Pontianak Harum Sundal Malam

Pontianak Harum Sundal Malam (disingkat sebagai PHSM) ialah sebuah filem seram Malaysia 2004 arahan dan skrip oleh Shuhaimi Baba.

Dibintangi oleh Maya Karin yang memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam, filem ini mengisahkan tentang semangat resah yang ingin membalas dendam. Ia menjangkau dua era, dengan pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan pada separuh masa pertama dan pencarian keadilan pada babak kedua. Azri Iskandar, Rosyam Nor, Ida Nerina dan Kavita Sidhu melakonkan watak pembantu. Filem ini ditayangkan pada 20 Mei 2004 dan telah memperoleh jualan tiket sebanyak RM3.2 juta. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri. Kesinambungannya, Pontianak Harum Sundal Malam II ditayangkan pada 24 November 2005, manakala filem ketiganya sedang dalam perancangan. Ini merupakan filem seram Malaysia pertama dalam tempoh lebih 3 dekad.

Pontianak Harum Sundal Malam
Pontianak Harum Sundal Malam
Poster keluaran tayangan
PengarahShuhaimi Baba
PenulisShuhaimi Baba
Dihasilkan oleh
  • Shuhaimi Baba
  • Aida Fitri Buyong (eksekutif)
  • Mahyidin Mustakim (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiMohd Filus Ghazali
Disunting olehMior Hashim Manap
Muzik olehAjai
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
20 Mei 2004 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.2 juta
Pecah panggungRM 3.2 juta

Sinopsis

Ia mengisahkan rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam (Maya Karin) tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani (Azri Iskandar) dan Danial (Shahronizam Noor). Meriam akhirnya memilih dan menerima Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria (Maya Karin) yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman (Eizlan Yusof) dan tunangnya, Anna (Kavita Sidhu). Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?

Pelakon

Penerbitan

Pontianak Harum Sundal Malam diarahkan oleh Shuhaimi Baba yang sebelum ini mengarahkan filem Layar Lara (1997) dan Mimpi Moon (2000). Beliau menulis skrip filem ini pada tahun 2000 dan telah dirombak sebanyak 9 kali sebelum diluluskan untuk penggambaran.

Tajuk asal filem ini ialah Pontianak Harum Sedap Malam, kemudian ditukar kepada Harum Sundal Malam. Sewaktu pra-penerbitan dijalankan, tajuknya ditukar kepada Pontianak Harum Sundal Malam. Menurut Shuhaimi, tajuk itu dikekalkan selepas mengambil kira pandangan daripada peminat filem, pakar bahasa dan pengkritik seni. Untuk filem ini, Shuhaimi menggunakan teknik rakaman suara secara terus di lokasi dan dirakam menggunakan kamera berdefinisi tinggi (HD), manakala teknik CGI melibatkan kos kira-kira RM500,000.

Penyanyi Indonesia, Anggun pada mulanya dipertimbangkan untuk melakonkan watak Meriam. Bagaimanapun, menolak tawaran tersebut dan tempat beliau digantikan oleh Maya Karin. Maya berkata, melakonkan dua watak dalam Pontianak Harum Sundal Malam mungkin agak biasa baginya tetapi apabila membawakan tiga watak sekali gus, ia bukan saja memerlukan tenaga malah keupayaan menukar emosi dan penghayatan dalam tempoh yang singkat.

Filus Ghazali berkhidmat sebagai pengarah fotografi, manakala Mior Hashim Manap mengendalikan suntingan. Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM2.2 juta dengan penggambaran dijalankan pada Jun hingga Ogos 2003 di Kampung Paku Laris, Sungai Lembing (Pahang); Ampang, Sungai Penchala (Kuala Lumpur); Istana Bandar, Jugra; Rimbun Dahan, Tasik Biru Kundang (Kuang); Taman Rimba, Taman Tun Dr. Ismail; Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam (Selangor).

Tema

Dalam tipologi beliau mengenai perfileman Malaysia, A. Wahab Hamzah, menulis untuk Utusan Malaysia memerhatikan bahawa Pontianak Harum Sundal Malam ialah usaha Shuhaimi Baba menghasilkan filem seram yang berdasarkan kisah legenda rakyat tempatan seharusnya dipuji. Beliau turut menulis bahawa Shuhaimi "bukan sekadar mahu menghasilkan filem genre seram yang berdasarkan kisah legenda rakyat tempatan ini, tetapi filem yang dihasilkannya itu muncul dengan menggunakan teknologi video terkini dalam pembikinan filem".

Muzik

Filem ini menampilkan lagu bertajuk "Pulangkan" yang dipersembahkan oleh Misha Omar. Lagu ini dicipta oleh Ajai manakala liriknya ditulis oleh Habsah Hassan dan Shuhaimi. Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini dan dirakamkan pada 24 Mac 2004 di The Shooting Valley, Glenmarie, Shah Alam serta diarahkan oleh Kamarul Nizam Abdul Rahman. Muzik video "Pulangkan" mengandungi sedutan adegan dari filem ini. Lagu ini dimuatkan dalam album kedua Misha, Aksara.

