Nurshazwany Hasrita Hasbullah (Jawi: نورشذوني حثريتا بنت حسب الله; lahir 24 Disember 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.
Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Menahan Rindu".
Wany Hasrita | |
---|---|
Kelahiran | Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah 24 Disember 1992 |
Pendidikan | Sarjana Muda Sains Perubatan |
Pusat pendidikan | Management & Science University (MSU) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2016–kini |
Pasangan | Mohd Al-Adib Fahmi Harun (k. 2022) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre |
|
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Pengkarya berkait | Tajul Ariff, Wani Syaz |
Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.
Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.
Wany dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Cheras. Wany menempuh persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras, sekolah yang sama dengan rakan artis, Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88. Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.
Wany mula memuat naik video nyanyannya di aplikasi Smule pada 2012 dan mula mendapat perhatian di media sosial.
Pada tahun 2016, Wany telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah empat tahun menjadi artis di bawah label syarikat rakaman tersebut, beliau berjaya mengeluarkan beberapa single hit antaranya "Menahan Rindu, "Terlalu Memuja", "Belenggu Rindu" dan "Canggung".
Di YouTube, single pertamanya, iaitu "Menahan Rindu" ditonton melebihi 35 juta tontonan manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff, iaitu "Disana Cinta Disini Rindu" ditonton melebihi 15 juta tontonan.
Menerusi kedua-dua lagu tersebut, Wany berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 namun demikian hanya lagu "Menahan Rindu" yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL ke-32).
Wany kemudiannya mengeluarkan EP pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 yang bertajuk sama. EP tersebut mengandungi lima lagu iaitu "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul), "Rintihan Rindu", "Ewah-Ewah", "Semaikan Cinta" termasuk "Menahan Rindu" yang tercalon dalam AJL ke-32.
Wany turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem pertama lakonan beliau Tergantung Rindu lakonan Haqiem Rusli dan Tajul Ariff dengan memegang watak diri sendiri yang ditayangkan di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 9 Jun 2018.
Melengkapkan portfolio kerjayanya, Wany menggalas peranan sebagai pengacara rancangan Sembang Sahur di TV3 bersama-sama Issey Fazlisham, Shuk Sahar dan Dayah Bakar.
Beliau mempunyai kelab peminat rasmi, WanyHasnizers yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 yang merupakan suatu kejayaan besar dalam kerjaya seninya. Kemenangan ini sekali gus memecahkan tradisi selama sembilan tahun yang dimenangi pelakon sebagai Bintang Paling Popular. Kali terakhir penyanyi memenangi kategori utama itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ABPBH ke-22.
Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Muna Shahirah, Wani Syaz dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini. Selain itu, Wany turut muncul dengan single, "Sinar Terindah" yang menampilkan duet bersama Wani Syaz.
Wany, bersama Khai Bahar dan Sufian Suhaimi, menjayakan Konsert TRIO 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2019.
Pada 5 Februari 2021, syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City) mengumumkan di akaun rasmi Facebook mereka bahawa muzik video beliau "Cinta Khayalan" akan dilancarkan secara rasmi di YouTube bermula jam 8 malam.
Wany berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2021 dengan lagu "Canggung" dan "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah). "Belenggu Rindu" terpilih untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 dan sekaligus meraih tempat ketiga.
Pada 20 Januari 2022, Wany sekali lagi berkolaborasi bersama Wani Syaz menerusi lagu duet "Sang Purnama". Lagu ciptaan Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King, manakala liriknya ditulis oleh Sang Hitam ini diilhamkan dari kisah percintaan Adam dan Hawa.
Pada 1 hingga 3 Julai 2022, Wany telah berpeluang menjayakan Konsert Tribute Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab bersama-sama dengan artis ternama lain seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim, Shidee dan Ramlah Ram yang berlangsung di Istana Budaya.
