(80.4)
31.0
(87.8)
35.0
(95.0)
35.5
(95.9)
37.9
(100.2)
30.0
(86.0)
28.8
(83.8)
19.0
(66.2)
15.0
(59.0)
37.9
(100.2)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 8.1
(46.6)
8.4
(47.1)
11.4
(52.5)
14.2
(57.6)
17.9
(64.2)
21.1
(70.0)
23.5
(74.3)
23.2
(73.8)
19.9
(67.8)
15.6
(60.1)
11.2
(52.2)
8.3
(46.9)
15.2
(59.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 2.3
(36.1)
2.1
(35.8)
3.9
(39.0)
5.5
(41.9)
8.7
(47.7)
11.7
(53.1)
13.9
(57.0)
13.7
(56.7)
11.4
(52.5)
8.4
(47.1)
4.9
(40.8)
2.7
(36.9)
7.4
(45.3)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −10.0
(14.0)
−9.0
(15.8)
−8.0
(17.6)
−2.0
(28.4)
−1.0
(30.2)
5.0
(41.0)
7.0
(44.6)
6.0
(42.8)
3.0
(37.4)
−4.0
(24.8)
−5.0
(23.0)
−7.0
(19.4)
−10.0
(14.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 55.2
(2.17)
40.8
(1.61)
41.6
(1.64)
43.6
(1.72)
49.3
(1.94)
44.9
(1.77)
44.5
(1.75)
49.5
(1.95)
49.1
(1.93)
68.5
(2.70)
59.0
(2.32)
55.0
(2.17)
601.5
(23.68)
Purata curahan salji, cm (inci) 24.4
(9.6)
10.8
(4.3)
2.7
(1.1)
0.4
(0.2)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0.2
(0.1)
8.2
(3.2)
46.7
(18.5)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1 mm) 10.9 8.1 9.8 9.3 8.5 8.4 7.0 7.2 8.7 9.3 9.3 10.1 106.6
Purata bilangan hari salji 4 4 3 1 0 0 0 0 0 0 1 3 16
Purata kelembapan relatif (%) 91 89 91 90 92 92 93 95 96 95 93 91 92
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 45.9 66.1 103.2 147.0 185.4 180.6 190.3 194.4 139.2 109.7 60.6 37.8 1,460.2
Sumber 1: Rekod tertinggi dan terendah BBC Weather, kecuali maksimum Ogos dari Met Office
Sumber 2: Semua data lain dari Met Office, kecuali data kelembapan dan salji dari NOAA

Daerah

Bandaraya London dan 32 daerah perbandaran London
  1. Bandaraya London
  2. Bandaraya Westminster
  3. Kensington & Chelsea
  4. Hammersmith & Fulham
  5. Wandsworth
  6. Lambeth
  7. Southwark
  8. Tower Hamlets
  9. Hackney
  10. Islington
  11. Camden
  12. Brent
  13. Ealing
  14. Hounslow
  15. Richmond
  16. Kingston
  17. Merton
London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi Bandaraya LondonBandaraya WestminsterKensington and ChelseaHammersmith dan FulhamWandsworthLambethSouthwarkTower HamletsHackneyIslingtonCamdenBrentEalingHounslowRichmond upon ThamesKingstonMertonSuttonCroydonBromleyLewishamGreenwichBexleyHaveringBarking dan DagenhamRedbridgeNewhamWaltham ForestHaringeyEnfieldBarnetHarrowHillingdon
  1. Sutton
  2. Croydon
  3. Bromley
  4. Lewisham
  5. Greenwich
  6. Bexley
  7. Havering
  8. Barking dan Dagenham
  9. Redbridge
  10. Newham
  11. Waltham Forest
  12. Haringey
  13. Enfield
  14. Barnet
  15. Harrow
  16. Hillingdon

Sejak tahun 1965, London Raya terbahagi kepada 32 daerah perbandaran (boroughs) di samping Bandaraya London kuno. Bandaraya London merupakan daerah kewangan utama sementara Canary Wharf dibangunkan menjadi pusat kewangan dan perdagangan di Docklands di rantau timur.

Selain 33 pecahan rasmi ini, London juga terbahagi kepada daerah-daerah yang tidak rasmi seperti Bloomsbury, Mayfair, Wembley dan Whitechapel. Nama-nama ini mungkin sekadar gelaran, mencerminkan nama-nama desa yang diserap oleh peluasan bandar, ataupun unit-unit pentadbiran yang sudah terganti seperti mukim atau bekas daerah. Nama-nama sedemikian masih digunakan sejak turun-temurun untuk memaksudkan kawasan tempatan yang mempunyai ciri tersendiri tetapi tiada sempadan rasmi pada masa sekarang.

Daerah West End merupakan daerah hiburan dan beli-belah utama yang menarik pelancong ke London. Di kawasan barat London letaknya kawasan perumahan serba mahal di mana harta tanah boleh dijual pada harga puluhan juta paun. Purata harga hartanah di Kensington dan Chelsea ialah £894,000 dengan purata perbelanjaan yang serupa di kebanyakan kawasan pusat bandaraya London.

Daerah East End pula merupakan kawasan yang paling dekat dengan tapak Pelabuhan London yang asal. Kawasan itu ramai dengan penduduk pendatang, dan ia juga merupakan salah satu tempat yang paling kurang berada di London. Kebanyakan kegiatan perindustrian terawal digiatkan di kawasan timur London. Kini, tapak-tapak terbiar di seluruh kawasan itu dibangunkan semula oleh projek Thames Gateway, termasuk London Riverside dan Lembah Hilir Lea yang sedang dibangunkan menjadi Taman Olimpik sempena Sukan Olimpik.