Keluaran dan sambutan

Pontianak Harum Sundal Malam dikeluarkan pada 20 Mei 2004 di pawagam seluruh Malaysia, dan menjadi filem seram pertama dalam tempoh lebih 30 tahun, di mana pembikin filem tempatan tidak digalakkan untuk membuat filem tentang alam ghaib, sejak Akta Filem 1971 dipinda untuk melarang hantu di pawagam.

Filem ini sebelum ini telah menerima klasifikasi 18PL oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), kemudian diluluskan dengan klasifikasi U iaitu filem yang dikategorikan sesuai untuk tontonan umum bagi semua peringkat usia. Bagi mempromosikan filem ini, jelajah promosi juga diadakan di seluruh negara, manakala tayangan amalnya diadakan pada 14 Mei bagi mengisi dana Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF). Filem ini juga ditayangkan di 25 pawagam di Thailand pada Julai 2004. Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh 7 hari tayangan perdananya. Kutipannya kemudian mencecah sebanyak RM2.2 juta pada minggu berikutnya.

Fariuz Zaidan, mengulas untuk Berita Harian, menulis bahawa "plot demi plot digarap dengan menarik bagi menjalinkan kesinambungan cerita antara 1947 dan 2003". Akmal Abdullah dari Berita Minggu juga berpendapat filem ini dianggap sebagai karya terbaik Shuhaimi berbanding karya layar peraknya sebelum ini dan menulisnya sebagai "sebuah filem hantu dalam versi Melayu berdasarkan mitos pontianak zaman silam yang terus menjadi bualan sehingga ke zaman moden dan serba canggih teknologinya".

Pontianak Harum Sundal Malam terpilih mewakili Malaysia di Festival Filem Asia Pasifik ke-49 (FFAP49) yang berlangsung pada September 2004 di Fukuoka, Jepun. Turut terpilih ke FFAP49 ialah Berlari Ke Langit dan Trauma.

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2004 Festival Filem Asia Pasifik ke-49 Pelakon Wanita Terbaik Maya Karin Menang
Festival Filem Malaysia ke-17 Filem Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam Tercalon
Pengarah Terbaik Shuhaimi Baba Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Azri Iskandar Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Menang
Penyunting Terbaik Mior Hashim Manap Menang

Kesinambungan

Kesinambungan filem ini, Pontianak Harum Sundal Malam II ditayangkan pada 24 November 2005, iaitu setahun selepas kejayaan filem pertama. Maya Karin dan sebahagian besar pelakon asal filem pertama kembali menjayakan watak masing-masing.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pontianak Harum Sundal Malam SinopsisPontianak Harum Sundal Malam PelakonPontianak Harum Sundal Malam PenerbitanPontianak Harum Sundal Malam TemaPontianak Harum Sundal Malam MuzikPontianak Harum Sundal Malam Keluaran dan sambutanPontianak Harum Sundal Malam AnugerahPontianak Harum Sundal Malam KesinambunganPontianak Harum Sundal Malam RujukanPontianak Harum Sundal Malam Pautan luarPontianak Harum Sundal MalamAzri IskandarIda NerinaKavita SidhuMaya KarinPontianak Harum Sundal Malam IIRosyam NorShuhaimi Baba

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabi Ibrahim a.s.Aiman Hakim RidzaNaim DanielMenteri Dalam Negeri MalaysiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahNekbatNabi Adam a.s.Hubungan seksMasjidKhir RahmanAzira ShafinazSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaTuberkulosisFasha SandhaSlot AkasiaBulanSurah al-BaqarahNina IskandarNik Abdul Aziz Nik MatMacKumpulan Rock MalaysiaChacha MaembongKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)SyirikKhadijah binti KhuwailidMat KilauM.O.BLembah BujangHinduismeKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaFalsafah Pendidikan MalaysiaUniversiti MalayaSenarai negara mengikut keluasanHarissa Adlynn16 PuasaPasukan Kadet PDRMFunanSenarai peribahasa (A–M)Ayu RaudhahMohd Noor Helmy Abdul HalemTuakThe Original GangsterPokok MambuSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanBugisKelur18 Puasa di Kampong PisangOptimismeShahrulezad MohameddinKeperibadianPuteri Gunung LedangJohor BahruWikipediaRadius OneS.S.C. NapoliSurah Al-QadrCyberpunk 2077Bahasa ArabHero RemajaGereja KatolikNombor dalam budaya CinaSultan Sharafuddin Idris ShahSultan Nazrin Muizzuddin ShahPuasa (Islam)Ciri-ciri orang munafikAdat resam kahwin MelayuAmelia HendersonAlor SetarKetua Polis Negara MalaysiaMohd Ridhuan TeeImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Frekuensi radio di SabahTentera Darat MalaysiaHari WesakKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAhmad Zahid HamidiKuih tako🡆 More