Pada tahun 2023, Wany muncul dengan tiga lagu baharu, iaitu "Terpaling di Hari Raya" bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi dan Wani Syaz; "Wira Raya" bersama Muna Shahirah dan Wani Syaz dan "Sakitnya Penantian" menampilkan duet bersama Wani Syaz.
Pada 20 September 2020, Wany telah berkongsi satu ciapan di Instagram miliknya bahawa beliau telah membeli sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor selepas menerima kunci kediaman daripada pemaju.
Pada 12 Julai 2022, Wany mendedahkan bahawa dirinya dan ibunya positif COVID-19. Bagaimanapun, Wany tidak menyatakan secara terperinci bila Wany dan ibunya, dijangkiti virus berkenaan.
Pada 22 Julai 2022, Wany telah sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi bin Harun dengan dua kali lafaz. Pasangan ini sebelum ini telah bertunang pada 26 Februari.
Pada 8 Julai 2023, Wany selamat melahirkan anak perempuan kira-kira pukul 7.14 petang Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur yang diberi nama Aishah Al Iman.
Tajuk | Butiran album |
---|---|
Menahan Rindu |
|
Tahun | Tajuk | Komposer | Lirik |
---|---|---|---|
2016 | "Memori Berkasih" versi Korea (bersama Kim Dong Gyun) | Patrick Khamis | Patrick Khamis & Kim Dong Gyun |
"Menahan Rindu" | Ibnu & Gouffran | Ibnu & Gouffran | |
2017 | "Disana Cinta Disini Rindu" (bersama Tajul Ariff) | Patrick Khamis | Patrick Khamis |
"Lebaran Terindah" | Ibnu | Ibnu & Gouffran | |
"Rintihan Rindu" | Ibnu & Gouffran | Ibnu & Gouffran | |
2018 | "Ewah-Ewah" | Pak Ngah | Siso |
"Rindu Dalam Benci" (bersama Tajul Ariff) | Patrick Khamis | Patrick Khamis | |
"Semarak Syawal" | Pak Ngah | Ad Samad | |
"Semaikan Cinta" | Wanz Baron | Gouffran | |
"Aku Serius" (bersama Tajul Ariff) | Aidit Alfian | Teguh Budima | |
2019 | "Terlalu Memuja" | Sharon Paul | Fedtri Yahya & Gouffran |
"Sinar Terindah" (bersama Wani Syaz) | Wani Syaz | Wany Hasrita | |
"Menanti Di Aidilfitri" | DJ Fuzz | Waris | |
"Belenggu Rindu" (bersama Dato' Jamal Abdillah) | Hael Husaini & Ezra Kong | Hael Husaini & Ezra Kong | |
2020 | "Canggung" | Hael Husaini & Ezra Kong | Hael Husaini & Ezra Kong |
"Raikan Aidilfitri" | LY | Baiduri & Fedtri Yahya | |
"Genderang Cinta" | - | - | |
2021 | "Cinta Khayalan" | Farouk Roman | Amylea |
"Pedas" (bersama Sophia Liana) | Shazee | Altimet & Sophia Liana | |
2022 | "Sang Purnama" (bersama Wani Syaz) | Sang Hitam, Mas Dewangga & Aden King | Sang Hitam |
"Kucuma" (bersama Dato' Jamal Abdillah) | A. Ramlee & Ezra Kong | A. Ramlee & Ezra Kong | |
2023 | "Terpaling di Hari Raya" (bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi & Wani Syaz) | DJ Fuzz | W.A.R.I.S |
"Wira Raya" (bersama Muna Shahirah & Wani Syaz) | Iqie Hugh & Ezra Kong | Iqie Hugh, Wani Syaz & Ezra Kong | |
"Sakitnya Penantian" (bersama Wani Syaz) | A.Ramlee & Ezra Kong | A.Ramlee & Ezra Kong | |
"Cinta Hatiku" | Rudy Nastia | Mawar Kasih |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Sembang Sahur | Pengacara | TV3 | Bersama Issey Fazlisham, Shuk Sahar & Dayah Bakar |
2021 | Borak Dulu Baru Buka | TV1 | Bersama Amin Idris | |
Sepahtu Reunion Al-Raya | Cik Nana | Astro Warna | Artis jemputan | |
Sepahtu Reunion Live | Natasha | Episod: "Mencari Sepatu Yang Hilang" | ||
2022 | Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini | Pengacara | TV1 / TV Okey | Bersama Amin Idris & Khir Rahman |
2023 | Apa Nak Masak Ni? | TV3 | Bersama suaminya | |