Seni bina

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
30 St Mary Axe, juga dikenali sebagai Gherkin, membayangi St Andrew Undershaft

Bangunan-bangunan di London terlalu beraneka untuk disifatkan dengan mana-mana gaya seni binayang tertentu; antara sebabnya ialah usianya yang berbeza-beza. Sebilangan besar rumah agam dan bangunan awam, misalnya Galeri Negara, dibina daripada batu Portland. Sesetengah kawasan di kota ini, khususnya di sebelah barat pusat bandaraya, dicirikan dengan bangunan berstuko putih atau bercat kapur. Jarang sekali binaan di Pusat Bandaraya London yang wujud sebelum peristiwa Kebakaran Besar pada tahun 1666, iaitu beberapa tinggalan Rom, Menara London dan bangunan-bangunan zaman Tudoryang bertaburan di kota. Bangunan-bangunan sedemikian di kawasan peluaran pula termasuk Istana Hampton Court dari zaman Tudor, iaitu menara Tudor maujud yang tertua di England, yang dibina oleh Kardinal Thomas Wolsey pada sekitar tahun 1515. Gereja-gereja binaan Christopher Wren pada lewat abad ke-17 serta dewan-dewan kewangan dari abad-abad ke-18 dan ke-19 seperti Royal Exchange dan Bank of England, mahupun Old Bailey binaan awal abad ke-20 dan Barbican Estate dari 1960-an merupakan sebahagian daripada warisan warisan seni bina London.

Stesen Janakuasa Battersea yang dibina di tebing sungai barat daya pada tahun 1939 merupakan salah satu mercu tanda setempat. Sesetengah perhentian keretapi merupakan contoh terbaik seni bina Victoria, khususnya St. Pancras dan Paddington. Kepadatan bangunan di London adalah berbeza-beza, dari kepadatan tenaga kerja yang tinggi di pusat bandaraya, kepadatan penduduk tinggi di pedalaman dan kepadatan rendah di peluaran kota.

Tugu Kebakaran Besar London di Bandaraya London bukan sahaja memperingati Kebakaran Besar London yang tercetus di tempat yang berdekatan, bahkan juga menyediakan pemandangan kota yang luas bagi pengunjung yang naik ke puncaknya. Gerbang-gerbang Marble dan Wellington yang masing-masing terletak di hujung utara dan selatan Park Lane, mempunyai kaitan dengan kerabat diraja, begitu juga dengan Albert Memorial dan Royal Albert Hall di Kensington. Nelson's Column ialah sebuah tugu kebangsaan di Dataran Trafalgar, salah satu titik tumpuan pusat bandaraya.

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Istana Buckingham merupakan kediaman rasmi raja Britain.

Pembangunan bangunan tinggi dilarang di sesetengah tapak di mana dikhuatiri akan menghalang pemandangan yang terlindung dari Gereja Besar St Paul. Walau apapun, adanya rancangan untuk membina pencakar-pencakar langit di pusat bandaraya London. Bangunan-bangunan yang lebih tua lazimnya dibina dengan batu-bata, terutama sekali bahan London stock brick yang berwarna kuning atau merah kejinggan dan dihiasi dengan ukiran dan acuan lepa putih.

Di kawasan-kawasan yang lebih padat, sebahagian besar penumpuan itu dicapai dengan bangunan tinggi dan sederhana tnggi. Pencakar-pencakar langit di London seperti 30 St Mary Axe, Tower 42, Broadgate Tower dan One Canada Square biasanya ditemui di dua daerah kewangan, yakni Bandaraya London dan Canary Wharf. Bangunan-bangunan moden terkenal yang lain di London termasuk wisma Dewan Bandaraya di Southwark yang menonjol dengan bentuk bujurnya,dan Perpustakaan British di Somers Town/Kings Cross. Tapak yang dahulunya Millennium Dome, terletak di tepi Sungai Thames ke timur Canary Wharf, kini digunakan tempat acara hiburan O2 Arena.

Taman awam

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Pemandangan Taman Hyde dari udara.

Taman-taman terbesar di kawasan pusat London ialah Taman-Taman Diraja iaitu Taman Hyde, jirannya Kebun Kensington di hujung barat pusat bandaraya London dan Taman Regent di hujung barat. Di Taman Regent terletaknya Zoo London, iaitu taman haiwan saintifik yang tertua di dunia yang terletak dekat tarikan pelancong Muzium Lilin Madame Tussauds.

Dekat lagi dengan pusat London letaknya Taman-Taman Diraja yang lebih kecil, iaitu Taman Green dan Taman St. James. Taman Hyde terkenal khususnya sebagai tempat acara sukan dan konsert terbuka. Di luar pusat bandaraya letaknya sebilangan taman besar, termasuk Taman-Taman Diraja yang masih tinggal di Taman Greenwich di kawasan tenggara dan Taman Bushy dan Taman Richmond di barat daya, dan juga Victoria Park, East London di timur. Bukit Primrose di utara Taman Regent ialah tempat pilihan ramai untuk menyaksikan latar langit kota.

Juga terdapat ruang-ruang terbuka yang tidak rasmi dan separa semulajadi, misalnya Hampstead Heath yang seluas 320-hektar (790-ekar) di London Utara. Ini merangkumi Rumah Kenwood, bekas rumah orang besar-besar dan tempat sukaramai yang mengadakan konsert muzik klasikal dekat tasik pada musim panas untuk menarik ribuan pengunjung demi nikmat muzik, pemandangan dan bunga api pada hujung minggu.

Demografi

Sejajar dengan pengindustrian yang makin pesat, jumlah penduduk London meningkat dengan mendadak sepanjang abad ke-19 dan ke-20, hinggakan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, London merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di dunia sehingga diatasi oleh New York pada tahun 1925. Jumlah penduduknya memuncak pada 8,615,245 orang pada tahun 1939, sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua. Terdapat kira-kira 7,556,900 orang penduduk rasmi di London setakat pertengahan tahun 2007.

