Fezrul Khan

Fezrul Khan bin Junaidi Khan (lahir 24 September 1982) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia serta berdarah campuran Melayu, Cina dan India.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2004 menerusi filem SH3 dan sejak itu, membintangi puluhan drama dan telefilem.

Fezrul Khan
Fezrul Khan
Kelahiran
Fezrul Khan bin Junaidi Khan

(1982-09-24) 24 September 1982 (umur 41)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2004–kini
PasanganNoorhafizah Zulkafli (k. 2012; c. 2015)
Anak-anak1

Kerjaya

Fezrul memulakan kerjaya lakonan dengan membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem SH3 arahan Zek Zukry, ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha. Filem ini ditayangkan pada 2 Disember 2004. Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Syukri dalam drama Dua Hati di TV3, ia menjadi drama pertama lakonannya. Beliau memegang watak sebagai Razlan dalam drama Jelatang, digandingkan bersama Intan Ladyana.

Pada tahun 2010, beliau menjayakan peranan undangan dalam drama keagamaan Pintu Taubat arahan Jurey Latiff Rosli sebanyak 2 episod. Dua tahun kemudian, beliau muncul dalam filem Sumpahan Kum Kum arahan Ismail Bob Hasim, memegang watak sebagai Adi; filem ini bagaimanapun menjadi kegagalan komersial. Fezrul memegang watak sebagai Harry dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster; beliau digandingkan bersama Yana Samsudin dan Intan Ladyana, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.

Fezrul kembali bekerjasama dengan Yana menerusi filem Cerita Kita arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 7 Mac 2013; memegang watak sebagai Malek. Beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dan Izzue Islam dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! sebagai Farish Adryan.

Pada 22 Mei 2014, beliau digandingkan bersama Erin Malek dalam filem komedi romantik Awak Nak Kahwin Dengan Saya? arahan Eyra Rahman. Pada 13 November 2015, beliau berlakon bersama Ummi Nazeera dalam Alif Imani sebagai Alif, kepentingan cinta Imani lakonan Ummi.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012 dan memfailkan perceraian talak satu pada 19 Ogos 2015 akibat masalah dalaman yang dihadapi.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 SH3 Mario Filem pertama
2012 Sumpahan Kum Kum Adi
Hanya Aku Cinta Kau Seorang Iqwal
2013 Minyak Dagu Azman
Cerita Kita Malik
Bencinta Kamal
Aku Pilih Kamu Aliff
2014 Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Andika
Kaki Kitai Ayoi
2015 Mirip Nik/Irwan
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Mejar Syed Yazid Syed Latif TUDM
Seratus Penampilan khas
2023 Polis EVO 3 Inspektor Faizal Pelakon tambahan
TBA Takluk: Inspirasi Lahad Datu Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Dua Hati Syukri TV3 Drama pertama
2007 Jelatang Razlan
Tidak Pernah Ku Sesali Rahimi TV1
2008 Impak Maksima the Series Tommy TV3
Ezora Adrian
Cinta Batu Belah Dr Azmi
2009 Akademi Polis Faizal TV9
Yusuff Yaser TV3
Segalanya Ku Terima Zamer
Tower 13 Adam Bakhtiar
Roda-Roda Kuala Lumpur TV2 Pelakon undangan
Jejak Saiful
Bara Yang Ku Genggam Shauki
2009–2010 Cinta Balqis Hasan TV3
2010 Sayang Cendana Hakimi
Ulek Mayang Ali
Aliff Firdaus Achik
Pintu Taubat Astro Oasis Episod: "Anak" (Episod 4)
Episod: "Dusta" (Episod 7)
Janji Kekasih Shah TV3
2011 Santau Merasuk Halim
Terowong Tahar Episod: "Curang"
Asmara 2 Ferhad
2012 Bini-Bini Perkasa Harry
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Farish Adryan
Tanah Kubur (Musim 6) Fadil Astro Oasis Episod: "Minyak Pengasih"
Love You Mr. Arrogant Aidil TV3
Kalam Asraf TV2
Menjinak Ombak Tengku Fattah TV3
2014 Anugerah Terindah Amar
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Dr Fitri
Tanah Kubur (Musim 12) Fezrul Astro Oasis Episod: "Tagih Pusaka"
Raya Ni Mesti Kahwin Aryan TV3
2015-2016 Alif Imani Alif TV9
2016 Cinta 100kg Khairul TV3
Hero Bomba Zarul TV2
Mr. Secret Admirer Syed Redza HyppTV
Sayangku Kapten Mukhriz Izzuddin TV3
Diari Cinta Kita Hakim TV9
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Tengku Muiz Astro Ria
Seharum Mawar Syakir TV1
Bahagia Kasihmu Zarul TV3
Dendam Aurora Ustaz Hakim Hamzah Astro Prima
Coklat Munir TV1
2018 Teratai Kemboja Hafiz TV3
KL Gangster: Underworld Damak Iflix 6 episod
Mocha Kau Bahagia 2 Remy TV3
Jibril Morshidi NTV7
Mencari Qiblat Ruslan TV3
Selafaz Cinta Irsan Astro Prima
2019 Syahadat Cinta Akmal TV2 Slot Galeri
Devoted Idris Viu
Seputih Cinta Rangbulan Johan TV Okey
4 Penjuru Thoriq @ Angah Astro Citra
2020 Dendam Cinta Arissa Zariman Astro Ria
2020–2021 Hadiah Dari Tuhan Dr Zabidi TV3
2021 Malaysian Ghost Stories Inspektor Muher Astro Ria Episod "Langsuir"
Cikgu Azim Episod "Hantu Jepun"
2022 Aku Seorang Perempuan Fareez Hidayat TV9
2023 Bukan Syurga Pilihan Zaid Astro Prima
Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Idola"
Persepsi Shah Astro Ria
2024 Pewaris Cinta Zaheem

