Akira Khan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan.
Drama ini dibintangi oleh Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Siri drama ini memulakan tayangan perdananya menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria bermula 18 Januari 2023 bagi menggantikan drama Cina Buta.
Akira Khan | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Akira Khan karya Ammara Ayyash |
Ditulis oleh | Haida Mazni Mohammad |
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Akira" - Ezad Lazim ft Salma Asis |
Lagu penutup | "Akira" - Ezad Lazim ft Salma Asis |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | SR One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 18 Januari 2023 – 2 Mac 2023 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cina Buta |
Diikuti oleh | Andai Itu Takdirnya |
Pertemuan yang singkat membuatkan Akira menjadi angau. Tangisan lukanya menjadikan gadis itu lemah dan tersungkur menjadi hak mutlaknya. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada penghujung, “Sayang?” Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira? Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. Tetapi Akira tekad untuk mencari suaminya semula. Namun dia pula dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin, wanita yang pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin. "Ke mana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you go? Where were you when I need you?" Mata Radin mencerlung tajam ke arah Akira. "When you need me?" Akira ketawa pedih. "If you really need me, you will find me.” Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula. Akira merasakan dirinya dikhianati kerana selama kehilangannya, tiada yang mencari namun kedatangannya seolah-olah dirai. Siapa sebenarnya yang Radin nak? Dia atau Liyana? “Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh!” Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Akira Khan, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.