Masjid

Masjid (مسجد) ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud.

Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.

Masjid
Sebuah masjid di Johor, Malaysia.

Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka[nyatakan menurut siapa?] yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.

Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.

Ada 3 buah masjid utama yang dimuliakan umat Islam:

  1. Masjid al-Haram di Makkah - tempat Ka'bah, kiblat solat umat Islam.
  2. Masjid Nabawi di Madinah
  3. Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin

Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-

  1. Masjid Negara
  2. Masjid Negeri
  3. Masjid Daerah
  4. Masjid Qaryah
  5. Surau

Sejarah masjid

Tapak masjid pertama dan kedua

Tapak masjid pertama di dunia ialah Masjidil Haram yang dibina semenjak Nabi Ibrahim, dan tapak masjid kedua yang dibina ialah Masjid al-Aqsa.

Masjid pertama dan kedua pada zaman Nabi Muhammad

Ketika Nabi Muhammad tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangunkan sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Quba. Masjid kedua yang dibina ialah Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangunkan di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad . Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.

Ketika ini,[bila?] Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjid al-Aqsa ialah tiga masjid tersuci di dunia.

Penyebaran masjid

Masjid kemudian dibangunkan di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, ibu negara Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit. Masjid di Sisilia dan Sepanyol tidak meniru reka bentuk Visigoth, tetapi meniru reka bentuk bangsa Moor. Para ilmuwan kemudian menganggap bahawa bentuk bangunan pra-Islam kemudian diubah menjadi bentuk reka bentuk Islam ala Andalus dan Magribi, seperti contoh lengkung tapal kuda di pintu-pintu masjid.

Masjid pertama di China berdiri pada abad ke-8 Masihi di Xi'an. Masjid Raya Xi'an, yang terakhir kali diubah pada abad ke-18 Masihi, mengikuti seni bina Cina. Masjid di bahagian barat Cina seperti di daerah Xinjiang, mengikuti seni bina Arab, yang mana di masjid terdapat kubah dan menara. Sedangkan di timur Cina, seperti di daerah Beijing, masih mempunyai seni bina Cina.

Masjid mulai memasuki daerah India pada abad ke-16 semasa kerajaan Mughal berkuasa. Masjid di India mempunyai ciri ciri seni bina masjid yang lain, seperti kubah yang berbentuk seperti bawang. Kubah jenis ini dapat dilihat di Masjid Jama, Delhi.

Masjid pertama kali didirikan di Kesultanan Uthmaniyyah pada abad ke-11 Masihi, bilamana pada ketika itu orang-orang Turki mulai masuk agama Islam. Beberapa masjid awal di Turki ialah Aya Sophia(Hagia Sophia), yang mana pada zaman Byzantium, bangunan Aya Sophia merupakan sebuah katedral.

Kesultanan Uthmaniyah memiliki ciri seni bina masjid yang unik, iaitu terdiri daripada kubah yang besar, menara dan bahagian luar gedung yang lapang. Masjid di Kesultanan Uthmaniyyah biasanya mempunyai tiang-tiang yang tinggi, jalur-jalur kecil di antara saf-saf, dan langit-langit yang tinggi, juga dengan menggabungkan mihrab dalam satu masjid. Sehingga kini,[bila?] Turki merupakan rumah masjid yang berciri khas seni bina Uthmaniyah.

Secara bertahap, masjid memasuki beberapa bahagian di Eropah. Perkembangan jumlah masjid secara pesat mulai terlihat seabad yang lalu, ketika banyak penghijrah Muslim yang masuk ke Eropah. Kota-kota besar di Eropah seperti Munich, London dan Paris memilki masjid yang besar dengan kubah dan menara. Masjid ini biasanya terletak di daerah sesak sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial untuk para muslim di daerah tersebut. Walaupun begitu, seseorang dapat menemukan sebuah masjid di Eropah apabila di sekitar daerah tersebut ditinggali oleh kaum Muslim dalam jumlah yang cukup banyak.