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Jejaka Idaman Astro Ria
2010 Sebening Keringat Aman/Along TV3
Seram Tahar
Serapuh Arang Yusuf
2011 Ampunkan Dosaku Ustaz Nizar
2012 Saleha Manaf
Jubah Putih Kain Kapan Amir
2013 Awang Batil Terakhir Elias Astro Prima
Misi Papa Aiman Azman TV9
Oh Tak Puasa Ya Cikgu Firdaus TV3
Derhaka Seorang Anak Shafiqul
2014 Aidil Click Aidil TV1
Mata Hati TV2
Vaanakam Cikgu Cikgu Kamal Hassan TV3
Angsa Masak Cabai Azlan
2015 Lima Kali Cinta Cikgu Razak
Calon Isteri Daim TV1
Wang Atau Cinta Mat Jep TV9
Khilaf Seorang Isteri Muiz
Rumah Kecil Untuk Tuhan Razman TV3
2016 Hayat Hayat
Hilangnya Kasih Fuad TV9
Alim Alim Kucing Hafiz TV1
2017 Air Zamzam Untuk Mak Khalid TV3
2018 Di Penghujung Sujud Azmir
I Heart You Cik Yah Astro Citra
30 Hari Membunuh Cinta Bos Syawal
2019 Dia Tidak Berdosa Karim TV1
2020 Demi Tuhan Aku Bersaksi Latif
2022 Kerana Binti Abdullah
Ke Hujung Nyawa Syed Azahar TV AlHijrah
Dania Cikgu Bahar TV3

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Fezrul Khan KerjayaFezrul Khan Kehidupan peribadiFezrul Khan FilemografiFezrul Khan RujukanFezrul Khan Pautan luarFezrul KhanCinaIndiaMelayuSH3

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BoBoiBoyKesultanan Johor-RiauSenarai poskod di MalaysiaKartina AyoobHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMShaheizy SamPenjodoh bilangan bahasa MelayuSarah SuhairiPitt HanifTengku Zafrul Abdul AzizTentang Hati DiaPiagam MadinahSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaNusyuzRogolPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaPerang PadriAdat resam kahwin MelayuPencemaran udaraMajapahitMohd Ghazali Che MatJangkitanKelantanNasi kerabuSolat subuhNasi kandarKhunsa (siri TV)InflasiSenarai saluran Astro NJOILatNabi Ibrahim a.s.Ahli Sunah WaljamaahEmelda RosmilaSarawakSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang SemangHinduismeMusa HassanFattah AminHukum Kanun MelakaWan RajaElizabeth TanPengenalan kepada virusSemenanjung MalaysiaSolat Sunat RawatibKongkekKerajaan KutaiRiena DianaMahligai PermataSiksa NerakaSyed Mokhtar Al-BukharySekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaLaman UtamaSijil Tinggi Agama MalaysiaNabi Adam a.s.Universiti Teknologi MalaysiaSyafiq YusofErry PutraDaun salamKerajaan Bani AbbasiyahSenarai perbandingan pangkat tenteraIdahProton SagaPemboleh ubahChempaka Emalin PahaminFarah AhmadSaifuddin Nasution IsmailBaju MelayuTerapi fizikalFarajAsia TenggaraMay (kugiran)Adlin Aman RamlieJohan GhazaliBendera MalaysiaSrivijayaMaria OzawaNasionalismeSophia AlbarakbahPandemik COVID-19 di Malaysia🡆 More