Bagaimanapun, kawasan bandar London menjangkau ke luar sempadan London Raya dan menempatkan 8,278,251 orang penduduk pada tahun 2001, sementara kawasan kotarayanya yang lebih luas diduduki seramai 12 hingga 14 orang. Menurut Eurostat, London merupakan bandaraya dan kawasan metropolitan yang paling ramai penduduknya di Kesatuan Eropah serta yang kedua teramai di Eropah (ataupun ketiga jika Istanbul diambil kira). Pada tahun 1991–2001, London menerima kedatangan bersih 726,000 orang pendatang.

Kawasan London meliputi kawasan seluas 1,579 kilometer persegi (610 bt2). Kepadatan penduduknya adalah 4,542 inhabitants per kilometer persegi (11,760/sq mi), iaitu lebih sepuluh kali ganda daripada mana-mana kawasan lain di Britain. Dari segi kependudukan, London merupakan bandaraya ke-25 terbesar dan kawasan metropolitan ke-18 terbesar di dunia. Ia juga menduduki tempat ke-4 di dunia dari segi jumlah penduduk bilionwan (dolar Amerika Syarikat). London merupakan salah satu bandaraya yang paling mahal di dunia, di samping Tokyo dan Moscow.

Kelompok etnik

Ethnic groups

Menurut Jabatan Statistik Negara, berdasarkan anggaran 2009, 69.7 peratus daripada 7,753,600 penduduk London adalah Putih, yang mana 59.5 peratus keturunan British, 2.2 peratus keturunan Ireland dan 8.0 peratus yang selebihnya "Lain-Lain Putih". Lebih kurang 13.2 peratus adalah keturunan Asia Selatan, iaitu 6.2 peratus India, 2.8 peratus Pakistan, 2.2 peratus Bangladesh dan 2.0 peratus "Lain-Lain Asia". 10.1 peratus penduduk London berkulit Hitam, yang mana 5.3 peratus keturunan Afrika, 4.0 peratus keturunan Karibia dan selebihnya "Lain-Lain Hitam". 3.5 peratus warga London adalah keturunan Peranakan; 1.8 peratus Cina; dan 1.7 peratus dalam kelompok etnik yang lain.

Di seluruh London, kanak-kanak berketurunan Hitam dan Asia mengatasi bilangan kanak-kanak Putih enam lawan empat di sekolah-sekolah awam. Bagaimanapun, kanak-kanak Putih mewakili 62 peratus daripada sejumlah 1,498,700 orang penduduk yang berusia 0 hingga 15 tahun berdasarkan anggaran 2009 ihsan Jabatan Statistik Negara, iaitu 55.7 peratusnya berketurunan British Putih, 0.7 peratus Ireland Putih dan 5.6 peratus adalah lain-lain orang putih. Pada Januari 2005, satu tinjauan kepelbagaian etnik dan agama London mengakui bahawa terdapat 300 bahasa yang dituturkan dan lebih 50 komuniti bukan pribumi yang jumlahnya melebihi 10,000 orang di London. Perangkaan Jabatan Statistik Negara menunjukkan bahawa, setakat 2010, jumlah penduduk kelahiran asing di London adalah 2,650,000 orang (33 peratus), meningkat daripada 1,630,000 pada tahun 1997.

Bancian 2001 menunjukkan baahwa 27.1 peratus penduduk London Raya lahir di luar UK.

Agama

Agama di London
Agama Peratus
Kristian
  
58.2%
Tiada agama
  
15.8%
Tidak menyatakan agama
  
8.7%
Islam
  
8.5%
Hindu
  
4.1%
Yahudi
  
2.1%
Sikh
  
1.5%
Buddha
  
0.8%
Lain-lain
  
0.2%

58.2 peratus warga London mengakui diri mereka sebagai penganut agama Kristian. Ini diikuti oleh mereka yang tidak beragama (15.8 peratus), umat Islam (8.5 peratus), Hindu (4.1 peratus), Yahudi (2.1 peratus), Sikh (1.5 peratus), Buddha (0.8 peratus) dan lain-lain (0.2 peratus), tetapi 8.7 peratus tidak menjawab soalan ini dalam Banci 2001.

London pada pokoknya merupakan sebuah kota Kristian yang banyak sekali gerejanya, terutamanya di Bandaraya London. Gereja Besar St Paul yang terkenal di Bandaraya serta Gereja Besar Southwark di selatan Sungai Thames merupakan pusat pentadbiran Anglikan, sementara kediaman utama Ketua Biskop Canterbury, iaitu biskop utama Gereja England dan Golongan Anglikan seluruh dunia, terletak di Istana Lambeth di Daerah Perbandaran Lambeth.

Upacara-upacara kebesaran kebangsaan dan diraja diadakan di Gereja Besar St Paul atau Westminster Abbey. Abbey itu jangan disamakan dengan Gereja Besar Westminster yang berhampiran, iaitu gereja besar Katolik Rom yang terbesar di England. Walaupun gereja Anglikan banyak, namun jumlah penganut sejati mazhab Anglikan amat rendah. Kehadiran di gereja kian lama kian merosot, menurut perangkaan Gereja England.

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Gereja Besar St Paul

Di London juga bertempatnya komuniti Muslim, Hindu, Sikh, dan Yahudi yang besar. Kebanyakan umat Islam tinggal di Tower Hamlets dan Newham; tempat ibadah Muslim yang terpenting ialah Masjid Pusat London di sebelah Taman Regent. Di London juga terletaknya masjid terbesar di Eropah barat, iaitu Masjid Baitul Futuh untuk mazhab Ahmadiyyah.

