Sinar Harian: Akhbar harian Malaysia

Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia.

Ia pertama kali diterbitkan pada 31 Mac 2006 untuk pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, Edisi Selangor dan Kuala Lumpur juga diedarkan di sekitar Lembah Kelang, Edisi Melaka & Negeri Sembilan, Edisi Perak serta Edisi Utara untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Akhbar ini diterbitkan lima hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat.

Sinar Harian
Sinar Harian: Akhbar harian Malaysia
Halaman muka depan edisi Selangor & KL
JenisAkhbar harian
FormatKompak
Diasaskan31 Mac 2006
Pemihakan politikBebas[perlu rujukan]
BahasaBahasa Melayu
Ibu pejabatShah Alam, Selangor
Edaran150,000
PemilikKumpulan Karangkraf Sdn Bhd
PenerbitUltimate Print Sdn Bhd
PengarangAbdul Jalil Ali
Laman sesawangwww.sinarharian.com.my

Ciri-ciri

Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Telus dan Tulus". Akhbar ini mempunyai 48 halaman ( sebelum era Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 ) kini hanya 40 halaman dan berharga "samah" atau 50 sen sahaja di awal keluarannya. Namun kini, ia berharga RM1.50. Mulai Jun 2018, Sinar Harian Edisi Negeri telah berubah wajah, sekaligus menampailkan edisi baharu , Edisi Tengah ( Selangor , Kuala Lumpur dan Pahang Darul Makmur ), Edisi Utara ( Perlis , Kedah, Pulau Pinang dan Perak Darul Ridzuan . Manakala Edisi Selatan merangkumi negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Edisi Timur pula khas buat negeri Kelantan dan Terengganu. Ia memaparkan berita semasa , nasional selain sukan, mahkamah / jenayah , wanita , Sinar Xtra dan global.

Sinar Harian juga mempunyai keunikan tersendiri apabila mempunyai segmen komik ringkas khas yang diberi nama Ek Eleh, selain mempunyai ruangan khas untuk Wacana Sinar Harian dan Wacana Al Quran. Sinar Harian juga mempunyai ruangan khas bagi sebarang promosi pengiklanan dan kolum penulis terkemuka selain pendapat awam di kolum Iklaneka , Aduan dan Addin.

Ia dicetak dan diterbitkan oleh Ultimate Print Sdn Bhd[1] yang berpengkalan di Shah Alam , Selangor Darul Ehsan.

Sejarah

Sinar Harian pertama kali diterbitkan pada Ogos 2006, yang edarannya hanya merangkumi negeri Kelantan dan Terengganu. Pada April 2007, Edisi Pahang pula menyusul. Sebelum itu, Edisi Kelantan dipisahkan dengan Terengganu untuk lebih ruang laporan daerah mereka. Hujung tahun 2007, Edisi Selangor dan Wilayah Persekutuan pula diterbitkan. Setahun kemudian, Sinar harian diterbitkan pula di Negeri Sembilan dan Melaka serta di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Edisi Perak mula diterbitkan pada Januari 2009. Pada 18 Jun 2010, edisi semenanjung terakhir iaitu Edisi Johor diterbitkan.

Rujukan

Tags:

200631 MacBahasa MelayuIsninJumaatKedahKelantanLembah KelangMalaysiaPahangPerlisPulau PinangTerengganu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KonfusianismeAbang Johari Tun OpengKuala TerengganuWhatsAppJabatan Kastam Diraja MalaysiaPerdana Menteri Malaysia17 PuasaKawasan bandarPasukan bola sepak kebangsaan PolandNegeri SembilanPembentukan MalaysiaBahasa MelayuNombor telefon di MalaysiaMYTV BroadcastingSiti HariesaHulu LangatBadmintonParsiFalsafahJohorIndera BangsawanJohor Darul Ta'zim F.C.Polis Diraja MalaysiaHukum Kanun MelakaFunanHishammuddin HusseinNabi Yusuf a.s.Matlamat Pembangunan MampanMetadataSultanah ZanariahWanna AliPilihan raya umum presiden Indonesia 2024Sijil Tinggi Persekolahan MalaysiaP. RamleeSaadiahAin EdrucePuasa (Islam)Atikah SuhaimePerayaan QingmingHun HaqeemKadazan-DusunLiga Super Malaysia 2024–25BiendaKajangHang TuahGaris kasar sains fizikalSabahRiena DianaSheikh Muszaphar ShukorDollaAndai Itu TakdirnyaAmin IdrisKata ganti diriBukan Sekadar LafazKerajaan Persekutuan MalaysiaManatiSultan Mizan Zainal AbidinAedy AshrafPasukan bola sepak kebangsaan YamanIpohSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiRoy AzmanSungai Batu, KedahSlot SamarindaThailandAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaBahasa-bahasa RomawiSophia AlbarakbahAl-Masih ad-DajjalJangan Menangis Cinta (drama)Bugis18 Puasa di Kampong PisangRaja Zarith SofiahSalomaHari Paskah BesarKuchingHari Kebangsaan MalaysiaElly Arifin🡆 More