Diana Danielle: Pelakon wanita Malaysia

Diana Danielle Danny Beeson (lahir 22 November 1991) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia kelahiran Amerika Syarikat.

Beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria (2007) dan Raisha (2017-2018).

Diana Danielle
Diana Danielle: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Diana pada 2007
Kelahiran
Diana Danielle Danny Beeson

(1991-11-22) 22 November 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2002–kini
PasanganFarid Kamil (k. 2012)
Anak-anak2
Ibu bapaDanny Beeson (bapa)
Norsiah Ramli (ibu)
SaudaraHalley Hayden (adik)
Fadzil Zahari (adik ipar)
Yana Samsudin (biras)

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada 22 November 1991. Diana merupakan anak tunggal kepada pasangan Norsiah Ramli yang berketurunan Melayu dan Danny Beeson yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat. serta mempunyai ketinggian 170 sentimeter. Beliau kembali ke Malaysia pada usia awal selepas ibu bapanya bercerai; Diana dibesarkan di George Town, Pulau Pinang, iaitu kampung halaman ibunya. Beliau mempunyai seorang adik perempuan tiri bernama Hailee Hayden yang dilahirkan pada 1993.

Kerjaya

Diana memulakan kerjaya lakonan secara kebetulan dan memenuhi permintaan untuk pelbagai pekerjaan seperti peragaan, nyanyian dan muncul dalam iklan televisyen. Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika Diana berusia 9 tahun, dan seterusnya muncul bersama filem pertama lakonannya, Idola (2002) arahan Aziz M. Osman yang mana Diana menjayakan peranan sebagai Mira Melissa Muqriz. Diana paling dikenali menerusi peranannya sebagai Maria dalam drama TV3 Airmata Maria terbitan Skop Productions. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.

Beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gol & Gincu The Series (2006-07), Farah Syakira (2008) dan Di Sebalik Wajah dan beberapa lain lagi.

Beliau berlakon di samping Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Farid Kamil dan Fasha Sandha menerusi filem aksi perlumbaan kereta, Evolusi KL Drift arahan Syamsul. Pada tahun 2009, beliau muncul dalam filem kerohanian arahan Bade Hj. Azmi Malaikat Maut bersama Liyana Jasmay. Juga pada tahun sama, beliau muncul sebagai Aisyah dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam lakonan Syamsul, Shaheizy Sam, Nabila Huda dan Salina Saibi. Diana mengumumkan menarik diri dari membintangi Evolusi KL Drift 2, turut menarik diri ialah Fasha Sandha.

Pada tahun 2010, Diana memegang watak utama sebagai Ayu dalam filem fantasi Magika arahan Edry Abdul Halim. Pada tahun 2012, beliau memegang watak sebagai Jameela dalam filem Hantu Gangster arahan Namewee yang turut menyaksikan kali kedua beliau berlakon bersama pelakon sampingannya, Farid Kamil (kemudian menjadi suaminya).

Di hadapan umum, Diana tetap dekat dengan peminatnya di Facebook dengan kemas kini teratur (dalam bahasa Melayu dan Inggeris) mengenai perkembangan kerjayanya dan banyak lagi. Beliau mempunyai lebih 1.1 juta peminat (dan mengira) mengikutinya di Facebook. Diana baru-baru ini berpindah ke Australia pada awal 2013 untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang seni halus. Beliau ialah pelajar di Institut Seni Dramatik Kebangsaan di Sydney, Australia.

Bersama Nad Zainal, Mila Jirin dan Sara Ali, Diana membintangi filem komedi muzikal seram, Kami Histeria arahan Shamyl Othman terbitan Redfilms yang ditayangkan pada 6 Februari 2014. Diana memegang watak sebagai Laila, salah seorang ahli kumpulan Histeria.

Pada 24 November 2016, Diana memegang watak sebagai Nina dalam filem Hanyut arahan U-Wei Hj Saari adapatasi dari novel tulisan Joseph Conrad yang bertajuk, Almayer's Folly. Dalam satu temuramah, Diana mengakui beliau sedar bahawa sesetengah orang melihatnya menjaringkan bahagian itu kerana penampilannya.

