Ain Edruce: Pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia

Nurulain Edruce (lahir 4 Ogos 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih Paksa Rela.

Ain Edruce
Kelahiran
Nurulain binti Idrus

(1991-08-04) 4 Ogos 1991 (umur 32)
PendidikanIjazah Sarjana Komposisi Muzik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2011–2012
2015–kini
Ketinggian170 cm (5 ka 7 in)
PasanganAmirul Hafiz Mustaffa (k. 2019)
Anak-anak1

Kerjaya

Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model, seterusnya memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications. Empat tahun kemudian, selepas tamat belajar di UiTM, beliau mengacarakan rancangan Girls Only Show yang bersiaran di Hypp Inspirasi, saluran gaya hidup Unifi TV. Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3.

Beliau juga pernah menyertai rancangan televisyen realiti, Lari: Misi Mr. X bersama Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah. Ain berlakon dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Intan Najuwa dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Rosnaida. Ia kemudian diikuti oleh Kenyalang I'm In Love lakonan bersama Hafeez Mikail, beliau melakonkan watak Wanda. Ain menggalas peranannya sebagai salah seorang pengacara rancangan Pop Express di ntv7.

Ain juga berjinak-jinak di dalam bidang nyanyian pula apabila mempertaruhkan singlenya yang berjudul "Overthink", percubaan pertamanya sebagai penyanyi yang juga merupakan kolaborasi bersama personaliti YouTube, Akwa Ariffin yang dilancarkan pada 1 Januari 2020.

Pada 4 September 2020, Ain dilantik sebagai Ketua Pegawai Diskaun Lazada Malaysia.

Pada tahun 2022, Ain menjadi pengacara baharu rancangan I Can See Your Voice Malaysia musim kelima bersama Izzue Islam dan Melodi bersama Haziq Hussni.

Pada Mac 2023, Ain dipilih sebagai wajah untuk kempen Seindah Kasih anjuran TV3. Pada masa yang sama, beliau berlakon dalam drama My Name Is Lola bersama Izzue Islam.

Kehidupan peribadi

Ain Edruce merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.

Beliau bertunang dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019, dan berkahwin pada 13 Disember. Beliau dan suami, Amirul Hafiz dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 19 Mei 2021. Pasangan ini menamakan anak sulung mereka sebagai Soraya.

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Gadis Semasa Sunsilk Tuti TV3 Drama pertama
2017 Kekasih Paksa Rela Rosnaida
Cinta Hati Batu Mega Ariyana
2018 Kenyalang I'm In Love Wanda
2019 30 Pesanan Suara Fatin
Iktibar Arisa Episod: "Derita Di Sebalik Nafsu"
2020 Camelia Marina
2023 My Name Is Lola Lola
TBA Kerana Takdir Najuwa

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Personal Shopper Adik Astro Ria Telefilem pertama
2018 My Sweet Madu Bella NTV7
Raya Tina Raya Timah Tina TV2
2019 Suluhkan Aku Cahaya Dr. Zulaikha TV3
Resort Berhantu Rosalinda Telefilem khas sempena DFKL 2019
Siti Selfie Siti TV2
2020 Perang Dingin Dayana Awesome TV

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Girls Only Show Unifi TV
Mad Markets Pengacara Go Asean
Lari: Misi Mr. X Ahli tetap TV3
2016 Dari Bilik Sebelah (Anugerah Skrin 2016)
Karpet Merah (Anugerah Skrin 2016)
2017 MBuzz Pengacara
2018 Trolley vs Backpackers TV Okey
Pop Express Pengacara ntv7
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) Artis jemputan
2018–2022 Jenaka Kampung Kalut (JKK) Lola TV3
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pengacara pra-persembahan Astro Ria mengacara bersama Haniff Hamzah
Arena Panggang (Musim 2) Tetamu jemputan Astro Warna
J-POP Pengacara mengacara bersama Jiggy Masin
Ketuk-Ketuk Ramadan Tetamu jemputan TV1
Muzikal Lawak Superstar Peserta Astro Warna bersama kumpulan Titans
2020 Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula Pengacara Aplikasi Lazada & YouTube Rasmi TV3MALAYSIA Official mengacara bersama Fad Bocey & Amy Mastura
Lazada Chief Discount Officer
Cannot Brain Astro Warna
2021 Lagu Cinta Kita (Musim 3) Pengacara TV3 mengacara bersama Kamal Adli
Anugerah Drama Sangat 2021 mengacara bersama Nabila Huda
2022 I Can See Your Voice Malaysia (musim 5) mengacara bersama Izzue Islam
Karaoke Superstar Astro Ria mengacara bersama Datuk Aznil Haji Nawawi
2022–kini Melodi TV3 mengacara bersama Haziq Hussni
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 mengacara bersama Johan
2024 Yak Yak Yey! Astro Warna

Siniar

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2024 Studio Sembang Artis Jemputan bersama Amelia Henderson & suaminya

Diskografi

Single
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2020 "Overthink" Akwa Ariffin

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah Zalora Style 2016 Female Style Star Dirinya sendiri Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ain Edruce KerjayaAin Edruce Kehidupan peribadiAin Edruce FilemografiAin Edruce DiskografiAin Edruce Anugerah dan pencalonanAin Edruce RujukanAin Edruce Pautan luarAin EdruceKekasih Paksa Rela

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KedahMasya-AllahTengku Ismail Leon PetraSultan Mizan Zainal AbidinKomputerKetumSepupuOrganisasi tenteraBryan DomaniSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Liga Super Malaysia 2024–25Tanah Melayu BritishSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaPontianak Harum Sundal MalamRinggitHael HusainiSoffi JikanSabahMohd Noor Helmy Abdul HalemCapriceKelupisSejarah MelakaHang TuahPeraturan bola jaringDemokrasiTauhid RububiyahAina AbdulPulau TiomanDaun salamHulu LangatPulau PinangHalim RadziTerlanjur Cinta (drama web)KomanderDadahPutrajayaLaluan Kelana JayaPegawai memerintahKhalid Mohamad JiwaJabatan Perangkaan MalaysiaSherry AlhadadHari Raya AidilfitriPolio10 Briged ParaAzri IskandarKhadijah binti KhuwailidGrup Gerak KhasMenteri Pendidikan MalaysiaHari Raya AidiladhaTuanku Ja’afarHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMMerdeka 118Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaSenarai stesen televisyen di MalaysiaAgama BuddhaPegawai WaranKodi RasheedDewan Negeri SelangorLee Kee HiongNajua NasirSiri Modenas KrissSolat subuhGajusDe FamPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Polis EVO 3BangladeshSiti NurhalizaPerpaduanBahasa Melayu MalaysiaSyed Mokhtar Al-BukharyKL Gangster 2Proton ExoraMata anginAbdul Rahim Mohd NoorLumut, PerakSenarai kata pinjaman bahasa Melayu🡆 More