Saadiah: Pelakon dan pengarah veteran Singapura-Malaysia

Datin Hajah Satya Baharom AMN (10 Ogos 1936 – 26 Februari 2005) atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia, yang terkenal pada era 1950-an dan 1960-an.

Beliau merupakan salah seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee.


Saadiah

AMN
Saadiah: Kerjaya, Kehidupan peribadi, Kematian
Saadiah pada tahun 1960an
Kelahiran
Satya binti Baharom

(1936-08-10)10 Ogos 1936
Tanjung Katong, Negeri-negeri Selat, (kini Singapura)
Meninggal dunia26 Februari 2005(2005-02-26) (umur 68)
Sebab kematianPenyakit kencing manis
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1950–1993
Pasangan
Anak-anak6 (termasuk Fauziah dan Fazlina Ahmad Daud)
SaudaraMariam Baharum (kakak)

Kerjaya

Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharum (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B. S. Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P. Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Walaubagaimanapun, beliau diberi watak wanita curang dalam filem Mambang Moden. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noorkumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.

Kehidupan peribadi

Beliau telah berkahwin dengan Dato’ Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah (juga dikenali sebagai Ogy), Fazlina dan Faizal.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1950 Rachun Dunia Filem pertama, pelakon tambahan
Takdir Ilahi
1951 Juwita Norsiah
1952 Yatim Piatu Aminah
Anjoran Nasib Ramlah
Sedarah
1953 Kerana Kau
Istana Impian
1954 Iman Hamimah
Kechewa Rabiah
1955 Insan Jamilah
Penarek Becha Azizah
1956 Hang Tuah Melor
Semerah Padi Dara
Ribut
Keadilan Illahi Puteri Nurani
1957 Mogok
Kaseh Sayang
Kembali Saorang
1958 Sarjan Hassan Salmah
1959 Musang Berjanggut Puspawangi
Dandan Setia Puteri Intan Terpilih
1960 Isi Neraka Kesuma
Antara Dua Darjat Tengku Zaleha
Putera Sangkar Maut
1961 Indera Bangsawan Tengku Ratna Saerah
Mas Merah Mas Merah
1963 Korban
1964 Jeritan Batin
Dupa Cendana Setanggi
Melanchong Ka Tokyo Rosnah
Mambang Moden Azlin
1965 Taqdir Puteri Cemara
Nora Zain - Agen Wanita 001 Nora Zain
Pusaka Pontianak Norhayati
1966 Anak Buloh Betong Tengku Puteri Mayang Mas
1967 Lampong Karam Hamidah
1968 Ibulah Syurga
1969 Sial Wanita Salmah
1971 Jahanam Permaisuri
1975 Permintaan Terakhir Dirinya sendiri - Saadiah watak ibu kepada Uji Rashid
1976 Madu Beracun Rosnah
1979 Ceritaku Ceritamu Juga sebagai pengarah dan penulis
1981 Sumpah Semerah Padi Datin Tanjung Kesuma
1984 Matinya Seorang Patriot Hajah Filem terakhir

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1988 Corak Dunia TV3
1992 Mencari Restu
1993 Cahaya Fitri

Anugerah dan pencalonan

FESTIVAL FILEM MALAYSIA (FFM)

Tahun Filem Kategori Keputusan
1995 - - Anugerah Seniwati Veteran
1959 Musang Berjanggut Aktres Terbaik Menang
1956 Semerah Padi Aktres Terbaik Menang

PILIHAN MAJALAH FILEM

Tahun Filem Kategori Keputusan
1961 Antara Dua Darjat Pelakon Wanita Terbaik Menang
1957 Hang Tuah Pelakon Wanita Terbaik Menang
1956 Penarek Becha Pelakon Wanita Terbaik Menang

ANUGERAH ERA 2001

Tahun Penghargaan Keputusan
2001 Anugerah Panggung Era Menang


•Pencalonan Pembantu Wanita Terbaik - Matinya Seorang Patriot (Festival Filem Malaysia ke-5 1984)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Sial Wanita (Festival Filem Malaya 1969/1970)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Agen 001 (Festival Filem Malaya 1965)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Mambang Moden (Festival Filem Malaya 1964)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Siti Muslihat (Festival Filem Malaya 1962)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Antara Dua Darjat (Festival Filem Malaya 1960)

• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Sarjan Hassan (Festival Filem Malaya 1958)

• Pencalonan Aktres Terbaik - Penarek Becha ( Festival Filem Malaya 1955)

• Pencalonan Aktres Pembantu Terbaik - Iman (Festival Filem Malaya 1953/1954)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Saadiah KerjayaSaadiah Kehidupan peribadiSaadiah KematianSaadiah FilemografiSaadiah Anugerah dan pencalonanSaadiah RujukanSaadiah Pautan luarSaadiahAhli Mangku NegaraDatinHaji (gelaran)MalaysiaMelayuP. RamleePelakonPengarah filem

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pemberontakan India 1857Kata ganti nama (bahasa Melayu)Nabi Saleh a.s.Adi PutraMarissa YasminSejarah SingapuraPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Petaling JayaRukun IslamBaju MelayuCongkakParti Islam Se-MalaysiaSherry AlhadadHun HaqeemNa’im BrundageHantu Kak LimahGerak KhasSejarah MalaysiaEyka FarhanaPerempuan Itu (drama)PASKAL (filem)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaHujan asidPasukan bola sepak kebangsaan IraqMuhammad bin Idris al-SyafiiOrang India MalaysiaAman Ramli JaafarKasih Iris LeonaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaBola tamparKata ganti diriTauhidNungsari Ahmad RadhiJenis air untuk bersuci dalam IslamPenanggalanElektroterapiBiokepelbagaianSenarai kata pinjaman bahasa MelayuUniversiti Teknologi MARAMalang Si PuteriDarjah kebesaran MelayuAin EdruceShiqin KamalHassan MaricanTeknologiJepunRaja berperlembagaanSharifah AiniPulau PinangSyahadahSulfur dioksidaPertubuhan Keselamatan SosialAbu Bakar BasyirPekanbaruPiala ThomasMajlis Raja-RajaNasi kandarTeluk Panglima GarangAzira ShafinazSyasyaVaksin tetanusSiti Khadijah HalimIsmail Mohamed SaidPendidikan di IndonesiaMasam-Masam ManisSumpahan JeruneiKetua Menteri MelakaThe Original GangsterMohd Ghazali Che MatAlor SetarMona FandeyHari DeepavaliSenarai bank di MalaysiaYasmin AhmadKesan perubahan iklimBani IsraelTaufik Hidayat🡆 More