Pada April 2017, Diana melancarkan single terbaru bertajuk "Tentang Kita". Beliau membintangi bersama Aliff Aziz dalam drama Di Sebalik Wajah sebagai Nadia, seorang wanita yang bangkit dari kemalangan tanpa memori identiti atau masa lalu.

Diana memegang watak tajuk dalam siri drama Raisha yang bersiaran di TV3 pada 13 September 2017. Ia mengisahkan Raisha, seorang gadis materialistik yang dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Beliau kembali menjayakan wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan di TV3 pada 2018.

Diana mengacarakan rancangan Kata Serasi bersama Nazrudin Habibur Rahman yang bersiaran di ntv7. Beliau menjayakan watak utama bersama Ummi Nazeera dan pelakon asal filem Gol & Gincu Sazzy Falak dan Sharifah Amani dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018.

Kehidupan peribadi

Sekitar tahun 2007, Diana yang pada masa itu masih berumur 16 tahun pernah menjalin hubungan dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof ketika sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift, namun berpisah pada 2009 akibat ketetapan perundangan dan kontroversi yang menyelubungi mereka. Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon sampingannya dalam filem itu, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak—Muhammad dan Nur Aurora. Beliau mengabadikan gambar lama mereka sekeluarga ketika meraikan Aidilfitri bersama Farid yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama selepas dijatuhi hukuman penjara. Diana dan Farid telah bercerai pada Mac 2023 akibat perselisihan faham. Mereka secara sah berpisah pada 10 Ogos 2023. Pada 31 Ogos 2023, Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Idola Melissa Filem pertama
2008 Evolusi KL Drift Sara
2009 Maut Umi
Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Aishah
Setem Suraya
2010 Kecoh Betul Dayana
Magika Ayu
2011 ...Dalam Botol Tina
2012 Jiwa Taiko Trisya
Hantu Gangster Jameela
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Aishah (pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik FFM
2014 Kami Histeria Laila
Supersquad The Movie Elly (suara)
2016 Hanyut Nina Almayer Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Zakiah / Zak Pelakon Wanita Terbaik ASK
(pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik FFM
2021 Hanya Namamu Laila Laila
2022 Spilt Gravy on Rice Jackie
2023 Imaginur Nur
TBA Baran Pra-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Janji Diana Elly TV2
Gol & Gincu The Series Ratu 8TV
2007 Airmata Maria Maria TV3
Farah Syakira Farah Syakira TV2
2008 Rahsia Di Sebalik Wajah Jasmin
2017 Di Sebalik Wajah Nadia Hypp Sensasi
Cerita Dari Mastika Astro Prima Episod: "Wanita Kaya Mati Terbakar Dalam Koma"
Episod: "Aku Sudah Mati"
Raisha Raisha TV3
My Coffee Prince Mariam Astro Ria
2018 Raisha 2 Raisha TV3
2019 Ombak Rindu The Series Mila Iflix
2020 Camelia Mariam/Camelia TV3
Syurga Untukmu Atikah
Janda Kosmopolitan Marwin Awesome TV
2021 Ganjil Nabila Viu
2022 She Was Pretty Nadia Rahman
TBA Raisha 3 Raisha TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Takbir Terakhir Astro Prima
2011 Di Telapak Kaki Bonda Fairuz TV3
2012 Satu Malam Perawan Aisyah Astro Ria
2014 Perempuan Lindungan Kaabah Hanan Astro First Eksklusif
2015 Talak Yasmin TV3
Kapal Kertas Cikgu Aira
Pengantin Gila Dania
Lara Perindu Fuza Astro Prima
2016 Sedikit Waktu Liza Astro Ria
Anak Mat Salleh Tapi Melayu Amelia TV3
Kalau Jodoh Tak Ke Mana TV1
2017 Pergilah Cinta Liyana TV3
Nora Bam Boom Nora TV2
2020 Mencari Mardhatillah Salina TV Okey
Line Puaka Watie Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Project N.S Pengacara 8TV
2018 Kata Serasi ntv7 Bersama Nazrudin Rahman
2020 Sepahtu Reunion Live Umairah Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Korban Kasih"
2024 MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria

