Amin Idris

Amin Idris (lahir 4 April 1981) merupakan seorang pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas Malaysia.

Beliau terkenal dengan mengacarakan rancangan televisyen keagamaan. Selain itu, beliau juga telah mengarang beberapa buku yang kebanyakkannya berkonsepkan perihal kepemimpinan remaja.

Amin Idris
Kelahiran (1981-04-04) 4 April 1981 (umur 43)
Nama lain
  • Abid Abdullah
  • Bro Amin
PendidikanIjazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPendakwah bebas, pengacara, penulis, perunding motivasi, personaliti media
Tahun aktif2002–kini
BapaDatuk Idris Abdullah @ Das Murthy

Kehidupan awal

Amin Idris dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak dan dibesarkan di Kelantan. Ayahnya berbangsa India dan Iban, manakala ibunya pula berbangsa Siam, Cina dan Filipina. Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kemudian melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dalam jurusan Bimbingan dan Kaunseling di universiti sama.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai penulis skrip dan kandungan di TV Pendidikan di TV2 pada tahun 2005 hingga 2007, mengacara siaran langsung Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan dan Antarabangsa pada tahun 2007, 2008 dan 2009, juga penyampai rancangan Motivasi Pagi di Radio IKIM dan klip motivasi bahasa Inggeris di TraXX FM.

Sebagai pengacara televisyen, beliau telah mengacarakan beberapa rancangan TV di TV AlHijrah termasuk Assalamualaikum, Pentas Dakwah, Bicara, Apakah Maqasid Syariah? dan Zakat Berbakti sejak 2010 hingga 2016. Kemudian mengacara rancangan Salam Duha di Astro Oasis. Amin mula dikenali umum semasa mengacarakan rancangan Tazkirah Malam Jumaat yang bersiaran di Astro Oasis sejak 2016 hingga kini. Beliau menerima pencalonan bagi kategori Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019. Selain itu, Amin juga mengemudi rancangan TV khas siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Borak Dulu Baru Buka sejak 2021.

Amin juga berjinak-jinak dalam kerjaya nyanyian apabila merakamkan semula lagu "Fikirkan Boleh", nyanyian asal kumpulan Metropolitan dengan diberi nafas baharu.

Kehidupan peribadi

Amin mempunyai minat mendalam terhadap watak adiwira Marvel, Iron Man dan telah mengumpul koleksi istimewa Iron Man termasuk koleksi peribadi sut lengkap.

Kontroversi

Sekitar April 2020, berlaku konflik antara Amin dan Ustaz Abu Syafiq apabila beliau memuatnaik status di media sosial yang melibatkan isu dengan penceramah bebas, Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan maruah Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan. Beliau dilaporkan enggan minta maaf dan enggan membayar ganti rugi RM1 juta kepada Abu Syafiq.

Filemografi

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Kembarku Robot Pengacara Majlis Astro Ceria Penampilan khas

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016–kini Tazkirah Malam Jumaat Pengacara Astro Oasis
2021–kini Borak Dulu Baru Buka TV1 / TV Okey Bersama Khir Rahman & Wany Hasrita

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Hos MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Amin Idris Kehidupan awalAmin Idris KerjayaAmin Idris Kehidupan peribadiAmin Idris KontroversiAmin Idris FilemografiAmin Idris Anugerah dan pencalonanAmin Idris RujukanAmin Idris Pautan luarAmin Idris

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Keluaran dalam negara kasarAina AbdulSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaDidi AstillahKumpulan Wang Simpanan PekerjaPiala Asia B-23 AFC 2024Mustika RatuENabi Muhammad SAWAn-Nuayman bin AmrErry PutraGayatri Su-Lin PillaiSenarai negara mengikut sistem kerajaanSenarai peribahasa (A–M)My Lovely DriverAyat kursiNabila RazaliKristianOrang Asli di MalaysiaMohd Shuhaily Mohd ZainPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaParlimen MalaysiaSepak takrawAzhar SulaimanMierul AimanLaksamana ArmadaKelupisSlot MegaDramaPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Senarai saluran AstroKementerian Perhubungan Republik IndonesiaAbdul Rahman AyobKawasan pilihan raya di MalaysiaTakdir Itu Milik AkuKecerdasan buatanIsrafilShakilla KhoririPerempuan Itu (drama)Dewan Rakyat MalaysiaAnwar IbrahimHospital Sultan Idris Shah SerdangPemboleh ubahMinal 'Aidin wal-FaizinJosiah HoganKementerian Kesihatan MalaysiaKerana Dia SukaRukun NegaraPenjajahan Jepun di Tanah MelayuRazarudin HusainSiksa NerakaDewan Negara MalaysiaBismillahTaman Tasik TitiwangsaAllahAkut (perubatan)Prabowo SubiantoKesultanan DemakKumpulan Rock MalaysiaAshraf SinclairSheila RuslyEda EzrinLelaki ItuHadisMalayan UnionLencana pangkat TLDMLGBT dalam IslamProton Saga (generasi kedua)Jam 24 jamMalaysia MadaniDaerah di SabahSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaSalomaPrivate BodyguardFarah AhmadRaja Zarith SofiahYusof HaslamNadia AqilahImam MahdiRokok🡆 More