Jumaat: Hari keenam dalam seminggu, selepas hari Khamis

Jumaat (Jawi: ‏جمعة‎code: ms is deprecated ‎, bahasa Inggeris: Fridaycode: en is deprecated ; juga Jumat di Riau, Ind.) merupakan hari keenam dalam seminggu terletak antara Khamis dan Sabtu.

Etimologi

Perkataan "Jumaat" meminjam dari Arab: الجُمُعَة, rumi: al-jumu`ah dibentuk daripada akar ج م ع‎ yang memberi makna "menghimpunkan" atau "mengumpulkan", atau dalam tafsiran lainnya "menambahkan sesuatu bahagian kepada bahagian [lain]" (ضم الشيء بعضه إلى بعض‎)

Kata jumaat ini juga pernah digunakan untuk mengaitkan dengan suatu tempoh tujuh hari yang kini disebut minggu atau pekan ("sejumaat").

Kepentingan

Agama

Pada hari ini orang-orang Islam akan berkumpul dan mengerjakan solat Jumaat di masjid beramai-ramai pada waktu tengah hari bagi menggantikan solat Zohor. Bagi mereka, hari ini merupakan hari yang paling istimewa.

Para penganut agama Kristian juga digalakkan beribadah pada hari ini terutamanya dalam kalangan beraliran Gereja Katolik, Anglikan dan Ortodoks Timur:

  • Para penganut Katolik tidak sahaja disyorkan berpuasa malah juga ditegah memakan daging merah
  • Penganut Ortodoks Timur pula ditegah makan semua jenis daging dan bahan sepuncanya termasuk ayam itik, tenusu dan ikan.

Ada juga satu perayaan penting disambut pada hari ini dalam minggu sama sebelum Paskah yang jatuh hari Ahad berikutnya, iaitu Jumaat Agung yang memperingati penyaliban Yesus Kristus.

Penganut agama Yahudi turut memulakan suatu "istirahat" mereka pada senja hari ini sampailah senja hari Sabtu dipanggil Shabbat di mana sebarang kegiatan bekerja yang ditetapkan dalam Mishnah ditegah sambil pembacaan kitab Taurah digalakkan

Budaya setempat

Ada sesetengah alam masyarakat Barat yang percaya tahayul bahawa bala dan malang akan menimpa pada hari Jumaat bertarikh 13 dalam sesebuah bulan.

Di Malaysia, hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sesetengah syarikat mengamalkan hari berpakaian bersahaja asalkan segak pada hari Jumaat, sebaliknya pada hari-hari kerja yang lain, semua kakitangan dikehendaki berpakaian lebih formal. Hal ini adalah kerana bagi syarikat-syarikat yang cuma bekerja selama 5 hari dalam seminggu, hari Jumaat ialah hari terakhir.

Rujukan

Tags:

Jumaat EtimologiJumaat KepentinganJumaat RujukanJumaatBahasa bahasa InggerisHariKhamisMingguSabtuTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Peraturan bola jaringTalasemiaPenanda wacanaPasukan Gerakan AmInfrastrukturKrisis airPersatuan Negara-negara Asia TenggaraHari BumiMakkahSolat subuhBruneiBurung Murai BatuIsrak dan MikrajAmerika SyarikatNabi Adam a.s.KL Gangster 2AyamKerana Dia SukaNepenthesBungaSiti Nurhaliza2024 di MalaysiaPerodua AxiaShukri YahayaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuSharifah ShahirahSulfur dioksidaZainol MacWilsonNazim OthmanTelaga BarhutKhalid bin al-WalidSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiRejimen Askar Melayu DiRajaSyarikat swastaPolis EVO 3Kalki 2898 ADKuantanZiana ZainProton SagaPerkara yang dilarang dalam IhramBahagian di SarawakPneumoniaOne Cent ThiefKanun KeseksaanAb Rauf YusohHantu dalam masyarakat MelayuSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Abdul Razak HusseinPetronasFrekuensi radio di KedahKelapa sawitSyafiq YusofPerang Dunia KeduaSlot LestaryPutri JannahMikroplastikMira FilzahAzhar IdrusSistem pernafasanYusof HaslamBaju MelayuNusantaraA FamosaGerak KhasIslamNitrogenMasya-AllahDaniella SyaTalbis IblisAl-Masih ad-DajjalBeto KusyairyAkut (perubatan)SingapuraAnugerah AidilfitriSistem pembiakan perempuanErma FatimaKata kerja transitifSiksa Kubur🡆 More