Diskografi

Single
Tahun Tajuk lagu Catatan
2010 "Penyembuh Rindu" duet bersama Mawi OST Magika
2015 "Pujaan" OST Kami Histeria
2016 "Luar Biasa" OST Ainur Mardhiyah
"Tentang Kita"
2022 "Heaven" duet bersama Calum Scott
2023 "Bersama Dengan Rindu"

Endorsmen

  • Fiorucci
  • Volvo
  • Watsons
  • Pampers
  • Shuemura
  • Milo
  • Hazeline Snow Vietnam Market
  • Telecom I-talk

  • F&N Soya Bean
  • Raflesia Pearl
  • Jeteine Hair Colour
  • Tan&Tan Corporate Websites for hotel chain
  • Tenaga Nasional
  • Inner Shine for Brands
  • Tuala Wanita

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–22
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2009
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Tercalon
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Tercalon
2014
Anugerah Lawak Warna ke–2
Pelakon Wanita Komedi Terbaik Filem (bersama Fazura) Kami Histeria Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–26
Pelakon Wanita Terbaik Sembunyi: Amukan Azazil Tercalon
2015
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Wanita Terbaik Drama Talak Tercalon
2017
Festival Filem Malaysia ke–29
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Hanyut Menang
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Filem Menang
2019
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–7
Antagonis Pilihan Raisha 2 Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–30
Pelakon Wanita Terbaik Gol & Gincu Vol. 2 Tercalon
Anugerah Skrin ke–24
Pelakon Wanita Terbaik Filem Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Diana Danielle Kehidupan awalDiana Danielle KerjayaDiana Danielle Kehidupan peribadiDiana Danielle FilemografiDiana Danielle DiskografiDiana Danielle EndorsmenDiana Danielle Anugerah dan pencalonanDiana Danielle RujukanDiana Danielle Pautan luarDiana DanielleAirmata MariaAmerika SyarikatIdola (filem)MalaysiaRaisha (drama)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Limau purutGambir SarawakPerodua AxiaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaZul AriffinTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahKetumA. Samad SaidSenarai saluran AstroPenanda wacanaNasha AzizSijil Tinggi Agama MalaysiaNajib RazakAn-Nuayman bin AmrPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Bank Negara MalaysiaMuhammad al-FatihSawiJalaluddin HassanKanun KeseksaanEmpat Kebenaran MuliaPekanbaruAngel (penyanyi)Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Baba dan NyonyaLabuanIsraelMohd Noor Helmy Abdul HalemZUS CoffeeIndonesiaPerodua MyViKuantanNaim DanielMarie AntoinettePenjajahan Jepun di Tanah MelayuKelapa sawitGombakSejarah orang Yahudi di MalaysiaAman Ramli JaafarSenarai kaum di MalaysiaYasmin NapperSelangorFrekuensi radio di JohorBahasa Melayu MalaysiaKata kerja transitifAnwar IbrahimImam MahdiTengkolokProton SagaTok JanggutAhli Sunah WaljamaahWings (kumpulan muzik Malaysia)SM Faliq SM NasimuddinTuanku Ja’afarSijil Pelajaran MalaysiaSekolah Berasrama PenuhHulu LangatFadillah YusofSolat Sunat RawatibNombor perdanaPedofiliaMurutUndang-Undang Laut MelakaVAT 69/UTKMata anginEman MananTamrin Abdul GhafarSherry AlhadadRinggitFahmi FadzilSarimah AhmadEmpayar UthmaniyahAhmad Zahid HamidiSemenanjung MalaysiaKitab suci IslamPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaKaedah arkeologiVirusSenario The Movie🡆 More