Komuniti Hindi yang terbesar di London terdapar di kawasan barat laut, iaitu Harrow dan Brent; di Brent letaknya salah sebuah kuil Hindu terbesar di Eropah, iaitu Kuil Neasden. Komuniti Sikh pula tertumpu di London Timur dan juga London Barat di mana letaknya kuil Sikh yang terbesar di dunia luar India.

Majoriti Yahudi British tinggal di London, dan banyak tertumpu di Stamford Hill, Stanmore, Golders Green, Hampstead, Hendon dan Edgware. Saumaah Stanmore dan Canons Park mempunyai keahlian yang teramai di kalangan saumaah-saumaah Ortodoks di Eropah, mengatasi Saumaah Ilford (juga di London) pada tahun 1998.

Ekonomi

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Bandaraya London merupakan salah sebuah pusat kewangan terbesar di dunia di samping Bandaraya New York.

London menjana kira-kira 20 peratus KDNK UK(atau $446 bilion pada 2005); sementara ekonomi kawasan metropolitan London, iaitu yang terbesar di terbesar di Eropah, menjana kira-kira 30 peratus KDNK UK (atau kira-kira $669 bilion pada 2005). London merupakan salah sebuah pusat kewangan terunggu di dunia, dan menandingi Bandaraya New York sebagai pusat kewangan antarabangsa yang paling terkemuka.

Industri terbesar di London ialah sektor kewangan, sementara eksport kewangannya menjadikan bandaraya ini sebagai penyumbang utama kepada imbangan pembayaran UK. Sekitar 325,000 orang bekerja dalam perkhidmatan kewangan di London setakat pertengahan tahun 2007. Lebih daripada 480 bank luar negara beroperasi di London, iaitu lebih daripada mana-mana bandaraya di dunia. Kini, lebih 85% (3.2 juta) tenaga kerja London raya bekerja dalam sektor perkhidmatan. Oleh sebab peranan globalnya yang terpenting, ekonomi London turut terjejas oleh krisis kewangan yang tercetus pada akhir 2000-an. Di Bandaraya London terletaknyaBank of England, London Stock Exchange, dan pasaran insurans Lloyd's of London.

Lebih separuh daripada 100 syarikat tersenarai yang terunggul di UK (FTSE 100) dan lebih 100 daripada 500 syarikat terbesar di Eropah beribu pejabat di pusat bandaraya London. Lebih 70 peratus syarikat-syarikat FTSE 100 terletak di dalam kawasan metropolitan London, dan 75 peratus syarikatFortune 500 membuka pejabat di London.

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Canary Wharf merupakan sebuah pusat perniagaan dan kewangan utama di dunia, dan juga tempat letaknya antara bangunan-bangunan tertinggi di UK.

Di samping perkhidmatan profesional, syarikat-syarikat media UK tertumpu di London, maka industri pengedaran media merupakan sektor kedua paling kompetitif di London. Antara yang ramai mengambil kerja penggiat media termasuk syarikat-syarikat penyiaran awam BBC, mahupun penyiar-penyiar swasta. Kebanyakan surat khabar edaran seluruh negara disunting di London. London merupakan sebuah pusat peruncitan utama, dan pada tahun 2010 ia merupakan bandar mencatat jualan peruncitan bukan makanan yang tertinggi di dunia dengan jumlah perbelanjaan sekitar £64.2 bilion. Pelabuhan London adalah yang kedua terbesar di United Kingdom, mengendalikan 45 milion tan barang dagangan setiap tahun.

London mempunyai lima buah daerah perniagana utama, iaitu Bandaraya, Westminster, Canary Wharf, Camden & Islington dan Lambeth & Southwark. London turut mencatat antara harga-harga harta tanah yang tertinggi di dunia.

Pelancongan

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Muzium Sejarah Alam

Pelancongan merupakan salah satu industri utama di London yang mengambil tenaga kerja seramai 350,000 orang petugas sepenuh masa pada tahun 2003, sementara perbelanjaan pelancong tahunan berjumlah sekitar £15 bilion. Dengan menarik seramai 14 juta pelancong luar negeri setiap tahun, London merupakan bandaraya yang paling ramai pengunjungnya di dunia. London menarik seramai 27 juta pelawat bermalam setiap tahun.

Pada tahun 2010, 10 tarikan yang paling ramai pengunjungnya di London adalah seperti berikut:

  1. Muzium British
  2. Tate Modern
  3. National Gallery
  4. Muzium Sejarah Alam
  5. London Eye
  6. Muzium Sains
  7. Muzium Victoria dan Albert
  8. Muzium Maritim Negara
  9. Madame Tussauds
  10. Menara London
London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
"Tower Bridge"- salah satu simbol terkenal di London

Perhubungan

Pengangkutan merupakan salah satu tumpuan dasar utama yang ditadbir oleh Datuk Bandaraya London, namun bidang kuasa kewangan datuk bandar tidak merangkumi rangkaian keretapi jarak panjang yang memasuki London. Pada tahun 2007, datuk bandar memikul tanggungjawab ke atas beberapa landasan keretapi tempatan yang kini membentuk rangkaian London Overground, di samping tanggungjawab sedia ada ke atas perkhidmatan London Underground, trem dan bas. Rangkaian pengangkutan awam London ditadbir urus oleh Transport for London (TfL), dan merupakan antara yang paling meluas di dunia. Ramai juga penduduk yang berbasikal sebagai pengangkutan persendirian di London.

Laluan-laluan yang membentuk London Underground, di samping juga trem dan bas, menjadi sebahagian daripada sebuah sistem pengangkutan bersepadu pada tahun 1933, apabila terbentuknya Lembaga Pengangkutan Penumpang London (London Passenger Transport Board, LPTB) atau London Transport. Kini, Transport for London (TfL) merupakan perbadanan berkanun yang bertanggungjawab atas sebahagian besar sistem pengangkutan di London Raya, dan dikendalikan oleh sebuah lembaga dan seorang pesuruhjaya lantikan Datuk Bandaraya London.