Borak Dulu Baru Buka | TV Okey | Bersama Amin Idris & Khir Rahman | ||
2024 | Borak Dulu Baru Buka | TV1 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Tergantung Rindu | Dirinya sendiri | Astro Citra | Drama bersiaran Bulan Ramadhan |
2019 | Cerita Raya Luar Biasa | Astro Ria | Drama bersiaran Hari Raya Aidilfitri | |
2021 | Jin | Ayu | Astro Citra | Citra Eksklusif |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Artis Baharu Wanita Popular | "Menahan Rindu" | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Anugerah Planet Muzik 2017 | Artis Baru Terbaik Wanita | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | ||
Ikon Media Sosial | Tercalon | |||
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 | Penyanyi Wanita Hot | "Menahan Rindu" | Tercalon | |
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar | Menang | |||
2018 | Anugerah Digital Muzik Era 2018 | Artis Era Jaa TV Terbaik | Menang | |
Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Menang | ||
Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 | "Menahan Rindu" | Menang | ||
Anugerah Juara Lagu 32 | Terbuka | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP Era ke-5 | Artis Baharu MeleTOP | Tercalon | ||
Penyanyi MeleTOP | ||||
Lagu MeleTOP | ||||
Group/Duo MeleTOP | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | ||
MYSC Awards 2018 | MYSC Breakthrough Awards (Female) | "Menahan Rindu" | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | |
Penyanyi Wanita Popular | "Rintihan Rindu" | Menang | ||
Bintang Paling Popular | Menang | |||
2019 | Anugerah Digital Muzik Era 2019 | Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era | "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul) | Tercalon |
Temubual Terbaik Carta Era 40 | Tercalon | |||
Anugerah MeleTOP Era ke-6 | Penyanyi MeleTOP | "Menahan Rindu" | Tercalon | |
Lagu MeleTOP | Tercalon | |||
Group/Duo MeleTOP | "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul Ariff) | Tercalon | ||
Anugerah Stail EH 2019 | Selebriti Pencapaian Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Penyanyi Wanita Popular | "Ewah-Ewah" "Semaikan Cinta" | Tercalon | |
2020 | Anugerah Digital Muzik Era 2020 | Fan Club Paling Ngam (Wanyhasnizers) | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Lagu MeleTOP | "Terlalu Memuja" | Tercalon | |
Penyanyi MeleTOP Era | ||||
Group/Duo MeleTOP | "Aku Serius" (duet bersama Tajul Ariff) | |||
Group/Duo MeleTOP | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia | "Terlalu Memuja" | Menang | |
Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | Tercalon | ||
FC FANtastik Popular | Wanyhasnizers | |||
JOOX Top Music Awards (Year End 2020) | Top 5 Hit Tahun 2020 (Lokal) | "Canggung" | Menang | |
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | Tempat Ketiga | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia | "Canggung" | Tercalon | |
2022 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Video MeleTOP | MV Canggung | Menang |
Anugerah Industri Muzik ke-23 | Lagu Pop Etnik terbaik | "Ku Cuma" (duet bersama Jamal Abdillah) | Tercalon | |
"Sang Purnama" (duet bersama Wani Syaz) | ||||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38 | Terbuka | "Kucuma" (duet bersama Afieq Shazwan yang menggantikan Jamal Abdillah) | Tercalon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wany Hasrita, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.