Masjid pertama kali muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Masjid yang pertama didirikan di Amerika Syarikat adalah di daerah Cedar Rapids, Iowa yang dibangunkan pada kurun akhir 1920-an. Bahkan, semakin banyak penghijrah Muslim yang datang ke Amerika Syarikat, terutama dari Asia Selatan, jumlah masjid di Amerika Syarikat bertambah secara drastik. Bilamana jumlah masjid pada waktu 1950 sekitar 2% daripada jumlah masjid di Amerika Syarikat, pada tahun 1980, 50% jumlah masjid di Amerika Syarikat telah didirikan.

Perubahan tempat ibadah menjadi masjid

Menurut sejarawan Muslim, sebuah kota yang ditaklukkan tanpa sebarang tentangan daripada penduduknya, maka pasukan Muslim memperbolehkan penduduk untuk tetap mempergunakan gereja dan sinagog (kuil Yahudi) mereka. Tetapi, ada beberapa gereja dan sinagog yang beralih fungsi menjadi sebuah masjid dengan persetujuan daripada tokoh agama setempat. Contohnya ialah perubahan fungsi Masjid Umayyah, yang mana khalifah Bani Umayyah, Abdul Malik mengambil gereja Santo Yohannes pada tahun 705 daripada umat Kristian. Kesultanan Uthmaniyah juga melakukan alih fungsi terhadap beberapa gereja, biara dan kapel di Istanbul, termasuk gereja terbesar Ayasofya yang dirubah menjadi masjid, setelah kejatuhan kota Konstantinopel pada tahun 1453 oleh Muhammad al-Fatih. Beberapa masjid lainnya juga didirikan di daerah suci milik Yahudi dan Kristian, seperti di Jerusalem. Penguasa Muslim di India juga membangunkan masjid hanya untuk memenuhi tugas mereka di bidang agama.

Sebaliknya, masjid juga dialihfungsikan menjadi tempat ibadah yang lain, seperti gereja. Hal ini dilakukan oleh umat Kristian di Sepanyol yang merubah fungsi masjid di selatan Sepanyol menjadi katedral, mengikuti keruntuhan kekuasaan Bani Umayyah di selatan Sepanyol. Masjid Agung Kordoba sekarang dialihfungsikan menjadi sebuah gereja. Beberapa masjid di kawasan Semenanjung Iberia, Eropah Selatan dan India juga dialihfungsikan menjadi gereja atau pura setelah kekuasaan Islam tidak berkuasa lagi.

Reka bentuk masjid

Menara masjid

Masjid 
Menara masjid di Shanghai, China.

Bentuk umum sebuah masjid ialah keberadaan menara masjid. Menara di masjid biasanya tinggi dan berada di bahagian penjuru kompleks masjid. Menara masjid tertinggi di dunia berada di Masjid Hassan II, Casablanca, Maghribi.

Masjid-masjid pada zaman Nabi Muhammad tidak memiliki menara, dan hal ini mulai diterapkan oleh pengikut ajaran Wahabiyyah, yang melarang pembangunan menara dan menganggap menara tidak penting dalam kompleks masjid. Menara pertama kali dibangunkan di Basrah pada tahun 665 sewaktu pemerintahan khalifah Bani Umayyah, Muawiyah I. Muawiyah mendukung pembangunan menara masjid untuk menyaingi menara-menara loceng di gereja. Menara bertujuan sebagai tempat muazin mengumandangkan azan.

Kubah masjid

Kubah juga merupakan salah satu ciri khas sebuah masjid. Seiring waktu, kubah diperluas menjadi sama luas dengan tempat ibadah di bawahnya. Walaupun kebanyakan kubah memakai bentuk setengah bulat, masjid-masjid di daerah India dan Pakistan memakai kubah berbentuk bawang.

Tempat ibadah

Tempat ibadah atau ruang solat, tidak diberikan meja, atau kerusi, sehingga memungkinkan para jamaah untuk mengisi saf atau barisan-barisan yang ada di dalam ruang solat. Bahagian ruang solat biasanya diberi kaligrafi potongan ayat Al-Quran untuk memperlihatkan keindahan agama Islam serta Al-Qur'an. Ruang solat mengarah ke arah Ka'bah, sebagai kiblat umat Islam. Di masjid juga terdapat mihrab dan mimbar. Mihrab ialah tempat imam memimpin solat, sedangkan mimbar ialah tempat khatib menyampaikan khutbah.