Udara

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Heathrow (terminal 5 digambarkan) merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di dunia dari segi penerbangan antarabangsa.

London merupakan sebuah pusat pengangkutan udara antarabangsa dengan ruang udara kota yang terbesar di dunia. Lapan buah lapangan terbang memakai nama London dalam namanya, tetapi hanya enam daripadanya disinggahi oleh kebanyakan lalulintas udara. Lapangan Terbang Heathrow London di Hillingdon, London Barat, merupakan lapangan terbang yang paling sibuk bagi penerbangan antarabangsa, dan juga merupakan pangkalan utama syarikat penerbangan kebangsaan UK, British Airways. Heathrow terdiri daripada lima terminal.

Lalu lintas udara antarabangsa dan juga penerbangan bajet jarak dekat turut dikendalikan oleh Lapangan Terbang Gatwick London, yang terletak di West Sussex di selatan London.

Lapangan Terbang Stansted yang terletak di Essex di timur London, merupakan hab utama tempatan untuk Ryanair, sementara Lapangan Terbang Lutondi Bedfordshire di utara London tertumpu pada penerbangan bajet jarak dekat. Lapangan Terbang Bandaraya London, iaitu lapangan terbang yang paling kecil dan paling di pusat, tertumpu khas kepada penumpang bisnes dengan campuran penerbangan berjadual jarak dekat serta lalulintas pesawat persendirian.

Lapangan Terbang Southend London di Essex di timur London ialah sebuah lapangan terbang kecil yang tertumpu pada penerbangan bajet jarak dekat, dan juga merupakan tapak perniagaan EasyJet.

Bas dan trem

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Bas dua tingkat merah merupakan salah satu simbol utama London

Rangkaian bas London adalah antara yang terbesar di dunia, beroperasi 24 jam sehari, dengan lebih 8,000 buah bas, 700 laluan bas, dan lebih 6 juta tumpangan setiap hari bekerja. Pada tahun 2003, rangkaian bas ini mencatat sekitar 1.5 bilion tumpangan setahun, iaitu lebih daripada perkhidmatan Underground. Sejumlah sekitar £850 juta pendapatan diperoleh setahun. London mempunyai rangkaian mesra kerusi roda yang terbesar di dunia, apatah lagi mulai suku ketiga tahun 2007, ia semakin memudahkan penumpang yang kurang upaya pendengaran dan penglihatan dengan sistem pengumuman audio-visual. Bas dua tingkat yang menonjol terkenal di seluruh dunia sebagai lambang utama pengangkutan London di samping teksi hitam dan tren bawah tanah.

London mempunyai rangkaian trem moden yang dikenali sebagai Tramlink, bertapak di Croydon di London Selatan. Rangkaian ini ada 39 hentian, tiga laluan dan mengangkut 26.5 juta orang pada tahun 2008. Semenjak Jun 2008, Transport for London memiliki Tramlink sepenuhnya.

Basikal

Kegiatan berbasikal di London mengalami kebangkitan semenjak awal tahun 2000. Mereka yang berbasikal menikmati perjalanan yang lebh murah lagi cepat berbanding yang menaiki pengangkutan awam atau kereta.

Pelabuhan

Dahulunya pelabuhan terbesar di dunia, Pelabuhan London kini sekadar pelabuhan kedua terbesar di United Kingdom, mengendalikan 45 juta tan kargo setahun. Kebanyakan lalulintas kapal ke London sebenarnya melalui Pelabuhan Tilbury yang terletak di luar sempadan London Raya.

Rel

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
London Underground ialah sistem alihan laju yang tertua di dunia

London Underground, lebih mesra dikenali sebagai "The Tube", merupakan sistem alihan laju yang tertua dan kedua terpanjang di dunia. Semenjak mula beroperasi pada tahun 1863, sistem ini merangkumi 270 stesen dan terbentuk daripada sebilangan syarikat swasta, termasuklah perkhidmatan tren elektrik bawah tanah yang pertama di dunia, iaitu City and South London Railway.

Lebih tiga juta perjalanan dilakukan setiap hari di rangkaian bawah tanah London, bersamaan dengan lebih 1 bilion setiap tahun. Sebuah program pelaburan sedang cuba menyelesaikan masalah kesesakan penumpang dan keutuhan sistem, termasuk £7 bilion yang diperuntukkan khas sempena Sukan Olimpik 2012. London juga dipuji sebagai bandaraya yang memiliki pengangkutan awam terbaik. Docklands Light Railway yang dibuka pada tahun 1987, merupakan sistem alihan laju kedua yang lebih kecilan dan menggunakan kenderaan ringan seakan trem yang berkhidmati di Docklandsdan Greenwich.

Juga terdapat sebuah rangkaian tren subbandar atas tanah yang menyeluruh dan tertumpu di London Selatan yang kurang landasan bawah tanah. Di London terletaknya stesen yang paling sibuk di Britain, iaitu Waterloodengan lebih 184 juta orang yang menggunakan kompeks stesen pertukaran ini setiap tahun (termasuk stesen Waterloo East). Stesen-stesen ini menyediakan perkhidmatan tren ke London Tenggara dan Barat Daya, dan juga sesetengah bahagian Tenggara dan Barat Daya England. Kebanyakan landasan tren berhujung di tengah-tengah London, iaitu setepatnya di 18 stesen terminal kecuali tren Thameslink yang menghubungkan Bedford di utara dengan Brighton di selatan melalui lapangan-lapangan terbang Luton dan Gatwick.

Semenjak tahun 2007, tren berkelajuan tinggi Eurostar menyambungkan St. Pancras International dengan bandaraya-bandaraya Lille, Paris, dan Brussel. Tempoh perjalanan ke Paris dan Brussel yang masing-masing selama 2 jam suku dan sejam 50 minit, menjadikan London lebih dekat dengan tanah besar Eropah berbanding seluruh Britain yang selebihnya semata-mata oleh sebab bersambungnya landasan High Speed 1ke Terowong Selat sementara tren-tren domestik berkelajuan tinggi pertama dibuka pada Jun 2009, menghubungkan Kent dengan London.

Jalan raya

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Simpang lebuh raya M4/M25 berdekatan Lapangan Terbang Heathrow London

Walaupun sebahagian besar perjalanan lalulintas yang melibatkan pusat bandaraya London melibatkan pengangkutan awam, namun kereta lebih diutamakan di kawasan pinggir bandar. Jalan pekeliling dalam(di sekeliling pusat bandaraya), jalan-jalan Lingkaran Utara dan Selatan (di pinggir bandar), dan jalan pekeliling luar (M25, di luar kawasan terbangun) mengelilingi bandaraya ini sambil bersimpang dengan sebilangan laluan-laluan jejarian yang sibuk, tetapi sedikit sekali bilangan lebuh raya yang menembusi pedalaman London. Lebuh raya M25 merupakan lebuh raya pekeliling yang terpanjang di dunia pada195.5 km (121.5 bt). A1 dan M1 menyambungkan London dengan Edinburgh, Leeds dan Newcastle, serupa dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Malaysia.


Pendidikan

Pendidikan tinggi

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Kolej Universiti London ialah sebahagianUniversiti London

London merupakan sebuah pusat utama pendidikan tinggi dan penyelidikan, di mana 43 buah universiti yang membentuk tumpuan institusi pengajian tinggi yang terbesar di Eropah. Pada tahun 2008/09, jumlah penuntut pendidikan tingginya seramai 412,000 orang (kira-kira 17 jumlah keseluruhan UK), yang mana seramai 287,000 orang berdaftar untuk ijazah sarjana muda dan 118,000 lagi menuntut di peringkat pascasiswazah. Pada tahun 2008/09 juga, terdapat sekitar 97,150 penuntut luar negara di London, iaitu kira-kira 25 peratus semua penuntut luar negara di UK.

Di London terletaknya sebilangan institusi pendidikan peneraju dunia. Menurut QS World University Rankings 2011, Imperial College London menduduki tangga ke-6, Kolej Universiti London ke-7 danKing's College London ke-27 di dunia. London School of Economics turut disanjungi sebagai institusi sains sosial terunggul dari segi pengajaran mahupun penyelidikan. London Business School pula dianggap sebagai salah sebuah maktab perniagaan terulung di dunia, apalagi pada tahun 2010, program MBA-nya diberi penarafan tertinggi di dunia oleh Financial Times.

Dengan seramai 125,000 orang pelajar, persekutuan Universiti London merupakan universiti ajaran jarak dekat yang terbesar di Eropah. Ia merangkumi empat buah universiti berbilang fakulti yang besar, iaitu King's College London, Queen Mary, Royal Holloway dan UCL – dan banyak institusi kecil yang lebih terkhusus seperti London Business School, London School of Economics, Royal Academy of Music, dan sebagainya. Setiap anggota Universiti London mengamalkan tatacara penerimaan masuk pelajar yang tersendiri serta menawarkan ijazah tersendiri.

Terdapat sebilangan universiti di London yang berada di luar sistem Universiti London, misalnya Imperial College London, Universiti Metropolitan London (universiti tunggal yang terbesar di dengan seramai 34,000 orang pelajar), University of the Arts London(universiti kesenian, reka bentuk, fesyen, komunikasi dan seni persembahan yang terbesar di Eropah), dan sebagainya.

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Muka depan Royal College of Music

Di London letaknya lima maktab perubatan utama – Barts and The London School of Medicine and Dentistry (anggota Queen Mary), King's College London School of Medicine (maktab perubatan terbesar di Eropah), Imperial College School of Medicine, UCL Medical Schooldan St George's, University of London – serta banyak hospital mengajar yang bersekutu dengannya. London juga merupakan sebuah pusat utama untuk penyelidikan bioperubatan, dan tiga daripada lima pusat sains kesihatan akademi di UK berpangkalan di bandaraya ini, iaitu Imperial College Healthcare, King's Health Partners dan UCL Partners (pusat sedemikian yang terbesar di Eropah).Terdapat juga banyak maktab perniagaan di London, termasuk Cass Business School (anggota City University London), ESCP Business School, European Business School London, Imperial College Business School danLondon Business School. Di London juga terletaknya banyak institusi pendidikan khusus seni, seperti Academy of Live and Recorded Arts, London Contemporary Dance School, RADA,Royal College of Art, Royal College of Music dan Trinity Laban.

Pendidikan rendah dan menengah

Kebanyakan sekolah rendah dan menengah di London adalah sekolah awam yang berada di bawah tadbir urus lembaga-lembaga Daerah perbandaran, tetapi juga terdapat beberapa sekolah swasta di London.

Kebudayaan

Istirahat dan hiburan

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Piccadilly Circus

Di dalam Bandaraya Westminster, terletaknya daerah hiburan West End yang tertumpu di sekitar Dataran Leicester, di mana berlangsungnya tayangan perdana filem sedunia, dan juga Piccadilly Circus yang penuh dengan papan iklan elektronik yang besar-besar belaka.Di sini juga letaknya daerah teater London, di samping banyak pawagam, kedai arak, kelab dan restoran, termasuk daerah Chinatown (di Soho), dan di sebelah timurnya letaknya Covent Garden, sebuah kawasan yang menempatkan kedai-kedai istimewa. Royal Ballet, English National Ballet, Royal Opera dan English National Opera bertapak di London dan membuat persembahan di Royal Opera House, London Coliseum, Sadler's Wells Theatre dan Royal Albert Hall di samping menjelajahi seluruh negara.