Tempat wudhu

Masjid 
Tempat wudhu di Masjid Makau di Makau, China.

Dalam kompleks masjid, berdekatan ruang solat, tersedia ruang untuk menyucikan diri, atau biasa disebut tempat wudhu. Di beberapa masjid kecil, bilik mandi digunakan sebagai tempat untuk berwudhu. Sedangkan di masjid tradisional, tempat wudhu biasanya sedikit terpisah daripada bangunan masjid.

Kegunaan lain

Masjid moden sebagai pusat kegiatan umat Islam, juga menyediakan fasiliti seperti klinik, perpustakaan,dan tempat beriadah.

Etika dan peraturan

Segala struktur dan reka bentuk binaan Masjid mestilah akhirnya dikiblatkan kepada Kaabah di Makkah. Masjid menurut perspektif Islam jelas objektifnya ialah tempat untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Namun dalam memastikan objektif Masjid tercapai dengan sempurna dan saksama, perkara terpenting ialah menjaga adat dan tatasusila serta peraturan masjid tersebut agar kesucian dan keberkatan dapat terus dipertahankan. Antara undang-undang yang perlu dipatuhi ketika memasuki masjid adalah seperti membuka kasut/selipar serta jangan membuat bising dan kotor di dalam masjid. Perkara-perkara lain yang menjadi peraturan dan etika di dalam masjid adalah seperti berikut.

Imam

Keperluan untuk mendapatkan imam (ketua dalam solat) diklasifikasikan sebagai suatu kepentingan yang diperlukan, namun tidak semestinya merupakan suatu kewajipan. Imam tetap mestilah seorang yang bebas (tidak terkongkong dengan pekerjaan lain), adil, jujur dan mempunyai pengetahuan dalam agama Islam yang baik. Bagi masjid yang dibina oleh kerajaan dan dikawal selia olehnya, biasanya pihak badan agama yang diiktiraf oleh kerajaan seperti jabatan agama Islam negeri atau negara bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang layak menjadi imam. Bagi sesetengah negara, orang yang layak menyandang jawatan dan tugasan sebagai imam adalah dipilih oleh Raja/Sultan mahupun menteri yang bertanggungjawab; Manakala bagi masjid yang dikawal selia atau dibina oleh pihak swasta, pemilihan imam adalah berdasarkan undian atau pemilihan rasmi jawatankuasa qariah yang dilantik, atau merujuk kepada pemilihan umum khususnya daripada kalangan para jemaah. Berdasarkan mazhab Hanafi, orang yang membangunkan masjid ialah orang yang lebih berhak untuk mendapat gelaran imam, namun pandangan ini tidak mendapat sokongan dan dokongan daripada mazhab Islam yang lain.

Imam solat boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama, yakni bergantung kepada jenis waktu tugasan pengimaman solatnya sama ada 5 kali waktu solat sehari semalam, solat Jumaat sahaja atau solat-solat tertentu sahaja. Berdasarkan pandangan mazhab Hanafi dan Maliki, imam adalah diperlukan untuk setiap kali solat Jumaat, tetapi solat-solat lain tidak diperlukan. Namun, Mazhab Syafii dan Hanbali membantah bahawa penyataan di atas adalah tidak diperlukan dan menyifatkan setiap solat selagi ia dikerjakan secara berjemaah (beramai-ramai), ia kekal perlu mempunyai imam. Kanak-kanak juga boleh menjadi imam dalam solat, tapi pemerintah muslim rata-rata kurang setuju dengan tugasan ini melainkan jika kanak-kanak itu bersolat bersama dengan golongan kanak-kanak yang lain.

Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry, syarat sah imam ialah akil baligh, maka tidak sah kanak-kanak (sibyan - ) mumaiz yang belum baligh [menjadi imam] di dalam solat fardu, dan ini dipersetujui oleh ketiga-tiga imam, tetapi terdapat khilaf (perselisihan pendapat) dalam mazhab Imam Syafie. Antara catatan yang diberikan oleh Sheikh Abdul Rahman ialah:

  1. Mazhab Syafie - boleh imam yang belum baligh di kalangan kanak-kanak dalam solat fardu melainkan solat Jumaat, tetapi jika terdapat imam yang biasa (lelaki sudah akil baligh) maka tidaklah sah melainkan dengan imam tersebut.
  2. Mazhab Hanafi - Tidak sah kanak-kanak yang belum akil baligh secara mutlak, tidak sah pengimamannya dalam solat fardu dan juga solat sunat.
  3. Mazhab Maliki - Tidak sah menjadikan wanita [sebagai imam], Tidak (sah) khunsa (sebagai imam) - (kerana) masalah bagi mengetahui ia lelaki atau wanita, tidak (sah) dalam fardu, tidak (sah) dalam solat sunat. Lelaki (bukan sibyan) ialah syarat imam mutlak dan kedua-dua (wanita dan khunsa) menjadi makmumnya.

Oleh itu, ulama bersependapat bahawa sah makmum kanak-kanak mengikut imam kanak-kanak. (Fiqh 4 mazhab, 1/330-331).

Imam yang terikat menjadi imam kepada solat Jumaat juga terikat untuk menjadi imam kepada solat lima waktu sehari semalam. Cendekiawan Islam bersetuju bahawa imam yang mengimamkan solat fardu lima waktu sehari semalam juga perlu mengimamkan solat Jumaat.

Walau bagaimanpun, paling jelas menunjukkan lelaki yang berakal (tidak gila) sahaja boleh menjadi imam kepada golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak lain. Wanita tidak dibenarkan menjadi imam kepada jemaah lelaki kecuali kepada jemaah perempuan muslim sahaja.

Rekod masjid

Masjid 
Masjid Sultan Salahuddin


Lihat juga

Rujukan

    Buku dan jurnal
    Ensiklopedia

Bacaan lanjut

Nota dan rujukan

Pautan luar

Tags:

Masjid Sejarah masjidMasjid Perubahan tempat ibadah menjadi masjidMasjid Reka bentuk masjidMasjid Etika dan peraturanMasjid Rekod masjidMasjid Lihat jugaMasjid RujukanMasjid Bacaan lanjutMasjid Nota dan rujukanMasjid Pautan luarMasjidDakwahIslamKebudayaanSolat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Syamsul YusofPetaling JayaProton PrevéProton SatriaTeknologi hijauUqasha SenroseKetupatHarimauKuchingTunku Abdul RahmanMusa HassanAcryl Sani Abdullah SaniSenarai MRSM di MalaysiaVAT 69/UTKRiena DianaHantu Kak LimahNombor dalam budaya CinaKuala KangsarYasmin AhmadAmerika SyarikatBaba dan NyonyaAzlee JaafarPenunggang AgamaSofia JaneRaja AzmiSiti SalehaPelesitTunku Ismail ibni Sultan IbrahimSekolah Berasrama PenuhThe Original GangsterBatu Bersurat TerengganuKadazan-DusunBumiPerjanjian PangkorUthman bin AffanImam MahdiHael HusainiMelioidosisKadet Remaja Sekolah MalaysiaYamaha RX-ZGanjaMusa HitamQistina KhaledHemoroidTV3Grup Gerak KhasNaim DanielJam 24 jamSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahSyiahBunga Citra LestariTimbalan Ketua Polis Negara MalaysiaMisteri DilailaKuala TerengganuSarawakSyahadahProton SagaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuKata hubung (bahasa Melayu)Akut (perubatan)Pemancutan maniPilihan raya umum Malaysia 2022Gula melakaPolitik balas budiIbu (filem)Merdeka 118Perang Dunia KeduaRita RudainiPersekutuan Tanah MelayuShah Rukh KhanGeografi JohorKristianUniversiti MalayaSetia AlamAtikah SuhaimeKodi RasheedWan Junaidi Tuanku JaafarKlang🡆 More