Upper Street di Islington yang menjangkau 1 batu (1.6 km) ke utara dari Angel, merupakan jalan raya yang paling banyak kedai arak dan restoran di United Kingdom. Kawasan beli-belah paling sibuk di Eropah ialah Oxford Street yang panjangnya1 batu (1.6 km), oleh itu juga jalan raya beli-belah yang terpanjang di United Kingdom. Di Oxford Street terletaknya sejumlah besar kedai-kedai runcit dan gedung serbaneka, termasuklah cawangan utama Selfridgesyang berprestij. Di sebelah barat daya pula letaknya Knightsbridge di mana letaknya gedungHarrods yang tidak kurang tersohornya.

London adalah tempat tinggal ramai ahli fesyen terkenal seperti Vivienne Westwood, Galliano, Stella McCartney, Manolo Blahnik, dan Jimmy Choo. Maktab-maktab seni dan fesyennya menjadikan London sebuah pusat fesyen antarabangsa di samping Paris, Milan dan New York. London menawarkan pelbagai jenis masakan kerana warga-warganya yang pelbagai latar belakang kebudayaan. Antara tumpuan selera utama di London ialah restoran-restoran Bangladesh di Brick Lane dan kedai-kedai masakan Cinadi Chinatown.

Di London terdapat pelbagai acara tahunan, bermula dengan New Year's Day Parade (Perarakan Hari Tahun Baru) yang agak baru, pertunjukan bunga api di London Eye, parti jalanan kedua terbesar di dunia, tidak lupa juga Karnival Notting Hill yang diadakan pada akhir musim cuti bank Ogos. Antara pesta-pesta tradisional pula ialah Lord Mayor's Show pada bulan November, sebuah acara berabad-abad lamanya yang menyambut pelantikanLord Mayor of the City of London tahunan dengan perarakan di sepanjang jalan-jalanan Bandaraya, serta Trooping the Colour, sebuah pagean tentera rasmi yang diadakan oleh rejimen-rejimen Komanwel dan British pada setiap Jun untuk menyambut Hari Keputeraan Rasmi Ratu.

Kesusasteraan, filem dan televisyen

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Rumah Keats, di mana Keats mengarang Ode to a Nightingale. Kampung Hampstead pernah dijadikan sebuah pusat kesasteraan di London.

London telah dijadikan latar tempat untuk pelbagai karya sastera. Pusat-pusat sastera tradisi London ialahHampstead dan Bloomsbury. Antara para sasaterawan yang dikait rapat dengan London ialah Samuel Pepysyang terkenal kerana merakam penyaksiannya terhadap peristiwa Kebakaran Besar,Charles Dickens yang amat mempengaruhi pandangan orang ramai tentang London yang serba berkabut, dingin dan kotor-bolor pada zaman Victoria, dan Virginia Woolf yang disanjungi sebagai salah seorang tokoh sasteramodenis yang paling terkemuka pada abad ke-20.

Dalam karya Canterbury Tales yang dikarang oleh Geoffrey Chaucer pada lewat abad ke-14, para penziarah berangkat ke Canterbury dari rumah tumpangan Tabard di Southwark, London. William Shakespeare menghabiskan sebahagian besar riwayat dan kerjayanya di London. Ben Jonsonyang hidup sezaman dengan Shakespeare juga menetap di London, maka sesetengah karyanya—terutama sekali dramaThe Alchemist—berlatarkan kota in. A Journal of the Plague Year (1722) oleh Daniel Defoe merupakan pengisahan cereka pada peristiwa Wabak Besar 1665. Karya-karya terkemuka yang berlatarkan London pada abad ke-19 datang dalam bentuk novel-novel Dickens, dan juga siri Sherlock Holmes oleh Arthur Conan Doyle. Antara penulis moden yang amat dipengaruhi oleh London ialah Peter Ackroyd, pengarang "biografi" London, dan Iain Sinclair yang berkecimpung dalam bidang psikogeografi.

London merupakan latar bagi filem Oliver Twist (1948), Peter Pan (1953), The Ladykillers (1955), The 101 Dalmatians(1961), Mary Poppins (1964), Blowup (1966), The Long Good Friday(1980), Secrets & Lies (1996), Notting Hill(1999),Match Point (2005), V For Vendetta (2005) dan Sweeney Todd: The Demon Barber Of Fleet Street (2008). Drama lipur lara EastEnders yang mula-mula ditayangkan pada tahun 1985, turut berlatarkan kota ini. London telah memainkan peranan penting dalam industri perfileman, mempunyai studio perfileman utama di Ealing serta komuniti kesan khas danpascapenerbitan yang berpusat di Soho. Working Title Films beribu pejabat di London.

Muzium dan galeri seni

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Muzium British.

London merupakan tempat terletaknya banyak muzium, galeri, dan balai-balai yang seumpamanya. Kebanyakannya tidak mengenakan bayaran masukan dan merupakan tarikan pelancong dan juga pusat penyelidikan. Antara yang terawal ditubuhkan ialah Muzium British di Bloomsbury pada tahun 1753. Asalnya mengandungi barang-barang purba, contoh sejarah alam serta perpustakaan negara, muzium ini kini menyimpan 7 juta artifak dari seluruh dunia. Pada tahun 1824, Balai Seni Negara (National Gallery) ditubuhkan untuk menyimpan hasil seni lukis Barat dalam koleksi kebangsaan UK; kini, ia terletak di suatu kedudukan yang menonjol di Dataran Trafalgar. Pada separuh akhir abad ke-19, kawasan South Kensington dibangunkan menjadi daerah kebudayaan dan sains "Albertopolis", di mana terletaknya tiga buah muzium kebangsaan utama, iaitu Muzium Victoria dan Albert (untuk seni gunaan), Muzium Sejarah Alam dan Muzium Sains. Balai seni kebangsaan kesenian British terletak di Tate Britain yang asalnya ditubuhkan sebagai imbuhan bagi Balai Seni Negara pada tahun 1897. Dahulunya dikenali sebagai Balai Seni Tate, ia juga menjadi sebuah pusat kesenian moden utama; pada tahun 2000, koleksi berkenaan dipindahkan ke Tate Modern, sebuah galeri baru yang bertempat di bekas Stesen Janakuasa Bankside.

Muzik

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
Royal Albert Hall mengadakan konsert dan acara muzik

London merupakan salah sebuah pusat muzik utama di dunia, baik muzik klasikal mahupun popular, dan tempat terletaknya syarikat-syarikat muzik utama seperti EMI dan juga ramai kugiran, ahli muzik dan pakar industri. Di London juga terdapat banyak dewan orkestra dan konsert, misalnya Barbican Arts Centre (tapak utama London Symphony Orchestra), Cadogan Hall (Royal Philharmonic Orchestra) dan Royal Albert Hall (The Proms). Dua buah dewan opera yang utama di London ialah Royal Opera House dan Coliseum Theatre. Organ pipa yang terbesar di UK boleh ditemui di Royal Albert Hall. Alat-alat muzik terpenting yang lain juga terdapat di gereja-gereja besar. Di London terdapat beberapa buah conservatoire, misalnya Royal Academy of Music,Royal College of Music, Guildhall School of Music and Drama dan Trinity College of Music.

London: Sejarah, Pemerintahan, Geografi 
The O2 Arena

London mempunyai pelbagai tempat untuk mengacarakan konsert rock dan pop, termasuk arena-arena besar sepertiEarls Court, Wembley Arena dan O2 Arena, di samping beberapa tempat acara bersaiz sederhana seperti Brixton Academy, Hammersmith Apollo danShepherd's Bush Empire. Di London juga letaknya cawangan Hard Rock Cafe yang sulung serta Abbey Road Studios di mana kugiran The Beatles merakam kebanyakan lagu hit mereka. Pada 1970-an dan 1980-an, seniman-seniman muzik seperti Elton John, David Bowie,Queen, Elvis Costello,Cat Stevens, Ian Dury and the Blockheads, The Kinks, The Rolling Stones, The Who,Madness, The Jam, The Small Faces, Led Zeppelin, Iron Maiden, Fleetwood Mac, The Police, The Cure, Squeeze dand Sade, menambat hati seluruh dunia dengan memperoleh bunyi-bunyian mereka dari jalan-jalanan dan irama yang bergetar di seluruh London.

London memainkan peranan penting dalam perkembangan muzik punk, dengan tokoh-tokoh seperti Sex Pistols, The Clash, danVivienne Westwood yang semuanya berpangkalan di kota ini. Antara seniman-seniman terkini yang muncul dari persada muzik London adalah Bananarama, Wham!, Spice Girls, Jamiroquai, Blur, Amy Winehouse,Adele, Coldplay, dan George Michael. London juga merupakan pusat muzik urban, terutamanya genre-genre UK garage,drum and bass, dubstep dan grime yang berevolusi di bandaraya ini daripada genre-genrehip hop dan reggae yang diimport.

Bandaraya kembar

Terdapat 46 tempat lain di enam benua yang sama nama dengan London. Di samping perkembaran bandaraya London, daerah-daerahnya turut menjalin hubungan bandar kembar dengan bandar-bandar lain di seluruh dunia. Berikut ialah senarai bandaraya yang menjalin hubungan bandar kembar dengan Lembaga London Raya:

Bandaraya-bandaraya berikut mengikat perjanjian persahabatan dengan London:

Catatan

Pautan luar

Tags:

London SejarahLondon PemerintahanLondon GeografiLondon DemografiLondon EkonomiLondon PerhubunganLondon PendidikanLondon KebudayaanLondon Bandaraya kembarLondon CatatanLondon RujukanLondon Pautan luarLondonBandar gabunganBandaraya LondonBantuan:IPA/EnglishDatuk Bandar LondonEmpayar RomEn-uk-London.oggEnglandFail:En-uk-London.oggIPAKawasan di EnglandKawasan metropolitanLondon RayaSungai ThamesUnited KingdomZaman Pertengahan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Surah Al-InsyirahTenaga Nasional BerhadMyKadJoseph KurupZainol MacWilsonSarah SuhairiSuntikanPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSolat subuhAndai Itu TakdirnyaSheriffAzri IskandarAbang AdikPerakNegara PalestinShaheizy SamBadarawuhi Di Desa PenariParti Keadilan RakyatPenjodoh bilangan bahasa MelayuKamal Affandi HashimNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuClaude FennerMohd Bakri OmarIslamKerenggaSepahtu Reunion Al-RayaPerodua KelisaSandrinna MichelleProton WiraLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSkop ProductionsLabuanProton WajaSepahtu Reunion LiveIbanRosyam NorKarbon dioksidaPasukan Gerakan AmNora DanishSabri YunusKL Gangster 2IsraelAyat kursiRedza RosliSistem pernafasanKodi RasheedNombor dalam budaya CinaPeristiwa 13 MeiFrekuensi radio di TerengganuSharisa HarisNatasha Charmaine RicksonJambatan Pulau PinangDini SchatzmannSainsNor Aliah LeeSekali Lagi Cinta KembaliAlhamdulillahSiti Khadijah HalimAnna JoblingPahamin RajabWanita SyurgaMalayan UnionBandaraya MelakaUniversiti Utara MalaysiaGolongan kata (bahasa Melayu)Nadhir NasarAaron AzizYang di-Pertua Negeri SarawakNabi Musa a.s.Senarai stesen radio di MalaysiaKucingImaginurPersekutuan Tanah MelayuNur FazuraRinggitTugu NegaraSophia Albarakbah🡆 More